|
The Reds mampu ke peringkat kumpulan
2010/08/19
LIVERPOOL: Dirk Kuyt menggesa rakan sepasukannya supaya meneruskan keyakinan yang diperoleh selepas mengikat Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu, untuk merintis kejayaan ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.
Liverpool yang kini dikendalikan Roy Hodgson, berdepan kelab Turki, Trabzonspor di Anfield hari ini dalam usaha memburu kelebihan awal untuk layak ke peringkat seterusnya. The Red yang beraksi 10 pemain, gagal mempertahankan kelebihan ke atas Arsenal ketika perlawanan sulung mereka dalam musim baru EPL, selepas penjaga gol Pepe Reina, melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya pada lewat permainan untuk membolehkan anak buah Arsene Wenger meraih keputusan 1-1 di Anfield.
Begitupun, Kuyt berkata, Liverpool tidak kecewa atau hilang semangat berikutan keputusan itu dan banyak pengajaran boleh diperoleh ketika menentang Trabzonspor.
Kami perlu terus melangkah. Selepas apa yang berlaku dengan Arsenal, Liverpool membuktikan semangat berpasukan kami begitu tinggi dan andai kami dapat terus bermain dengan betul, kami mampu terselamat.
Kami mahu keputusan terbaik dalam perlawanan pertama ini kerana saingan kedua di Turki pasti sukar, katanya merujuk pengalaman ketika menentang Galatasaray dan Besiktas pada saingan Liga Juara-Juara sebelum ini. AFP |
|