CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

Pertemuan kedua - [U]

[Copy link]
Post time 25-8-2012 10:29 PM | Show all posts
sambung la lagi...

cute je bc ayat2 cite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 10:47 PM | Show all posts
Daus pun terjumpa kekasih lama during reunion?

Next please
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 02:19 PM | Show all posts
daus... jgn bermain dgn api.. hehehehe.. jgn bg peluang ka Iqbal pulak.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 12:30 AM | Show all posts


sila sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 11:57 AM | Show all posts
lalallaa..mane girl ni... ape kes si Daus?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:02 PM | Show all posts
girl...sila la sambung lagi...something fishy bout daus ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2012 08:18 AM | Show all posts
macam pasangan ni akan terpisah.. back to x
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 08:42 AM | Show all posts
owh ade sambungan ye

common


TT u ade gaya macam Aisya Sofia  - the dialogue i love it ....so natural ....go ahead keep writing


common , what 's nextttttttttttttttttttttttttt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 09:01 PM | Show all posts
Everything’s back to normal.

Aku dengan tugas aku yang bertimbun di klinik O&G.

Lepas habis kerja petang tu, aku sempat berjumpa dengan Syira.

“ Amin tak ada kat rumah ke?” Aku soal selepas kami selesai mengorder makanan.

“ Outstation lagi. Dia cakap dia busy sikit sebab bila aku dah sarat nanti tak ada dah dia nak keluar outstation.”

“ Bagus la tu.” Aku terangguk-angguk.

Petang tu Syira sentuh pasal reunion kami dua minggu lepas.

Syira cakap pasal Farah yang sebenarnya dia isteri kedua. No wonder dia macam mengelak bila ditanya Syazwan pasal seorang budak.

“ Tak sangka kan Iqbal dah lain.”

Aku pura-pura selamba.

“ Kau sembang apa je dengan dia?”

Aku senyum kecil. “ Tak ada apalah. Dia tanya pasal kahwin, cerita pasal dia sikit. Tu je.”

“ Ana?”

Syira pandang tepat mata aku.

“ What???” Aku ketawa kecil. “ I’m okay la.”

Aku masih ingat. Syira seorang je yang tahu hubungan aku dengan Iqbal.

After the first semester result came out, hubungan aku dengan Iqbal makin rapat.

We were love bird.  Ramai yang tahu hubungan kami.

Bergerak ke perpustakaan bersama-sama. Bergerak ke kuliah pun berdua.

“ Saya ramai adik beradik awak. Anak sulung pulak tu.”

Petang itu kami sedang menyiapkan sebuah banner untuk pameran kerjaya yang akan diadakan di kolej kami.

“ Ayah dah tak ada. Mak saya kerja kuat untuk hantar saya ke sini. Adik-adik pun masih sekolah lagi.”

Aku cuma mendengar.

“ My mom. Dia…”

Aku pandang dia pelik. “ Kenapa?”

“ Tak adalah. Mak pernah cakap kat saya, kalau nak cari bini, carilah yang pandai masak. Yang baik. Sopan santun. ”

Muka aku terus merah. “ Kenapa cakap pasal bini-bini ni?”

Dia ketawa. “ Tak ada apa. Saja je cakap.”

Aku terdiam. Menahan diri daripada senyum lebar.

Umur baru berapa belas dah gatal nak kahwin.

“ But mak saya ada cakap jugak.”

Aku pandang wajah dia sekilas. Kali ni muka dia serius.

“ Dia cakap nak…”

“ Oi, kalau sembang, bila nak siap?!” sergah Syira dari belakang. Aku ketawa. Iqbal tersenyum.

“ Kau datang tolong cepatlah sikit ni ha.” Aku mengomel.

“ Aku nak tolong. Tak kacau daun ke ni? Iqbal okay eh?”

Aku tolak bahu Syira. Syira ketawa besar.

Urgh. Mengenang semula kata-kata Iqbal dulu buat hati rasa ngilu.

“ So Daus macam mana?”

Kembali ke alam nyata. Kembali berbual bersama Syira.

Daus.

Daus satu hal. Dia agak pelik sejak kebelakangan  ni.

“ He’s okay. But dia macam pelik sikit.”

Dahi Syira berkerut.

“ Pelik macam mana?”

Aku jungkit bahu. “ I don’t know. Kitorang susah nak jumpa sekarang. Aku text or call dia tanya nak jumpa tak, baru dia cakap okay. Kalau tak jangan harap la dalam sehari tu nak contact aku.”

Syira terdiam sebentar. Thinking maybe.

“ Time bertunang ni memang banyak dugaan dia Ana. Kau kena kuat. Kadang-kadang benda yang kita tak sangka pun boleh muncul.”

Syira macam sedang menyampaikan sesuatu.

“ Kau rasa Daus…?”

“ Apa?”

Aku geleng-geleng. Daus takkan curang. Aku kenal dia.

“ Just becareful okay darling. Kalau kau nampak Daus macam pelik sikit, why don’t you guys have a chat or discuss. Maybe dia ada masalah ke.”

Aku senyum tawar.

Malam itu aku call Daus.

“ You kat mana ni?”

“ I kat rumah.” Daus macam tak sihat.

“ You okay tak ni?” soal aku agak risau.

“ I okay je. Selesema sikit. You tak yah la risau.” Nada suara Daus masih lembut.

“ Kita jumpa esok boleh? Lama dah I tak berbual dengan you.”

“ Esok?Kenapa?”

Nada Daus berbaur curiga. “ Tak adalah. Dah lama I tak jumpa you. Tu je.”

“ Hmmm. Yalah.”

Diam sebentar.

“ Daus, you sure ke you okay ni?” Aku tanya pelik.

“ I’m okay la sayang. Kita jumpa esok okay. I nak tidur ni. Headache.”

“ Okay. Take care.”

Kenapa Daus ni?

Tak sabar nak tunggu esok.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:07 PM | Show all posts
lagi? sorry sebab mmg ternanti2 sambungan.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 11:27 AM | Show all posts
daus ni ada tanda2 org curang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 10:46 AM | Show all posts
sila sambung kakak..gaya cerita best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 01:34 AM | Show all posts
Hari itu pagi-pagi lagi aku call ke Jabatan Kardiologi.

“ Dr Firdaus tak masuk kerja hari ni. Dia MC.”

Kening terangkat sebelah. Daus tak cakap apa-apa pun.

Aku cuba call dia semalam, setelah dua jam setengah aku menunggu di restoran kegemaran kami.

Banyak SMS yang aku hantar. Banyak kali juga aku call dia.

Semuanya tidak berbalas. Aku mula pelik.

Mungkin dia tidak sihat.

Tapi tak perlulah sampai telefon tidak berangkat, SMS tidka berjawab.

Geram.

“ Tak pelah kak.”

Aku letakkan kembali gagang telefon.

Aku diam sebentar. Memandang dinding yang kosong di hadapan.

Aku keluarkan handphone dan type message baru.

‘ Daus, you kat mana ni? You okay ke? They told me you MC hari ni. Call me back this afternoon.’

Aku tarik nafas panjang dan lepas.

“ Okay ke doktor?” Kak Azyan datang menjenguk.

Aku mengangguk dan senyum.

Pesakit ramai hari ni.

“ Puan Siti Aminah…” Aku baca nama pesakit pada sebuah kad. Dan aku pandang wajahnya. Masih muda. Dan agak familiar.

“ Ya, saya doktor.” Ada seri pada wajah ibu mengandung ini. Tujuh bulan rasanya.

Ya, aku pernah nampak dia ni.

Aku lakukan pemeriksaan seperti biasa.  Dan tuliskan tarikh appointment seterusnya.

“ Doktor tak ingat saya eh?” Lepas selesai pemeriksaan gadis muda bertanya.

Aku senyum dalam pelik. “ Maaflah. Rasa macam kenal tapi lupa.” Aku ketawa malu.
“ Doktor mungkin tak ingat saya. Doktor mesti kenal abang saya.” Dia masih tersenyum.

Abang?

Siti Aminah bt Yusof.

Muhammad Iqbal bin Yusof.

“ Abang. Abang.”

Budak kecil itu menangis. Aku yang baru berjalan pulang dari library sedikit pelik.

Macam mana ada budak kecik kat dalam kolej ni?

Anak pensyarah?

Tapi hari minggu.

“ Adik. Adik.”

Aku mendekati budak perempuan itu.

“ Adik cari siapa?” Aku pegang bahu kanak-kanak perempuan itu.

“ Abang.” Dalam esakan dia menjawab.

“ Abang?” Aku garu kepala yang tidak gatal. “ Abang nama apa?”

“ Abang nama…”

“ Ina!”

Aku angkat kepala. Iqbal?

Iqbal semput. Mungkin baru lepas berlari. Dia senyum. Senyum dalam semput.

“ Awak.” Aku senyum. “ Adik?”

Iqbal mengangguk. “ Family saya datang hari ni. Lepas tu bawak si kecik ni jalan-jalan. Boleh pulak dia hilang.” Iqbal usap-usap kepala adiknya. Adiknya menyorok di belakang badan gempal Iqbal. “ Awak dari mana ni?”

Aku ketawa kecil. “  Library. Lepas tu nampak dia jalan sorang-sorang sambil menangis. Kecik lagi adik awak tu. Jagalah dia elok-elok. Kolej ni dahla luas.”

“ Baik, awak.” Iqbal pandang penuh makna. Mukaku merah.

“ Adik, pergi salam dengan kakak.” Iqbal pujuk adiknya bersalaman denganku. Budak kecil itu peluk kakinya rapat.

“ Pergilah.” Iqbal pujuk lagi.

Perlahan-lahan adiknya mendekati aku. Aku hulurkan tangan dan dia menyambutnya takut-takut, mencium tanganku. Aku tertawa melihat telatahnya.

“ Adik nama apa?”

Si adik menoleh ke arah abangnya, seakan-akan memohon kebenaran.

“ Cakaplah kat kakak.”

“ Siti Aminah.” Lalu dia sengih. Menyerlahkan giginya yang rongak.

Aku cubit pipinya. “ Umur berapa ni?”

“ Lapan.”

Aku pandang Iqbal. “ Keciknya?”

“ Tak macam abang dia eh?”

Aku senyum dan pandang Iqbal. Iqbal menahan tawa.

“ Awak nak balik blok A la ni?”

Aku angguk.

“ Jomlah. Kitorang nak pergi kafe blok A ni.”

Aku cuma mengangguk. Dalam perjalanan aku menjadi rapat dengan Aminah. Siap diminta berpegangan tangan bersamanya.

“ Abang dengan kakak pun peganglah tangan.” Pinta Aminah.

“ Akak nak pegang tangan Ina je.”

Iqbal menjeling. Aku buat-buat tidak nampak.

“ Jomlah jumpa mak dengan abah saya dulu.” Iqbal bertanya sebaik tiba di kafe A.

Aku menggeleng. “ Lain kali jelah.”

“ Jomlah kakak. Jomlah.” Aminah menarik tangan aku.

Aku berbelah bahagi. Iqbal menunggu.

“ Ina?”

“ Mak!”

Aminah melepaskan genggaman dan berlari ke arah wanita separuh umur agak jauh di hadapan kami.

Mak dia dah nampak aku.

Serta merta aku jadi nervous.

Tangan sejuk.

“ Mak nak pergi mana?” soal Iqbal apabila maknya mendekati kami.

“ Cari toilet.”

Sesekali wanita itu mencuri pandang ke arah aku.

“ Makcik.”

Aku hulurkan tangan bersalaman. Salam disambut mesra.

“ Ni Farhana mak. Classmate abang.”

Aku senyum. Mak Iqbal pun senyum.

“ Farhana dari mana ni?”

“ Library makcik.” Aku berbasa basi.

“ Oo. Ni dah makan ke belum? Joinlah kami makan. Banyak lauk makcik masak.”

“ Eh, tak apalah makcik.” Aku menolak atas rasa segan.

“ Tak ada apalah. Marilah.” Beriya-iya maknya mengajak.

Aku pandang muka Iqbal. Dia seakan-akan mahu berkata, why not?

Petang itu aku habiskan masa bersama keluarganya.

Kekok.

“ Saya ingat kamu.” Aku senyum. Dia sengih.

Dah besar pun. Dah kahwin.

“ Bulan lepas dia cakap dia ada pergi reunion. Doktor ada pergi tak?”

Aku mengangguk. Dalam diam mukanya mula berubah.

Rasanya kami teringat sesuatu perkara yang sama.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi antara kami. Aku tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Tidak seperti kebiasaan apabila aku bertemu pesakit.

“ Tak apalah doktor. Maaf ambil masa doktor pulak.”

Aku menggeleng.  “ Kirim salam pada abang.”

Dia tersenyum. “ Insha ALLAH doktor.”

Aku pandang dia berjalan sehingga ke pintu. Sebelum dia berkalih ke arahku semula.

“ Doktor. Saya pasti abang saya gembira bertemu doktor lagi reunion hari tu.”

Aku senyum.

Mungkin tidak.




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:17 AM | Show all posts

lagi lagi lagi lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 08:39 AM | Show all posts
banyak sangat flashback sampai keliru otak aku, apa kata lepas ni kau tukar font ,  senang nak beza n baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:48 PM | Show all posts
ana akan kembali pd iqbal
firdaus pulak sakit
mcm bagus aje speku

girllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
cepatlah sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2012 12:23 PM | Show all posts
loh so Firdaus ni  dan Ana  ni MOs  ke specialist ?  hmm interesting

hehehehehehe


something fishy about Firdaus ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:23 PM | Show all posts
so....next ? common....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 03:08 AM | Show all posts
sambunglah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:30 PM | Show all posts
ehhhh..mane sambungan???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062102 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list