|
Bersediakah kita menghadapi Malaikat maut ?
[Copy link]
|
|
yg i tahu dalam Quran dalam Surah Al Kahfi yg nyatanya Nabi Khidhir yg diberi kasyaf tu ...yg boleh tahu apa so and so akan buat
|
|
|
|
|
|
|
|
besedia atau tak..kematian makin hampir pada umat manusia,tak terlewat walpun se saat,tak tercepat sesaat tiba masa kita akan di jemput |
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 31-8-2012 05:46 PM 
1. Percaya dengan kebesaran dan keagungan Allah (selaras dengan Al-Quran dan Hadith)
2. Bagi Al ...
Hmmm....
Nampaknya awak ni bukannya jawab soalan saya, tapi tambah persoalan pula...
Untuk berlaku adil, saya akan cuba jawab persoalan awak.... dan awak juga jawab soalan saya sebelum ke persoalan lain ...
Boleh?
*** untuk thread ni saya akan berfungsi sebagai forumer..... maka saya tak mahu moderate thread ni .... saya serahkan kepada moderator lain dalam board ni untuk moderate...kalau perlu.... jadi awak ada kebebasan untuk mengeluarkan pendapat awak tanpa risau saya potong kredit atau sebagainya dari saya....
Boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 31-8-2012 05:46 PM 
Apa maksud awak selaras dengan Al-Quran & Hadith? Maknanya kebesaran & keagungan Allah tu bersyarat....kena ikut Al-Quran & Hadith ker. Ilmu Allah pun terhad setakat dalam kitab saja....kalau ada ilmu Allah yang takde tulis dalam kitab kiranya bukan ilmu Allah lah??
Jawapan saya:
1. Maksud selaras dengan Al-Quran dan Hadith tu, UNTUK MEMBUAT SEMAKAN tentang dakwaan sesiapapun, adakah dakwaan itu diterima sebagai pegangan dalam Islam atau sekadar DAKWAAN KOSONG tanpa bukti dan rujukan.
2. Al-Quran & Hadith tu sebahagian dari kebesaran Allah, yang telah sampai kepada kita. Setiap ayat Al-Quran itu benar, tak timbul isu ilmu Allah tu terhad pun. FAHAM?
3. Ilmu SELAIN dari kitab Allah (dan hadith sahih) TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEGANGAN AQIDAH, ia hanya sebagai maklumat. Contoh, ilmu hitam yang tiada sandaran dari Al-Quran & Hadith, masih boleh memberi kesan (dengan izin Allah), namun ilmu sebegitu TAK BOLEH DIJADIKAN HUJJAH KEBENARAN YANG HAQIQI. Tak boleh kata itu ilmu benar dari Allah!!! FAHAM?
Soalan saya YANG AWAK BELUM JAWAB: Macamana awak rujuk terus kepada Allah?
Maksud saya boleh saja orang tu tahu dengan tepat dan pasti bila ajal dia sekiranya Allah hendak dia tahu walaupun dah tertulis dalam kitab tiada siapa yang boleh tahu dengan pasti ajal masing2. Apabila Allah berkehendak tiada yang mustahil. Sekarang awak faham???
1. Saya faham tentang penjelasan awak dari kefahaman awak. Yang saya nak tahu, DARI MANA AWAK PASTI yang ada orang boleh tahu DENGAN TEPAT dan PASTI (DETIK MASA dan TEMPAT) tentang ajal seseorang? Kisah Yahudi Notradamus tu SANGAT DANGKAL untuk menyangkal ayat Al-Quran.
2. Bila Allah Berkekendak, memang tiada yang mustahil. Namun, Allah itu Benar, Kalam Allah itu Benar. Allah TAK BERDUSTA melalui 'Percakapan' atau Kalam-Nya.
Soalan saya:
1. Dari siapa awak percaya kisah Nostradamus tu?
2. Kalau awak ada baca kitabnya, tolong beri rujukan kitab Nostrodomos tu.
3. Tolong bawa RUJUKAN SAKSI awak dari orang Islam (Ulama Muktabar) yang percaya Nostradamus tu.
Tak! Awak tak percaya dengan firman Allah...awak hanya percaya kepada apa yang ada dalam kitab. Cuba awak cek balik kitab 30 juz tu macamana dia dibukukan dan berapa banyak kitab2 Al-Quran lain yang dihapuskan sehingga tinggal satu kitab sejak zaman Khalifah Usman lagi. Baca sejarah pembukuan kitab Al-Quran sebelum awak letakkan keyakinan awak pada kitab.....takut nanti awak hanya beriman dengan kitab bukan beriman dengan Allah......
FITNAH PULOK DOH!
1. Bawak mai sini segala apa yang AWAK DAKWA firman Allah yang awak percaya yang TIADA dalam Kitab samada Kitab Al-Quran mahupun Kitab Hadith. Ni soalan sebelum ni yang awak belum jawab: Macamana awak rujuk terus kepada Allah?
2. Awak ni baca Al-Quran ke tidak? Beriman kepada kitab ke tidak? Orang yang beriman kepada kitab Allah, tentulah beriman kepada Allah.
Surah Al-Baqarah ayat 4 dan 5
...dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya akhirat
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung
Siapa yang dapat petunjuk? Yang beriman kepada Kitab Al-Quran. Dalam Al-Quran:
Rasul telah beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah, 285)
Salah satu tanda orang yang beriman kepada Allah ialah beriman kepada Kitab Allah.
Soalan saya: MACAMANA awak beriman kepada Allah dengan MENOLAK ayat Al-Quran?
Awak tanya diri awak dulu sebelum tanya orang lain!
Pendirian saya dah saya JELAS awal-awal lagi. Sebagai orang Islam, sumber Rujukan saya Al-Quran & Hadith, serta Ulama yang pakar dalam Al-Quran dan Hadith. Ini pendirian saya dalam membuat rujukan dalam AGAMA saya.
Soalan saya: Apa pendirian dan rujukan dalam Agama awak? Kalau awak mengaku Islam, sila jelaskan tanpa berselindung di sebalik FITNAH dan SANGKA BURUK!
Awak dah tanya diri awak? Macamana awak rujuk terus kepada Allah? Macamana awak yakin kepada ramalan Nostradamus tu lebih dari ayat Al-Quran....????
Awak ada masalah ker kalau Allah hendak bagi anugerah kepada yahudi?? Awak punya ideologi tentang Allah nih kalau sebut hamba Allah tuh mesti Islam...kalau sebut musuh Allah tuh mesti yahudi & nasrani yer......Macam tuh ker?
Kalau Nostrodamus tuh pakai jin, jin apalah agaknya yang boleh tahu masa depan sampai tahun 2000...hebat betul ilmu jin tu yer setanding dengan ilmu Allah...hebat...hebat....
1. Permulaan Surah Al-Isra, Allah sebut 'Hamba' merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Hamba Allah tentunya ORANG ISLAM....... Nabi Muhammad SAW merupakan orang Islam yang paling mulia. Nostradamus tu ahli nujum Yahudi yang TAK LAYAK disebut Hamba Allah. Kenapa awak membela Nostradamus sangat-sangat ni? Abdullah Bin Salam merupakan Rabbi Yahudi sebelum masuk Islam.... selepas dia masuk Islam maka boleh sebut dia (Abdullah Bin Salam) sebagai Hamba Allah. Ini bukan diskriminasi terhadap Yahudi, panggilan Hamba Allah ini merupakan panggilan kepada orang Islam yang menyerah diri kepada Allah. Hamba ( عَبْدُ ) merupakan kalimah yang menunjukkan pengabdian diri (kepada Allah).
Sila rujuk kalimah 'Hamba Allah' dalam Al-Quran:
قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا
Berkata (Nabi Isa AS) "Sesungguhnya aku ini Hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi (Maryam, 30)
2. Nampaknya mungkin awak tak pernah jumpa ayat Al-Quran dan Hadith yang terangkan macamana Jin boleh tahu sebahagian (SANGAT TERBATAS) dari ilmu dari Langit apabila mencuri perbualan Malaikat Atasan tentang perlaksanaan perintah Allah yang telah ditaqdirkan.... Ilmu Jin yang terbatas tu tak sehebat dan tak setanding langsung dengan Ilmu Allah....
Awak ni beriman atau tidak kepada Al-Quran, dan percaya Hadith Nabi tak?
Saya bawak cerita Nabi pun awak tak percaya, saya bawak cerita yahudi lagilah awak tak percaya...awak elergic dengan yahudi yer....kalau yahudi bawak cerita awak kata tipu sebab bukan Islam...tapi kalau ularmak bawak cerita awak kata betul sebab Islam...hmmmm....saya faham sangat dengan orang yang mentaliti macam nih
Jangan awak fitnah saya egen yahudi sudahlah....
1. FITNAH lagi. Sila TUNJUKKAN KISAH NABI yang saya tak percaya, dengan memberi RUJUKAN YANG TEPAT.
2. Saya dah jumpa orang yang mentaliti macam awak ni, memang tegar... berdalil tak mahu beri rujukan... berpusing-pusing dan tak menjawab soalan. Kalau awak berpusing dan berdalih lagi, InsyaAllah akan terserlah lah segala PUTAR BELIT awak...
3. Saya tak fitnah awak ejen Yahudi pun. Saya pelik, kenapa awak lebih percaya kitab ramalan Yahudi melebihi ayat Al-Quran & Hadith? Macamana awak rujuk terus kepada Allah? Awak ni orang Islam ka? Kalau orang Islam sudah tentu tahu RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN.
Saya menanti JAWAPAN AWAK kepada soalan-soalan saya.... persoalan awak saya dah jawab satu-per satu dengan izin Allah.. kalau ada yang tertinggal, sila bagitahu... harap JANGAN PUSING dengan menambahkan persoalan tanpa menjawab dulu soalan-soalan saya....
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 3-9-2012 11:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Jin/Syaitan boleh dapat tahu sedikit (SANGAT TERBATAS) tentang masa depan?
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan hiasan bintang-bintang.
Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari tiap-tiap Syaitan yang derhaka.
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru.
Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
Kecuali di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (As-Saaffat, 6–10)
“Kami (Allah) menjaganya (langit) dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk, kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat), lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (Al-Hijr: 17–18)
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya), “Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan, para malaikat merendahkan sayap mereka petanda tunduk kepada ketetapan-Nya, bagaikan rantai yang menyentuh batu yang halus serta takut kepada-Nya, maka apabila ketakutan mereka telah reda, (sebahagian) mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, ‘Apa yang disampaikan Tuhan?’ Maka, yang ini menjawab kepada yang bertanya, ‘Allah menetapkan yang hak, Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar’ (sambil menyampaikan apa yang ditetapkan Allah). Ketika itu para jin yang mencuri-curi pendengaran dalam keadaan seperti ini (perawi hadis ini menunjukkan tangan kanannya dengan merenggangkan jari-jarinya satu di atas yang lain). Ketika itu boleh jadi yang mencuri pendengaran terkena semburan api sehingga membakarnya, dan boleh jadi juga ia luput dari semburannya, sehingga ia menyampaikannya kepada jin yang ada di bawahnya dan akhirnya sampai ke bumi dan diterima oleh tukang sihir atau tenung, lalu ia berbohong seratus kebohongan, dan dia dipercaya. Orang-orang yang mendengar dan mempercayainya berkata, ‘Bukankah pada hari ini dan itu ia menyampaikan kepada kita, ini dan itu, dan ternyata benar’ Yakni, benar menyangkut apa yang didengar dari langit.” (Hadith Riwayat Bukhari melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah).
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 31-8-2012 06:14 PM 
Apa yang tertulis didalam kitab adalah sebahgian dari ilmu Allah bukan keseluruhan ilmu Allah. Par ...
memang terang dan jelas explanation awak. Sesuatu yg bukan semua org mampu lakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 31-8-2012 09:57 PM 
yg i tahu dalam Quran dalam Surah Al Kahfi yg nyatanya Nabi Khidhir yg diberi kasyaf tu ...yg bole ...
kalau nabi khidir pun boleh tau, takkan nabi Muhammad saw penghulu nabi, kekasih Allah, yg terawal dicipta tak mampu nak tau pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujjah Al-Quran dan Hadith yang disampaikan bukannya membawa erti yang ilmu Allah tu terbatas. Itu dah salah faham orang yang keliru.
Hujjah yang dibawakan ialah: Ayat atau Kalam Allah itu BENAR. Kalau nak kata ilmu Allah itu luas sampai tak percaya ayat Al-Quran hanya kerana ada orang boleh ramal ajal dengan tepat (detik masa dan tempat), sila bawakan bersama rujukan yang tepat.
Dakwaan rujuk terus kepada Allah tanpa sebarang rujukan, dan dakwaan percayakan ahli nujum Yahudi tu merupakan DAKWAAN kosong. Mana-mana kumpulan ajaran sesat pun boleh dakwa sedemikian. Boleh kita percaya bulat-bulat?
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 12:10 PM 
kalau nabi khidir pun boleh tau, takkan nabi Muhammad saw penghulu nabi, kekasih Allah, yg terawal ...
Boleh bagi dalil Nabi Khidir AS tahu ajal seseorang DENGAN TEPAT (MASA dan TEMPAT)?
Dalam Al-Quran kisah Khidir AS bunuh budak, tidak menunjukkan yang Khidir AS tahu ajal budak itu secara tepat. Kisah tu menunjukkan Khidir AS diberi ilmu yang tidak diberi kepada Nabi Musa AS, berkaitan masa hadapan yang akan berlaku kepada budak itu sekiranya dia hidup menjadi dewasa
Para Nabi dan Rasul diberitakan berita masa hadapan (Prophecies), dan ilmu tersebut boleh berbeza antara setiap Nabi. Semuanya dari Allah itu Benar.
Kalau bukan dari Nabi yang beritakan, atas dasar apa kita nak percaya orang yang suka ramal masa depan?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-9-2012 12:20 PM 
Boleh bagi dalil Nabi Khidir AS tahu ajal seseorang DENGAN TEPAT (MASA dan TEMPAT)?
Dalam Al- ...
saya hanya merujuk kaedah kepada yg menyatakan. Tanyalah dia. Btw, boleh bawak dalil tak yg kata sumber2 ilmu islam ni wajib bersumberkan dalil berkitab ajer.
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 12:26 PM 
Btw, boleh bawak dalil tak yg kata sumber2 ilmu islam ni wajib bersumberkan dalil berkitab ajer.
Salam...
Sila rujuk khutbah terakhir Nabi masa Haji Wida', sudah jelas..... sesiapa yang berpegang kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi (Hadith), INSYA-ALLAH.....TAK AKAN SESAT.
Dalam Al-Quran, cukup banyak perintah TAAT ALLAH dan TAAT RASUL.
Juga Al-Quran itu terkandung Al-Huda (petunjuk), Al-Furqan (membezakan antara Haq dan Batil), Fussilat (menjelaskan), Al-Baiyyinat (bukti), Hujjatullah (hujjah Allah)..... kalau nak senarai CUKUP BANYAK....
...Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.... (Al-Maaidah, 3)
Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.... (An-Nisa, 80)
...Maka bertanyalah kepada ahlazzikri (yang berpengetahuan) jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)
Ulama itu pewaris Nabi (Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad, Ibn Majah)
Jaminan tak akan sesat berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah (Al-Muwatto' - Imam Malik)
Nabi berpesan sampaikan walaupun sepotong ayat. Barang siapa yang berdusta atas nama Nabi dengan sengaja, akan ditempatkan dalam Neraka (Sahih Bukhari)
Dialah yang mengutus kepada kaum yang ummiy, seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Al-Jumu'ah, 2)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-9-2012 12:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-9-2012 12:43 PM 
Salam...
masih tak menjawab so'lan. Tang mana nabi ada kata kena ikut kitab hadith ke. hadith tu pun ada khilaf dengarnya, ada yg kata al quran dan sunnah, ada yg kata alquran dan ithrah. mana satu ni? O ya, agaknya imam bukhari yg compile sahih bukhari tu, dia pi rujuk kitab mana agaknya? nanti, jangan pulak yg membaca dok ingat aku tolak hadith plak. Takut jadi pitenah nanti....bab ni, kita forum gitu2 dahlaa.....ekekeke
Dan katanya ulamak pewaris nabi. Apa yg diwariskan? kitab hadith ke? Dan ulamak yg macam mana? ulamak yg berdaftar dengan persatuan ke, mcm mana? Last edited by apam on 2-9-2012 12:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 12:53 PM 
masih tak menjawab so'lan. Tang mana nabi ada kata kena ikut kitab hadith ke. hadith tu pun ada kh ...
Persoalan awak ni macam awak tak berapa yakin sumber UTAMA Islam tu Al-Quran dan Hadith, atau awak dah salah faham.... boleh dijelaskan dengan panjang lebar persoalan awak ni, sila buka thread baru di sub board kerana isu di sini berkaitan AJAL dan MAUT yang dibincangkan...
Sikit penjelasan ringkas:
Tak timbul persoalan yang Nabi kata kena ikut kitab hadith? Awak faham ke tidak apa itu Sunnah Nabi?
Untuk kebaikan ummat, ada antara para sahabat yang catat Sunnah (contoh Abdullah Bin Amr RA mencatat segala percakapan Nabi yang sampai kepadanya)... kemudian ada sahabat kumpul Sunnah2 yang telah dicatatkan tu...kemudian zaman Tabiien diteruskan pengumpulan hadith dalam skala yang lebih besar... usaha ni diteruskan sampai ke zaman Ulama Hadith seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah, Tobrani, Darimi, Al-Hakim....
Ada juga para sahabat yang menghafal Sunnah Nabi tanpa catatan...(contoh Abu Hurairah RA) hafalan ini disampaikan sehinggalah ada usaha catatan dibuat supaya ia tidak lenyap dek arus zaman, dan untuk kurangkan kesilapan teknikal dalam periwayatan apabila masa dan zaman berlalu...
Objektif Hadith ialah menepati Sunnah.... tak timbul isu yang Nabi perintah ikut kitab hadith.... objektif IKUT Sunnah (ittiba' us Sunnah) maka sebab itu hadith telah dikitabkan untuk memudahkan rujukan sumber Islam dalam perintah untuk IKUT SUNNAH.... perlaksaaannya pula kena rujuk kepada yang Pakar Al-Quran dan Sunnah untuk lebih kefahaman...
hadith tu pun ada khilaf dengarnya, ada yg kata al quran dan sunnah, ada yg kata alquran dan ithrah. mana satu ni? O ya, agaknya imam bukhari yg compile sahih bukhari tu, dia pi rujuk kitab mana agaknya? nanti, jangan pulak yg membaca dok ingat aku tolak hadith plak. Takut jadi pitenah nanti....bab ni, kita forum gitu2 dahlaa.....ekekeke Kat mana yang ada khilaf dari Sunnah, diraikan pendapat-pendapat yang kuat dari sumber2 hadith sahih. Yang lemah dikesampingkan. Yang jelas palsu, DITOLAK.
Sumber Al-Quran, TAK BOLEH TOLAK, kalau mengaku sebagai orang Islam...
Berkaitan hadith Al-Quran dan Sunnah, serta Al-Quran dan Itrah/Ahlul Bait, boleh rujuk di sini:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=670536&extra=page%3D1
Dan katanya ulamak pewaris nabi. Apa yg diwariskan? kitab hadith ke? Dan ulamak yg macam mana? ulamak yg berdaftar dengan persatuan ke, mcm mana?
Yang diwariskan itu ilmu **(lihat hadith di bawah).... yakni ilmu dan kefahaman tentang Al-Quran dan Sunnah. Ulama yang macamana? Ulama Haq yang tiada berkepentingan dunia yang beramal dan menyampaikan menurut Perintah Allah dalam Al-Quran, dan Sunnah Nabi (menerusi Hadith)
Ulama tu plural/jamak/banyak, bukannya seorang sahaja yang betul dan selainnya semua salah belaka. Kalau seorang yang mengaku wali, sedangkan ajarannya bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, menyalahi Ijma' Ulama, maka yang mengaku wali tu bukannya termasuk dalam kategori Ulama pewaris Nabi atau Haq. Sama juga bagi kes atau seseorang yang diiktiraf 'wali' oleh sesetengah kumpulan yang taksub kepadanya, bukan jaminan dia tu seorang Ulama pewaris Nabi atau Ulama Haq, melainkan segala amalan dan ajarannya bertepatan dengan Perintah Allah dalam Al-Quran dan juga bertepatan dengan Sunnah Nabi.
** Hadith Ulama Pewaris Nabi
Kathir ibn Qays berkata: saya sedang duduk dengan Abu Darda di masjid Damsyik.
Seorang lelaki datang kepadanya dan berkata: Abu Darda, saya telah datang kepada kamu dari bandar Rasulullah (SAW) tentang hadith yang saya telah dengar kamu meriwayatkan dari Rasulullah (SAW). Saya telah datang bukan untuk sebarang tujuan lain.
Dia (Abu Darda) berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: Sesiapa yang berangkat menerusi satu jalan dalam mencari ilmu, Allah akan menjadikannya berada di salah satu jalan dari jalan-jalan ke Syurga. Malaikat merendahkan sayap mereka dalam kegembiraan dengan sesiapa yang mecari ilmu, penghuni langit dan bumi serta ikan di lautan dalam akan meminta ampun baginya. Keutamaan seoarang 'Alim (orang yang berilmu) ke atas 'Abid (orang yang kuat ibadat) adalah seperti bulan pada malam purnama (bulan penuh) ke atas bintang-bintang. Dan sesungguhnya Ulama adalah pewaris para nabi, dan Nabi-nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham, mereka meninggalkan ilmu pengetahuan sahaja, dan orang yang mengambilnya (ilmu) mengambil bahagian yang banyak (manfaat).
Rujukan: Sunan Abi Dawud, Kitab Ilmu
رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا من طرق الجنة وإن الملائكة لتضع أجنحتها رضا لطالب العلم وإن العالم ليستغفر له من في السموات ومن في الأرض والحيتان في جوف الماء وإن فضل العالم على العابد كفضل القمر ليلة البدر على سائر الكواكب وإن العلماء ورثة الأنبياء وإن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما ورثوا العلم فمن أخذه أخذ بحظ وافر
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 7-9-2012 10:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-9-2012 01:03 PM 
Persoalan awak ni macam awak tak berapa yakin sumber UTAMA Islam tu Al-Quran dan Hadith, atau awak ...
takpelah. Saya menyampuk kat thread ni bukan nak pertikaikan asas pemahaman awak berkenaan sumber2 rujukan agama. Cuma saya kagum dengan penjelasan fiza-mira.
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 01:16 PM 
takpelah. Saya menyampuk kat thread ni bukan nak pertikaikan asas pemahaman awak berkenaan sumber2 rujukan agama. Cuma saya kagum dengan penjelasan fiza-mira.
Awak bebas untuk kagum dengan sesiapa.... termasuklah kagum kepada penjelasan orang yang kagum kepada ahli nujum Yahudi....
Awak boleh pertikai pemahaman saya, juga tiada masalah. Sebagai orang Islam, sudah jelas apa sumber agama Islam.
Saya hanya menyampaikan.... terpulang kepada masing-masing untuk menilai...
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-9-2012 03:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 12:10 PM 
kalau nabi khidir pun boleh tau, takkan nabi Muhammad saw penghulu nabi, kekasih Allah, yg terawal ...
tu kasyaf
bukannya tahu exectly ajalnya bila...sebab ada perkara yg jadi rahsia Allah ... |
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 01:16 PM 
takpelah. Saya menyampuk kat thread ni bukan nak pertikaikan asas pemahaman awak berkenaan sumber2 ...
saya tak kagum pun sebab banyak kalau diteliti ada yg hmm doubtful malah saya amat berhati hati. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 2-9-2012 05:45 PM 
tu kasyaf
bukannya tahu exectly ajalnya bila...sebab ada perkara yg jadi rahsia Allah ...
nabi muhammad bukan sekadar tau bila ajalnya dengan tepat, malah boleh memohon kepada Allah bila dia nak wafat.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 2-9-2012 05:46 PM 
saya tak kagum pun sebab banyak kalau diteliti ada yg hmm doubtful malah saya amat berhati hati.
baguslah kalau berhati-hati. ekekekeke.....pemahaman org berbeza2....mungkin yg saya paham tang lain, awak paham tang lain..yg penting sama2 berusaha menambah ilmu dgn ikhlas dan tawadhuk sebab ilmu Allah itu luas
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 2-9-2012 06:05 PM 
nabi muhammad bukan sekadar tau bila ajalnya dengan tepat, malah boleh memohon kepada Allah bila dia nak wafat.
Salam...
Memandangkan saudara/i memang berminat dalam thread ni dan mempunyai persamaan dalam pegangan kepercayaan macam Fiza-Mira tu berkaitan ajal/maut, maka saya nak minta rujukan yang sahih berkenaan kenyataan anda di atas. Fiza Mira tu setakat ni belum dapat beri rujukan yang diminta, harap saudara dapat berikan rujukan yang tepat supaya kita sama-sama beroleh manfaat untuk menyelidik kredibiliti rujukan tersebut.
Berkenaan ajal dan maut bila dah hampir, memang ada orang dizahirkan ajal dan maut baginya. Ini perkara yang tidak menyalahi ayat Al-Quran. Perkara yang perlu difahami ialah tiada seorang pun yang dapat tahu ajalnya dengan tepat (detik masa dan tempat) sewaktu dia berada dalam keadaan sihat tanpa apa-apa musibah dan bencana, semasa mudanya.
Jika anda kata Nabi tahu ajalnya dengan tepat, semasa waktu mudanya, sila lampirkan rujukan anda. Jika sekiranya hampir dengan ajal baru Nabi dizahirkan akan ajal dan maut yang semakin hampir, itu tidak dikira mengetahui ajal dengan tepat, kerana banyak orang soleh juga dizahirkan sedemikian, cumanya ilmu yang dizahirkan kepada Nabi mungkin lebih banyak berbanding orang-orang lain.
Untuk pengetahuan anda, sila rujuk Khutbah Nabi dalam Haji Widak pada tahun terakhir hayat Nabi...
Adakah Nabi PASTI bila ajalnya dalam tahun tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|