CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
 Author| Post time 7-1-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply 59# bintang


    kelakar la citer zaman kecik2 ni....
masih baby lagi ke maih hisap susu botol?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 60# attokz

walaupun jaza tak paham sesetengah ayat dan perkataan tapi membaca citer ni tetap ada suatu pengetahuan baru sbb kami dulu hidup dlm zaman selepas bahasa melayu lama....  tapi tetap santai je membacanya...
tak perlu fikirkan maksudnya yg jrng2 didengari....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply  attokz

walaupun jaza tak paham sesetengah ayat dan perkataan tapi membaca citer ni tetap  ...
Jaza2008 Post at 7-1-2011 14:28


Tapi, karya asal dalam Bahasa Lama. hehehehe~Cerita pendek ini hanya olahan kembali setelah usai membaca mahakarya asal.
Perlu baca bersama mahakarya bertajuk Pandava Lima.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 59# bintang


    comel yer la..anak sapa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 02:07 PM | Show all posts
Surat ini kutujukan khas buat jejaka yang semakin kerap muncul disetiap kedipan mataku. chewah..

Encik I,
sebelum tinta ini berlari lebih laju untuk memuntahkan setiap patah-patah perkataan keramat yang sentiasa berlegar-legar di dalam minda, ingin sekali saya melayangkan ucapan maaf seandainya kehadiran surat ini bisa menggugat perjalanan kerja dan membantutkan kerja-kerja memeriksa fail yang bertimbun di atas meja Encik I. Saya hanya ingin mengambil satu minit daripada masa encik untuk menghabiskan surat ini, ( itupun jika encik mampu habiskannya dalam masa satu minit. hehe)

Encik I,
Entah kenapa, sejak saya diambil bekerja ke dalam syarikat milik bapa Encik sejak setahun yang lalu, saya menyedari perubahan yang amat ketara di dalam diri saya. Semestinya perubahan yang positif. Nak tahu apa perubahan saya?? Sejak saya bekerja dalam syarikat Encik yang tersohor ini, saya semakin rajin bekerja. Saya akan sampai ke pejabat setengah jam sebelum pejabat  dibuka. sampai pakcik security pun dah mula curiga dengan kerajinan saya. saya juga jarang ambil cuti, malah cuti tahunan saya pun saya biarkan ia terendam dimamah masa.masa balik pula, saya akan pastikan encik yang balik dulu sebelum saya balik. tak kisahla pukul berapa pun. Saya juga makin teliti dengan penampilan diri saya. Pakaian yang kemas, solekan yang cantik ( hasil kursus solekan selama 3 bulan), potongan rambut gaya terkini dan bau-bauan harum berharga ratusan ringgit ternyata mampu menyerlahkan penampilan " elegent" sebagai seorang setiausaha Encik.

Encik I,
Tujuan saya menceritakan semua ini bukan untuk menagih perhatian Encik supaya menobatkan saya sebagai pekerja terbaik, jauh sekali untuk menggoda bapa encik yang memang terkenal dengan jolokan duda kaya itu, namun, tahukan Encik saya buat semua ini semata-mata untuk selalu berdampingan dengan encik. saya datang awal kerana tidak sabar nak berjumpa encik. saya tak sanggup nak ambil cuti kerana saya tahu hati saya pasti akan meronta-ronta jika tak berjumpa dengan encik walaupun sehari. saya sanggup habiskan ribuan ringgit untuk menjaga penampilan supaya encik tertarik dengan saya. saya cintakan encik dan sanggup buat apa sahaja demi bersama dengan encik. sob..sob..

Tapi Encik I,
Encik dah kahwin rupanya!!!! saya baru tahu semalam.. Nadia, budak HRD yang beritahu saya. Melepas saya!!!

yang berdukacita,
setiausahamu.. sob..sob..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:51 PM | Show all posts
Surat ini kutujukan khas buat jejaka yang semakin kerap muncul disetiap kedipan mataku. chewah..

...
mama_jahat Post at 10-1-2011 14:07


Selamba dan best ...bakat terpendam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2011 05:49 PM | Show all posts
Selamba dan best  ...bakat terpendam
cmf_blingblings Post at 10-1-2011 15:51



    thanks.. baru nak belajar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 05:51 PM | Show all posts
thanks.. baru nak belajar ni...
mama_jahat Post at 10-1-2011 17:49


jom-jom tulis lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 06:12 PM | Show all posts
Sudah lama aku menyimpul impian ini. Saat perkahwinan yang terlafaz dengan ikatan suci ijab dan kabul ini memasuki usia 2 tahun aku mula memasang angan-angan di tiang harapan, agar doaku siang dan malam supaya dianugerahi seorang cahaya mata akan diterima oleh Tuhan.

Selama beberapa tahun memujuk diri agar bersabar menanti cahaya mata, akhirnya saat itu muncul juga. Gembira yang bertakung dilubuk hati melimpah ke hujung syukur tatkala pengkhabaran itu menerjah cuping telingaku. Berita gembira ini semestinya ku kongsi bersama suami tercinta yang ternyata turut berkongsi rasa denganku.

Saat yang paling bermakna dalam fasa hidupku kini sedang kunikmati dengan seribu doa dan harapan. Kata doktor, usia kandungan masih awal, sebaiknya perlukan penjagaan yang sempurna kerana kandungan masih lemah. Saranan doktor kuterima dengan penuh keazaman, kandungan ini akan kujaga dengan sebaiknya, biarpun apa pun yang terjadi.

Namun, sekuat-kuat kudrat manusia masih terlalu lemah berbanding kehendak pencipta. Luluh hatiku tatkala suara doktor sayup-sayup memberitahu tentang kehilangan bayiku ketika kandungan berusia 10 minggu. Siapa sangka kandungan yang kutatang bagaikan minyak yang penuh akhirnya pergi tanpa sempat menjengah dunia. Segala harapan yang menggunung kini hanya menjadi sisa-sisa debu kekecewaan.

Aku pasrahkan hati menerima ketetapan yang telah tertulis. Tuhan Maha Mengetahui disebalik atas segala yang berlaku...Mungkin ini bukan saat yang tepat untukku bergelar ibu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 06:14 PM | Show all posts
Sudah lama aku menyimpul impian ini. Saat perkahwinan yang terlafaz dengan ikatan suci ijab dan kabu ...
mama_jahat Post at 10-1-2011 18:12

adeh! mama, cite sebenar ye?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 06:40 PM | Show all posts
adeh! mama, cite sebenar ye?..
cmf_blingblings Post at 10-1-2011 18:14



    agak benarlah,, tapi dengan sedikit pengubahsuaian..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:02 AM | Show all posts
agak benarlah,, tapi dengan sedikit pengubahsuaian..
mama_jahat Post at 10-1-2011 18:40


mintak no.telefon opis,nk bgtau Encik I perkara sebenar.
hehehehehhe~





*Selamat berkarya~
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 12:40 PM | Show all posts
mintak no.telefon opis,nk bgtau Encik I perkara sebenar.
hehehehehhe~





*Selamat ber ...
attokz Post at 11-1-2011 11:02


attok,, karya attokz best..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 65# mama_jahat


    good job mama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 71# mama_jahat


    ermmm...adoi... tentu perit rasa itu kan??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply  mama_jahat


    good job mama...
fazss Post at 11-1-2011 16:09



    thanks fazss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 12:41 AM | Show all posts

Kisah Check Mate...

Post Last Edit by AceHand at 12-1-2011 01:28



"Kok kok kok kerek koook...! Kok kok kok kokok kokoook...!"*[T001] "Cis...! Kok kerek kok kerek korok mung... Tengahari doh ni wei...! Syuh! Syuh! Sibuk jer ayam ni...! Syuh! Syuh! Gi main jejauh...! Syuh!" Bebel seorang nenek yang memakai baju JINGGA di satu sudut pemandangan... Tidak jauh dari sebuah warung...

Suasana hari itu sungguh damai... Panas tidak redup pun tidak... Kelihatan rumput yang agak sedikit panjang menari nari mengikut rentak tarian angin yang sesepoi bahasa... Lembut... Lemah gemalai... "Mooo... Nyam! Nyam! Nyam! Mooo... Nyam! Nyam!"*[T002] Kata lembu sambil mengunyah rumput...

"Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam... Tujuh... Lapan... Sembilan... Hmmm..." Sambil melurut lurutkan dagu... "Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam... Tujuh... Lapan... Sembilan... Ish!" Mata melilau lilau sekeliling seperti cuba mengesahkan sesuatu... "Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam... Tujuh... Lapan... Sembilan... Arrrgh...!"

"Aneh... Jika tujuh sudah diuruskan bagaimana pula masih berbaki sembilan...? Engkau tahu apa apakah tentang ini...?" Tanya AceHand kepada teman yang duduk bersama di sebelahnya... Namun temannya hanya berdiam diri tanpa sepatah kata... Menganguk tidak menggelang pun tidak... "Weh... Cakaplah... Bukannya nak marah pun ni..." Temannya terus membisu seribu bahasa... AceHand hilang sabar lalu terus mengherdik temannya... "Woih...!"

Dengan tidak semena mena seorang pakcik menghampiri AceHand... "Kenapa dik...?" Tanyanya dengan penuh sopan walaupun agak kehairanan... "Begini pakcik JAZA... Tadi saya sudah makan tujuh biji burger kambing sos lada hitam... Sepatutnya tinggal tiga burger sajalah sekarang ni... Bagaimana burger saya boleh ada sembilan lagi...?" Tanya AceHand yang masih keliru... "Oh! Ini semua burger yang Tompok tambah order tadi..." Jawab pakcik juru jual burger tersebut... "Miyauw..."*[T003] Sambil senyum Tompok bersuara setelah lama berdiam diri... "Chess...! Check Mate...!" Kata AceHand sambil menepuk dahi ala ala Ultraman Ace ingin melawan raksasa...


TERJEMAHAN:

[T001] = Woih! Woih! Woih! Bangun...! Ke laut eh...! Na na na na na Terengganu kita...!
[T002] = Sedapnya rumput ni... Nyam! Nyam! Nyam! Makan lagi... Nyam! Nyam!
[T003] = PeAce... (Jangan marah haaa... Nanti kena jual...)





Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 12:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_blingblings at 12-1-2011 01:16
"Kok kok kok kerek koook...! Kok kok kok kokok kokoook...!"*[T001] "Cis...! Kok kerek kok kerek  ...
AceHand Post at 12-1-2011 00:41
sebab aku yg komeng dulu aku kasi markah 20....wahahahhaha, sebab Abe Ace sudi menggunakan prop yg ada ...nak agi!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 01:05 AM | Show all posts
Reply 77# AceHand


    Fuyoooo..caaaayaaa lah ace pandai karang cerita pendek
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:01 AM | Show all posts
Reply 77# AceHand


    macam tak caya master turun padang...

for you..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080294 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list