|
Soal Jawab bersama Isyroqiyyin dan sirrikhafi
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-1-2012 15:31
Seandainya isnad-isnad sesuatu hadis tersebut telah di anggap muttasil sekalipun ia maseh tidak boleh di jadikan bukti kebenaran kerana ia mesti di timbang melalui ajaran suci kitab Quran supaya dapat di ketahui apakah hadis-hadis yang di dakwa saheh tersebut selaras @ bercanggah dengan ajaran suci kitab Quran samaada dari segi lafaznya, istilahnya, & zahir ayatnya & tiada yang mengetahui ta'wilnya, kecuali Tuhan.
Akhir sekali, Tuhan mengingatkan manusia supaya berhati-hati dengan hadis-hadis yang di sampaikan dari mulut ke mulut dengan menganggap ia nya ringan sedang ia itu BESAR di sisi Allah 24:15
sirrikhafi Post at 13-1-2012 17:48 
Adakah Al-Quran ditimbang pula dengan kitab-kitab grammar? Sila beri penjelasan anda. Terima kasih.
Tidak pernah dengar pun ahlulhadis & ahlulQuran yang cuba memaudhu'kan ajaran kitab suci grammar arab.
1. Sejak bila pula kitab grammar jadi KITAB SUCI???? Boleh buktikan?
2. Buat apa ahlul hadith dan ahlul Al-Quran nak memaudhu'kan kitab Grammar, sedangkan grammar itu hanyalah sebahagian dari bahasa?
3. Bukankah anda tolak periwayatan dari ahlul hadith? Jadi hujjah anda sepatutnya tidak boleh bersandar kepada ahlulhadith. Jika anda ambil pendapat ahlul hadith, maka seadilnya anda kena terima periwayatan mereka. Harap berlaku adil dengan kaedah anda
4. Saya mahukan bukti kebenaran, tiada keterangan dari ahlul hadith dan ahlul Quran bukanlah satu bukti yang kitab grammar itu lebih sahih dari kitab hadith.
Tiada penerangan dari ahli Al-Quran dan ahli Hadith tidak membenarkan atau memalsukan apa-apa pun.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-1-2012 16:03
Kebenaran dari sisi Musa:
مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ 5:32
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 6:45
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ 6:151
Kebenaran dari sisi Hamba Allah yang di beri rahmat & Ilmu Nya
فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا 18:74
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا 18:80
فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا 18:81
sirrikhafi Post at 13-1-2012 17:48 
Terima kasih atas ayat2 di atas. Itu bermakna anda percaya MUTLAK kepada Al-Quran. Keterangan ayat-ayat di atas tidak sesekali menunjukkan Kitab Suci Taurat dan ajaran Nabi Musa itu salah. Bahkan, bagi yang mempercayai Al-Quran, ayat-ayat tersebut menunjukkan Khidir AS mempunyai Ilmu dari sisi Allah yang tidak diketahui oleh Musa AS, lantaran Musa AS pernah berkata yang dialah yang paling berilmu.
WAllahu a'lam
Berbalik kepada kenyataan anda:
sebab terkadang kebenaran memang sentiasa mengatasi kitab-kitab suci seumpama kisah khidir & musa.
Kebenaran yang di miliki oleh khidir telah mengatasi ajaran suci taurat yang di bawa oleh musa.
Di manakan bukti ajaran suci taurat Nabi Musa itu telah menjadi tidak benar? Takkan Allah perintah Nabi Musa AS sesuatu yang tidak benar pula? Mustahil!!!
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Kebenaran hanya di pihak Islam, agama Allah.
Tiada lg kebenaran 'duduk' di atasnya.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah perutusan terakhir yg bawa Al-Quran.
Ayat² peringatan, panduan, petunjuk dan hidayah kpd umat manusia sblm tiba hari kiamat.
Bacalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 18-1-2012 01:38
Hujjah anda yang kata Kitab Grammar lebih sahih dari Kitab Hadith itu hanya berdasarkan fakta:
1. Tak bercanggah? (ada percanggahan juga antara bahasa klasik dan bahasa moden)
2. Lebih awal lebi sahih?(yang lebih awal tak semestinya sentiasa betul)
1. Bukankah grammar Bahasa Arab Klasik (فصحى التراث) tak sentiasa sama dengan bahasa Arab moden (فصحى العصر)?
Samaada Klasik mahupun Moden, ia tidak pernah bertentangan dengan Ajaran Suci Kitab Quran.
Koleksi Hadis pula terdapat sesetengah ajaran yang terang-terang bercanggah dengan Ajaran Suci Kitab Quran.
2. Anda kata kitab grammar lebih awal dari kitab2 hadith, menandakan ia lebih sahih, maka adakah kitab-kitab terdahulu dari Al-Quran tu lebih sahih dari Al-Quran?
Samaada Awal @ Kemudian, ia tidak menjadi masaalah asalkan Kitab-kitab tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain.
Kitab grammar tiada periwayatan. Ia hanya penerimaan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Saya bukan kata kitab Grammar itu tak sahih, point saya:
Hujjah anda yang kata Kitab Grammar lebih sahih dari Kitab Hadith itu hanya berdasarkan fakta:
1. Tak bercanggah? (ada percanggahan juga antara bahasa klasik dan bahasa moden)
2. Lebih awal lebi sahih?(yang lebih awal tak semestinya sentiasa betul)
....Merupakan point yang tidak membuktikan kitab grammar itu satu kebenaran mutlak....
Konsep Periwayatan juga bukan kebenaran mutlak walaupun telah muttasil sanadnya.
Sebab itulah Kitab Quran di gelar Al-Furqan, Pembeza yang Haq & Batil.
Dengan Kacamata Quran, Kita akan dapat mengetahui sesuatu Periwayatan Hadis itu samaada ia Benar @ Batil.
Pada saya, grammar bukannya alat untuk mengukur kebenaran, grammar sesuatu bahasa itu boleh berubah mengikut zaman, yang seni grammar yang menarik dan unik membuatkan sesuatu bahasa itu menjadi indah.
Anda silap sebenarnya!
Ilmu Grammar lah pengukur Kebenaran sesuatu Bacaan di dalam Kitab Suci Quran Anda.
Jika tiada Ajaran Suci Grammar Bahasa Arab, Seluruh manusia akan membaca Kitab Suci Quran dengan Bacaan Yang Bengkok...
Adakah Al-Quran ditimbang pula dengan kitab-kitab grammar? Sila beri penjelasan anda. Terima kasih.
Ya,
AlQuran mesti di timbang menurut Ilmu Grammar Bahasa Arab supaya manusia membaca AlQuran dengan Bacaan Yang Sebenar.
Rujuk 2:121, 12:2, 20:113, 39:28, 41:3, 43:3 & 46:12
1. Sejak bila pula kitab grammar jadi KITAB SUCI???? Boleh buktikan?
Sejak saya belum menjumpai lagi Ajaran Keji di dalam Kitab Suci Grammar Bahasa Arab.
Jika anda ada Bukti Kekejian di dalam Ajaran Suci Kitab Grammar Bahasa Arab, silalah kemukakan buktinya di sini.
2. Buat apa ahlul hadith dan ahlul Al-Quran nak memaudhu'kan kitab Grammar, sedangkan grammar itu hanyalah sebahagian dari bahasa?
3. Bukankah anda tolak periwayatan dari ahlul hadith? Jadi hujjah anda sepatutnya tidak boleh bersandar kepada ahlulhadith. Jika anda ambil pendapat ahlul hadith, maka seadilnya anda kena terima periwayatan mereka. Harap berlaku adil dengan kaedah anda
Jika ianya Benar & Tidak bercanggah dengan Ajaran Suci Quran anda, Kita terima Kebenaran itu.
Mana yang palsu & terang-terang bercanggah, Kitak tolaklah ia dengan penuh kejujuran & keadilan.
4. Saya mahukan bukti kebenaran, tiada keterangan dari ahlul hadith dan ahlul Quran bukanlah satu bukti yang kitab grammar itu lebih sahih dari kitab hadith.
Saya telah buktikan Kebenarannya bahawa Kesahihan ajaran suci Kitab Grammar adalah kerana tiada satu pun Percanggahan Ajarannya dengan Ajaran Kitab Suci Quran.
Tiada penerangan dari ahli Al-Quran dan ahli Hadith tidak membenarkan atau memalsukan apa-apa pun.
Sejak bilakah Ahlul-Hadis & Ahlul-Quran 'Tidak membenarkan' ilmu Grammar bahasa arab? sedangkan Kitab Suci Quran anda sendiri membenarkan kedudukan ilmu Grammar bahasa Arab sebagai Alat yang memelihara & yang membezakan antara Bacaan Yang Sebenar Dari Bacaan Yang Bengkok.
Di manakan bukti ajaran suci taurat Nabi Musa itu telah menjadi tidak benar? Takkan Allah perintah Nabi Musa AS sesuatu yang tidak benar pula? Mustahil!!!
Sejak bila pula saya kata Ajaran Suci Taurat Musa itu 'menjadi tidak benar'? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 18-1-2012 01:40
perkara laduni ini bukan bohong....
tetapi,
kenapa dlm, ajaran Islam versi sunnah tidak menekankannya....???
nabi sendiri hidup dgn cara yg cukup biasa....setelah mendapat wahyu.
siapa tahu?
Kitab Suci Quran anda tidak pernah menolak ilmu ladunni.
Maka tentulah Sunnah juga tidak akan sekali-kali menolak ilmu ladunni.
Bila Allah kurniakan ilmu ladunni, terimalah ia dengan penuh kesyukuran & tanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Samaada Klasik mahupun Moden, ia tidak pernah bertentangan dengan Ajaran Suci Kitab Quran.
Koleksi Hadis pula terdapat sesetengah ajaran yang terang-terang bercanggah dengan Ajaran Suci Kitab Quran.
sirrikhafi Post at 17-1-2012 13:45 
Salam...
Hujjah yang tak boleh diterima kerana grammar ialah sebahagian dari bahasa, dan Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Maka grammar tiada kaitan dengan bertentangan atau tidak bertentangan samada dengan Al-Quran atau Hadith sekalipun.
Samaada Awal @ Kemudian, ia tidak menjadi masaalah asalkan Kitab-kitab tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain.
Sebelum ni anda berhujjah dengan hujjah lebih awal, sekarang tinggal satu hujjah pula, tak bercanggah?
Tak apa.... kita akan lihat lagi perkembangan kaedah anda ini Insya Allah
Konsep Periwayatan juga bukan kebenaran mutlak walaupun telah muttasil sanadnya.
Sebab itulah Kitab Quran di gelar Al-Furqan, Pembeza yang Haq & Batil.
Dengan Kacamata Quran, Kita akan dapat mengetahui sesuatu Periwayatan Hadis itu samaada ia Benar @ Batil.
Maka sudah tentu anda SETUJU yang Al-Quran itu kebenaran MUTLAK? Kan?
Anda silap sebenarnya!
Ilmu Grammar lah pengukur Kebenaran sesuatu Bacaan di dalam Kitab Suci Quran Anda.
Jika tiada Ajaran Suci Grammar Bahasa Arab, Seluruh manusia akan membaca Kitab Suci Quran dengan Bacaan Yang Bengkok...
Pulak dah.... Jadi kena guna grammar untuk nilai kebenaran Al-Quran? Tadi kata Al-Quran tu Al-Furqan, sekarang kata kitab grammar kena ukur kebenaran Al-Quran?
Tolong jelaskan, samada saya silap atau kaedah anda ni yang celaru dan bertentangan!!
Ya,
AlQuran mesti di timbang menurut Ilmu Grammar Bahasa Arab supaya manusia membaca AlQuran dengan Bacaan Yang Sebenar.
Rujuk 2:121, 12:2, 20:113, 39:28, 41:3, 43:3 & 46:12
Jadi, kalau ada ayat yang menurut grammarnya nampak macam boleh dipertikaikan, maka pada pendapat anda ayat Al-Quran itu salah kah?
Kalau ayat Al-Quran boleh salah, maka tidaklah ia jadi kitab suci. Mustahil!
Sejak saya belum menjumpai lagi Ajaran Keji di dalam Kitab Suci Grammar Bahasa Arab.
Jika anda ada Bukti Kekejian di dalam Ajaran Suci Kitab Grammar Bahasa Arab, silalah kemukakan buktinya di sini.
Oooo adakah kerana anda tak jumpa ajaran keji dalam kitab grammar, anda kata ia kitab suci? maka bila kitab tatabahasa Melayu yang tiada ajaran keji, jadilah ia kitab suci tatabaha Melayu
Jika ianya Benar & Tidak bercanggah dengan Ajaran Suci Quran anda, Kita terima Kebenaran itu.
Ok.... anda boleh terima hadith yang tidak bercanggah?
Jadi, anda kena timbang dengan neraca Al-Quran, kan? Maka Al-Quran diterima secara mutlak dalam kes hadith, TAPI kenapa kitab grammar jadi kitab tertinggi pula yang menimbang Al-Quran?
Saya telah buktikan Kebenarannya bahawa Kesahihan ajaran suci Kitab Grammar adalah kerana tiada satu pun Percanggahan Ajarannya dengan Ajaran Kitab Suci Quran.
Itu bukan bukti, itu satu pendapat anda sahaja.
Sejak bilakah Ahlul-Hadis & Ahlul-Quran 'Tidak membenarkan' ilmu Grammar bahasa arab?
Bila masa saya kata mereka tak membenarkan? Mereka tak kata apa-apa pasal grammar. Kalau ada bukti yang ahlul Quran kata kitab grammar itu kitab suci, bawalah ke sini
Sejak bila pula saya kata Ajaran Suci Taurat Musa itu 'menjadi tidak benar'?
Dari post ini:
Kebenaran yang di miliki oleh khidir telah mengatasi ajaran suci taurat yang di bawa oleh musa.
Apabila sesuatu kebenaran itu mengatasi yang lain( Ajaran Nabi Musa), tentunya yang lain itu tidak benar
Sila jelaskan apa maksud anda sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujjah yang tak boleh diterima kerana grammar ialah sebahagian dari bahasa, dan Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Maka grammar tiada kaitan dengan bertentangan atau tidak bertentangan samada dengan Al-Quran atau Hadith sekalipun
Alasan anda tidak boleh di terima kerana tiada bukti percanggahan antara Kitab Grammar dengan Kitab Suci Quran.
Pulak dah.... Jadi kena guna grammar untuk nilai kebenaran Al-Quran? Tadi kata Al-Quran tu Al-Furqan, sekarang kata kitab grammar kena ukur kebenaran Al-Quran?
Tolong jelaskan, samada saya silap atau kaedah anda ni yang celaru dan bertentangan!!
Quran itu dalam Bahasa Arab maka sudah semestinya Ilmu Suci Grammar Bahasa Arab di perlukan di dalam Bacaannya yang Arab.
Jadi, kalau ada ayat yang menurut grammarnya nampak macam boleh dipertikaikan, maka pada pendapat anda ayat Al-Quran itu salah kah?
Kalau ayat Al-Quran boleh salah, maka tidaklah ia jadi kitab suci. Mustahil!
Quran itu dalam Bahasa Arab maka sudah semestinya Ilmu Suci Grammar Bahasa Arab di perlukan di dalam Bacaan Arabnya Yang Sebenar.
Rujuk 2:121 & 39:28
Oooo adakah kerana anda tak jumpa ajaran keji dalam kitab grammar, anda kata ia kitab suci? maka bila kitab tatabahasa Melayu yang tiada ajaran keji, jadilah ia kitab suci tatabaha Melayu
Ilmu pengetahuan tentang nama-nama & benda-benda adalah suatu ilmu yang Suci dari Tuhan yang telah di ajar kepada Bapak kita yaitu Adam dan juga sebagai salah satu kebenaran yang paling awal dalam sejarah umat manusia.
Jangan memandang rendah ilmu grammar.
Tanpa Ilmu Grammar, Anda tidak akan mampu membaca Kitab Tuhan yang Suci.
Sebab itulah Ilmu Grammar termasuk Salah Satu Ilmu Yang Suci yang pernah di ajarkan kepada Umat Manusia.
Rujuk 2:31
Apabila sesuatu kebenaran itu mengatasi yang lain( Ajaran Nabi Musa), tentunya yang lain itu tidak benar
Sila jelaskan apa maksud anda sebenarnya.
Mengatasi yang lain tidak semestinya yang lain itu akan menjadi tidak benar.
Seperti Sebuah Cahaya yang Paling Terang, tentu ia akan mengatasi Cahaya-cahaya yang lain tetapi cahaya-cahaya itu tetaplah ia menjadi cahaya buat selama-lamanya dan tidaklah ia sekali-kali akan menjadi sebuah kegelapan.
Sebab itu Tuhan berkata: Cahaya di atas cahaya 24:35
Maka samalah juga dengan Kebenaran yaitu Kebenaran di atas kebenaran.
Nah! lu Fikirlah sendiri beb........... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 18-1-2012 16:38
huhu.....
sebab tu pamilik laduni lebih kepada memandang dunia dgn apa yg mereka tahu....dan mereka hanya diam dan melihat...mungkin faham dunia barangkali....
tp kenapa sy sendiri lari dari semua ini.....(dari terus menghayati laduni(konon, padahal siapa pun tak boleh conformkan))
kerana di dlmnya ada unsur2 pluralism yg perlu difahami.....betui tak sirrikahfi....?
dan saya tak tahu nak adjust bg masuk kepala......dan sy lebih terima idea pluralism hanyalah setakat tauhid rububiyah....itu sahaja yg manusia kongsi....
lebih pada itu, tidak!
tidak ada pluralism mutlak.
apa pendapat anda sirri kahfi tentang pluralism dari sudut ladunni yg anda tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 19-1-2012 12:13
Alasan anda tidak boleh di terima kerana tiada bukti percanggahan antara Kitab Grammar dengan Kitab Suci Quran.
sirrikhafi Post at 18-1-2012 14:17 
Salam
Saya tak kata pun Al-Quran dan kitab grammar ada percanggahan. Saya kata Al-Quran itu KEBENARAN MUTLAK, grammar boleh berubah-ubah ikut zaman.
Kenapa nak ada percanggahan baru boleh tolak kitab grammar? Saya tak perlu tolak kitab grammar pun. Grammar hanyalah alat dalam bahasa, bukannya kitab suci.
Bukankah anda pernah bawa hujjah yang kata ada kesalahan grammar dalam Al-Quran? Berdasarkan pemahaman grammar arab anda?
Atau sekarang anda nak nafikan pula?
JENG JENG JENG..... lihat balik:
KESALAHAN GRAMMAR DI DLM AYAT 66:12
وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ
sirrikhafi Post at 21-3-2011 13:42 
Jadi sirrikhafi nak pusing ke mana lagi pulak lepas ni?
Quran itu dalam Bahasa Arab maka sudah semestinya Ilmu Suci Grammar Bahasa Arab di perlukan di dalam Bacaannya yang Arab.
Setuju Al-Quran itu dalam bahasa Arab.
Grammar pula tak perlu jadi suci hanya sanya Al-Quran itu dalam bahasa Arab. Kalau grammar Arab itu suci, maka mana-mana tulisan bahasa Arab yang menggunakan grammar boleh dikatakan suci. Boleh ke?
Kita kata suci sebab ia dari Allah, kalau bukan dari Allah tentu sahaja tak boleh kata suci, sekalipun betul secara grammarnya
Jangan memandang rendah ilmu grammar.
Tanpa Ilmu Grammar, Anda tidak akan mampu membaca Kitab Tuhan yang Suci.
Sebab itulah Ilmu Grammar termasuk Salah Satu Ilmu Yang Suci yang pernah di ajarkan kepada Umat Manusia.
Rujuk 2:31
Saya tak pandang rendah ilmu grammar. Saya kata ilmu grammar itu sebahagian dari bahasa yang mana manusia yang menggunakannya dan berlaku perubahan ikut zaman. Maka ilmu grammar itu bukanlah suci sebab manusia yang menetapkan kaedahnya untuk kegunaan bahasa.
Sila takrifkan apa yang anda faham dengan istilah KITAB SUCI. Mungkin pemahaman kita tak sama?
Mengatasi yang lain tidak semestinya yang lain itu akan menjadi tidak benar.
Pulak dah.... jadi dua-dua benar? Boleh saya kata Al-Quran itu paling benar, Hadith Nabi juga benar dan Al-Quran itu mengatasi Hadith?
Maka samalah juga dengan Kebenaran yaitu Kebenaran di atas kebenaran.
Nah! lu Fikirlah sendiri beb...........
Ohh saya memang berfikir untuk memahami kaedah anda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 19-1-2012 13:26
Saya tak kata pun Al-Quran dan kitab grammar ada percanggahan. Saya kata Al-Quran itu KEBENARAN MUTLAK, grammar boleh berubah-ubah ikut zaman.
Perubahan Grammar mengikut zaman tidaklah menjadikan ia sebagai suatu kebathilan.
Bukankah anda pernah bawa hujjah yang kata ada kesalahan grammar dalam Al-Quran? Berdasarkan pemahaman grammar arab anda?
Atau sekarang anda nak nafikan pula?
JENG JENG JENG..... lihat balik:
KESALAHAN GRAMMAR DI DLM AYAT 66:12
وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ
sirrikhafi Post at 21-3-2011 13:42
Jadi sirrikhafi nak pusing ke mana lagi pulak lepas ni?
Kesalahan itu Bukan dari Tuhan tapi Kesalahan manusia dalam Bacaan Versi Khafs.
Oleh itu Mushaf tersebut mesti di perbetulkan semula menurut grammar arab nya yang sebenar seperti yang tercatat di dalam ayat 21:91
Elok juga jika boleh di buat perbandengan dengan versi-versi yg lain seperti versi warsh dll supaya dapatlah kita menselaraskan ketujuh-tujuh bacaan tersebut menurut bacaan grammar arab nya yang sebenar.
Sila takrifkan apa yang anda faham dengan istilah KITAB SUCI. Mungkin pemahaman kita tak sama?
Kitab suci itu hanya ada di dalam Kitab yang kukuh, Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci 56:78 & 79
Pulak dah.... jadi dua-dua benar? Boleh saya kata Al-Quran itu paling benar, Hadith Nabi juga benar dan Al-Quran itu mengatasi Hadith?
Hadis siapakah yang lebih benar dari hadis Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
kerana di dlmnya ada unsur2 pluralism yg perlu difahami.....betui tak sirrikahfi....?
dan saya tak tahu nak adjust bg masuk kepala......dan sy lebih terima idea pluralism hanyalah setakat tauhid rububiyah....itu sahaja yg manusia kongsi....
lebih pada itu, tidak!
tidak ada pluralism mutlak.
apa pendapat anda sirri kahfi tentang pluralism dari sudut ladunni yg anda tahu?
Tiada paksaan dalam Agama |
|
|
|
|
|
|
|
Perubahan Grammar mengikut zaman tidaklah menjadikan ia sebagai suatu kebathilan.
sirrikhafi Post at 19-1-2012 13:22 
Salam...
Saya setuju dengan kenyataan di atas.
Maknanya anda pun sudah setuju bahawa TERDAPAT PERUBAHAN GRAMMAR
Seterusnya, point saya, sekalipun perubahan grammar itu tidak menjadikannya suatu kebatilan, tidak juga menjadikannya suatu ajaran seperti kitab suci.
Kesalahan itu Bukan dari Tuhan tapi Kesalahan manusia dalam Bacaan Versi Khafs.
Oleh itu Mushaf tersebut mesti di perbetulkan semula menurut grammar arab nya yang sebenar seperti yang tercatat di dalam ayat 21:91
Elok juga jika boleh di buat perbandengan dengan versi-versi yg lain seperti versi warsh dll supaya dapatlah kita menselaraskan ketujuh-tujuh bacaan tersebut menurut bacaan grammar arab nya yang sebenar.
Boleh jadi juga kesalahan dari pembaca yang tidak faham maksud sebenarnya. Oleh sebab grammar boleh berubah-ubah, maka grammar bukanlah penentu dan penimbang bagi Al-Quran.
Sebaliknya Al-Quran itu yang mengandungi grammar yang terbaik, cuma manusia yang mungkin gagal memahami maksud yang tersurat dan tersirat.
Kitab suci itu hanya ada di dalam Kitab yang kukuh, Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci 56:78 & 79
Jadi kitab grammar bukanlah kitab suci. Maka terpatahlah hujjah anda sendiri berkaitan kitab grammar yang anda kata kitab suci
Hadis siapakah yang lebih benar dari hadis Allah?
Hadith Allah yang paling benar. Seterusnya Hadith-Hadith Para Nabi juga benar.
Selain dari hadith di atas, tiada jaminan kebenarannya.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya anda pun sudah setuju bahawa TERDAPAT PERUBAHAN GRAMMAR
Seterusnya, point saya, sekalipun perubahan grammar itu tidak menjadikannya suatu kebatilan, tidak juga menjadikannya suatu ajaran seperti kitab suci.
Perubahan tidak menjejaskan kesucian suatu perkara.
Boleh jadi juga kesalahan dari pembaca yang tidak faham maksud sebenarnya. Oleh sebab grammar boleh berubah-ubah, maka grammar bukanlah penentu dan penimbang bagi Al-Quran.
Yang berubah ialah Dialek, Bukan Grammar.
Sebaliknya Al-Quran itu yang mengandungi grammar yang terbaik, cuma manusia yang mungkin gagal memahami maksud yang tersurat dan tersirat.
Quran memang grammar yang terbaik.
Yang salah itu cuma dari kaedah qiraat & tulisan mushafnya.
Jadi kitab grammar bukanlah kitab suci. Maka terpatahlah hujjah anda sendiri berkaitan kitab grammar yang anda kata kitab suci
Ilmu Grammar adalah Ilmu yang suci, Maka tentulah Kitabnya juga menjadi suci.
Seterusnya Hadith-Hadith Para Nabi juga benar.
Sangkaan itu tidak berguna sedikit pun buat kebenaran.
Selain dari hadith di atas, tiada jaminan kebenarannya.
Jangan mengada-adakan ke atas Allah akan hadis-hadis yang selain Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang berubah ialah Dialek, Bukan Grammar.
sirrikhafi Post at 19-1-2012 18:43 
Salam...
Bila dialek berubah, grammar pun boleh berubah.
Quran memang grammar yang terbaik.
Yang salah itu cuma dari kaedah qiraat & tulisan mushafnya.
Boleh buktikan qiraat dan tulisannya salah?
Ilmu Grammar adalah Ilmu yang suci, Maka tentulah Kitabnya juga menjadi suci.
Pusing selagi boleh pusing!!!
Saya quote balik kenyataan anda YANG BERTENTANGAN:
Kitab suci itu hanya ada di dalam Kitab yang kukuh, Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci 56:78 & 79
Sangkaan itu tidak berguna sedikit pun buat kebenaran.
Jangan mengada-adakan ke atas Allah akan hadis-hadis yang selain Nya.
Saya tidak berdusta bila saya kata NABI BERCAKAP BENAR. Sesungguhnya Al-Quran itu juga keluar dari MULUT NABI MUHAMMAD disampaikan kepada para sahabatnya setelah disampaikan oleh JIBRIL AS.
NABI BERCAKAP BENAR. HADITH NABI BENAR. Jika Nabi tidak bercakap benar, tidak layaklah untuk menyampaikan Al-Quran.
Para Nabi mereka berbicara yang benar (contoh Nabi Idris AS dan Nabi Ibrahim AS rujuk Surah Maryam ayat 41 dan 56)
Kesemua para Nabi merupakan orang yang BENAR PERCAKAPAN MEREKA. Hadith mereka benar. Hanya sanya hadith yang dipalsukan atas nama mereka sahaja yang batil.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# sirrikhafi
sejauh mana bebasnya fahaman tiada paksaan dlm agama.
kalau org nak berzina, dia jawap tiada paksaan dlm agama, kita nk jawap apa? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak membaca topik ni tapi... bila datang ostad2 porem ngan ilmu memasing yg maha agong dengan pendapat berbeza dari benang ke benang....
jadi gugup pulak membaca nya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 20-1-2012 16:00
Bila dialek berubah, grammar pun boleh berubah.
Hanya Perkataan Nya takkan berubah 6:115
Boleh buktikan qiraat dan tulisannya salah?
Rujuk 21:91 & 66:12
Kesalahan itu hanyasanya dari sisi Grammar sahaja.
Kesalahan yang kecil ini tidaklah menjejaskan Kesucian Ajaran Kitab Suci Quran.
Yang Suci itu adalah Ajaran Nya, Bukan Tulisannya, Barisnya, Titiknya, Qiraatnya, Khat Arabnya & ETC
Harap Maklum.
Saya tidak berdusta bila saya kata NABI BERCAKAP BENAR. Sesungguhnya Al-Quran itu juga keluar dari MULUT NABI MUHAMMAD disampaikan kepada para sahabatnya setelah disampaikan oleh JIBRIL AS.
NABI BERCAKAP BENAR. HADITH NABI BENAR. Jika Nabi tidak bercakap benar, tidak layaklah untuk menyampaikan Al-Quran.
Para Nabi mereka berbicara yang benar (contoh Nabi Idris AS dan Nabi Ibrahim AS rujuk Surah Maryam ayat 41 dan 56)
Kesemua para Nabi merupakan orang yang BENAR PERCAKAPAN MEREKA. Hadith mereka benar. Hanya sanya hadith yang dipalsukan atas nama mereka sahaja yang batil.
Adakah anda dengar sendiri dari mulut nabi?
Ya, hanyasanya saya menolak hadis-hadis yang di palsukan atas nama nabi. |
|
|
|
|
|
|
|
sejauh mana bebasnya fahaman tiada paksaan dlm agama.
kalau org nak berzina, dia jawap tiada paksaan dlm agama, kita nk jawap apa?
Seru dia ke jalan Allah dengan Hikmah & pengajaran yang baik dan bantah lah perbuatannya itu dengan bantahan yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 20-1-2012 16:13
Yang Suci itu adalah Ajaran Nya, Bukan Tulisannya, Barisnya, Titiknya, Qiraatnya, Khat Arabnya & ETCsirrikhafi Post at 20-1-2012 15:44 
Salam..
Kalimah-Nya juga suci dan tiada siapa yang boleh ubah (Al-An'Aam, 115)
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Adakah anda dengar sendiri dari mulut nabi?
Ya, hanyasanya saya menolak hadis-hadis yang di palsukan atas nama nabi.
Sekalipun saya tak dengar terus dari Nabi, saya percaya Nabi bercakap benar.
Saya juga tak pernah dengar Nabi baca Al-Quran, tapi saya percaya BACAAN Nabi itu diwarisi sampai ke hari ini.....
Maka akhirnya anda sudah pun setuju yang HADITH NABI itu BENAR. Hanya sanya yang dipalsukan atas nama Nabi itu sahaja yang batil.
Terima kasih
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 78# sirrikhafi
kalau dia menolak secara jelas beranggapan perbuatannya tidak berdosa, kerana tiada paksaan (kewajipan dlm beragama), kerana membaca ayat tiada paksaan dlm agama, bagaimana kita nak jelaskan yg dia salah faham? |
|
|
|
|
|
|
| |
|