ye lar better don't play around with ones akidah kan?
just sayin'
SOALAN Bilakah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj? JAWAPAN Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat: - Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.
- Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.
- Dua tahun sebelum hijrah.
- Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.
- Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.
Berkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya: - Bulan Rabi’ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: “Peristiwa ini terjadi pada 17 Rabi’ al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.” Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq.
- Bulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir.
- Bulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini
|