“Nadrisa jumpa saya sekejap....” Arah satu suara yang tiba-tiba muncul disaat warga unit kewangan sedang khusyuk dengan kerja masing-masing. Nadrisa tersentak. Amna,Rosmah dan Nadila memandang ke arahnya.
“sekarang!” arah Ilham lagi. Nadrisa terasa mahu pitam disaat itu juga. Wajahnya mula kehilangan warna. Namun dia sudah bersedia. Dia tahu lambat atau cepat, perkara ini perlu dihadapi juga. Surat perletakkan jawatan diambil dan dibawa.
Nadrisa mengekori Ilham untuk ke unit pentadbiran. Dia berdoa kepada Allah supaya hatinya tabah menghadapi cabaran ini.
“masuk!” arah Ilham lagi. Nadrisa sekadar mengekor. Tidak menjawab apa-apa. Nadrisa sekadar berdiri didalam bilik Ilham. Tidak berani untuk duduk selagi tidak mendapat kebenaran majikannya itu.
“duduk..” Nadrisa segera melabuhkan diri pada kerusi yang tersedia setelah mendapat kebenaran dari Ilham. Tangannya sudah berkeringat malah jantungnya seolah-olah mahu melompat keluar dari badannya. Tak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.
“kenapa tak datang kerja sampai dua hari........”
“tak sihat.. saya ada mc.” Balas Nadrisa sambil mengeluarkan surat doctor yang membenarkan dia bercuti. Diserahkan surat itu kepada Ilham.
“macam mana boleh demam ni?” ada nada perli disitu. Hati Nadrisa makin berkocak. Berapa lama agaknya sesi temuramah antara dia dan Ilham bakal berlangsung.
“saya minta maaf pasal intip mengintip tu... saya juga nak mintak maaf pasal gambar yang saya beri tu. Mungkin gambar tu telah merosakkan kebahagiaan encik Ilham. Sebagai tanda saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan saya, saya nak berhenti kerja.”
Minta Nadrisa bersungguh-sungguh. Biarlah ini yang terakhir antara dia dan Ilham. Supaya selepas ini mereka tidak berhubung lagi. Lagi pun, untuk mengadap Ilham pun sudah cukup membuatkan wajahnya hangat. Malu pula membuat pengakuan tentang perasaannya macam tu.
“jadi awak rasa perbuatan awak ni boleh dimaafkan semudah itu sahaja... awak dah rosakkan hubungan saya dengan Maslina dan sekarang nak pergi macam tu je...yang untung sekarang ni awak Nadrisa. Bukan saya.” Keras suara Ilham. Nadrisa mengurut lembut dadanya. Terkejut dengan amarah Ilham yang sememangnya sudah dijangka.
“habis tu apa encik Ilham nak saya buat?” soal Nadrisa agak keras. Geram pula rasanya dengan sikap Ilham walaupun memang itu salahnya.
“awak akan buat segala yang saya suruh?”
“selagi tak melanggar agama, saya akan buat apa yang encik Ilham nak demi menebus kesalahan yang telah saya lakukan.” Balas Nadrisa tenang. Pada pemikirannya pasti Ilham ingin dia membaiki hubungan lelaki itu dengan Maslina. Mudah sahaja tugas itu. Semudah ABC!
“saya nak awak jadi girlfriend saya!” arahan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa tidak berkelip. Glup. Air liur ditelan laju. Gugur jantungnya mendengar arahan dari Ilham.
“sorry?” minta Nadrisa. Mungkin dia tersalah dengar. Ada eloknya meminta Ilham mengulang semula kata-katanya tadi.
“tak korek telinga ke apa? Saya nak awak jadi girlfriend saya........” ulang Ilham sekali lagi dengan nada yang agak kasar.
“encik Ilham biar betul........ saya Nadrisa la.. bukan Maslina.” Balas Nadrisa spontan. Giler ke apa Ilham ni. Meroyan gamaknya selepas berpisah dengan Maslina.
“yes i know you are Nadrisa.... sebab tu saya nak awak jadi girlfriend saya.. awak tak suka ke? Bukan ke awak cintakan saya?” Ilham memandang lama wajah Nadrisa yang resah gelisah. Nadrisa tidak senang duduk. Ya Allah. Bala apa ni... tu la padahnya kalau dah start menipu.
“memang saya sukakan encik Ilham... tapi encik Ilham tak ada perasaan kat sayakan...lagi pon...”
“saya tak nak dengar sebarang alasan Nadrisa........ awak dah buat saya kehilangan Maslina. Saya nak awak jadi pengganti dia sebagai cara untuk awak tebus kesalahan. Awak sepatutnya gembira sebab saya dah tunaikan apa yang awak nakkan...” Ilham membalas tegas. Lucu pula dia melihat wajah Nadrisa yang tidak puas hati. Padanlah muka tu. Suka sangat cari masalahkan.. Nadrisa diam sahaja.Tidak berpuas hati. Tak pasal-pasal dapat boyfriend segera.
“saya luahkan perasaan saya tak semestinya sebab saya nak jadi kekasih encik Ilham..”
“owh jadi maksudnya awak saja-saja je nak rosakkan kebahagiaan saya dengan Maslina. Macam tu?”bidas Ilham membuatkan Nadrisa terdiam.
“awak setuju atau tak mulai hari ini awak akan jadi girlfriend saya. awak sepatutnya gembira sebab impian awak untuk bersama dengan saya dah tercapai.. jadi tak payah nak bagi alasan banyak sangat yer Risa.”
“okey tu je... awak boleh masuk sambung kerja awak. Pasal berhenti tu cancel. Awak teruskan je kerja kat sini.” Sambung Ilham lagi.
“baiklah encik Ilham... terima kasih. Saya keluar dulu lah...” minta Nadrisa sambil bingkas bangun. Berat kepalanya berfikir masalah yang makin bertambah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. dia redha je la ketentuan Allah. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosanya yang lepas.
Last edited by misssakura on 5-10-2012 08:04 PM
|