KUALA LUMPUR – Meski berkali-kali dipujuk, penyanyi popular era 80-an, Ramlah Ram kekal dengan pendirian menolak menyertai program realiti televisyen kerana enggan membiarkan dirinya mengalami tekanan sepanjang pertandingan. Menurut Ramlah, 59, dia tidak lagi mengejar populariti atau bertanding di pentas sebegitu kerana semua yang diimpikan sudah dimiliki sepanjang empat dekad bergelar penyanyi. “Memang ada terima tawaran daripada produksi program realiti TV tetapi saya tolak sebab pilihan dalam tangan masing-masing
|