|
Tazkirah Facebook 51 (Disember 5, 2012)
Atas kasih sayangNya, Allah menganugerahkan musim cuti sekolah kepada kita. Itulah masanya untuk guru-guru dan murid-murid menambah ilmu-ilmu dan amal-amal agama.
Allah sedia tahu bahawa guru-guru dan murid-murid sangat sibuk sepanjang tahun pada hari-hari persekolahan, maka Dia memberi kelapangan kepada kita, agar kita punya ruang secukupnya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan mengamalkannya.
Tidak ada alasan lagi untuk kita berikan kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti, kononnya kita yang guru atau pelajar tidak punya ilmu agama yang utuh kerana kononnya kita tidak punya masa untuk mendalaminya. Nampak sangat bohongnya : ) |
|
|
|
|
|
|
|
Tazkirah Facebook 52 (Disember 27, 2012)
Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, begitu juga isterinya.
Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, tapi isterinya tidak.
Ada pula suami yang tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama, tapi isterinya ya.
Ada juga suami dan isteri sama-sama tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama.
Keempat-empat jenis pasangan yang disebutkan ini memang biasa kita lihat di sekeliling kita.
Pelajaran yang mahu kita ambil ialah :
1. Yang mana satu cita-cita/idaman/harapan kita (dan pasangan/bakal pasangan kita)? Dan…….
2. Dalam kelompok mana kita (dan pasangan/bakal pasangan kita) berada sekarang?
Dengan menjawab kedua-dua persoalan ini, insya-Allah jalan ke arah yang terbaik sudah mula terbuka, Cuma menunggu aksi kita seterusnya. Selepas mengambil pelajaran, sudah tentu ada refleksi/tindakannya, bukan sekadar ambil pelajaran sebagai hiburan hati. Sememangnya Allah yang menentukan segala, tapi yang sangat penting di sini ialah…… apa tindakan kita sekarang?
Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam.
Page FB : Abu Zulfiqar Al-Amsyari |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih diatas segala pengkongsian tazkirah ini...semoga ia akan menjadikan diri kita insan yg penuh bertakwa kepada Allah swt disamping sentiasa mengukuhkan keimanan serta berubah kepada yg lebih baik. sedaya upaya. insyallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita kaji:
Apa yg kamu beri itulah apa yg kamu dpt?
Baru2 ini ustazah2 mengeluarkan kenyataan yg digalakkan oleh ulama2 (yg kononnya merasa diri mereka berada di atas kebenaran) menyatakan Isteri lebih afdal duduk di rumah. Saya menyuruh isteri saya mendengar tazkirah itu. Jawapan isteri saya : depa tu tau apa? Dah ler bodoh, harap aje ngaji tinggi. Tak tau masaalah masyarakat (dari bekas sudent degree dari uitm).
So saya nak kata mudah aje, tak ke bodoh bila agama difitnah tanpa mengetahui hakikat sebenar2nya.
Nasihat saya, berhati2 ketika berhukum. Kang tak pasal kojol dalam kekufuran.
ok bye |
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 53 (Disember 31, 2012)
Istiqamah memasukkan ilmu-ilmu agama ke dalam diri setiap hari.
Hari ini sudah ada ilmu agama yang baru yang masuk ke dalam diri? Semalam? Ataupun kekal hanya dengan ilmu yang dulu-dulu juga? Hitung diri sendiri... sudah berapa hari tidak ada ilmu-ilmu agama yang baru kita masukkan ke dalam diri kita?
Isitiqamah menyebarkan agama setiap hari.
Hari ini sudah menyampaikan apa-apa tentang agama kepada walau seorang? Semalam? Ataupun sudah lama tidak menyampaikan apa-apa berkaitan agama? Hitung diri sendiri, sudah berapa lama aku tidak memperkatakan tentang agama kepada orang lain?
Hari ini sudah duduk dalam majlis ilmu agama? Belum? Semalam? Tak ada? Minggu lepas? Tak ada juga? Bulan lepas? Juga tak ada?
Jadi... bila kali terakhir duduk-duduk dalam taman-taman syurga (iaitu majlis-majlis agama)? Bila kali terakhir berada di bawah naungan sayap para malaikat? Cuba jawab sendiri.
Patutlah hidup tak ada ketenangan dan kebahagiaan…….
Jika di dunia pun sudah tidak suka untuk duduk-duduk dalam taman-taman syurga, macam mana di akhirat nanti berharap untuk duduk dalam taman syurga sebenar?
Patutlah agama dan umat Islam masih tertindas di seluruh pelusuk dunia. Begini rupa-rupanya perilaku dan perjuangan yang mengaku muslim....... Apabila agama dan umat Islam dizalimi, kita marahkan pihak-pihak yang menzalim, padahal kita sendiri tidak ada saham dalam memperjuang dan menyelamatkan agama dan umat Islam.
Kesimpulannya, tindakan yang mesti kita ambil segera ialah :
1. Memasukkan sekuarang-kurangnya 1 ilmu agama yang baru ke dalam diri, setiap hari.
2. Menyampaikan sekurang-kurangnya 1 hal tentang agama kepada orang lain, setiap hari, sekalipun dengan hanya sepatah perkataan atau 1 isyarat.
3.Berada dalam majlis ilmu sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 hari. Jangan biar sampai 4 hari kosong tanpa majlis ilmu.
Ketiga-tiga amalan ini akan mengelakkan hati daripada mati, insya-Allah. Kita memang tidak sedar yang hati kita sudah mati, orang yang melihat kita yang selalu menyedarinya.
Hendak tahu petanda hati kita sudah mati? Apabila hati kita sudah mati, kita akan berasa tidak selesa dengan hal ehwal keagamaan, dan kita akan berusaha untuk mengelakkan dan menjauhkan daripada berbicara tentangnya. mengelak dan menjauhkan majlis-majlisnya, mengelak dan menjauhkan diri daripada orang-orangnya. Masing-masing boleh menilai diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
-Al-Faqir Abu Zulfiqar
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 54 (Januari 17, 2013)
Murid : Cikgu, kenapa cikgu suka kaitkan pelajaran kita dengan agama?
Guru : Kerana... saya memang sangat suka kalau kamu berjaya dalam pelajaran dan hidup, tapi saya lebih suka kalau kamu berjaya di akhirat. Kejayaan di dunia ini bertahan sekadar puluh-puluh tahun, tapi kejayaan di akhirat adalah untuk selama-lamanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 55 (Januari 26, 2013)
Jika akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru.......(sedangkan dulunya kita agak/ memang rapat dengan semua itu)....... maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita kini. Mari 'check' amal-amal kita... (yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada jawapannya.
Sebaliknya... jika akhir-akhir ini berasa diri semakin rapat dan erat dengan tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru... maksudnya Tuhan sedang menghalakan kita ke jalan-Nya.
Ini salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk anda.
Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana dan di mana kita akhir-akhir ini...
Tidak sekadar merenung... bertindak!
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 56 (Februari 8, 2013)
1. Ada orang memperjuangkan dirinya sahaja.
2. Ada orang memperjuangkan orang-orang yang disayanginya.
3. Ada orang memperjuangkan keluarganya.
4. Ada orang memperjuangkan masyarakatnya.
5. Ada orang memperjuangkan negaranya.
6. Ada orang memperjuangkan agamanya.
7. Ada orang memperjuangkan umatnya.
8. Ada orang memperjuangkan sejagat.
Yang mana yang kita perjuangkan, dan yang mana yang kita tinggalkan selama hari ini?
Kita lebih tahu diri kita.
Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu sahaja?
Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu, dua dan tiga sahaja?
Apa akan berlaku kepada agama dan umat Islam jika semua umat Islam hanya mahu memperjuangkan yang nombor satu sampai nombor tiga sahaja?
Jika umat Islam lemah, kita lebih salahkan musuh. Jika umat Islam teraniaya, kita lebih salahkan musuh. Tapi adakah kita secara aktif menyumbang apa-apa kepada agama dan umat Islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 57 (8 Februari 2013)
Ada kalanya fikiran kita berserabut, runsing dan jadi stress kerana kesalahan kita sendiri, iaitu kita suka sangat memikirkan rezeki orang lain, bukannya memikirkan rezeki kita.
“Huh, orang depan tu sambung rumah dia pulak dah! Nak buat tempat letak kereta kot. Entah dari mana le dapat duit tu!”
“Hah, orang macam dia tu boleh dapat kerja tu? Buta ke apa mata penemuduga tu. Baik lagi aku. Tak boleh jadi ni!”
“Entahlah macam mana dia boleh naik pangkat. Padahal ramai lagi orang lama yang belum naik. Jangan-jangan ada sesuatu tak……?”
‘Eh, engkau tak tahu ke si A pakai kereta baru? Koyak plastik lagi! Dengar kata dia banyak hutang, beli pulak kereta baru. Tu mesti berlagak kalau lalu depan kita tu!”
“Eleh, dia dulu pun teruk! Macam la orang tak kenal! Melepak tepi-tepi jalan, sembahyang pun tak! Tup tup sekarang dah jadi ustaz, berdakwah sana-sini. Tak payah la….!”
Begitulah contoh rezeki-rezeki orang lain yang asyik merasuk pemikiran kita, sehinggakan begitu banyak masa kita terbuang hanya untuk memikir dan mempertikaikannya. Akhirnya kita sendiri stress, kerja tak siap, tak cukup masa, letih dan lain-lain.
Bukan kata tak boleh langsung bersuara dan mengambil pelajaran daripada rezeki orang, tapi janganlah sampai fikiran kita terbeban pula memikirkan rezeki-rezeki orang lain sehinggakan kita stress. Biar cakap sekali lalu sahaja, lepas itu kita biarkan ia berlalu. Banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh kita fikirkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tazkirah yang menginsafkan....tapi pada pendapat saya...pelajar sekolah
bermula dari umur 10 tahun mesti didedahkan dengan tazkirah2 seperti ini...
sepatutnya cikgu2 sekolah boleh ambil masa dalam 15 minit setiap kali
perhimpunan untuk sampaikan tazkirah2 pendek macam ni...
bukan nak menyerahkan tugas2 mak ayah kepada pihak sekolah..tetapi sekurang-
kurangnya ada nilai tambah dr pihak sekolah seluruh Msia utk smua pelajar sebab
pengaruh kawan2 kadang kala lebih besar
kalau ada cikgu2 yang terbaca...saya mohonlah agar dapat cikgu2 sentiasa memberikan
tazkirah2 pendek kpd pelajar2...peringatan sesama Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalulah sangka baik dengan orang.
Tengok kebaikan orang.
Jangan rasa diri dah bagus.
Bila beri peringatan, hati kita kena bersih.
Baru terkesan pada pembaca.
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 58 (Februari 19, 2013)
Menuntut ilmu dan berdakwah itu seumpama makan dan buang air.
Sebagaimana pada setiap hari kita mesti makan, mesti ada benda masuk ke dalam tubuh jasmani kita, seperti itu jugalah pada setiap hari mesti ada ilmu khususnya ilmu agama yang masuk ke dalam tubuh rohani kita. Sehari tanpa makanan, kita tak tertahan. Seperti itulah sepatutnya kita usahakan, tak tertahan sekiranya sehari tanpa input ilmu, khususnya ilmu agama.
Banyak jenis makanan masuk ke perut kita, tetapi makanan ruji mestilah ada. Jika rujinya beras, nasilah. Jika rujinya gandum, rotilah umpamanya. Jika rujinya jagung, jagunglah. Ilmu agama ialah makanan ruji kepada tubuh rohani kita. Kita tak sepatutnya berpuas hati sekiranya dalam sehari tiada ilmu-ilmu agama yang masuk, walaupun pelbagai makanan tidak ruji lain iaitu ilmu-ilmu lain sudah banyak yang masuk. Istiqamahlah dengan rutin sebegini.
Dakwah pula ibarat buang air. Ada sesiapa yang tidak buang air berupa air kecil, air besar ataupun berpeluh dalam sehari? Buang air ialah proses mengeluarkan sesuatu daripada dalam tubuh jasmani kita, dan ia mesti dilakukan pada setiap hari. Jika tidak dikeluarkan, tubuh kita tentunya kan berasa tidak sedap, tidak puas dan mungkin tidak sihat.
Semestinya dakwah begitu juga. Pada setiap hari hendaknya kita keluarkan sesuatu daripada diri rohani kita dan sebarkannya kepada orang lain, walaupun sekadar satu perkataan ataupun satu gerakan.
Pastinya kita tak sedap badan jika dalam sehari tidak makan dan buang air. Maka wajarlah berasa tak sedap badan (demam rohani) kalau sehari tanpa input ilmu dan output dakwah... mengikut kemampuan masing-masing.
"Ilmu dan dakwah itu ibarat makan dan buang air, yang setiap hari ia mesti masuk ke dalam diri dan mesti keluar daripada diri."
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 59 (Mac 5, 2013)
Awal pagi, elok kita niatkan : “Hari ini… aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik sahaja.”
Malam sebelum tidur… buat muhasabah : “Adakah hari ini aku berjaya fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik?”
Sejurus sebelum tidur niatkan lagi : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik.” Mohon Allah jayakan niat murni kita ini.
Saranan kepada diri seperti ini dapat membantu dalam melakukan perubahan atau peningkatan diri. Ia dapat membentuk dan meningkatkan tenaga dalam. Boleh cuba.
Hari ini mungkin kita akan berbual dengan kumpulan rakan-rakan kita. Sejurus sebelum pergi duduk dan berbual dengan mereka, cuba niatkan : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, baik, buat yang baik-baik sahaja.” Tengok, diri kita boleh tahan tak daripada fikir perkara-perkara yang tak baik, cakap perkara-perkara yang tak baik, dan buat perkara-perkara yang tak baik ketika bersama-sama kumpulan rakan kita itu. Boleh cuba praktikkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 60 (Mei 15, 2013)
Kita guru kategori yang mana?
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di dunia (yang sementara, yang mungkin untuk hidup selesa selama 70-80 tahun).
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di akhirat (yang selama-lamanya itu).
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat. Tarbiyyahnya SEIMBANG.
Kita guru kategori yang mana?
Umumnya semua orang adalah guru kepada orang-orang di bawahnya.
Ibu bapa guru kepada anak-anak.
Pemimpin guru kepada rakyat.
Abang kakak guru kepada adik-adik.
Majikan guru kepada pekerja.
Orang tua-tua guru kepada orang muda-muda.
Dan sebagainya.
Kita guru kategori yang mana?
Seimbangkah tarbiyyah kita?
Ke mana kita hendak membawa manusia?
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 61 (10 Jun 2013).
Sudah berapa lama kita tidak berada dalam majlis-majlis ilmu agama? Bila kali terakhir kita duduk dalam majlis agama?
3 hari yang lalu?
1 minggu yang lalu?
10 hari yang lalu?
2 minggu yang lalu?
1 bulan yang lalu?
40 hari yang lalu?
Patutlah hati kita gelap. Pautlah hati kita sukar menerima agama.
3 bulan yang lalu?
1/2 tahun yang lalu?
Tahun lepas?
Beberapa tahun yang lalu?
Lagilah........
Ya Allah, pilihlah kami untuk menjadi peserta majlis-majlis ilmu agama sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 62 (Jun 23,2013)
Jerebu di luar, kita seorang... tiada daya.
Tapi jerebu dalam jiwa/hati, kita boleh jernihkan melalui jalan tasawuf.
Sibuk dengan jerebu di luar tu, sibuklah juga,
Tapi kena lebih sibuk dengan jerebu dalam diri.
Aku... lebih sibuk dengan jerebu yang mana?
Apabila jerebu dalam diri semakin kurang,
pandangan mata hati semakin jelas,
hati/jiwa akan semakin tenang,
hidup semakin bahagia.
Jerebu jiwa/hati apabila ia pergi
perginya membawa fikiran kita yang buruk,
kata-kata kita yang buruk,
dan perbuatan kita yang buruk.
Dan tinggallah hanya yang baik-baik sahaja.
Mari kita jernihkan alam sekeliling hati/jiwa kita.
Kita pohonkan agar Allah kurniakan cuaca yang baik,
agar mata hati/jiwa kita sedap bernafas, sedang memandang, sedap merasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 63 (Julai 2, 2013)
Ada orang yang buka-buka sahaja internet, kerja-kerja agama terlebih dahulu, walaupun sekejap, barulah urusan-urusan lain.
Ada orang yang buka-buka sahaja internet, urusan-urusan lain terlebih dahulu, tapi kerja-kerja untuk agama tidak ditinggalkannya, cuba diseimbangkannya.
Ada orang yang buka-buka sahaja internet, urusan-urusan lain terlebih dahulu, barulah kerja-kerja agama, sambil-sambil, jika ada lebihan masa.
Ada orang yang buka-buka sahaja internet, untuk urusan-urusan lain sahaja. Urusan yang khusus untuk agama, tidak termasuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH FACEBOOK 64 (JULAI 25, 2013)
Encik Alif mengeluarkan RM 1,000 setiap bulan pada jalan Allah (banyak tu)... daripada RM 20,000 pendapatan bulanannya... (5%).
Hebatnya Encik Alif. Sekalong tahniah buat Encik Alif.
Encik Ba mengeluarkan RM 100 setiap bulan pada jalan Allah (alahai, ciputnya)... daripada RM 2,000 pendapatan bulanannya... (10%).
Hebat lagi Encik Ba. Dua kalong tahniah kepada Encik Ba.
Besar jumlah memang hebat, besar pengorbanan lebih hebat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|