Post Last Edit by amandaatika at 27-9-2010 11:10
“Nak pergi mana ni? Jom, saya hantar,” sekali lagi dia mencuba.
“Nak pergi rumah Jenny,” pantas Kine membalas.
“Oh....” hanya itu balasan Duke.
Widad yang mendengar sudah sembunyi senyum. Pandai Kine cipta alasan. Thankslah friend.
Widad tahu sangat Duke. Duke paling rimas dengan manusia yang bernama Jenny. Asyik kejar ke mana sahaja Duke pergi. Nasib bukan sekelas, kalau tak, pasti Duke dah berhenti belajar.
Lumrah alam mungkin.Putaran kehidupan. Jenny kejar Duke. Duke kejar Widad. Widad kejar....
“Balik dari rumah Jenny, kita pergi jalan-jalan?” masih setia Duke mencuba nasib. Genggam bara api, biar sampai Widad terbakar sekali dengan pujukannya.
“Penat dah tu. Widad nak rest.” Langkah tetap diteruskan. Mereka melepasi ruang pagar yang ada disitu. Pintu utama hanya beberapa meter sahaja.
“Kalau macam tu,es.....”
Tidak jadi Duke menyambung bila mesin pengesan berbunyi.
Bingit.
Semua orang saling pandang memandang. Junior yang sedang bertenggek di tempat guard beralih sedikit bila si abang misai hendak lalu.
Beberapa mata menjadikan mereka berdua sebagai subjek. Kine sudah selamat di sebelah sana.Widad yang beriringan dengan Duke tidak jadi melangkah. Duke di sebelah sudah serba salah.
Bila abang misai datang menghampiri, cepat-cepat Widad menginjak sedikit. Bila dirasakan bukan dia yang menyebabkan mesin penggera berbunyi, lantas kakinya menghala ke Kine.
“Widad, esok kita da....”
“Dating-dating belakang cerita. Sekarang sila ikut saya.” Tegas abang misai bersuara.
Duke dah malu. Tebal mukanya. Sahamnya jatuh di depan orang yang dia suka.
“Bukan sengaja bang.”Lembut Duke memberi penjelasan.
“Alasan. Tak sengaja,padahal dah sampai depan pintu,” abang misai membalas sinis.
“Memang tak sengaja.Saya terbawa.”
Duke menunjukkan buku berwarna biru itu. Buku tu memang menyusahkan. Menjatuhkan maruahnya depan Widad. Ish... aku bakar juga buku ni. Duke menyumpah dalam hati. disebabkan buku yang tak guna tu, mesin pengesan berbunyi.
Apa-apa buku selagi tidak diambil kodnya, tidak boleh dibawa keluar dari library. Sedangkan dia baru bercadang nak bawa buku tu pergi kaunter. Nak pinjam. Sekarang batal terus niatnya nak pinjam. Tak selera langsung nak baca buku tu.
Kine yang masih berdiri ketawa kuat. Beberapa orang yang masuk dan keluar juga melemparkan senyum pada Duke yang sudah dibawa pergi oleh abang misai. Widad hanya melemparkan pandangan sebelum berpusing ke hadapan. keluar. Terkocoh-kocoh Kine mengejarnya bila sedar sahabatnya itu sudah tiada di sisi. Syok sangat diaketawakan si Duke.
|