|
Jejak saja kaki di bawah...
" Awak ni dah gila ek...pagi2 datang opis saya! awak takde keje ke ? "
" mak oii.....awak boleh jdk puteri bertih goreng la...bertalu2 awak tanya mcm mesin gun" Farhan ketawa berdekah kemudian dia diam melihatkan muka ku yang kelat.
" Aleya.....saya baru sampai malam td. Saya tak boleh tido, tak sabar nak jumpa awak. Awak pun tak call2 saya. tiap2 hari saya pandang handphone saya tuh menunggu2 awak call. "
Aku terpana. Alamak! apa dah jadik nih. tiba2 suara mamat sengal nih bertukar jadk romantik pulak. Larikkk......
" Jangan panggil saya mamat sengal! "
aisehmen, camner pulak dia boleh baca hati aku nih. bahaya2. Aku masuk ke dalam kereta. Farhan tanpa banyak soal terus memandu. Saat Farhan membelok masuk ke restoran Pelita, aku pula tanpa berfikir panjang telah bertanyakan soalan yang tidak patut ku tanya.
" Kita nak buat apa kat restoran ni Farhan ? "
" saya nak beli basikal kat kedai mamak nih! " apa lagi aku terus tarik muka cemberot ku.
" Dah2, tak yah nak tarik2 muka. Saya lapar. Dah tentu la nak makan cik adik oii!!!" |
|
|
|
|
|
|
|
alahaii.. lawak jer.. lagi monik |
|
|
|
|
|
|
|
sambil menunggu pesanan, aku memandang ke arah siling. entah mengapa aku lebih berminat memnadang ke atas. sebenarnya, aku cuba melarikan mata dan wajahku dr ditenung oleh Farhan. Aku dpt rasakan seolah2 dia nak menelan muka ku habis-habisan. dapat kubayangkan yang dia seperti seekor ikan buntal dan terus ngap!! mangsanya. heehehehehh.......
" ha, tu berangan lagi la tuh. saya x pernah jumpa org yang kuat berangan mcm awak ni leya. "
" sekarang dah jumpa la." jawabku selamba
" leya, tak boleh ke awak turunkan sikit tone suara awak tuh, bila bercakap dengan saya ?"
"macamana saya nak berlembut. awak tuh selalu sangat sakit kan hati saya."
" okay2. saya minta maaf. cuma saya suka tgk muka awat kembang kempis mcm belon!"
" tgk tuh!"
"okay2. end of story. now berbalik tentang kita. US!"
" what about us ? there's no us! there's only you and me." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 58# monik
x pe monik.
take u're time..
we will wait for the N3 |
|
|
|
|
|
|
|
" by the way En. farhan, ke mana awak tiba2 hilang 2 minggu. Then awak muncul, mengarut2 pulak mcm nih"
" saya kena outstation ke Qatar. 2 minggu saya tunggu awak call. tapi tuan puteri x sudi pun nak tanya khabar."
"eleh...cakap orang. yang awak tuh x call saya kenapa ?"
" awak tunggu call saya ye. " Farhan tersenyum sumbing. Kalau la boleh, nak je aku picit2 muka dia.
"Farhan, i'm serious."
" Listen to me Aleya. I'm serious too. 2 minggu saya jauh dari awak, saya rasa x keruan. macam ada yang x lengkap. "
" Saya x pasti Farhan. Semuanya masih terlalu baru. "
" Awak dah ada pilihan sendiri ke Aleya ? "
" Bukan itu maksud saya. saya tidak dimiliki oleh siapa2 pun. Maksud saya, kita masih diperingkat awal. banyak yang awak tak tahu tentang saya. awak hanya mengenali saya ALEYA. Tetapi siapa saya awak tak tahu. Malah keluarga saya juga awak tidak kenal.
Farhan meraup muka sambil melepaskan helaan nafas yang agak berat. seiring itu juga aku menangkap kelibat seseorang yang amat ku kenali.
" Abang Adam! Abang Adam ! " abang adam segera ke arahku sambil tersenyum2. ntah apa yang dia gembira sangat pun aku tak pasti.
" Farhan, kenalkan ini abang saya . Adam Mukhriz. " Farhan segera bangun. Tangan dihulur untuk berjabat. Tapi Abang Adam terus saja memeluk Farhan seolah2 sudah kenal bertahun lamanya.
Aku pening. Ini drama episod mana pulak nih. Macamana boleh terjadi sebegini pulak.
" Apa ni abang Adam ? Leya x paham la ." |
|
|
|
|
|
|
|
" Aleya, abang adam dah kenal Farhan sejak belajar di MCKK lagi. " kenyataan abang adam membuatkan aku terlopong.
" Ehm..ehm...kalau ye pun terkejut, jangan la terlopong mcm serombong kapal. buruk benor ngupenya."
" Farhan!!!! Abang Adam, leya nak abang hentak dia sekarang. "
" wah, wah, sejak bila adik ko pandai hentak2 org ni Dam ? Gerun aku. " abang adam dan Farhan tergelak riang. memang sejak kecil, aku telah di ajar oleh abang adam, kalau sesiapa yg buli aku waktu sekolah, bilang saja pd dia, mesti kena hentak punya. |
|
|
|
|
|
|
|
adam mukhriz - teringat hero novel adam dan hawa
siot jer...adam kenal dgn farhan...senanglah nak masuk jarum giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade gak adam mukhriz dalm cite ni...terbaca nama tu terus teringat watak AM dalam adam n hawa.
best la cite monik ni...
tergelak sensorang bile baca.. courier buah berangan... |
|
|
|
|
|
|
|
" Abang Adam dah tahu tentang kami ke ? " aku bertanya perlahan takut dimarahi.
" Abang pun baru tahu Leya, itupun masa Farhan call mintak tolong abang amik kereta kawan dia di bengkel. Bila sampai bengkel, abang terkejut tengok kereta Leya. "
" Ooooo...jadik abang dah tahu la. Abang nih jahat la. Mati2 Leya kena tipu."
" kalau awak nak tahu Leya, teruk saya kena hentak dengan Adam sebab awak jatuh sakit masa kita ke Genting. Nasib tak lebam biji mata saya"
Kami bertiga tergelak seiring. Tak lama kemudian abang Adam minta diri. Farhan pula tiba-tiba mendiamkan diri. Aku jadi hairan. Tadi bukan main lagi berborak sakan dengan abang adam. Sekarang jadik patung pulak.
" Dah, awak ni kenapa pulak. Tiba2 jadik statue."
" Leya, awak panggil saya abang ye. "
Ahhh..sudah.....ni episod mana pulak nih. Hari ni saja boleh buat aku jadi gila.
" Awak sakit ek Farhan ? Dah makan ubat ? "
" Aleya, saya serius. Kalau awak boleh panggil Adam, abang, kenapa awak tak boleh panggil saya begitu. "
Hem...betul la mamat sengal nih dah sakit otak.
" Farhan, adam abang kandung saya. Seibu Sebapa. Sewajarnya saya panggil dia begitu atas dasar hormat."
" Habis saya tak perlu dihormati ke ? saya sebaya dengan Adam ! "
" That's it! Saya nak balik kalau awak terus-terusan berkelakuan macam budak2."
Aku sudah berdiri. Tapi tangan Farhan lebih pantas menangkap lengan ku. aku duduk semula.
" Sorry Aleya. Saya keterlaluan. Saya rasa cemburu bila awak panggil Adam, abang. Mcm sedap je dengar. "
" Hello!!! Adam itu abang kandung saya. Yang awak nak cemburu tak tentu pasal nih apa hal." |
|
|
|
|
|
|
|
" Boleh lah. Leya...awak panggil saya abang okay. " Farhan merengek2 seperti budak minta dibelikan aiskrim.
" Nope ! Unless mak saya yang melahirkan awak. " Farhan diam. Aku juga diam.
" Farhan, look here. Kita baru kenal. Beri la masa. Let it be just the way it supposed to be. saya tak mahu terburu2."
Farhan diam namun mengangguk tanda setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
" Leya, awak panggil saya abang ye. "
ala...comey jer...
mula lah kegatalan serta kemengadaan si farhan itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
smbglah lagi monik,plessss.... |
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu lamanya, selepas pertemuan itu, aku tidak mendengar khabar berita dari Farhan. Terasa hati ke dia ? Hingga menjauhkan diri dari aku. Arghhh....apa kena aku nih. Dulu aku juga yang beria2 minta diberi masa. Sekarang apa sudah jadi ? Ku akui, kadang2 terasa rindu dengan usikan2 Farhan.
Nak bertanya pada abang Adam, aku malu. Takut di katakan terhegeh2. Aduhai...apa yang aku mesti buat. Nak call Farhan, lagi la aku malu. Dulu aku yang sombong. Sekarang padan muka, aku yang tercari-cari dia.
Tengahari itu, aku dan Fiza keluar makan ke Sakura Kristal. Salah satu tempat kegemaran ku. Sambil melihat2 menu, Fiza tiba2 bersuara.
" Handsome pakwe tu, sayangnya dah ada makwe. "
Ku angkat muka dan memandang ke arah pasangan itu. Jantung ku terhenti. Muka ku panas. Kepala ku pening.
Farhan!
Patutlah dia tidak menghubungi ku lagi. Rupa2nya sudah dapat gading bertuah. Huh, dasar lelaki. Farhan tidak perasan akan kehadiranku. Yelah, sedang asyik berbual dengan tersayang. Bukan main mesra lagi. Aku bangun mendadak. Fiza turut terkejut dan bangun juga. Berkeriut bunyi kerusi kami dan sudah tentu mengundang pandangan orang ramai. Farhan juga begitu. Dia kaget. Mungkin tidak menyangka akan bertemu dengan ku di situ.
Aku terasa mahu menangis. Saat ku lihat Farhan mula bangun, aku terus berlari keluar. Tak sanggup rasanya berada di situ lebih lama.
" Aleya! Leya !" jeritan Farhan tidak ku endah. Aku terus meluru tanpa usul periksa. Dan....
Screetttttt!!!!!
" Aleya!!!!!!!!!" suara Farhan makin lama, makin jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
erk... aleya accident ker.. nk lg |
|
|
|
|
|
|
|
alahai,ape jadi pulak monik....suspen gila ni.. smbglah skrg monik,xsukalah tgantung takleh tidur mlm nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai cian la kalau leya xciden...monik, cepat la masukkan N3... |
|
|
|
|
|
|
|
"Ehmm....ehmm...mak, aduh! "
Kepala ku terasa berpusing. aku cuba buka mata, namun terasa perit. aku cuba bersuara tapi rasa tersekat. perlahan2 kulihat sekeliling. amat asing. ku angkat tangan, tp terasa sengal. kenapa dengan aku ? macamana aku boleh jadik macam nih ?
" Eh, Leya dah sedar! Syukurlah." ku lihat Abang Adam, mak dan ayah ada bersama. Aku cuba tersenyum supaya kurang rasa bimbang mereka. Namun senyuman ku mati bila ku lihat wajah itu. Farhan! Ya, Farhan lah yang menyebabkan aku dilanggar kereta. Aku benci dia. Aku benci!
" Syukur la Leya. 2 hari Leya pengsan. " Abang adam memberi ulasan.
" Abang Adam, tolong suruh 'dia' keluar. Leya tak mahu di ganggu."
Abang Adam terdiam. Mak dan ayah saling berpandangan. Kemudian ku lihat Abang Adam mengajak mak dan ayah keluar dari bilik wad. Tinggal aku dan Farhan. Aku memalingkan wajahku. Tidak mahu menatap wajah yang telah menghancurkan hati ku. Remuk redam jadiknya.
" leya....sa..."
"apa lagi yang awak nak Farhan ? Tolong lah pergi. Saya cukup terluka Farhan. " kataku dalam sendu. Ku cuba tahan agar jagan menangis, namun aku tidak berdaya. Airmata mengalir dipipi. Menambahkan sedih di hati.
" Leya, awak dah salah faham."
" Salah faham apa Farhan ? Mata saya melihat sendiri."
" Tapi kenapa awak lari bila saya panggil ? Biar saya terangkan duduk perkara sebenarnya."
" Hati saya sakit! Sakit tau tak! Dasar Lelaki! "
" Hati awak sakit?? Awak cemburu ye? " Farhan tersenyum tiba2.
" Saya...saya...tak...mana ada cemburu!" isshhhh...jangan mengaku Aleya!
" Aleya, terus terang la....awak mmg sayangkan saya kan ?"
Kata2 Farhan ku sambut dengan esakkan. Terasa sayu bila mendengar perkataan sayang itu.
" Kalau saya sayang awak pun, dah tiada gunanya. Awak sedang bahagia dengan orang lain. "
" Alhamdulillah.....inilah yang saya tunggu selama ni Aleya. Akhirnya saya dpt dengar juga."
" Tidak! Biarlah perasaan saya ini, saya simpan. awak bahagialah bersama si dia. Saya tidak akan ganggu lagi hidup awak. Anggap saja yang kita tak pernah kenal."
" Aleya, kita kahwin!"
" What?? awak dah gila ke ? awak ni waras ke tidak ? Awak ingat saya nih barang ke yg boleh awak ambil dan buang sesuka hati awak! "
Memang gila dia nih. Sedap2 duk berdating dengan perempuan lain, pastu senang2 ajak aku kahwin. Sorry..naik lori.....
Farhan berjalan ke arah pintu dan mengisyaratkan pada seseoarng supaya masuk.
" Kak Leya. " lembut suara perempuan itu. Bengong! perempuan itu la merampas Farhan dari aku. Apa dia buat dalam bilik ini. Nak menambahkan sakit di hati aku.
" Leya, kenalkan ini adik saya. Farina Insyira. Waktu awak nampak saya dengan Farina, kami sebenarnya sedang menunggu ibu dan ayah saya. Cuma takdir menentukan mereka datang lambat dan awak nampak seolah2 saya berdating dengan Farina."
Adik ??? Biar betul nih ? aduhhhh...malunya aku. Macamana aku boleh jadik minah propa pulak nih.....kalau la aku beri peluang pada farhan tempoh hari, tentu aku tidak akan dilanggar kereta.
" Farina, angah mintak maaf ye. Bakal kakak ipar Farina nih mmg kuat berangan. Angah je yang sabar selama ini. "
Dushhh...mau je aku tumbuk muka Farhan masa itu. Buat malu aku je. Kemudian Abang Adam, mak dan ayah masuk bersama.
" Adam, aku dah jumpa pujaan hati aku." ujar farhan sambil tersenyum2
" Siapa Han ? "
" Puteri Bungkus!!!"
" Mak, tengoklah Farhan ni, psl dia la Leya jadik macamnih." semua yang berada di situ tergelak mendengar gelaran baru yang ku sandang. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah lawak arr monik
puteri bungkus
best arr novel awk siap tersenyum2 dpn laptop ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi monik
aleeya da trima farhan
da nk smpi ending eaa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar arr watak leya senggal...
buat keputusan sendiri {:1_142:} |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|