Post time 17-2-2022 06:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
anony-mous replied at 17-2-2022 02:15 AM
Hugs to u sister!! Umur kita lebih kurang & apa u lalui 90% sama!! Hulur duit je terus lembut hati ...
Hugs to u too dear...mmg kita senasib sgt2...in sha allah..klu kita masih taat pada Allah swt,baik pada org lain,n tak sampai naik tgn kt mk ayah,syurga sentiasa bukak pintu utk kita..mcm u ckp,bkn kita mintak lahir ke dunia..tapi knp kita dilayan mcm ni?dibandingkan dgn org lain..didoakan yg xbaik ...kdg2 sy fikir jgk,konsep parent derhaka mmg wujud...in fact lagi byk bebanding anak yg derhaka pd dorang..sbb they feel they hold the power..if u know what i mean kan...
Post time 17-2-2022 07:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
anony-mous replied at 17-2-2022 02:18 AM
Apa je yg mak u buat? Sure x teruk thats why u x ada rasa dendam tu. Buat baik? Hahahha. Sebaik ma ...
Masa i kecil,sampai remaja jgk la mak selalu sepak terajang n sgt2 garang kat i..kata2 makian xpayah cakap la..tp ada jgk masa dia baik dan show some love to me..skrg ni dia x garang sgt da..tp sensitif sgt2..but mcm i cakap,bodoh2 kan i tu still lagi la dia buat...n dia pandang serong kt i sbb i x byk emas mcm sibling lain..dia kata i boros tp x pandai beli emas..lps tu klu ada kenduri or hari raya ke cmtu ,i pun x suka balik rumah kt kg..sbb dibanding2 kan,buat mostly kerja rumah,pasal tempat tidur pun i didiskriminasi...yes,myb u are right..my mum toxic level is still average i guess..but for u,myb different jgk..i just mampu doakan yg baik2 tuk u..remember,u are not alone deae...n its not ur fault at all lahir ke dunia ni..
Post time 17-2-2022 08:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
anony-mous replied at 16-2-2022 05:01 PM
I cuba dah tp mmg xboleh go. Usually silap sikit mak i akn doakan anak sial, merana la hidup ko, a ...
Kadang2 i x phm knp ade org yg susah sgt nk phm situasi anak2 yg didera ibu or bapa or penjaga sendiri. Just put your self in their shoes? Kalau tu pun x bleh buat x kan x pernah tgk movies ke drama psl kes2 dera ni. Sexual, fizikal, mental & emotional abuse.
Post time 17-2-2022 08:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tak tahulah mcmna penilaian masing2 pada mak pak pendera ni. Tp aku sendiri telah melalui perkara yg sama dwngan bapak aku yg mendera kami dr kecik..bukan aku sorang je semua adik beradik aku kena. Dihumban parang pun pernah, dihumban bara api pun pernah...dimaki depan org pun pernah...diikat dekat pokok getah pun pernha, pagi2 dikerah ke sawah padi seawal jam 4 pagi sebelum skolah..itu adalah rutin aku hari2. tapi bila dia dah tua, aku
tak mampu pun nak jentik dia seperti mana org dal video ni..aku cuma mampu kesian. Masa dia sakit2 dulu sebelum meninggal, dia pernah maki aku depan sb aku masuk islam Lebih2 lagi bila dia meninggal, kenangan tu kenapa aku tersenyum2 ya? Sebab adakah aku pemaaf ka tau macam mana ni? Dan paling aku nak sangat2 aku nak dia masuk islam...aku cuma kesal tu je...
Post time 17-2-2022 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila weols adik bradik bercerita ttg bapak kami, kami masing2 tak simpan dendam...kami jadikan kenangan..gelak ketawa lagi..ntahlah..penilaian masing2...aku tak nak bandingkan diri aku dekat org lain...ni masing2 punya pendapat
Post time 17-2-2022 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak aku adlah seorang yang toxic gilaa
Hdup dgn dia penuh fitnah dan cerca
Hati hitam selalu bersangka buruk kt anak2
Dn pilih kasih...
Tp tuhan selalu side kt dia
Dpt menantu baik2 ...dulu masa remaja aku selalu lawan dia balik tp skg aku biarkn dia jer
Ikut mood akula nk balik ke tak
Tp toxic2 mak pn dia ada daulat tuhan bg doa mak tkde hijab sbb tu kalau pape benda negatip terjadi kami diam2 je nanti mula nk cashkan org
Dahla suka pecahkan hbgn anak2...
Post time 17-2-2022 09:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Susah nak kata, at least dia bawak jugak pi klinik
Mulut pompuan ni bising ja lebih tapi buat tetap buat
Yg iols nampak kat keliling iols anak lelaki memasing lepas tangan je, memang la diam tak bunyi kasar
Tapi nak bawak mak ke tandas pun tak hingin, anak pompuan jugak yg buat
Asalkan ada yg cara sakit demam, tak bagi kebulur dah good enough
Dapat yg baik lemah lembut tu bonus sangat2
Post time 17-2-2022 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 17-2-2022 09:11 PM
Ya allah sukanya akak baca kisah ko ...terutama part masuk islam...mmg sesuai anda menjadi seorang ...
Terima kasih daun keladi
Aduhai...aku sebenarnya tak mampu nak cakap apa2 pasal bapak aku tu. Yang tinggal cuma kesian aku pada dia..cukup pakej sebagai sorang yang mampu buatkan kami adik beradik berdendam sebenarnya. Tapi kami pilih untuk tidak ambil pusing lebih2 lagi bila kami semua dah besar. Pernah mak iols ckp dekat kami, dalam kampung kami...kamilah budak2 paling tak bernasib baik dalam kampung tu dengan perangai bapak kami yg dahlah pemabuk..satu hari pun tak tinggal mabuk dia tuh. Tapi aku cakap dekat mak aku, kalau bukan sebab bapak aku..aku tak lahir didunia ni. Jadi aku masih ada rasa bersyukur disitu Dulu2 aku pernah minta rm20 je utk program skolah, skali dihumbam ke muka aku . Pukul kami depan mata orang, panggil kami bodoh dan gila depan org sampai pakcik sebelah rumah p tegur bapak aku yang naik hantu sb mabuk punya pasal.
Kami adik bradik pernah mak suru larikan dirj dr rumah sb bapak aku pukul mak aku dan kakak aku sampai lebam...masa tu mak aku mengamdungkan adik bongsu aku...berbulan-bulan dok rumah nenek. Mak pula 6 bulan dok rumah mak dia...
Peristiwa aku kena teriak sb aku masuk islam tu masa dia sedang sakit. Masa tu dia nak dekat2 meninggal dah...aku pekakkan telinga aku sebab aku tahu perangai bapak aku dah azali begitu...aku lebih kesian sebwnarnya. Bila dia dah meninggal, cerita pengalaman masing2 dekat adik beradik aku..kami masih mampu gelak2...
Post time 18-2-2022 06:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by noor2 at 18-2-2022 06:20 AM
darkness replied at 17-2-2022 09:53 PM
Terima kasih daun keladi
Aduhai...aku sebenarnya tak mampu nak cakap apa2 pasal bapak aku tu. ...
Dlm agama Islam ni..tiada manusia yg x dihisab dosanya termasuk lah ibubapa...tiada pula sb kita dah jadi ibu ayah maka kita dimuliakan tuhan jika berbuat salah..jdnya setiap manusia x terlepas dari hukuman...
Terbaik ko darkness sb ada sifat seorang muslim yg sememangnya mengikut ajaran islam supaya tidak berdendam terutama terhadap ibu bapa dan sedaya upaya menjadi anak yg baik..balasan ibu bapa yg jahat tetap dihukum tuhan...
Post time 18-2-2022 07:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 18-2-2022 06:19 AM
Dlm agama Islam ni..tiada manusia yg x dihisab dosanya termasuk lah ibubapa...tiada pula sb kita d ...
Aku tak rasa aku hebat sebab adik bradik aku yg 5 orang non muslim tu pun sama pendekatan dengan aku. Lebih kepada sifat semulajadi kami adik beradik kut. Dalam family aku, aku dan abang aku masuk islam dan 5 orang non muslim. Semua tak ambil pusing pun apa dah berlaku dulu...cuma bezanya aku, aku still ada secuit rindu pada mendiang bapak aku. Pernah masa dia datang dekat rumah aku, aku masakkan dia sup ayam sb dia teringin sangat2, aku dah siap masak dia siap marah2 aku pun still aku tak.amik pusing pun..dan sedar dalam masa yg sama bapak aku tu bukan lama pun lagi dalam dunia ni..jadi baik layan jelah perangai dia. Timbal balik apa yg aku buat tu kepada mak bapak aku, aku notice anak2 aku sangat baik dengan aku...marah macam mana pun aku pada anak2 aku derang still sayang aku, baik dengan aku...layan aku, masakkan aku makanan. Jadi berbalik kepada situasi ni, kalau mak pak jahat mana pun jangan balas bila derang dah tua..baik doakan org tua tu berubah...
Bila2 tengok kejadian macam ni, kena ingat, bukan semua ibu bapa di dunia ni baik. Masa masih kuat, ada yang abuse emosi dan fizikal anak2. Bila dah tua tak terdaya, harapkan anak jaga, guna sentimen, guna agama.
sedih baca thread ni. tambah bila baca pengalaman anak yang tak terpilih di mata mak pak. sedih tau.. kalau bercerita dengan kawan pon ramai yang tak boleh faham. sebab nasib mereka baik dapat mak pak baik2, tak beza kasih sayang antara anak2. yang boleh paham perasaan kita ni pon sesama yg merasa jelah. dan memang betul, ada juga terfikir, apa nasib anak2 yang mak tak pilih, mak kurang sayang ni ye? terdetik juga dalam hati, mak aku ada ke doakan aku lepas semayang, macam dia doakan adik beradik lain? silap sikit dituduh anak derhaka, tak bau syurga, hidup tak berkat, balasan anak derhaka kat dunia lagi. sedangkan anak pilihan buat macam2 sakitkan hati mak takpe pulak.. takde disumpah macam tu. tapi bila anak tak terpilih ni, sedap je mak sumpahkan kita
kadang terpikir, ada ke keberkatan dalam hidup kita, sebab mak tak doakan kita. malah mak kita doakan kita hidup tak berkat, dapat balasan sbb melawan dia? sedih sebenarnya dilahirkan dalam keluarga macam ni. dah tua2 ni aku pilih buat tak tau jelah. dari kecik kot dok pendam rasa. skrg jadi tawar hati dah, tak rasa pon nak telepon tanya kabar. hari2 terbayang apa dia buat kat aku, berbanding adik2 aku. even adik2 pon label kita menderhaka, sebab mak mengadu macam2 burukkan kita.
toxic keluarga mcm ni. lama2 boleh jadi gila. tapi pilih untuk buat bodo jelah. anehnya, tuhan mudahkan perjalanan hidup, walaupun mak hari2 doa anak derhaka dan mnta tunjuk balasan di dunia. bila mak tau kita naik pangkat, dapat itu dapat ini, ada nampak riak muka tak puas hati tu. sbb bagi dia, anak kesayangan dia yg patut dapat bukan aku
last2 aku buat keputusan, bahagia aku susah aku takkan aku share dengan keluarga, terutama mak pak. sebab bukan derang happy pon tengok aku senang. seboleh2 nak aku jatuh terduduk, boleh la dia padankan muka sepadan padannya
Post time 19-2-2022 06:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
AmandaRollins replied at 17-2-2022 07:06 PM
Masa i kecil,sampai remaja jgk la mak selalu sepak terajang n sgt2 garang kat i..kata2 makian xpay ...
Kesiannya, semoga kehidupan seterusnya lebih bahagia. Perempuan/Emak2 yang macam itu mungkin tak sedar.. Bukan anak je boleh derhaka tapi emak pun sama.. Anak2 pun ada hak yang sepatutnya dipenuhi oleh seorang ibu...Ibu tu bukan tiket untuk melakukan sewenang2nya terhadap anak.. Semua akan di persoal di akhirat nanti.