CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LanzSlumber

Ancaman Kepada Pelukis Gambar

[Copy link]
Post time 24-9-2012 12:09 AM | Show all posts
mnm77 posted on 23-9-2012 11:26 PM
Salam...

Perbincangan ni saya lihat berbentuk ilmiah, dan masing-masing lontarkan kefahaman m ...

Alhamdulillah... Saudara memahami hasrat saya ( saya juga bukan seorang yg suka gantung gambar didinding rumah).

Mohon izin meneruskan perbincangan .

Comments

Alhamdulillah....  Post time 24-9-2012 12:13 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 01:12 AM | Show all posts
mnm77 posted on 23-9-2012 05:45 PM
Saya setuju... tapi bukankah medium lukisan (yang sahih) dapat memberi gambaran yang lebih tepat b ...
Persoalan saya, bila saudara kata tak mengapa lukis gambar tanpa unsur syirik, kenapa para sahabat tidak melukis gambar mereka sendiri? (Bukan bertujuan syirik)

Medium utama dizaman Nabi dan para sahabat adalah secara Lisan ( juga catatan dari lisan tersebut) bersanad, apa yg kita dapat pada hari ini mempunyai sanad yg banyak lapis. Saya tak fikir pelukis dizaman itu melukis dengan ada model didepannya ( Abu Bakar jadi model untuk dilukis akan dirinya)... mereka melukis berdasarkan ingatan dan imejinasi mereka sendiri, adalah mustahil untuk sesiapapun mensahihkan itu sosok orang yg dilukis.

Sahabat tidak melukis gambar mereka sendiri - 1) spt keterangan diatas. 2) Tidak mahu dijadikan seperti kisah Al Lata.

Persoalan Nabi itu menunjukkan reaksi Nabi TIDAK SUKA pada gambar, dan alasan yang diberi oleh Aisyah adalah memang munasabah, untuk alas duduk bukannya untuk dimuliakan atau sengaja nak dipertontonkan. Namun, apabila bantal bergambar yang diletakkan dalam keadaan dipertontonkan gambarnya, maka Nabi TAK suka, sekalipun bukan dimuliakan. Cuba bayangkan kalau Nabi benarkan, tentu saja dikhuatiri umatnya berlebih-lebihan pula menyukai gambar-gambar pada semua benda serba-serbi....

Nabi s.a.w memang tidak menyukai gambar yang digantungkan didinding, sepertimana riwayat;
Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Umar dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Usamah dari Abdurahman bin Al kasim dari Ibunya Asma bt Abdurahman dari Aisyah;
Rasulullah pernah datang dari berpergian sedang saya telah membeli kain yg ada gambar, lalu saya gunakan untuk menutupi lubang dirumahku, Takala Beliau masuk, Beliau tidak menyukai terhadap apa yg aku perbuat. Beliau bertanya, " apakah engkau yg menutup dinding itu wahai Aisyah ? ", maka aku langsung memotongnya menjadi dua untuk dijadikan bantal. Saya melihat Beliau berbaring di salah satu bantal tersebut sedang padanya masih terdapat gambar.
(Musnad Ahmad - 24 908)

Dalam riwayat lain yg hampir serupa... gambar itu adalah gambar burung --> macam avatar saya kot Last edited by Nazrulism on 24-9-2012 02:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 02:07 AM | Show all posts
LanzSlumber posted on 23-9-2012 10:30 PM
wahai teman2, apa yang nak dikhilafkan?

seperti mana di dalam hadis2 sahih kat atas telah jelas:
...

Salam ...

Perbincangan ini cuma untuk memahami hadith Nabi s.a.w. tentang apa yg dimaksudkan dengan " Gambar " dan "tukang gambar" yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.

Saya ketengahkan satu hadith dari Sunan Tirmidzi ( 2729)
Telah menceritakan kepada kami Ahmad Bin Mani', Tlah menceritakan kepada kami Raub Bin Ubdah, telah menceritakan kepada kami Malik bin Anas dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Talhah bahawa Rabi' bin Ishaq telah menceritakan padanya, Ia berkata; Aku dan Abdullah bin Talhah pernah menemui Abu Said Al Kudri untuk menjenguknya, Abu Said berkata "telah mengkhabarkan kepada kami Rasulullah s.a.w bahawa malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada patung atau gambarnya", Ishaq ragu, tidak tahu yg mana.
Abu Isa berkata ; Hadith ini Hasan shahih.

Dalam Sunan Nasa'i (5253)
Telah memberitakan kepada kami Muhamad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid berkata; telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas dari Abu Talhah ia berkata; " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ; Malaikat tidak akan masuk kedalam rumah yang didalamnya terdapat anjing dan gambar patung.

Juga dalam Sahih Bukhari (2986) yg sama periwayatannya dengan Sunan Nasa'i (5253).

Isu dalam Thread yg saudara buka ini adalah;
1. Patung
2. Patung berhala
3. Gambar patung berhala berbentuk makhluk benyawa.
4. Gambar berhala (tak bernyawa) berbentuk makhluk tidak bernyawa.
5. Gambar makhluk bernyawa/ tidak bernyawa yang
         a. Tidak membawa kepada syirik
         b. Membawa kepada syirik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:47 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 24-9-2012 01:12 AM
Medium utama dizaman Nabi dan para sahabat adalah secara Lisan ( juga catatan dari lisan tersebu ...


Salam...

Ya setuju, medium utama perkhabaran pada zaman tersebut adalah melalui lisan. Cuma konteks yang disebut dari seri wajah atau rupa, lebih jelas melalui lukisan..... namun, saya setuju bila lukisan tangan dibuat mungkin nanti akan ada tokok tambah samada sengaja atau tak sengaja...yang mana lukisan tu akhirnya boleh jadi tak sahih seperti asalnya

Kalau gambar foto yang tidak diedit samada guna software editing atau tak ditambah effect, bolehlah dikatakan gambar tu sahih. Namun zaman tu belum wujud gambar foto...

Nabi s.a.w memang tidak menyukai gambar yang digantungkan didinding, sepertimana riwayat;
Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Umar dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Usamah dari Abdurahman bin Al kasim dari Ibunya Asma bt Abdurahman dari Aisyah;
Rasulullah pernah datang dari berpergian sedang saya telah membeli kain yg ada gambar, lalu saya gunakan untuk menutupi lubang dirumahku, Takala Beliau masuk, Beliau tidak menyukai terhadap apa yg aku perbuat. Beliau bertanya, " apakah engkau yg menutup dinding itu wahai Aisyah ? ", maka aku langsung memotongnya menjadi dua untuk dijadikan bantal. Saya melihat Beliau berbaring di salah satu bantal tersebut sedang padanya masih terdapat gambar.
(Musnad Ahmad - 24 908)

Terima kasih atas sumber di atas, memang bermanfaat.

Dalam riwayat lain yg hampir serupa... gambar itu adalah gambar burung --> macam avatar saya kot

Jika betul dalam riwayat lain tu, maka semakin jelas gambar makhluk bernyawa yang jadi isu...
burung ---> makhluk bernyawa
Dan dipotong dua (tidak dimuliakan) dan tidak juga digantung (tapi masih dapat dilihat bekas gambar tu - sebab dipotong dua, kalau potong seribu dah tak nampak langsung lah kan, tapi tak boleh nak buat bantal pula)

Pasal avatar saudara tu, pada saya tak termasuk dalam kategori mempertontonkan secara berterusan... bila on komputer, buka forum cari ...baru boleh nampak..  kalau gantung gambar lukisan burung tu kat tepi komputer dah lain lah hukumnya... kan?

Macam simpan gambar, tak dipertontonkan...maka ada kelonggaran...



Last edited by mnm77 on 24-9-2012 09:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 10:49 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 24-9-2012 02:07 AM
Salam ...

Perbincangan ini cuma untuk memahami hadith Nabi s.a.w. tentang apa yg dimaksudkan d ...


Semakin menarik posting kalini bersumberkan rujukan ilmiah. Terima kasih dan semoga bermanfaat.

Saya ketengahkan satu hadith dari Sunan Tirmidzi ( 2729)

....telah mengkhabarkan kepada kami Rasulullah s.a.w bahawa malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada patung atau gambarnya", Ishaq ragu, tidak tahu yg mana.

Dalam hadith di atas, sanadnya dikategorikan oleh Imam Tirmidzi sebagai hasan sahih dan diterima hadith itu. Dari segi isi dan makna serta apa yang boleh disimpulkan dari hadith tu pula, perawi tak pasti, maka kita kena rujuk riwayat hadith yang lain untuk kepastian apa sebenarnya yang dimaksudkan..... patung, gambar, atau gambar patung.... ataupun semua itu membawa maksud yang sama?

Dalam Sunan Nasa'i (5253)
Telah memberitakan kepada kami Muhamad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid berkata; telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas dari Abu Talhah ia berkata; " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ; Malaikat tidak akan masuk kedalam rumah yang didalamnya terdapat anjing dan gambar patung.
Ya benar... lafaz Arabnya untuk gambar patung  ( صورة تماثيل ) didapati dalam hadith di atas. Jika dirujuk pada hadith yang sebelumnya dalam Sunan Nasai, Kitab Perhiasan (5252), lafaz hadithnya berbunyi:
"Malaikat tidak akan masuk kedalam rumah yang didalamnya terdapat anjing atau gambar"

Juga di banyak tempat dalam Sunan Nasai, disebut perihal larangan gambar ( صورة  ) tanpa disebut patung ( تماثيل ):
-Kitab Taharah (261)
-Kitab Janazah (2004)
-Kitab Buruan & Sembelihan (4207, 4208)
-Kitab Perhiasan (5254) - gambar di kain  diberi pengecualian - permaidani - namun para sahabat juga tidak menyukai
                         (*pada saya permaidani tidak dimuliakan - dipijak -  sebab tu dikecualikan)
-Kitab Perhiasan (5256) - gambar di kain (umum) - dilarang
-Kitab Perhiasan (5265)

Juga dalam Sahih Bukhari dan kitab-kitab hadith muktabar yang lain, banyak tempat disebut pasal larangan gambar tanpa disebut patung.

Sekalipun disebut gambar patung, apa yang difahami ialah gambar makhluk yang bernyawa, sebab patung kebiasaannya dibuat untuk meniru makhluk bernyawa. Untuk penjelasan tentang makna gambar, telah disebut oleh Ibn Abbas yang dinukilkan dalam  sahih bukhari:

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah
bersama dalam peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat
tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia (Nabi) maksudkan
adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa
.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:12 PM | Show all posts
mnm77 posted on 24-9-2012 09:47 AM
Salam...

Ya setuju, medium utama perkhabaran pada zaman tersebut adalah melalui lisan. Cuma  ...
Jika betul dalam riwayat lain tu, maka semakin jelas gambar makhluk bernyawa yang jadi isu...
burung ---> makhluk bernyawa
Dan dipotong dua (tidak dimuliakan) dan tidak juga digantung (tapi masih dapat dilihat bekas gambar tu - sebab dipotong dua, kalau potong seribu dah tak nampak langsung lah kan, tapi tak boleh nak buat bantal pula)
Kain yg ada gambar tidak boleh digantung (sebagi tirai)... maka Aisyah potong dua kain itu untuk buat bantal. pada fahaman saya tindakkan Aisyah itu bukan tujuan utamanya merosakkan gambar (menjadi bekas gambar). Dalam satu riwayat yg mengisahkan perkara itu;
Musnad Ahmad (24 850)
Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Adi dari Daud dari Azrah dari Humaid bin Abdurrahman dari sa'ad bin Hasyim dia berkata; Aisyah berkata - kami memiliki pembatas yang terdapat gambar burung, lalu Rasulullah s.a.w bersabda " wahai Aisyah!, gantilah ia, kerana bila aku melihatnya, aku teringat dunia". (Aisyah) berkata; kami mempunyai kain tebal yg pernah beliau pakai, pada kain tersebut terdapat perhiasan dari sutera.

Aisyah hanya diminta untuk tukar dengan kain lain sebagai pembatas itu dan Aisyah menjadikan kain yg ada gambar burung sebagai bantal serta digunakan oleh Rasulullah.--> Larangan gambar burung (makhluk bernyawa) hanya pada menggantungkan menjadi perhiasan walau sebagai langsir atau tirai.


Satu lagi kefahaman berkaitan gambar makhluk bernyawa dapat diteliti dari hadith dalam;
Musnad Ahmad (6044)
Telah menceritakan kepada kami Hafshah Bin Ghiyats, telah menceritakan kepada kami Laits, dia berkata; Saya memasuki rumah Salim bin Abdullah saat dia sedang bersandar diatas bantal yang padanya terdapat gambar burung dan sejenis binatang liar. Saya berkata " Bukankah hal ini dibenci ? "
dia menjawab; " Yang dibenci hanyalah jika binatang itu dipasang dipajang *. Telah menceritakan kepadaku Bapaku Abdullah bin Umar dari Rasulullah s.a.w, Beliau bersabda - Barangsiapa yg menggambarkan lukisan, ia akan diazab. Hafshah berkata " dia dipaksa memberi roh dan tidak bekalan mampu".

Dari hadith ini... Salim Bin Abdullah sedar akan akan ancaman tentang lukisan, tapi masih menggunakan bantal yg ada lukisan makhluk bernyawa, ini adalah kerana beliau memahami jenis dan gambar yang macam mana yang dibenci.

* dipajang - (1) menghiasi dng bunga-bunga, daun-daunan, kain, kertas, lampu warna-warni, bendera, panji-panji, umbul-umbul, dsb untuk memperindah; (2) menempatkan (mengatur) secara rapi untuk dipamerkan;

Referens: http://kamusbahasaindonesia.org/pajang#ixzz27MQzwdSv

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2012 02:42 PM | Show all posts
mnm77 posted on 24-9-2012 10:49 AM
Semakin menarik posting kalini bersumberkan rujukan ilmiah. Terima kasih dan semoga bermanfaat.
...
Sekalipun disebut gambar patung, apa yang difahami ialah gambar makhluk yang bernyawa, sebab patung kebiasaannya dibuat untuk meniru makhluk bernyawa. Untuk penjelasan tentang makna gambar, telah disebut oleh Ibn Abbas yang dinukilkan dalam  sahih bukhari:

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah
bersama dalam peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat
tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia (Nabi) maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Keterangan Abu Talha kepada Ibnu 'Abbas juga boleh memberikan 2 pengertian;
1. Gambar yg serupa makhluk bernyawa --. Gambar manusia
2. Gambar menyerupai makhluk bernyawa --> Gambar patung manusia. Yang dilukis adalah "patung menyerupai manusia.

Ini adalah Gambar 'yang menyerupai makhluk bernyawa'.

dan ini adalah Gambar 'Makhluk bernyawa'
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 04:16 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 24-9-2012 01:12 PM
Satu lagi kefahaman berkaitan gambar makhluk bernyawa dapat diteliti dari hadith dalam;
Musnad Ahmad (6044)
Telah menceritakan kepada kami Hafshah Bin Ghiyats, telah menceritakan kepada kami Laits, dia berkata; Saya memasuki rumah Salim bin Abdullah saat dia sedang bersandar diatas bantal yang padanya terdapat gambar burung dan sejenis binatang liar. Saya berkata " Bukankah hal ini dibenci ? "
dia menjawab; " Yang dibenci hanyalah jika binatang itu dipasang dipajang *. Telah menceritakan kepadaku Bapaku Abdullah bin Umar dari Rasulullah s.a.w, Beliau bersabda - Barangsiapa yg menggambarkan lukisan, ia akan diazab. Hafshah berkata " dia dipaksa memberi roh dan tidak bekalan mampu".

Dari hadith ini... Salim Bin Abdullah sedar akan akan ancaman tentang lukisan, tapi masih menggunakan bantal yg ada lukisan makhluk bernyawa, ini adalah kerana beliau memahami jenis dan gambar yang macam mana yang dibenci.

* dipajang - (1) menghiasi dng bunga-bunga, daun-daunan, kain, kertas, lampu warna-warni, bendera, panji-panji, umbul-umbul, dsb untuk memperindah; (2) menempatkan (mengatur) secara rapi untuk dipamerkan;

Dipajang =  dipertontonkan/dipamerkan - hal yang demikian tidak dibenarkan (atau dihiasi untuk dipamerkan)

Bantal tu bukan untuk tujuan dipertontonkan, maka ada kelonggaran di situ. Bagi Nabi kita, tetap tidak disukainya...

Keterangan Abu Talha kepada Ibnu 'Abbas juga boleh memberikan 2 pengertian;
1. Gambar yg serupa makhluk bernyawa --. Gambar manusia
2. Gambar menyerupai makhluk bernyawa --> Gambar patung manusia. Yang dilukis adalah "patung menyerupai manusia.

Pada hemat saya, pengertian yang pertama tidak berlaku, sebab masa tu belum muncul gambar foto yang exactly capture makhluk yang asal. Kesemua gambar yang dilukis tangan, boleh 'menyerupai' makhluk bernyawa (dilarang)....sebab tu gambar foto (originally captured without editing) - ada khilaf, ada pendapat tak dilarang






Last edited by mnm77 on 24-9-2012 04:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 05:56 PM | Show all posts
mnm77 posted on 24-9-2012 04:16 PM
Dipajang =  dipertontonkan/dipamerkan - hal yang demikian tidak dibenarkan (atau dihiasi untuk dipamerkan)

Bantal tu bukan untuk tujuan dipertontonkan, maka ada kelonggaran di situ. Bagi Nabi kita, tetap tidak disukainya...

Bukan tentang kelonggaran kerana gambar itu bukan untuk tujuan dipertontonkan.... Perkataan Salim Bin Abdullah adalah tentang binatang itu " Yang dibenci hanyalah jika binatang itu dipasang dipajang * dimana seolah binatang itu dimuliakan.
Kerana itu beliau berpendapat gambar pada bantalnya tiada kena mengena dengan ancaman berkaitan 'lukisan'

1. Gambar yg serupa makhluk bernyawa --. Gambar manusia
2. Gambar menyerupai makhluk bernyawa --> Gambar patung manusia. Yang dilukis adalah "patung menyerupai manusia.

Pada hemat saya, pengertian yang pertama tidak berlaku, sebab masa tu belum muncul gambar foto yang exactly capture makhluk yang asal.

Pengertian yang pertama - spt pada bandal sandar Salim Bin Abdullah.
Pengertian yang kedua - apa yg disentuh dalam hadith tentang azab pembuat 'gambar' - gambar dengan maksud;

Hadits Bukhari dari Muslim Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:


كنا مع مسروق فى دار يسار بن نمير فرأى فى صفته تماثيل فقال سمعت عبدالله (ابن مسعود رضى الله عنه) قال سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون

Maksudnya: “Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).”

Dalam satu riwayat lagi oleh Bukhari dengan sanadnya Sa’id Ibn Abi ‘Arubah yang banyak bermulazimah (berdampingan) dengan Qatadah, yang kebetulan pada suatu hari Qatadah ada bersama-sama dengan Al-Nadhru bin Anas bin Malik, Al-Nadhru menceritakan kepada Qatadah, sambil didengar oleh Sa’id yang bersama-sama dengan mereka, Al-Nadhru berkata:
“Suatu hari aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas, di ketika itu ramai orang yang bertanya masalah dan meminta fatwa daripadanya, Ibnu ‘Abbas menjawab persoalan-persoalan itu tanpa menyebut sebarang dalil daripada Al-Sunnah (hadits) sehinggalah ditanyakan oleh seorang lelaki dari Iraq yang bekerja sebagai tukang kayu, katanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Aku membuat gambar ini”, dalam riwayat lain katanya: “Kehidupanku adalah melalui kerja tanganku iaitu membuat gambar (mengukir kayu-kayu menjadi patung), maka apakah yang tuan boleh memberi apa-apa perintah tuan kepada saya (berhubung dengan perkara ini)” Di sini Ibnu ‘Abbas menjawab katanya:

سمعت محمدا صلى الله عليه وسلم يقول من صور صورة فى الدنيا كلف يوم القيامة أن ينفخ فيها الروح وليس بنافخ
Maksudnya: “Aku dengar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membuat sebarang gambar di dunia ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak dengan memaksa dia supaya meniupkan padanya roh, sedangkan dia tidak mampu sama sekali meniupkan roh (menghidupkan).”


Dalam riwayat yang lain, apabila Ibnu ‘Abbas melihat lelaki itu tidak senang dengan jawapannya, maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:

ويحك ! إن أبيت إلا أن تصنع فعليك بهذا الشجر

Maksudnya: “Celaka kau! Jika terpaksa juga engkau kerjakan, maka buatlah gambar pokok.”


Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas menjawab bagi pertanyaan lelaki tersebut:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول كل مصور فى النار يجعل له بكل صورة صورها نفسا فتعذبه جهنم
Maksudnya: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap penggambar (pembuat patung) diazab / diseksa dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.

Maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:

فإن كنت لابد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له
Maksudnya: “Jika awak terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat patung), maka buatlah (gambar) tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa.”




Last edited by Nazrulism on 24-9-2012 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 06:54 PM | Show all posts
macammane dengan animasi... upin & ipin... animasi salahuddin al ayub ...

walt disney tuh x boleh la ye..

kalau photography pon ade kengkangan,,,,, rasenye kene kembangkan jugak ke filem bergerak... sooo videography macammane?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:32 PM | Show all posts
True-X posted on 24-9-2012 06:54 PM
macammane dengan animasi... upin & ipin... animasi salahuddin al ayub ...

walt disney tuh x boleh ...
kalau photography pon ade kengkangan,,,,, rasenye kene kembangkan jugak ke filem bergerak... sooo videography macammane?

Perlu dikupas dan difahami perkataan ' Gambar ( صورة  ) ' Pada zaman Nabi dan zaman para sahabat.
Gambar (dimasa itu) dibuat dengan Mengukir, Menempa, melukis yg menjadikan beberapa kategori gambar;

1. Mempunyai jisim (tubuh badan dengan segala anggotanya) dan bayang.
       a. Patung
       b. Patung Berhala
2. Tiada berjisim dan tiada berbayang.
       a. Imej patung berhala berbentuk makhluk benyawa.      
       b. Imej berhala (tak bernyawa) berbentuk makhluk tidak bernyawa.
       c. Imej makhluk bernyawa/ tidak bernyawa yang
         i. Tidak membawa kepada syirik
         ii. Membawa kepada syirik.

Photography, video, imej skrin komputer, percetakkan dan lain2 medium zaman sekarang termasuk dalam Kategori ke 2... dan perlu diperhalusi lagi kandungannya termasuk dalam sub-kategori yang mana,  serta larangan/tujuan bagi tiap2 kategori.
Last edited by Nazrulism on 24-9-2012 09:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 11:01 PM | Show all posts
Salam...

Setakat yang saya tahu, تماثيل  tu boleh jadi dua makna: samada patung ukiran atau gambar haiwan bernyawa.

Kalimah صورة  pula bermakna gambar lukisan (2 dimensi), tidak merujuk kepada patung ukiran (3 dimensi)

Contohnya boleh lihat hadith yang dibawa oleh saudara Nazrul:
Musnad Ahmad (6044)
Telah menceritakan kepada kami Hafshah Bin Ghiyats, telah menceritakan kepada kami Laits, dia berkata; Saya memasuki rumah Salim bin Abdullah saat dia sedang bersandar diatas bantal yang padanya terdapat gambar burung dan sejenis binatang liar. Saya berkata " Bukankah hal ini dibenci ? "
dia menjawab; " Yang dibenci hanyalah jika binatang itu dipasang dipajang *

Terjemahan di atas ialah terjemahan Indonesia, yang mungkin difahami dalam lenggok Indonesia - yang mana binatang itu merujuk kepada gambar tersebut.

Teks Arab asalnya:

حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ مُتَّكِئٌ عَلَى وِسَادَةٍ فِيهَا تَمَاثِيلُ طَيْرٍ وَوَحْشٍ فَقُلْتُ أَلَيْسَ يُكْرَهُ هَذَا قَالَ لَا إِنَّمَا يُكْرَهُ مَا نُصِبَ نَصْبًا
حَدَّثَنِي أَبِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَوَّرَ صُورَةً عُذِّبَ وَقَالَ حَفْصٌ مَرَّةً كُلِّفَ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا وَلَيْسَ بِنَافِخٍ

Terjemahan:
Telah menceritakan kepada kami Hafs Bin Ghiyath, telah menceritakan kepada kami Laith, dia berkata, "saya memasuki rumah Salim bin Abdullah sedang dia bersandar di atas bantal yang padanya ada patung burung (maksud di sini gambar makhluk bernyawa) dan sejenis binatang liar.
Saya berkata, "Bukankah hal ini dibenci ?" ( فَقُلْتُ أَلَيْسَ يُكْرَهُ هَذَا  )
Berkata (Salim), "tidak, yang dibenci hanyalah jika *didirikan pameran"  ( قَالَ لَا إِنَّمَا يُكْرَهُ مَا نُصِبَ نَصْبًا )

Telah menceritakan kepadaku bapaku Abdullah bin Umar dari Rasulullah s.a.w, baginda SAW bersabda
Barangsiapa yang melukis lukisan, dia akan diazab. Hafs berkata "dia disuruh meniup roh dan dia tidak berupaya meniup".

*  نُصِبَ   = didirikan
نَصْبًا  = benda yang didirikan, tugu, pameran, monumen, hiasan

نَصَبَ  = (telah) mendirikan, menaikkan (fi'il madzi)
يَنْصِبُ = (sedang) mendirikan, menaikkan (fi'il mudhari)
اِنْصِبْ  = dirikanlah, naikkanlah (fi'il amr)

-Hadith di atas menunjukkan, tamasil juga boleh diertikan sebagai gambar (benda hidup). Umumnya tamasil bermakna patung.
-dalam konteks hadith di atas, mustahil tamasil itu bermakna patung ukiran yang terdapat pada bantal yang disandar.
-yang dibenci (tidak dibenarkan), membangunkan/mempamerkan monumen binatang atau gambar binatang
-ini menunjukkan tindakan mempamerkan itu sebagai sesuatu yang terlarang.
-gambar yang tidak dipamerkan diberi kelonggaran, menurut kefahaman Salim bin Abdullah.
-masih dipertikaikan sebab terdapat ramai sahabat yang tidak senang dengan gambar sekalipun pada bantal.
-kalimah ( صَوَّرَ صُورَةً ) merujuk kepada melukis lukisan/gambar :  yang merujuk kepada tamasil sebagai gambar benda hidup.


Last edited by mnm77 on 25-9-2012 08:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 12:24 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 24-9-2012 05:56 PM
Bukan tentang kelonggaran kerana gambar itu bukan untuk tujuan dipertontonkan.... Perkataan Salim Bin Abdullah adalah tentang binatang itu " Yang dibenci hanyalah jika binatang itu dipasang dipajang * dimana seolah binatang itu dimuliakan.

Lafaz asal hadith tu tak sebut kalimah 'binatang' ... ia merupakan tafsiran yang difahami dalam bahasa Indonesia.

Sekalipun dalam bahasa Indonesia, saya masih melihat maknanya seperti 'membolehkan' gambar yang tidak dipertontonkan, dan membenci gambar/patung (tamasil) haiwan yang dipamerkan.
كنا مع مسروق فى دار يسار بن نمير فرأى فى صفته تماثيل فقال سمعت عبدالله (ابن مسعود رضى الله عنه) قال سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون

Maksudnya: “Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung.” Lantas dia terus berkata: “Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar .”

Seperti yang disebut sebelum ini, kalimah tamasil (patung) boleh membawa erti gambar makhluk hidup. Kalimah  المصورون  betul membawa erti para pembuat gambar, yakni gambar makhluk hidup (tamasil)

Hal gambar ini dah dibincangkan dengan panjang lebar dalam syarah sahih bukhari dan lain-lain kitab syarah hadith.... belum lagi saya menjumpai penjelasan Ulama Muktabar tentang dibolehkan melukis gambar makhluk hidup berdasarkan hadith-hadith yang thabit pasal gambar, melainkan atas keperluan yang mendesak (keselamatan) atau pengecualian pada permainan kanak-kanak/pendidikan

Maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:

فإن كنت لابد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له
Maksudnya: “Jika awak terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat patung), maka buatlah (gambar) tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa.”

Yang ini cukup menarik..... jika sekalipun ditafsir pekerjaan membuat gambar itu sebagai membuat patung, tetap saranan yang difahami adalah sebagai buat gambar benda yang tak bernyawa. Ini menunjukkan persoalan patung tu dah out of context, yang jadi masalah ialah tentang gambar (gambar makhluk bernyawa - tamasil)




Last edited by mnm77 on 25-9-2012 12:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 01:10 AM | Show all posts
A’isyah RA berkata, “Rasulullah SAW berdiri melakukan solat dengan pakaian khamisah yang memiliki 'tanda', lalu baginda melihat kepada tanda itu. Tatkala baginda telah selesai solatnya, baginda bersabda,

اِذْهَبُوْا بِهَذِهِ الْخَمِيْصَةِ إِلَى أَبِيْ جَهْمِ بْنِ حُذَيْفَةَ وَائْتُوْنِيْ بِأَنْبِجَانِيَّةَ فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِيْ آنِفًا فِيْ صَلاَتِيْ

” Pergilah kalian dengan membawa pakaian khamisah ini ke Abu Jahm bin Khudzaifah dan ambillah pakaian ambijaniyyah untukku. Sesungguhnya pakaian khamisah tadi telah melalaikan aku dalam solatku.” [HR.Bukhari dan Muslim]

At-Tibiy (rah)- telah berkata, “Dalam hadith ambijaniyyah: di dalamnya terdapat penjelasan bahawa gambar atau sesuatu yang berpengaruh terhadap hati “. [Lihat Syarah Sahih Bukhari: Umdatul Qori (4/94) dan Fathul Bari (1/483)]

Imam Al-Bukhari membuatkan judul bab bagi hadith A’isyah dengan berkata, “Dibencinya Solat dalam gambar”. [Lihat Sahih Al-Bukhari (10/391)

Imam Al-’Ainiy memberikan komentar atas bab yang ditetapkan oleh Al-Bukhari, dia berkata, "Maksudnya: Ini adalah bab yang menjelaskan tentang dibencinya solat di rumah yang di dalamnya terdapat pakaian yang bergambar. Jika seperti ini saja (yakni solat di rumah yang ada gambar) dibenci, maka lebih dibencinya bagi orang yang bersolat sedang ia memakai pakaian yang ada gambar. [Lihat Umdah Al-Qori (4/74)]

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا عَبْدُالْأَعْلَى حَدَّثَنَا سَعِيدٌ قَالَ سَمِعْتُ النَّضْرَ بْنَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍيُحَدِّثُ
قَتَادَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَهُمْيَسْأَلُونَهُ وَلَا يَذْكُرُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَحَتَّى سُئِلَ فَقَالَ سَمِعْتُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَقُولُ مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فِي الدُّنْيَا كُلِّفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْيَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ
Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin AlWalid telah menceritakan kepada kami Abdul A'la telah menceritakan kepada kamiSa'id dia berkata; saya mendengar An Nadhr bin Anas bin Malik bercerita kepada Ibnu Abbas, katanya; "Saya pernah berada di sisi Ibnu Abbas sementara orang-orang bertanya-tanpa menyebutkan Nabi SAW hingga dia di tanya, lantas Ibnu Abbas menjawab: "Barangsiapa menggambar suatu gambar di dunia, maka pada hari Kiamat akan dibebankan baginya untuk meniupkan ruh padahal ia tidak akan mampu meniupkan ruh."
(Sahih Bukhari, Kitab Pakaian)

WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 25-9-2012 01:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 06:22 PM | Show all posts
mnm77 posted on 24-9-2012 11:01 PM
Salam...

Setakat yang saya tahu, تماثيل  tu boleh jadi dua ma ...
Setakat yang saya tahu, تماثيل  tu boleh jadi dua makna: samada patung ukiran atau gambar haiwan bernyawa.

Kalimah صورة  pula bermakna gambar lukisan (2 dimensi), tidak merujuk kepada patung ukiran (3 dimensi)

Itu berkenaan istilah yg digunakan dalam hadith2 oleh periwayatnya. Secara umumnya yg diukir, ditempa atau dilukis disebut sebagai 'gambar'. Sebagaimana periwayatan kisah Jibril tidak masuk kerumah Rasulullah.

Hadith yg dipaparkan oleh TT.
‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji kepada Rasulullah (s.a.w.) untuk
menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak
datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah
dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi ternampak dan menemui seekor
anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bilakah anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau
(‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi pun mengarahkan supaya
anjing itu dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya,
“Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang.” Jibril
pun menjawab, “Di dalam rumahmu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), bagi
kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” (Hadis Riwayat
Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Semakkan dari Musnad Ahmad (no 7701)
Dari Abu Qathan, Dari Yunus bin Amru bin Abdullah, dari Mujahid, dari Abu Hurairah.
Nabi bersabda; Jibril a.s telah datang kepadaku dan berkata; Tadi malam aku telah datang kepadamu dan tidak ada yg menghalangku untuk masuk kerumah yang kamu berada didalamnya kecuali didalamnya terdapat patung (timtsal) seorang laki-laki dan juga tirai bergambar patung (tamatsil), oleh itu perintahkanlah untuk memotong kepala patung (timtsal) tersebut hingga seperti bentuk pohon dan perintahkan pula untuk memotong tirai bergambar patung (tamatsil) untuk dijadikan bantal dan diduduki, serta perintahkanlah untuk mengeluarkan anjing, -- maka Rasulullah melakukannya.


Maka Ibnu ‘Abbas berkata kepadanya:

فإن كنت لابد فاعلا فاصنع الشجر وما لا نفس له
Maksudnya: “Jika awak terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat patung), maka buatlah (gambar) tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa.”


Yang ini cukup menarik..... jika sekalipun ditafsir pekerjaan membuat gambar itu sebagai membuat patung, tetap saranan yang difahami adalah sebagai buat gambar benda yang tak bernyawa. Ini menunjukkan persoalan patung tu dah out of context, yang jadi masalah ialah tentang gambar (gambar makhluk bernyawa - tamasil)

Dari Hadith dalam Musnad Ahmad (7701) itu ada menunjukkan patong seorang lelaki yg dipotong boleh menjadi gambar pohon (replika pokok) dan masakan Ibnu Abbas bermaksud menyuruh pengukir kayu menjadi pelukis... melainkan menyuruh agar dia mengukir 'gambar' pokok.


-Hadith di atas menunjukkan, tamasil juga boleh diertikan sebagai gambar (benda hidup). Umumnya tamasil bermakna patung.
-dalam konteks hadith di atas, mustahil tamasil itu bermakna patung ukiran yang terdapat pada bantal yang disandar.

Dalam riwayat hadith yg mengaitkan Bantal sandar Salim Bin Abdullah... tidak mustahil disebut "patung burung" jika 'gambar' itu dibuat secara sulaman timbul (walau tidak 3D sepenuhnya) Last edited by Nazrulism on 25-9-2012 09:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:04 PM | Show all posts
kalau lukis gambar anime 3D dpt tk??? contoh mcm Final fantasy ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 11:18 PM | Show all posts
Ariiee posted on 25-9-2012 11:04 PM
kalau lukis gambar anime 3D dpt tk??? contoh mcm Final fantasy ..

dpt apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:22 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 25-9-2012 11:18 PM
dpt apa ?

dpt dilukis ke tidaK..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:43 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 25-9-2012 06:22 PM
Dari Hadith dalam Musnad Ahmad (7701) itu ada menunjukkan patong seorang lelaki yg dipotong boleh menjadi gambar pohon (replika pokok)

Ada dua perkara: 1 patung, 2 gambar. Kedua-dua dihinakan:
1) patung dipotong
2) gambar makhluk hidup juga dipotong

Lihat balik:
Musnad Ahmad (no 7701)
Dari Abu Qathan, Dari Yunus bin Amru bin Abdullah, dari Mujahid, dari Abu Hurairah.
Nabi bersabda; Jibril a.s telah datang kepadaku dan berkata; Tadi malam aku telah datang kepadamu dan tidak ada yg menghalangku untuk masuk kerumah yang kamu berada didalamnya kecuali didalamnya terdapat patung (timtsal) seorang laki-laki dan juga tirai bergambar patung (tamatsil), oleh itu perintahkanlah untuk memotong kepala patung (timtsal) tersebut hingga seperti bentuk pohon dan perintahkan pula untuk memotong tirai bergambar patung (tamatsil) untuk dijadikan bantal dan diduduki, serta perintahkanlah untuk mengeluarkan anjing, -- maka Rasulullah melakukannya.

Berkaitan:
dan masakan Ibnu Abbas bermaksud menyuruh pengukir kayu menjadi pelukis... melainkan menyuruh agar dia mengukir 'gambar' pokok.

Jika difahami mengukir pokok sekalipun, ia masih tidak membatalkan hadith-hadith lain berkaitan larangan melukis gambar bernyawa. Sebabnya ada 2 larangan: 1 pasal patung, 2 pasal gambar makhluk bernyawa. Saya masih tak dapat cari matan hadith tu dari Sahih Bukhari, mungkin saudara boleh jelaskan dari bab/kitab mana riwayat itu diambil dari Bukhari?


Last edited by mnm77 on 26-9-2012 12:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 12:02 AM | Show all posts
Ariiee posted on 25-9-2012 11:04 PM
kalau lukis gambar anime 3D dpt tk??? contoh mcm Final fantasy ..


Kalau nak ikut hukum secara umum dari lafaz hadith, memanglah dilarang. Namun terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu seperti keselematan/pendidikan/permainan, yang mana dibolehkan...

Kalau zaman dulu patung2 permainan dibuat, dan benda tu tak dimuliakan, dikira boleh.... sekarang ni teknik animasi 3D yang boleh membantu pendidikan melalui permainan, saya kira masih diberi kelonggaran (bersyarat). Kalau untuk hiburan semata-mata, tentulah ia termasuk dalam yang tidak disukai...

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.289019 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list