CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Selamat berpuasa!

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2026 10:25 AM | Show all posts
MPKS ajak orang ramai sertai Kempen Beli Balik pada 28 Februari ini
Februari 22, 2026, Ahad - 8:38pm



MPKS mengajak orang ramai sertai Kempen Beli Balik pada 28 Februari ini di Pusat Hijau Komuniti Bandar Riyal di Kota Samarahan.

KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mengajak orang ramai menyertai Kempen Beli Balik yang akan diadakan pada 28 Februari ini di Pusat Hijau Komuniti Bandar Riyal, Kota Samarahan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kempen itu bertujuan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat selain mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.

MPKS dalam satu notis di Facebooknya berkata pelbagai barangan kitar semula dan sisa elektrik serta elektronik (e-waste) diterima dalam kempen tersebut dengan tawaran ganjaran tunai mengikut kategori barangan yang dihantar.

Antara barangan elektrik dan elektronik yang diterima ialah laptop dan desktop CPU (RM5.00), monitor dan tablet (RM3.00), telefon bimbit (RM2.00), kamera (RM2.00), papan kekunci dan tetikus (RM1.00), projektor (RM2.00), televisyen LCD/CRT (RM3.00) serta pencetak atau pengimbas (RM2.00 setiap satu).

Peralatan elektrik rumah turut diterima termasuk mesin basuh dan peti sejuk (RM8.00) serta pendingin hawa (RM10.00).

Sisa elektronik kecil pula diberi ganjaran RM1.00 setiap satu manakala besi buruk atau logam dibeli pada kadar RM0.60 sekilogram.

Selain itu, bahan kitar semula lain seperti botol plastik dan tin makanan dibeli pada harga RM0.30 sekilogram, kertas campur RM0.10 sekilogram, surat khabar lama (OCC) RM0.20 sekilogram serta tin aluminium atau tin minuman pada kadar RM3.00 sekilogram.

Kempen tersebut turut menerima minyak masak terpakai dengan bayaran RM3.00 sekilogram sebagai usaha mengelakkan pembuangan minyak secara tidak terkawal yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Pada masa sama, orang ramai juga digalakkan menyumbangkan pakaian terpakai yang masih elok untuk didermakan kepada pihak yang memerlukan.

Penganjur berharap kempen itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar, di samping memberi insentif kepada penduduk untuk mengamalkan pengasingan sisa di rumah.

Orang ramai disaran hadir awal dan memastikan barangan yang dihantar diasingkan mengikut kategori bagi memudahkan proses penimbangan dan pembayaran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2026 10:26 AM | Show all posts
Terabai Menua Cawangan Suai dan Sepupok serah sumbangan khairat kematian kepada waris ahlinya
Februari 22, 2026, Ahad - 9:11pm



Saripah (empat kanan) menerima sumbangan daripada pihak Persatuan Kebajikan Terabai Menua Cawangan Suai dan Sepupok, baru-baru ini.

SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua Cawangan Suai dan Sepupok telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada waris ahli mendiang Egoh Akup dalam satu kunjungan yang diadakan di Rumah Robert, Jambatan Suai, berhampiran Miri, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada isteri mendiang Egoh, Saripah Sellie @ Bintang sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak persatuan terhadap keluarga yang sedang melalui saat sukar.

Menurut wakil persatuan, bantuan khairat kematian itu merupakan antara inisiatif kebajikan yang disediakan bagi membantu meringankan beban waris ahli apabila berlaku kematian.

Pihak persatuan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu keperluan keluarga.

Persatuan berkenaan terus komited dalam menjaga kebajikan ahli serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:27 AM | Show all posts
Boston Ho Teck Howe dipilih presiden ke-28 Kelab Lions Sibu Pahlawan
Februari 22, 2026, Ahad - 9:17pm



Boston (duduk, tiga kiri) merakam kenangan selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 dan pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Lions Sibu Pahlawan.  

SIBU: Kelab Lions Sibu Pahlawan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-28 sebagai persediaan bagi sesi pentadbiran tahun kewangan 2026-2027, sekali gus menyaksikan Boston Ho Teck Howe dipilih sebagai presiden ke-28 kelab tersebut.  

Pemilihan Boston yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden pertama mendapat sokongan padu ahli-ahli kelab, dengan tempoh perkhidmatan beliau bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2027.  

Beliau yang merupakan seorang profesional undang-undang dikenali sebagai individu berintegriti, berdisiplin serta komited dalam aktiviti khidmat masyarakat, selaras dengan semangat Lions Clubs International, 'We Serve'.  

Barisan kepimpinan baharu turut menyaksikan Tiau Kiu Ung sebagai setiausaha dan Siew Chow Nguong sebagai bendahari, manakala Albert Liu dan Gilbert Lai masing-masing dilantik sebagai naib presiden pertama dan kedua.  

Selain itu, Clement Tie dilantik sebagai pengerusi keahlian, Toh Jack Kuong sebagai penyelaras LCIF, Ngu Tai Hing sebagai pengerusi perkhidmatan serta Diana Teng sebagai pengerusi pemasaran dan komunikasi.

Bagi memperkukuhkan tadbir urus dan keberkesanan operasi, kelab turut memperkenalkan dua komponen utama iaitu Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran serta Jawatankuasa Aktiviti dan Perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan organisasi serta memperluas impak khidmat komuniti.  

Antara fokus utama termasuk program kebajikan masyarakat, bantuan bencana, kesedaran diabetes, penjagaan penglihatan, sokongan kanser kanak-kanak, pembangunan belia, pendermaan darah dan kesihatan mental.  

Seiring memasuki penggal kepimpinan ke-28, Kelab Lions Sibu Pahlawan komited memperkukuhkan pertumbuhan keahlian, meningkatkan kapasiti kepimpinan serta melaksanakan lebih banyak projek perkhidmatan bermakna kepada masyarakat setempat.  


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:31 AM | Show all posts
Tiga suspek kes pecah masuk kedai diberkas di Bintulu
Februari 23, 2026, Isnin - 9:08am

BINTULU: Tiga lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk kedai ditahan dalam operasi khas di Tanjung Batu pada malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali, dalam serbuan sekitar 11.30 malam itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah.

Antaranya, pemutar skru yang diubah suai dan beberapa anak kunci, selain barangan disyaki hasil curi termasuk mesin gerudi dan telefon bimbit.

"Modus operandi kumpulan ini ialah menggunakan anak kunci bagi membuka pintu roller shutter premis sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga yang terdapat dalam premis," ujarnya dalam satu kenyataan.

Nixon berkata, hasil semakan mendapati dua daripada suspek merupakan penjenayah tegar dengan masing-masing mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemilik premis perniagaan agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang aktiviti mencurigakan bagi memastikan Bintulu kekal sebagai bandar yang selamat.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemilik premis perniagaan agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang aktiviti mencurigakan bagi memastikan Bintulu kekal sebagai bandar yang selamat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:31 AM | Show all posts
Polis tumpas kumpulan curi enjin sangkut di Bintulu
Februari 23, 2026, Isnin - 9:23am

BINTULU: Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berjaya menumpaskan sekumpulan lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah curi enjin sangkut di sekitar bahagian ini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dalam Op Pintu yang dijalankan, empat suspek terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 45 tahun ditahan di lokasi berasingan antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.40 pagi.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta serta sebuah enjin sangkut yang dipercayai telah dijual oleh suspek.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mensasarkan rumah kediaman dengan memanjat pagar dan melarikan enjin sangkut sebelum dijual kepada pihak ketiga," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Nixon, salah seorang suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, kecurian kenderaan, pecah rumah serta penyalahgunaan dadah.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya didapati bersalah, kesemua suspek berhadapan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa peka terhadap keselamatan harta benda masing-masing dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan kejiranan kepada pihak polis.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:32 AM | Show all posts
100 asnaf, saudara baharu di Simunjan terima sumbangan pada Program Harapan Ramadan
Februari 23, 2026, Isnin - 9:37am



Awla menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Harapan Ramada di Masjid Darul Hijrah, Simunjan pada Ahad. - Gambar UKAS

KUCHING: Seramai 100 asnaf dan saudara baharu dari 14 kampung sekitar daerah Simunjan menerima sumbangan barangan keperluan dapur menerusi Program Harapan Ramadan.

Program tersebut merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, bantuan berkenaan merupakan hasil sumbangan dana daripada CIMB Islamic.

Manakala YADIM Sarawak katanya, bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan agihan sampai kepada golongan sasaran secara tersusun dan menyeluruh.

“Setiap keluarga menerima barangan dapur bernilai RM150 dengan harapan bantuan sebegini dapat meringankan beban mereka sepanjang Ramadan,” katanya ketika menyampaikan sumbangan di Masjid Darul Hijrah, Simunjan pada Ahad.

Awla dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, Ramadan bukan sekadar ibadah, malah bulan yang mendidik umat Islam dengan sifat rahmah dan empati terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Ramadan adalah bulan yang mendidik kita dengan sifat rahmah dan empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

“Inilah masa terbaik untuk kita memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu,” ujarnya.

Beliau menegaskan pemilihan Daerah Simunjan sebagai lokasi program amat signifikan kerana ia merupakan destinasi keenam dan terakhir bagi pelaksanaan Program Harapan Ramadan peringkat Sarawak tahun ini.

Awla turut mengingatkan bahawa setiap bantuan yang dihulurkan, walaupun sederhana, mampu memberi kesan besar kepada keluarga penerima khususnya menjelang Aidilfitri.

“Sumbangan ini mungkin tidak besar nilainya, namun cukup bermakna dalam membantu meringankan perbelanjaan keluarga sepanjang Ramadan dan persiapan Syawal,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Awla melalui Pusat Khidmat ADUN Simunjan turut mengagihkan 200 pek bubur lambuk bersama kurma dan biskut kepada para penerima serta hadirin sebagai simbolik semangat kebersamaan dan usaha mengimarahkan Ramadan di peringkat komuniti.

Hadir sama, Pengarah YADIM Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah Azman Mut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2026 10:33 AM | Show all posts
Bazar Ramadan di Lundu beri penekanan pembayaran digital, aspek kebersihan
Februari 23, 2026, Isnin - 9:46am



Azizul ketika mengunjungi salah seorang gerai peniaga di Bazar Ramadan Daerah Lundu. - Gambar UKAS

KUCHING: Bazar Ramadan Daerah Lundu tahun ini menampilkan kelainan dengan memberi penekanan terhadap penggunaan pembayaran digital dan aspek kebersihan, selaras keperluan semasa serta usaha meningkatkan keselesaan pengunjung.

Majlis perasmian bazar tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan pada Ahad.

Dalam ucapannya, Azizul merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Lundu atas usaha berterusan menganjurkan Bazar Ramadan saban tahun.

Menurutnya, bazar Ramadan bukan sahaja memudahkan penduduk mendapatkan juadah berbuka puasa, malah merancakkan ekonomi komuniti setempat.

“Tambahan pula, penganjuran tahun ini lebih teratur dan tersusun sekali gus mendapat sambutan masyarakat yang amat menggalakkan,” katanya.

Azizul turut mengingatkan peniaga agar mengutamakan kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan, selain menggalakkan mereka memanfaatkan kemudahan pembayaran digital seperti kod QR bagi memudahkan urus niaga.

Sementara itu, pihak Majlis Daerah Lundu memaklumkan Bazar Ramadan 2026 diadakan di dua lokasi utama iaitu Lundu dan Sematan, melibatkan keseluruhan 69 tapak perniagaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 tapak disediakan di Lundu manakala 14 tapak lagi di Sematan

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup, Pegawai Daerah Lundu merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lundu Zulkarnain Ismail serta Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lundu Lisa Mireg.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:34 AM | Show all posts
Tun Wan Junaidi dan isteri hadiri Majlis Bersungkei di Astana Negeri
Februari 23, 2026, Isnin - 9:55am



Tun Wan Junaidi bersalaman dengan para hadirin sebaik selesai solat berjemaah. - Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Bersungkei di Dewan Santapan, Surau Astana Negeri, pada petang Sabtu.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie bersama kakitangan Astana Negeri Sarawak.

Majlis dimulakan dengan iftar ringan sebelum para hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.



Tun Wan Junaidi bersalaman dengan para hadirin sebaik selesai solat berjemaah. - Gambar Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi dan isterinya kemudian bersama jemputan menikmati jamuan makan malam dalam suasana penuh harmoni di Dewan Santapan.

Program diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Awang Mohamad Safwan Awang Sefari, melibatkan jemaah jemputan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dan DUN Stakan.

Seusai solat, Tun Wan Junaidi menyertai sesi moreh bersama para hadirin, sekali gus mempererat silaturahim antara kepimpinan negeri dan masyarakat setempat.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, Ketua Hakim Syarie Datu Awang Suhaili Ledi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustaz Mual Suaud serta dif-dif kenamaan lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2026 10:36 AM | Show all posts
Tak perlu spekulasi calon kerusi Ngemah: Anyi
Februari 23, 2026, Isnin - 10:04am



Anyi (tiga kanan) menyaksikan Tuai Rumah Brian (kanan) menyerahkan borang keahlian baharu PRS kepada Ramba pada majlis tersebut di Kanowit. - Gambar Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.49 Ngemah

SIBU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selagi tiada pengesahan rasmi daripada kepimpinan tertinggi negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana menegaskan perkara itu ketika menghadiri Program Bersama Penduduk Setempat serta Perasmian Landskap dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sempena ulang tahun ke-26 JKKK Bukit Nyekak Rumah Brain Langit, Ulu Jih di sini pada Sabtu lepas.

Menurutnya, masyarakat perlu terus mengekalkan perpaduan dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti.

"Kita jangan membuat sebarang spekulasi mengenai calon DUN Ngemah selagi tiada pengesahan rasmi daripada kepimpinan tertinggi negeri.

"Apa yang penting sekarang ialah kita terus bekerja dan memelihara perpaduan," katanya.



Anyi (dua kiri) menerima cenderamata daripada Tuai Rumah Brian pada majlis tersebut di Kanowit. - Gambar Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.49 Ngemah

Pada majlis berkenaan, sebanyak 88 borang keahlian baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan tersebut turut diserahkan oleh Tuai Rumah Brian kepada Timbalan Pengerusi PRS Ngemah Ramba Resang, sekali gus memperkukuh kedudukan parti itu di kawasan Ngemah.

Menurut Anyi yang juga Pengerusi PRS Ngemah, DUN Ngemah kini berada di tangga ketiga di Sarawak dari segi jumlah keahlian PRS dengan lebih 3,000 ahli berdaftar.

Beliau turut menekankan konsep ‘Segulai Sejalai’ yang perlu diterjemahkan melalui tindakan dan bukan sekadar ungkapan, demi memastikan perpaduan politik, agama dan budaya terus terpelihara.

Terdahulu, dalam majlis sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara Dr. Stephen William turut menyatakan sokongan terhadap penyandang selagi belum ada arahan daripada Presiden parti.

Beliau menyeru masyarakat agar bijak menilai maklumat yang dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Tuai Rumah Brian dalam ucapan aluannya turut menyuarakan harapan masyarakat agar Anyi terus dikekalkan sebagai calon GPS di kerusi DUN Ngemah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Dengan kemasukan ahli baharu ini, katanya, ia diharap dapat memperkukuh lagi parti khususnya di kawasan Ngemah.

Senada dengan Tuai Rumah Brian ialah Penghulu Lembat Atau yang mewakili masyarakat di bawah kawasan pentadbirannya, turut berharap agar Anyi dicalonkan semula pada PRN akan datang.

Beliau juga menasihatkan semua KMKK agar sentiasa menjaga diri serta tidak mudah terpengaruh dengan hasutan politik melampau, memandangkan mereka merupakan mata dan telinga kerajaan.

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan setempat, Anyi mengumumkan peruntukan sebanyak RM8,000 serta keutamaan Projek RTP kepada JKKK Rumah Brian.

Program anjuran JKKK Bukit Nyekak Rumah Brain Langit dengan kerjasama IPD Kanowit, Jabatan Kebajikan Kanowit dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut diisi dengan aktiviti senam aerobik serta ceramah kesedaran berkaitan jenayah penipuan oleh pihak polis.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kanowit Clinton Jelai serta tetamu jemputan lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:39 AM | Show all posts
KWKKR perkasa pemantauan, pengurusan Situasi Tibi di Sabah
Februari 23, 2026, Isnin - 8:31am



SERAH: Julita (empat kanan) menyampaikan sumbangan kit kebersihan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia kepada mangsa banjir di SMK Tandek semasa lawatan itu.

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) sedang memantau dan mengurus situasi tuberkulosis (tibi) di negeri ini dengan rapi.

Menterinya, Datuk Julita Majungki berkata, pihaknya turut menyelaras dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan rawatan.

Menurutnya, langkah tindak balas telah dilaksanakan dan orang ramai dinasihatkan supaya bertenang serta terus berwaspada.

Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik, memastikan pengudaraan mencukupi dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

Sementara itu, Julita telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tandek dan SMK Tandek 2 di Kota Marudu pada Sabtu susulan kejadian banjir akibat hujan berterusan.

Beliau berkata, PPS beroperasi dengan baik melalui penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta kerjasama agensi yang terlibat.

Katanya, beberapa kampung termasuk Kg. Beliajung, Kg. Tandek dan Kg. Marasinsim terjejas dan pihak pasukan penyelamat telah bertindak segera memindahkan keluarga yang menjadi mangsa kepada banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

"Keadaan cuaca dilaporkan stabil dengan paras air menunjukkan penurunan dan tiada laporan kematian atau kecederaan.

"Kementerian akan terus memantau keadaan dan memastikan bantuan serta sokongan kepada komuniti terjejas diteruskan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:43 AM | Show all posts
FAS, IPD Keningau hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Patau
Februari 23, 2026, Isnin - 10:01am



BANTUAN: Pasukan FAS bersama anggota IPD Keningau ketika mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Patau, Tambunan bagi meringankan beban mereka.

KENINGAU: Hubungan erat antara pihak polis dan masyarakat terus diperkukuh menerusi kolaborasi kemanusiaan antara Pertubuhan Food Aid Sabah (FAS) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dalam membantu golongan yang ditimpa musibah di daerah ini.

Semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dizahirkan menerusi misi bantuan segera yang dilaksanakan di Kampung Patau, Tambunan pada 20 Februari 2026 bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat tragedi kebakaran baru-baru ini.

Pasukan FAS yang diketuai oleh Pengerusinya, Darren Liew, telah bergerak ke kampung itu sejurus menerima panggilan koordinasi daripada IPD Keningau di bawah pimpinan Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai.

Tindakan pantas kedua-dua pihak antara lain bertujuan memastikan bantuan sampai tepat pada masanya kepada dua buah keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi yang berlaku pada 10 Februari lalu.



KENANGAN: Darren bersama Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil merakamkan kenangan sebelum memulakan misi kemanusiaan ke kawasan terjejas.

Tragedi kebakaran berkenaan bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah telah mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Kehadiran rombongan bantuan itu disambut hiba oleh salah seorang ketua keluarga, Benjamin Amuru, di mana suasana pilu menyelubungi sepanjang sesi kunjungan berkenaan.

Dalam misi itu, FAS bersama PDRM IPD Keningau turut menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan asas, tilam serta keperluan harian lain bagi membantu kelangsungan hidup mangsa.

Selain sumbangan material, pihak FAS dan PDRM turut menzahirkan ucapan takziah serta memberikan kata-kata semangat kepada Ignatia Irene Benjamin yang masih dalam kesedihan atas pemergian anaknya dalam tragedi itu.



MISI: Manifestasi 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' jelas terpancar apabila pasukan FAS dan anggota IPD Keningau bekerjasama menyediakan bahan bantuan untuk disalurkan kepada golongan sasaran.

Turut menjayakan misi kemanusiaan berkenaan ialah ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Amanita IPD Keningau yang dipengerusikan oleh isteri Ketua Polis Daerah Keningau, Juyah Lamon.

Penglibatan pelbagai sayap dalam PDRM membuktikan keprihatinan tinggi pihak berkuasa terhadap kebajikan emosi dan fizikal komuniti setempat, khususnya melibatkan wanita dan keluarga.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyumbangkan pakaian atau mainan terpakai kepada golongan memerlukan boleh menghubungi FAS di talian 016-2200520 atau menerusi laman Facebook rasmi FAS di https://www.facebook.com/FoodAidSabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:44 AM | Show all posts
PMPS buka keahlian baharu pesara guru
Februari 23, 2026, Isnin - 10:08am



ASLIE

KOTA KINABALU: Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) membuka pendaftaran keahlian baharu kepada pesara guru di seluruh negeri ini bagi memperkukuh jaringan kebajikan serta memperkasa peranan warga pendidik berpengalaman dalam pembangunan masyarakat.


Presidennya, Dr Aslie Hj Sahat, berkata langkah itu adalah usaha berterusan persatuan untuk menghimpunkan pesara guru supaya terus menyumbang pengalaman, kepakaran dan khidmat bakti kepada Sabah walaupun telah bersara daripada perkhidmatan pendidikan.


Menurut beliau, golongan pesara guru mempunyai peranan signifikan sebagai rujukan masyarakat selain menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan dan sosial berteraskan pengalaman luas yang dimiliki sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.


“PMPS mengalu-alukan penyertaan pesara guru di seluruh Sabah untuk mendaftar sebagai ahli dan bersama-sama memperkukuh jaringan silaturahim serta kebajikan warga pendidik yang telah banyak berjasa kepada negeri dan negara,” katanya.


Beliau berkata, pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui Pejabat Perhubungan PMPS di setiap daerah bagi memudahkan urusan penyertaan ahli baharu.


Tambahnya, penyertaan pesara guru dalam persatuan itu bukan sahaja mampu mempererat hubungan sesama ahli, malah membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.


Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pesara guru tampil menyertai PMPS supaya sumbangan pengalaman, ilmu dan kepakaran mereka terus dapat dimanfaatkan demi pembangunan masyarakat dan negeri Sabah secara berterusan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:45 AM | Show all posts
Tiga diberkas bersama dadah di Kuching
Februari 23, 2026, Isnin - 10:24am

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing serta merampas beberapa jenis dadah dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Nanas Barat di sini sekitar pukul 12.45 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menjumpai 40 biji pil disyaki dadah jenis pil Eramin 5 dengan anggaran berat 12.28 gram serta 10 peket plastik lutsinar berwarna biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Ketamine, dianggarkan seberat 5.40 gram.

“Nilai pasaran keseluruhan dadah daripada serbuan pertama ini dianggarkan RM1,800,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ujian saringan awal kencing terhadap suspek, didapati positif dadah jenis Ketamin serta Benzo dan  tidak mempunyai rekod jenayah lampau, tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata dalam serbuan kedua yang dilakukan sekitar pukul 1.30 petang di kawasan Jalan Astana, Petra Jaya di sini, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bersama sembilan peket plastik lutsinar pelbagai saiz disyaksi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 5.50 gram.

“Dadah yang dirampas ini mempunyai nilai pasaran keseluruhan dianggarkan RM605.

“Ujian saringan awal kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya.

Manakala serbuan ketiga dilakukan jam lebih kurang 2.05 petang di sebuah rumah di Jalan Green, di sini, polis menangkap seorang wanita warganegara asing berusia 19 tahun serta merampas satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal, disyaki dadah jenis Methamphetamine kira-kira 5.70 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM627.

“Ujian saringan awal kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Alexson memberitahu ketiga-tiga kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun selain dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

“Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula Isnin (23 Februari  2026) hingga Khamis (26 Februari 2026) bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Beliau turut meminta orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:46 AM | Show all posts
Dua lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching
Februari 23, 2026, Isnin - 10:32am

KUCHING: Dua lelaki tempatan berumur antara 17 dan 20 tahun ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu dijalankan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini bermula jam 11 malam Sabtu hingga 3 pagi Ahad.

Menurutnya, operasi yang melibatkan dua pegawai kanan polis bersama sembilan anggota itu tertumpu di kawasan Jalan Astana, Jalan Tun Abdul Rahman Yakob, Jalan Tun Salahuddin, Jalan Gersik dan Baitulmakmur.

Tambahnya, operasi itu bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas.

“Hasil operasi dua lelaki tempatan berumur 17 dan 20 tahun ditahan dan dua motosikal dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sepanjang operasi dijalankan, 21 individu dan 17 buah kenderaan diperiksa, manakala 28 saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan tindakan lanjut sedang dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan serta tidak mengubah struktur asal kenderaan,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2026 10:47 AM | Show all posts
sbh - PMPS buka keahlian baharu pesara guru

swk - Dua lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 11:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2026 11:04 AM | Show all posts
Liga Super: Selangor FC 1-0 Kuching City FC



FB Malaysian Football League

SELANGOR FC mengutip tiga mata penuh meskipun terpaksa bekerja keras menumpaskan Kuching City FC 1-0 dalam aksi Liga Super 2025/ 2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Jaringan tunggal itu diperoleh hasil penyudah Chrigor Moraes selepas menerima hantaran Quentin Cheng pada minit ke-86.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan Kuala Lumpur City menang bergaya ke atas DPMM 4-0.

Jaringan skuad The City Boys masing-masing disudah Muhammad Safawi Rasid pada minit kesembilan dan ke-18 dan dua lagi jaringan menerusi Paulo Josue (minit ke-61) dan Victor Ruiz pada minit ke-70.

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan tuan rumah Sabah FC 6-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. -Bernama


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:48 PM | Show all posts
Check in rumah baru @Vellfire


Selamat berpuasa Vell
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:49 PM | Show all posts
Salam ramadan dan selamat berpuasa semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065507 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list