CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 18-5-2011 09:46 PM | Show all posts
nyah tu heroin kew??? nti kwin ngan faris???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 10:18 PM | Show all posts
tq...next...hhehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:37 PM | Show all posts
fizzi...nie inspector amir dalam nora elena ker?

sambungler lagi plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:41 PM | Show all posts
nextttttt2

makin best nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:55 PM | Show all posts
fizzi..nak lgi!!!
da mkin suspen ney..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:01 AM | Show all posts
elok2 tulen..dah dapat pangkat nyah..kesian Aisyah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2011 09:20 AM | Show all posts
next2....sambung
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:46 AM | Show all posts
As salam Fizzi..... Faris nie mesti handsome.... Aisyah si Penculik mesti jatuh hati ...... kelakar juge story nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 12:41 PM | Show all posts
Salam fiz,
dah lama tak jengah tengok2 dah ada crite baru. happy sangat
kali ni kes colek anak org kaya yg hansome eik
nnti sipencolek jatuh hati plak kat Faris tu...yalah campuran org putih ngan melayu
mesti handsome gila.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:05 PM | Show all posts
best... sangat. cepat2 sambung ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 03:27 PM | Show all posts
nanti mesti FARIS couple ngan AISHAH kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:32 PM | Show all posts
fizzi...nie inspector amir dalam nora elena ker?

sambungler lagi plzzzz
ciksurie Post at 18-5-2011 22:37



    sapa nora elena???????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:33 PM | Show all posts
Abu dan Dol sama2 merenung jalan yang terbentang luas dihadapan mereka. Van yang dinaiki bergerak laju menuju ke Kuala Pilah. Mereka saling terdiam merenung jalan. Abu yang sedang memandu menghela nafas resah. Jelas kedengaran  ditelinga Dol.

“Aku takut la Dol..” Abu bersuara setelah sekian lama terdiam. Dol turut mengangguk.

“Aku pun…” ujar Dol perlahan.

“Kenapa bos tiba2 ubah plan?” rungut Abu lagi. Pening kepalanya sejak pagi tadi setelah diberitahu perancangan terbaru terhadap mangsa culik mereka.

“Aku tak tahu Abu….” Lemah jawapan Dol.

“Aku takut….Kita bukan pembunuh Dol, kita penculik! Penculik kanak2 terganas…kenapa tiba2 kita nak ubah profession?” Abu bersuara dalam getar yang masih belum hilang sejak tadi.

“Tapi, kita dah kena jerat ni Abu. Kalau kita tak buat, diorang akan heret kita ke polis. SEkali dengan Ecah pun kena heret nanti. Kau tak kesiankan Ecah ke?” terbayang wajah manis gadis itu dimata Dol. Gadis itu baru saja berusia 21 tahun. Masih muda. Masih mentah. Lagipun, selama ini, dia hanya menjadi pak turut. Menjadi tukang karut kepada kanak2 yang diculik.

“Kasihanlah dia nanti…” tambah Dol lagi. Abu menghela nafas berat.

“Aku tak tahulah Dol…tapi, kalau kita buat kerja ni, upah dia…kita tak payah kerja seumur hidup dah lepas ni….Ecah pun boleh bukak kedai sendiri macam dalam cita2 dia…” kata Abu. Mereka sama2 terdiam. Betul juga….

“Okaylah. Kali ini last bro….kita bunuh, kita hantar mayat dia kat bos…lepas tu, kita ambik upah, lepas  tu kita blah pergi luar negeri bro…” kata Dol memberi cadangan.

“Luar negeri? Kemana?” soal Abu. Macam seronok pula bunyinya…..

“Kita pergi Johor ke….Perlis ke…yang penting, jauh dari KL ni la…” balas Dol.

“Kepala lutut kau luar negeri! Aku ingat Amerika ke…Afrika ke..” marah Abu geram.

“Hoo…Amerika bahaya! Nanti satu dunia tuduh kita bersekongkol dengan George Bush memerangi Palestin dan Negara Arab. Afrika lagi bahaya….banyak binatang liar! Aku tak mahu kena telan dengan singa. Kita kan banyak duit masa tu…rugilah kalau mati awal…tak sempat nak enjoy…” kata Dol lagi.

Abu tersengih lalu memandang Dol.

“Setuju! Setuju! Kita habiskan kerja ni cepat2!!! Simpan budak tu lama2 pun, buat menghabiskan meggi je..” tambah Abu. Mereka ketawa riang sambil memecut van.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:35 PM | Show all posts
Faris merenung segenap ruang rumah. Kemudian dia memerhati dirinya. Rasanya, seluruh tubuhnya sudah berbau masam dan hamis. 3 hari tidak mandi! Faris mengetap bibir. Ini tidak boleh jadi ni…menunggu dan menunggu…aku pun tak tahu apa yang akan berlaku lepas ni…

Diorang ni culik aku sebab nak duit tebusan ke? Kalau nak duit, takkan ambil masa sampai 3 hari untuk Tengku Khursiah atau Tengku Fatimah sediakan duit?  Kalau mereka keberatan untuk keluarkan duit sekalipun, takkan mama tak boleh bank-in duit tu? Kalau setakat bank-in duit…tak adanya sampai 3 hari…

Lagi lama aku kat sini…lagi naik gila aku dibuatnya. Si nyah tu pun, bukannya nak melayan aku sangat! Asyik kehulu kehilir keluar masuk rumah ni… Ini tak boleh jadi!

Faris meronta2 agar ikatan ditangan yang dililit ke dinding terungkai. Namun, gagal. Tali sebesar 1 inci itu nyata sangat kuat. Tali macam ni, ikat dinosaur pun boleh mati! Haduii… Faris menarik nafas perlahan. Dipejamkan matanya, cuba mencari cara untuk melepaskan dirinya.

Ya Tuhan….tolonglah aku….bantulah aku…Tunjukkanlah jalan agar aku dapat keluar dari sini dengan selamat….Tolonglah Tuhan….Tolonglah….

Seakan mahu menangis, saat itu, barulah Faris terasa betapa selama ini dirinya telah jauh dari Sang Pencipta. Nikmat yang ditelan setiap saat, tak pernah disyukuri olehnya. Selama ini, hidupnya dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Lalu, agama yang sepatutnya menjadi panduan hidup, telah jauh ditinggalkannya.

Ya Allah…..Faris merintih hiba. Tolonglah aku Tuhan….saat ini, aku hanya berserah sepenuhnya kepadamu….Tolonglah aku….Manusia, bila disapa musibah, baru hati ingin mencari Pencipta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:36 PM | Show all posts
Aishah menghampiri lelaki yang dari tadi asyik memanggilnya. Suara lelaki itu begitu kuat sampai kedengaran keluar kawasan rumah.

“Kau nak apa terjerit2 macam pelesit nih?” kini dia sudah berdiri didepan lelaki itu. Faris memandang si  nyah bertopeng didepannya.

“Aku nak buang air..” kata Faris dengan wajah memohon simpati.

“Kencing sajalah kat situ….” Balas Aishah selamba. Bulat mata Faris mendengar jawapan si nyah bertopeng itu.

“Aku nak beraklah! Bukan kencing!!!” jerit Faris lagi. Aishah pula yang terdiam. Lama dia memandang Faris didepannya.

“Kau ingat aku tipu ke….dah 3 hari aku tak kencing berak ni….sekarang aku nak terberak sangat2 ni…” marah Faris. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia bercakap kasar sedemikian. Sejak kecil, dia sudah diasuh dengan tatatertib dan adab. Tapi, berdepan dengan situasi ini, semua ajaran2 itu lebur berderai.

“Betul?” soal Aishah ragu2. Faris menghela nafas lemah.

“Kau nak tunggu aku berak kat sini ke baru kau nak percaya….” Lemah semangat Faris bila si nyah bertopeng tidak mempercayai kata2nya.

“Beraklah…” spontan jawapan Aishah.

“Aduhhh!!!!” Faris menahan senak didada. Nafasnya cuba diatur kembali dengan tenang.

“Cik Nyah bertopeng, saya ni betul2 nak buang air besar. Bolehkah cik Nyah bertopeng lepaskan saya sekejap?  Saya janji, saya takkan lari….” Tutur Faris lembut. Aishah bercekak pinggang sambil mendengus.

Lelaki dihadapannya direnung dengan penuh benci. Waktu2 macam ni jugak, dia nak terberak..nak terkencing….tapi, nak buat macam mana…itukan lumrah alam. Cuma mayat saja yang tidak berak kencing…. Aishah menghembus nafas resah.

“Cepatla….Nak terkeluar dah ni….” Rayu Faris lagi. Sungguh2 kali ini. Aishah menghampiri lelaki itu lalu membuka ikatan tali yang terdapat di dinding.  Melihatkan itu, Faris lega. Aishah melilitkan tali lembu itu ke pinggang Faris kemudian mengikatnya dengan baik2.

Selepas memastikan ikatan dipinggang Faris benar2 utuh, barulah Faris dibangunkan.

“Jalan!” arah Aishah. Faris menoleh kea rah Nyah bertopeng di belakangnya.

“Kau jalanlah kat depan. Mana aku tahu kat mana tandas…” kata Faris sambil berjalan perlahan. Aishah yang masih memegang erat tali yang masih terikat di pinggang lelaki itu akur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 07:36 PM | Show all posts
“Tangan aku? Macammana nak basuh nanti?” Faris menghulur tangannya yang masih terikat kepada Aishah.

“Kau jangan nak macam2 ya….kau buat hal, aku tarik tali ni kuat2 biar pinggang kau putus!” ugut Aishah lagi. Faris angguk saja tanpa banyak soal. Lantas tali ditangan Faris dileraikan. Sebaik tangannya dileraikan, Faris menggosok2 pergelangan tangannya yang sudah kemerah-merahan.

“Habis tangan aku……” keluh Faris kesal sambil melangkah membuntuti langkah nyah bertopeng didepannya. Faris melihat tali yang terikat dipinggangnya dan hujung tali itu sekarang dipegang kejap oleh nyah bertopeng.

Bismillaah……Faris menarik nafas dalam kemudian terus menjerut leher nyah bertopeng dihadapannya.

“Heyy!!!! “ kali ini Faris dan nyah bertopeng sudah bergumpal di pintu rumah kayu yang tak ubah seperti rumah hantu itu. Tali yang dipegang oleh nyah bertopeng cuba dicapai oleh Faris dengan sekuat tenaga, manakala sebelah tangannya lagi menjerut leher nyah bertopeng itu.

“Kau penipu!!!!” nyah bertopeng itu terus  menjerit sambil cuba melepaskan lehernya yang dijerut dengan lengan sasa Faris. Puas bergelut, akhirnya tali yang dipegang nyah bertopeng dapat dirampas oleh Faris.

“Penipu!!!” nyah bertopeng itu masih menjerit bila tali yang dirampas oleh Faris dililit pula ke pinggangnya. Kini tali itu sudah sama2 membelit pinggang kedua2nya dan hujung tali itu ditangan Faris. Nyah bertopeng meronta2 cuba untuk melepaskan diri.

“Diam! Kalau kau bergerak seminit lagi, aku jerut leher kau dengan tali ni pulak…” ugut Faris. Serta merta, tindakan nyah bertopeng yang agresif tadi mula bertukar perlahan. Dengan lehernya  yang masih dijerut dengan lengan Faris, tubuh Aishah ditolak menghala ke depan.

Faris melihat sekeliling rumah itu dalam cahaya matahari petang. Panas. Namun dengan kehijauan yang menebal, suasana menjadi begitu redup. Mana jalan keluar dari sini? Faris teguk air liur pekat.

“Jalan! Aku nak kau tunjukkan aku jalan keluar dari sini!!! Jalan!!!” tubuh nyah bertopeng itu ditolak kasar sambil lengannya masih erat melingkari leher itu. Aishah yang terdesak, terdiam. Matanya meliar memandang sekelilingnya.

“Aku tak tahu!” jerit Aishah nyaring yang bercampur cemas.

“Kau jangan nak tipu akulah!” kepala nyah bertopeng itu dihentaknya dengan sikunya.

“Takkan kau tahu pulak padahal sebelum ni kau dah pernah datang sini….Jalan! Tunjuk aku jalan keluar! Mulut kau tutup! Aku tak nak dengar sebutir pun perkataan dari mulut kau. Jalan saja!!!” marah Faris lalu menolak tubuh itu.

Aishah terkedu. Matanya meliar memandang kiri kanan. Mana satu jalan yang betul. Errr…rasanya…ikut pokok kekabu tu kot….Aishah mengatur langkah saja bila lelaki dibelakangnya asyik menolak tubuhnya. Untung2, bila kat luar, terjumpa bekas tayar van Abu dan Dol, maka jumpalah jalan keluar nanti….

Tapi….kalau dia terlepas, mati aku kena marah dengan abang! Ahhh….sebaik kakinya mula menghampiri pokok kekabu, pantas Aishah melencong langkahnya ke kanan. Dia sendiri tidak pasti arah yang ditujunya. Mudah-mudahan, mereka akan sesat dalam hutan ni sehingga Abu dan Dol pulang.

Waktu itu, pasti Abu dan Dol akan datang mencarinya. Haha…waktu itu, tahulah nasib lelaki bengkok ni! Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

“Kau jalan cepat sikit boleh?” marah Faris setelah dirasakan langkah Aishah terlalu lambat. Aishah tidak berani bersuara. Dalam gugup dan menggigil, dia melangkah mengikut naluri hatinya saja, meredah hutan simpan yang tebal di tengah2 daerah Kuala Pilah itu.

Faris pula, ikut saja tanpa banyak soal. Bulat2 dia percaya pada nyah bertopeng dihadapannya dengan harapan jalan keluar dari hutan itu akan ditemui dalam masa yang singkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2011 07:38 PM | Show all posts
Dol mengesat peluh didahi. Berjalan hampir 100 meter dari jalan luar menuju rumah usang itu membuatkan dia dan Abu keletihan.

“Ecah! Ecah!” laung Abu sebaik sampai ke muka pintu.

Bappp!!! Dol tiba2 menampar bahunya sambil mengisyaratkan jari telunjuk ke bibirnya.

“Syyhh!!! Jangan sebut nama Ecah! Nanti budak lelaki tu tahu!!! Bodoh..” marah Dol. Serta merta Abu menutup mulutnya.

“Sorry! Sorry….” Abu dan Dol melangkah masuk ke rumah itu yang kelihatan sungguh sunyi. Topeng dileher, ditarik ke muka masing2 bagi mengelakkan wajah mereka dicam oleh mangsa. Mereka terus menuju ke ruang depan yang menempatkan mangsa culik mereka.

“Mana Ecah….” Abu memandang sekelilingnya yang kosong. Langkah mereka terhenti dengan penuh terkejut sebaik melihat tempat mangsa culik mereka cuma tinggal tali. Dol dan Abu ternganga. Mereka saling berpandangan.

“Kau nampak apa yang aku nampak?”  soal Dol sambil memandang Abu. Abu angguk perlahan.

“Tapi….aku yakin, bukan Ecah punya kerja ni….dia takkan belot!” kata Abu. Dol mengangguk. Aishah memang tak pernah membeloti mereka selama ini.

“Jadi, macammana dia terlepas? Mana Ecah?” soal Abu cemas. Dol dan Abu saling berpandangan. Abu menggigit jarinya ketakutan.

“Budak tu dah culik Ecah!!!! Ecah dah kena culik!!!” teriak Abu ketakutan. Dol menepuk kepalanya. Biar benarrrrr…penculik kena culik??????

“Kita cari Ecah sebelum dia kena rogol dengan budak tu!” jerit Dol segera. Abu angguk.

“Tak guna punya penculik!” marah Abu lalu berlari keluar. Namun, Dol dilihat terus menghampiri para dapur rumah itu yang menempatkan bungkusan makanan yang ditinggalkan oleh mereka sebelum ini.

“Hoihhh!!! Takkan nak makan time2 camni!!” marah Abu. Dol kelihatan tergesa2 memasukkan sejumlah makanan ke dalam beg sandang  belakangnya. Abu terus menghampiri Dol yang kelam kabut.

“Kau tak ingat ke, dulu kita pernah 2 kali sesat dalam hutan ni…..!! Ini, nak mencari Ecah dengan budak tu, silap2 kita sesat lagi! Aku tak mahu kebulur…” kata Dol lalu menutup beg sandangnya yang sudah penuh. Abu terdiam sejenak.

“Eh…betul kata kau…ha..kalau macam tu, dengan plastik2 ni sekali aku bawak!” terus Abu mengaut plastik2 makanan kering dan berlari keluar. Dol menggeleng2 kepala melihat telatah Abu. Tamak! Orang tamak selalu rugi Abu….. Dol terus mengejar Abu yang sudah keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 07:55 PM | Show all posts
sambung2,,,
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 08:14 PM | Show all posts
Reply 72# fizziany


   sowi fizzi...demam drama 'nora elena' aku dah singgah sini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:00 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044719 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list