|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SALAM MAAL HIJRAH
[Copy link]
|
|
welkam tinot...
selamat menyambut tahun baru hijrah
|
|
|
|
|
|
|
|
patut ar.. x tau mana destiNASInya 
|
|
|
|
|
|
|
|
bulan dilindungi awannnnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu
coti rehat2 n mkn2 di rumah
sana durian dah murah ya
sini pun dah musim
|
|
|
|
|
|
|
|

TERKINI PRK: PN menang di Sungai Bakap, majoriti naik 4,267 undi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin, Tahlil Almarhum Tunku Abdul Jalil
[size=0.8]KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah menunaikan solat Asar secara berjemaah bersama pegawai pengurusan dan petugas di Surau Utama Istana Negara, sebelum bacaan Yasin dan tahlil diketuai Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Razi Hassan.
"Seri Paduka Baginda turut meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz yang hadir bersama dalam majlis santapan selepas selesai tahlil," menurut catatan itu.
Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Muharam Bulan Afdhal Puasa Selepas Ramadan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.
2. Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.
3. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ
Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)
4. Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
5. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
6. Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud).
Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1446
07hb Julai 2024
01hb Muharram 1446H
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|