CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Friska

[Tempatan] Murid tergantung dengan skaf pengakap digunakan sebagai tali gantung - Takiyuddin - Kes buli, murid autisme tahun 4 maut tergantung dalam tandas SKTTJ2!

[Copy link]
Post time 2-10-2025 05:22 PM | Show all posts
dealova04 replied at 2-10-2025 04:39 PM
kalau betul budak2 sebaya yang buat mmg x terfikir dek akal. bab belajar mcm komplen susah la itu  ...

bg ai, kalo sebaya tu...masih kecik lg utk budak lelaki. kata penah kena buang sekolah...sejauh mana jahatnya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 2-10-2025 04:28 PM
kalo smpai menggantung2 anak org ni bukan calang2 juga..btl ke budak2 yg buat..ishhh la tak habis  ...

Yelakan,pulak tu acik tukang kebun jumpa.
Iols x kesian dgn adik yg jatuh lubang tu,yg ni lagi kesian sbb kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 2-10-2025 04:22 PM
yg membuli tu sama2 ppki ke..
atau aliran perdana.. sebab  skrg hampir semua sekolah join dgn ppki

iols tak rasa sama2 ppki..
sebab depa kan ada ppm, kalau ramai2 pi toilet mesti ada yg notice..
tp pelik jgk sebab biasanya tandas bdk ppki ni tak sama dgn tandas budak biasa..
setengah skolah tu bangunan pun asing2
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 2-10-2025 02:24 PM
betul, ini dah bukan buli . ni mmg patut tuduhan membunuh

Kan..ni bkn buli lg, mmg patut kena tuduhan membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul umur 10thn buat ni i guess berita psl budak jahat ni akan tersebar si serata dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 2-10-2025 09:37 AM
Buli? Budak djh brp yg dh pandai bunuh org ni?? Fadhlina tu elok letak jawatan je.

Dah knp pulak fadhlina ni nk kena resign?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2025 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 2-10-2025 05:48 PM
iols tak rasa sama2 ppki..
sebab depa kan ada ppm, kalau ramai2 pi toilet mesti ada yg notice..
tp ...

Yup biasanya tandas ppki asing drpd tandas murid arus perdana.
Tandas dorang lebih selesa dan lebih bersih.
Dalam kes ni tak pasti dia mmg murid ppki ke?
Sbb ada nya autisme yg duk kelas arus perdana tak masuk ppki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul buli jangan pulak ada yang sokong budak kena dididik bukan dihukum. Nak ke pembunuh lepas bebas bergaul dengan anak kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringkasan AI
Hasil bedah siasat murid lelaki Tahun Empat yang meninggal dunia di tandas sekolah disebabkan tekanan pada leher
Tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa
Seramai 27 individu telah dirakamkan keterangan untuk siasatan
Polis menggesa ruang untuk siasatan telus tanpa spekulasi tidak berasas
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan, siasatan berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ctnorpropa at 3-10-2025 02:07 AM
Suchi replied at 2-10-2025 09:05 PM
Yup biasanya tandas ppki asing drpd tandas murid arus perdana.
Tandas dorang lebih selesa dan lebi ...


Tadi ada baca kat threads. Mak dia kata anak dia ni duduk sebelah mangsa kat kelas. Tadi tengahari anak dia dah kena soal siasat dengan polis. I rasa mangsa ni mild autisme and duduk aliran perdana. Kawan iols anaknya mild autisme, 3 tahun ulang alik hospital, interview nak tukarkan ke kelas PPKI. Susah sikit nak pindahkan ke kelas PPKI ni.

Tapi betul ke kena gantung dengan skaf pengakap tu ? Bukan apa skaf pengakap tu kecik tau bentuk segi tiga. Semalam i baca dari parents kat sekolah tu katanya leher terjerut dgn skaf pengakap tu bukan mangsa kena gantung dgn skaf pengakap tu. Agak mustahil kalau kena gantung dengan skaf pengakap ni sbb saiz skaf ni kecik tau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn sekarang ini kes bunuh diri byk dpt liputan meluas, zmn aku dulu pun teruk kes buli tapi kitorang tak terfikir nak bunuh diri, bunuh diri tu tabu sgt..
Aku ingat kes Saddam Hussein dulu digantung live kot kat tv iraq, lepas kes tu ramai gila budak2 sana gantung diri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannyer ko dek..

Skaf pengakap tuh kegunaan sbnrnya utk digunakan sbg peralatan membantu org dlm kecemasan sebaliknyer adek nih...huhuhu
Innalillahi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ctnorpropa replied at 3-10-2025 12:52 AM
Tadi ada baca kat threads. Mak dia kata anak dia ni duduk sebelah mangsa kat kelas. Tadi tengahari ...

Ya mmg ada autisme duk kat kelas aliran perdana.
Satu mmg yg dr ppki tp ada waktu2 subjek tertentu mcm BM dan math dorang akan kena pi kelas aliran perdana.

Satu lg yg mmg tak duk kelas ppki pun sbb dia ok je belajar subjek2 aliran perdana jd ibubapa dia mmg sengaja tak masukkan ke kelas ppki terutama tuk yg autisme high functioning mcm yg ada asperger tu.
Tp biasanya walau pandai dlm akademik dorang still ada masalah utk bersosial/berkawan.
So akan ada isu gak bila ada kawan2 rasa dia mcm budak pandai yg pelik(akan kena buli bagai)

Mcm ada anak kawan iols ni dia sebenarnya pandai tp kadang dia rasa lagi bahagia duk kelas ppki layan silibus yg lebih kepada tvet tu mcm berkebun, memasak bagai tu.

Ya scarf tu tak panjang kalau utk jerut agak logik tp kalau utk gantung tak logik.
Tp nk jerut leher org cth tarik dr belakang pun perlukan tenaga yg cukup kuat.
Post mortem katanya mmg meninggal disebabkan tekanan kuat pd leher takda kecederaan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 3-10-2025 05:46 AM
Siannyer ko dek..

Skaf pengakap tuh kegunaan sbnrnya utk digunakan sbg peralatan membantu org dlm k ...

Arwah nampak mcm budak baik, ada gambar dia pakai uniform pengakap lengkap tu terima sijil bagai.
Kalau autisme biasanya pemikiran lebih muda drpd usia jd kalau 10 tahun kadang masih manja mcm budak umur 6-7 tahun camtu.
Jd mmg sangat kesian kalau kena buli, adakah dia dijerut dgn skaf pengakap dia sendiri yg ada kat leher tu?
Dijerut drpd belakang ker? Sedih memikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga. Innalillahi wa inna ilaihi ro'jiun.
Harap pihak polis dapat menyegerakan siasatan dan mengenalpasti suspek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2025 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka arwah diperlakukan begini
Malam tadi, berita hanya sebut arwah ditemui tidak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2025 07:07 AM | Show all posts
Edited by Friska at 4-10-2025 06:49 AM


Laporan berhubung kejadian pada Rabu. (Gambar kecil: Alzafny)

Punca kematian murid Tahun Empat disebabkan tekanan pada leher – Polis
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
02 Oktober 2025 08:54pm

SEREMBAN - Hasil bedah siasat ke atas murid lelaki Tahun Empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang pada Rabu mengesahkan punca kematian disebabkan tekanan pada leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, proses bedah siasat yang dijalankan pada Khamis turut mengesahkan tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa.

Menurutnya, setakat ini seramai 27 individu telah dirakamkan keterangan.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian serta keadaan semasa mangsa ditemui di dalam tandas.

“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus dan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan turut melibatkan saksi kanak-kanak,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh menjejaskan atau mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa kes masih diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan bagi merungkai punca sebenar kejadian.

Pada Rabu, media melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta oleh guru disiplin namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights pada malam ini.
Ringkasan AI

  • Hasil bedah siasat murid lelaki Tahun Empat yang meninggal dunia di tandas sekolah disebabkan tekanan pada leher
  • Tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa
  • Seramai 27 individu telah dirakamkan keterangan untuk siasatan
  • Polis menggesa ruang untuk siasatan telus tanpa spekulasi tidak berasas
  • Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan, siasatan berterusan






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2025 07:10 AM | Show all posts
Edited by Friska at 3-10-2025 10:51 AM


IBU bapa murid tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah ketika hadir di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.

Ibu murid tahun empat meninggal di sekolah hanya menangis ketika tunggu jenazah
Disiarkan pada: Oktober 2, 2025 @ 4:50pm

Rembau: Ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah sukar menyembunyikan perasaan sedihnya.

Terdahulu, ibu bapa murid tahun empat itu tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, jam 12.55 tengah hari.



Sebaik turun dari kenderaan, ibu kanak-kanak itu dilihat berjalan sambil menangis dibahu suaminya yang kelihatan cuba menenangkan diri sebelum masuk ke ruang menunggu.

Difahamkan, bedah siasat bermula kira-kira jam 1 tengah hari namun sehingga jam 4 petang, jenazah belum dibawa keluar dari unit berkenaan untuk dituntut keluarga.

Pihak sekolah, rakan dan saudara-mara dilihat datang ke unit berkenaan untuk bertanya khabar dan memberikan semangat kepada pasangan itu



Terdahulu, di Seremban pihak polis dilihat masuk ke sekolah berkenaan di Senawang, di sini, kira-kira jam 9 pagi dan sehingga jam 12 tengah hari, belum kelihatan kenderaan polis keluar.

Tinjauan di sekolah juga mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa selain beberapa kenderaan milik agensi berkaitan turut dilihat keluar masuk dari kawasan sekolah.

Sementara itu, datuk saudara kepada kanak-kanak berkenaan memaklumkan kemungkinan anak saudaranya itu tidak bersedia untuk bertemu dengan media kerana masih terkesan dengan kejadian itu.



Dia yang berusia 44 tahun berkata, arwah adalah anak ketiga daripada tiga beradik dan menyifatkan kanak-kanak seorang yang bijak serta menjadi kesayangan ibu bapanya.

Sebelum ini media melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid di sebuah sekolah di Senawang di sini, tengah hari semalam, mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu buli melalui komunikasi.



Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.



Tekanan pada leher dalam kes jenayah biasanya merujuk kepada perbuatan menggunakan kekuatan fizikal ke atas leher seseorang, sama ada dengan:

  • Tangan (cekik/strangulasi)
  • Lengan (headlock/chokehold)
  • Alat/benda tumpul atau lembut (tali, kain, wayar, bantal, dll.)

???? Maksudnya, ia ialah tindakan menekan, mencekik, atau menghalang saluran pernafasan serta aliran darah pada leher mangsa.

Dari sudut perundangan jenayah, ia boleh dikategorikan sebagai:

1. Serangan (assault/causing hurt) – jika hanya menyebabkan kesakitan atau kecederaan ringan.

2. Mencederakan parah (grievous hurt) – jika menyebabkan kerosakan serius seperti patah tulang leher, kerosakan pita suara, atau kecederaan otak kerana kekurangan oksigen.

3. Cubaan membunuh – jika niatnya jelas untuk menyebabkan kematian (contoh: mencekik sehingga mangsa hampir pengsan).

4. Bunuh – jika mangsa mati akibat tekanan pada leher (strangulasi, throttling, hanging, smothering).
Dari sudut medikal forensik, kesan tekanan pada leher boleh termasuk:

  • Lebam atau kesan jari pada kulit
  • Patah tulang hyoid atau rawan tiroid
  • Pendarahan dalaman pada otot leher
  • Bintik pendarahan kecil (petechiae) pada mata atau muka kerana tekanan darah

Kesimpulannya, tekanan pada leher dalam kes jenayah bermaksud perbuatan mencekik atau menekan leher seseorang dengan sengaja, yang boleh membawa kepada kecederaan serius atau kematian, dan biasanya disiasat sebagai kes jenayah berat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-10-2025 09:05 PM
Yup biasanya tandas ppki asing drpd tandas murid arus perdana.
Tandas dorang lebih selesa dan lebi ...

mungkin jgk bdk ni mild autism ke..
ramai ja yg bdk ppki yg masuk arus perdana..
dan ada je bdk bekeperluan khas ni tp dok di arus perdana sbb waris tak mau terima hakikat yg anak dia special..
setiap tahun iols ada ajar bdk mcm ni..
kebanyakkan nya oku pembelajaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkui987bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 1775 Replies : 1
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 1113 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1516 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1515 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202371 Replies : 4038
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1923 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 2020 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.178885 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list