|
CERITA PANJANG SIKIT AJE: Sepi (kisah cinta seorang pembekal mangkuk jamban)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by LLM at 23-9-2010 19:30
SAMBUNGAN
Alice terduduk di sebelah katil Adam, cuma mampu memegang tangan Adam dan mengusap-ngusap dahinya.
'Adam. Please fight on. Please live on. Untuk kami, untuk aku dan untuk...'
Suara hati Elena berkumandang di telinga Alice 'dan untuk aku juga..'
Adam mengalihkan pemandanganya ke arah tingkap. Bulan mengambang menyinari kegelapan malam yang penuh sedih. 'Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku'
Adam memandang ke arah Elena dengan penuh rasa rindu yang tersangat pedih. Elena menuju ke arah Alice dan berhenti disisinya. Tangan Elena yang kelihatan pucat dan mempunyai sedikit kesan darah menyentuh bahu Alice dengan perlahan-lahan. Dia membalas pandangan Adam.
'Awak, awak kena relakan saya pergi. Awak, kawan kita semua semua sengsara melihat awak macam ni. Awak, mereka bukan sahaja kehilangan saya sejak dua tahun ni. Mereka kehilangan awak juga. Jangan menyepi lagi. Kembalilah kepada mereka.'
'Cinta sejati bukannya tidak boleh berlaku sekali sahaja di dalam seumur hidup awak. Awak, saya berharap sangat yang awak akan dapat dianugerahkan cinta sejati buat kali kedua.'
Adam dengan lemah menjawab 'Awak, awak..jangan tinggalkan saya lagi..Saya sepi.' Mukanya semakin pucat, hampir menyamai kepucatan wajah bayangan Elena.
Alice berasa tidak tahan lagi melihat Adam sebegitu rupa dan terus berkata 'Adam..kalau awak pergi saya nak juga. Let me go with you. Elena..kalau kau betul-betul ada di sini, bawa aku bersama-sama. Take me too..'
Selepas sahaja dia mengujarkan kata-kata itu, di luar angin tiba-tiba menjadi kencang dan hujan mulai turun. Suasana di dalam bilik wad Adam menjadi hening. Seolah-olah dunia hanya berkisar di situ sahaja.
Mata 'ketiga' Alice terus terbuka dan dia akhirnya dapat melihat Elena. Begitu juga dengan mata Thomas, mata Ai Ling dan mata Michael. Kali ini bukan sahaja Syafik dan Liza dapat melihat Elena..
'Elena..' mereka semua berdiri memerhatii bayangannya. Elena yang mendukung arnab coklatnya cuma tersenyum pilu dan perlahan-lahan menganggukkan kepalanya ke arahnya.
Air mata darah semakin membanjiri pipinya. Mengalir hingga membasahi pakaiannya..
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
tolong somebody, pulihkan balik semangat adam.. |
|
|
|
|
|
|
|
scary dowh...
takut org yg cinta mati sampai gini{:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
hebat sungguh citer LLM kali nih... sedih cheq...tapi mengalir ayaq mata jernih...tak dak la ayaq mata darahh... |
|
|
|
|
|
|
|
cinta sejati memang la macam tu...tapi life must go on...xbleh la buat cmni..kalu kita asyik dibayangi kisah itu saja..sampai bila2 pn kita akan mcm tu...memang bleh kalu nk mengingati tapi sekali sekala dah la...adam dengarlah nasihatku ini....kalau kau merelakan dia pergi pasti hidupmu lebih tenang... free motivation...kuikui..akibat terlampau menghayati cerita ini...very emo... |
|
|
|
|
|
|
|
cian adam.. terkena panahan cinta abadi membawa ke mati |
|
|
|
|
|
|
|
cian adam.. terkena panahan cinta abadi membawa ke mati |
|
|
|
|
|
|
|
inilah namanya cinta mati |
|
|
|
|
|
|
|
inilah namanya cinta mati
amandaatika Post at 24-9-2010 11:24
cinta org mati ke???adam & elena |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 70# asnita
yer la kot
cinta sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
nanti sambung lagi yeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUNGAN
Liza terkejut dengan kenyataan Alice.. 'Alice, mengapa cakap macam ni? Kau tolonglah jangan..nanti kau pulak akan pergi jugak. Cukuplah..please..we don't want to lose anyone anymore' airmata Liza bergenangan.
Adam dan bayangan Elena mendengar segala apa yang telah diperkatakan..Adam dalam keadaan lemah cuba bangun sekali lagi. Mereka yang lain masih terlalu terkejut dengan kata-kata Alice. Terlalu terkejut untuk menyedari cubaan Adam untuk bangun. Betapa Alice begitu mengambil berat tentang kawannya itu..
'Adam! Please don't try to get up!' Ai Ling dengan cemas menahan Adam apabila dia menyedari perkara itu.
Thomas yang masih terdiam meluru ke Adam dan berkata 'Adam..wake up..wake up.. lepaskan Elena..We all arise from our ashes. Everything eventually returns in its changed form.
'Tengok Elena masih ada walaupun dia bukan berada di alam kita lagi. Biarkan dia pergi. Dan dia MAHUKAN kau melepaskannya. Sekarang ini kami semua tengok kau dengan Elena begitu sengsara. Dia tidak dapat pergi. Dan kau tidak dapat melepaskannya.'
Alice menyambung 'Lepaskannya. Please do it for her. For us. For me..'
Adam yang dalam keadaan lemah berfikir dan tenggelam di dalam ingatan lampaunya..
25 NOVEMBER 2025, 7.30PM
Adam dan Elena berada di persimpangan Jalan P. Ramlee hendak melintas jalan. 'Awak, awak dah hantar kad jemputan kat kawan kita semua?' tanya Elena.
'Ya. Minggu lepas saya dah hantar' balas Adam dengan penuh girang.
'Bagus..bagus awak, saya..' Elena berhenti bercakap apabila melihat seorang budak lelaki berumur 5 tahun sedang melintas jalan, tanpa menyedari sebuah lori sedang menuju dari arah bertentangan. Tertera perkataan ' Belacan Cap Kelapa Naga' di pintu lori tersebut.
Tanpa berfikir panjang Elena berlari ke arah budak hingusan itu dan menjerit 'Hati-hati, nak!!!' seraya menolaknya ke tepi jalan.
Lori itu merempuh badan Elena yang telah melindungi budak itu dan berhenti secara mengejut. Elena jatuh terkulai di tengah-tengah jalan. Darah membasahi Jalan P. Ramlee..
Adam yang melihat kejadian itu serta pemandu lori berkenaan menjerit serentak 'TIDAAAAAKKKKKKKKK!'
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
da ada smbgn pn. tq LLM
dahsyat sungguh cinta dorang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
\Mesti laju lori belacan cap kepala naga tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
mana sambungannya lagi...:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
sabar kak, sabar.. lepas kerja, saya sambung ye? |
|
|
|
|
|
|
|
sabar menunggu.........{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|