Reply 75# tini85
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi, "MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG, SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH" Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut Apabila kita bertemu dengan insan yang baik akhlak dan cantik agamanya, sedangkan kita pula telah banyak melakukan noda& maksiat dalam hidup,ketahuilah insan itu adalah hidayah yang didatangkan Allah untuk membawa kita kembali pada jalan yang benar melalui cinta yang ditawarkannya untuk kita.Hidayah itu datang dalam bentuk yang berbeza-berbeza.Rebutlah atau abaikan saja. Jodoh itu sentiasa berada di depan mata kita.Jarang kita menemui jodoh dengan orang yang tidak pernah kita ketemu.Jodoh itu bukan takdir mutlak seperti mati yang tidak boleh diubah lagi.Jodoh berubah mengikut apa yang kita usaha dan doakan dan apa yang Allah tentukan berdasarkan usaha dan doa kita.Jika jodoh di depan mata,dan kita tidak berusaha mendapatkannya ,maka jodoh itu akan beralih pada yang lain.Apabila kita mengatakan belum bersedia,maka jalan kita menemui jodoh akan menjadi sukar
p/s: Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. |