blom alaaaa...segan la nak masuk...lgpon AM ni anak murid cikgu PP kt bod borak sana,klas bm masuk byk2 klas nnt pening pale plak tp cm nk try sbb tacang banyak
I tafsirkan Yang Pernah ini tentang seorang lelaki yang sedang membuka pintu hatinya menerima cinta baru di dalam hidup setelah mengalami kegagalan sebelum ini. Yang Pernah itu kiranya 'emosi' dan segala apa yang di alami dalam percintaan yang lalu.
Silakan puas sudah disuruh Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap Lakukan apa saja yang kamu mampu
Sudahlah biar yang telah lalu Lafazkan kesemua yang pernah ada Akhirkan kalau ada masih tertinggal
Dua rangkap nie menunjukkan bahawa si lelaki pernah gagal dalam kisah cintanya yang lalu. Mimpi yang tak pernah lengkap tu I tafsirkan sebagai jalan kisah cinta yang tak berkesudahan. Putus di tengah jalan. Jadinya yang lalu itu si lelaki anggap tidak perlu dikenang dan sekiranya masih ada yang ingin diucapkan utk mengakhiri perhubungan itu – maka seharusnya dilafazkan supaya hati lebih tenang utk menjalani hidup yang mendatang.
Cukuplah kalau perangnya ada Disamping kamu selalu
Andainya aku tahu Ertinya disuruh Semua kan pernah minta
Rangkap ini menceritakan kembali tentang percintaan yang lalu itu. Mungkin mereka selalu tidak sebulu dan asyik bergaduh. Dan kalau si lelaki tu tahulah apa yang selalu ex dia suruh, paksa dan minta..yang bukan-bukan tu - dia takkan lakukan!
Tibalah waktu untuk bersedar Kerana giliran sudah menyuruh Yang pasti yang panggil itu suci lagi
Berilah sedikit untuk aku Hilangkan rasa hati yang tak percaya Biarkan dia yang bilang jangan lagi
Rangkap ni pula si lelaki merasakan bahawa dia perlu pergi dari kisah silam tersebut. Lupakan kesakitan, kelukaan, kekecewaan dan rasa tidak percaya terhadap wanita. Yang suci itu I tafsirkan sebagai Cinta. Jadi, apabila cinta yang baru datang bertandang – si lelaki sedaya upaya cuba membuka pintu hatinya untuk meraih cinta tersebut. Tapi dia hanya memerlukan sedikit masa saja lagi untuk benar-benar bersedia menjalin hubungan seterusnya.
Andainya aku cari Dimana dituju Semua yang pernah jumpa
Jangan luka yang lebih Kerana tiada yang memberi Tiada cuma untuk kamu disini
Si lelaki merasakan seandainya dia masih mencari lagi yang lain, semuanya adalah sama seperti yang pernah dia lalui dahulu. Katanya pada cinta baru itu, tak perlu sedih atau merajuk kalau rasa lelaki tu tak cukup beri kasih sayang sebab yang pastinya si lelaki akan senantiasa ada disisi untuk kekasih barunya itu.