CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dotmai

Mandi bersama suami isteri

[Copy link]
Post time 18-9-2012 04:23 PM | Show all posts
botolmineral posted on 13-9-2012 08:21 AM
dok skali dgn mak mertua...
acaner nk mandi sesame?

ajk mertua skali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 04:31 PM | Show all posts
delcol87 posted on 18-9-2012 04:23 PM
ajk mertua skali...

mandi kat kolam renang boleh la ajak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 04:36 PM | Show all posts
Sebenarnya melihat kemaluan pasangan masing-masing tidak haram. Malah ianya dibolehkan bagi menimbulkan ghairah ketika ingin melakukan seks. Menyentuh kemaluan pasangan dengan tangan juga tidak haram. Juga dibolehkan. Justeru anda tidak perlu bimbang. Cuma berhati-hati apabila memasukkan jari anda ke faraj isteri anda. Pastikan ianya dinikmati oleh isteri bukan merasai kesakitan

Ada sesiapa yang pernah lakukannya di bilik mandi? Share lah di sini ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 04:55 PM | Show all posts
soulpriest7 posted on 18-9-2012 04:53 PM
everyday

belum ada anak ke? apa dibuat selalunya bila mandi tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 05:07 PM | Show all posts
soulpriest7 posted on 18-9-2012 05:03 PM
skg tgh prengnant

start dr mula kawen sampai skg.. eratkn hubungan suami isteri
...

bagusnya...pasti bahagia...dah bape bulan peknen ni?

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 05:10 PM | Show all posts
dotmai posted on 15-9-2012 01:22 AM
Cakap je la

segan lah

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2012 05:17 PM | Show all posts
soulpriest7 posted on 18-9-2012 05:16 PM
alhadulillah da masuk 8bulan

kmu pon mandi sama ker

ya sering mandi sama

awak buat pe kepada dia masa mandi sama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 05:18 PM | Show all posts
lc9275 posted on 18-9-2012 05:10 PM
segan lah

xperlu segan. cakap je PM me kalau segan di sini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2012 11:35 PM | Show all posts
delcol87 posted on 18-9-2012 04:23 PM
ajk mertua skali...

Hahaha...

me pun duk umah mertua...tp mandi gak dgn hubby... cuma kne control suara...
sebelah bilik adik ipar...segan ...hubby plak kuat menyakat..saje nak bagi me gelak2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:57 AM | Show all posts
MM tiap2 ari mandi brsama mr.hubby since 1st day brkongsi hidup alhamdulillah
kecuali balik rumah MIL/family or mr.hubby outstation
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 02:51 PM | Show all posts
1st 1st ada lah... Tapi skg share toilet je.. Kan sempit kalau mandi sama2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ustaz ceramah pun suruh suami isteri mandi bersame . . Mengeratkan lagi hubungan kasih sayang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 02:34 PM | Show all posts
Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.

Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

Maksudnya;

“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

Maksudnya;

“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub” (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 03:19 PM | Show all posts
siputsedut posted on 14-9-2012 08:59 AM
oooooooooo  kalau mcm tu paham lah...

mesti la menjejer air mata... eh takmo lah bayangka ...

Hukum suami ciumjenazah pasangan
APAKAH hukum suami memberi ciumankepada isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan, iaitu selepas dimandidan dikafankan.Ketika ini hanya muka belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak-anak si mati memberi ciuman terakhir. Ada pendapat mengatakan suami tidakboleh mencium arwah isterinya kerana akan membatalkan air sembahyang. Adakahia benar?

JAWAPAN
Hukum seseorang suami atau isterimemberikan ciuman terakhir kepada jenazah pasangannya diharuskan dalam Islam. Ini dipanggil bercerai mati dan tidaksama dengan berpisah hidup yang menyebabkan timbulnya hukum. Walaupun si mati sudah diangkat wuduknyaketika dimandikan, tetapi ciuman suami atau isteri kepadanya tidak membatalkanwuduk si mati kerana wuduknya bukan diangkat sendiri, tetapi diwudukkanoleh orang lain. Dalam keadaan ini, wuduk si matitidak batal dengan ciuman suami. Bagaimanapun, hanya air sembahyang suamiatau isteri saja yang terbatal (jika mereka dalam keadaan berwuduk).

Last edited by clatiniey79 on 1-2-2013 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 03:27 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 13-9-2012 05:53 PM
ntah..aku heran... sorang ostazah ni ckp.. tengok kemaluan sndiri makruh.. macamana mandi tengok a ...

jangan mudah untuk membuat lawak benda/perbuatan yang HALAL dengan mengatakan ia HARAM..
mungkin anda sendiri faham dengan maksud HARAM.....
kena dibuktikan dengan dalil atau mana hadis yg mengatakan demikian...
kena berhati-hati atas penggunaan kerana sebagai seorang yang beragama Islam kita kena peka dengan hukum hakam supaya dapat menggelakkan dr melakukan dosa....
isu HARAM ini sensitif....
jangan mengHARAMkan benda/perbuatan yang HALAL dan begitu juga dengan sebaliknya....



Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 04:41 PM | Show all posts
clatiniey79 posted on 1-2-2013 03:27 PM
jangan mudah untuk membuat lawak benda/perbuatan yang HALAL dengan mengatakan ia HARAM..
mungkin ...

sensitif apanya??? hukum ni sebenarnya tafsiran ulama fekah...orang yg tak paham usul fiqh mmg fobia bab2 tafsiran menjatuh hukum muamalah ni... kah kah kah...agak2 mak cik pun tau kan??? kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 04:56 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 1-2-2013 04:41 PM
sensitif apanya??? hukum ni sebenarnya tafsiran ulama fekah...orang yg tak paham usul fiqh mmg fob ...

kalu pokcik faham berkaitan ilmu fiqh so memahamilah....


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 07:29 PM | Show all posts
me tidak dibenarkan mandi sesama sebab ada sekali jatuh,
so diai bankan mandi sesama

sekarang kami tengah buat apartment baru,
so shower kami buat besar siap dua head shower..
so lebih selesa oh coz mandi bersama itu tujuan kena buat shower besar
sampai ada dua head shower tu

errrrr open sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
member aku pernah cakap wife dia dah serik nak mandi bersama sebab masa dia nak jiruskan air ke rambut wife dia sekali air termasuk dalam telinga wife dia sampai tersumbat..biasala lelaki kalau bab mandi memang ganas sehh.. Last edited by easternlane on 3-2-2013 01:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 06:03 PM | Show all posts
dah susah nak mandi sama since anak yg sulung dah darjah 2 .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.431954 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list