CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Songket Benang Emas

  [Copy link]
 Author| Post time 24-6-2010 06:32 PM | Show all posts
Reply 56# lesprincesse


    Thanks princesse, i am trying to do a romantic-comedy time travel kind of story....tengok la menjadi ke idak...he he he....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 06:35 PM | Show all posts
Reply 60# detox


yup ramli awang murshid...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:26 PM | Show all posts
Reply  mijot


    thanks mijot, aku nyer first attempt.....RAM = Ramlee Awang ?
detox Post at 24-6-2010 18:31



Yaa...RAM=Ramlee Awang Mursyid, salah sorang novelis kegemaran ku juga.... Lepas baca buku RAM, aku rasa berkobar2 nak buat baik... hah..hah...  Ya..cite2 RAM banyak gak yg genre 2 zaman niih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:47 PM | Show all posts
wah detox...citer baru...best...
dua zaman pla tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:17 PM | Show all posts
ha'a la btul2...mcm buku cite RAM....tp stiap penulis m'punyai peyampaian yg b'beza kan...RAM dgn gaya nye t'sndiri...akak detox ni pun de gaya nye yg t'sndiri...pe2 pun akak detox.....nk n3 lg....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:36 PM | Show all posts
detox,
ala-ala robin hood arab version ke?
dulu ada satu citer camni,yang jamal abdillah berlakun kalu xsilap. hang tuah masuk zaman moden???? syok gak mcm ni, ada variety
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2010 01:02 PM | Show all posts
ha'a la btul2...mcm buku cite RAM....tp stiap penulis m'punyai peyampaian yg b'beza kan...RAM dgn ga ...
nera85 Post at 25-6-2010 12:17


tak boleh nak komen sbb terus terang akak tak pernah baca buku RAM, mungkin lepas ni boleh try baca,

thanks ye.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 01:03 PM | Show all posts
detox,
ala-ala robin hood arab version ke?
dulu ada satu citer camni,yang jamal abdillah berlakun  ...
merahsilver Post at 25-6-2010 12:36


nama cerita tu TUAH, heroin erma fatima, jamal jadik TUAH ,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2010 01:05 PM | Show all posts
01 Mac 1709 (Petang)

Tuah memperlahankan Lintar. Kuda itu mengoyang-goyangkan kepalanya. Dia menarik tengkuk Lintar dan kuda itu terus berhenti.

        “Kamu bebas merumput di sekitar, jangan cuba lari.” Dia senyum pada Lintar yang seolah mengerti.

Perlahan Tuah melangkah, dari celah-celah pokok dia nampak Kaseh sedang menanti.

        “Mengapa bersendirian di petang yang semakin larut ini ?”

Kaseh berpaling, di bibirnya ada segaris senyuman. Dia menarik kain tutup kepala dan sebelum menjatuhkan matanya ke rumput dia melirik sebentar.

        “Aku menanti sudah lama akan kunjungan mu Tuah.” Dia berkata perlahan.
        “Maafkan aku Kaseh, tidaklah aku sengajakan, tapi urusan penting menjadi keutamaan ku.” Dia berdiri sejarak.
        “Tuah, siang tadi Megat Alam mengamuk. Apa kamu berbuat onah lagi ?”

Tuah hanya tergelak kecil. Dia mengurut janggut. Matanya redup memandang Kaseh yang berada sejarak.

        “Sudah aku katakan Kaseh, aku tidak berbuat onar, malah apa yang aku buat ini mungkin saja dipandang rendah oleh Megat Alam, tapi aku tahu niat aku.”

        “Hentikanlah pekerjaan mu itu Tuah.”

Tuah mengerutkan dahi, perlahan keluh kecil di lepaskan.

        “Aku berbuat ini bukan untuk kesenangan ku sendiri Kaseh.”
        “Tapi apa yang kamu buat ini salah, salah dari segi agama, salah dari segi undang-undang kerajaan.”
        “Kalau pertemuan ini hanya untuk menyampaikan apa hasrat Megat, lupakan saja. Pulanglah.”

Tuah memerhati dengan mata yang tidak bergerak-gerak. Kaseh Hanum menundukkan kepalanya. Dia diam, hatinya tiba-tiba menjadi sedih.

        “Maafkan aku Kaseh.”

Dia bergerak sedikit ke hadapan. Capal yang di beli dari pedagang India mencengkam tanah.

        “Ini buat mu.”

Dia menghulurkan sehelai selendang berwarna firus.

        “Warnanya pasti membuat kamu bertambah cantik.”

Kaseh menyambut selendang sutera itu dan tangannya perlahan membelai kelembutan kain itu.

        “Kainnya bagus Tuah.”
        “Ya, itu aku beli dari seorang kenalan dari Burma.”

Mata mereka berdua tertancap pada selendang sutera hijau yang bergerak-gerak di tiup angin petang. Tuah cuba mengintai wajah Kaseh di balik kerudung yang menutup.

        “Pulanglah Kaseh, sebelum abang mu, Megat Alam menggegar bumi mencari kamu di serata tempat. Aku sudah hilang rindu apabila dapat melihat wajah mu walaupun sekilas cuma.”

Tuah Iskandar melihat Kaseh yang bergerak perlahan-lahan, gerak langkahnya tersusun cantik, lemah gemalai saja. Tiba-tiba langkah itu terhenti, Kaseh memaling dan matanya yang bulat itu memandang ke arah Tuah.

        “Tuah, apa kita boleh bertemu lagi ?” tanyanya perlahan.
        “Kita akan bertemu lagi, dan seperti selalu Kaseh, aku akan sentiasa merindui senyuman mu,” Tuah menenung mata Kaseh dan dia lihat ada segaris senyuman pada bibir mungil yang memerah itu.
        “Baiklah, seperti biasa tandanya kalau Kaseh bertemu Kambe di pasar ya ?”

Tuah hanya mengangguk dan matanya mengekori langkah Kaseh hingga hilang dari pandangan. Dia masih berdiri di situ, mukanya di dongakkan ke atas, melihat awan yang semakin suram. Unggas bersahutan dan daun-daun pokok bergemersikan. Dia terasa ada pergerakan di balik pokok. Matanya bergerak-gerak laju, telinganya menjadi lebih sensitif pada bunyi gerakan itu. Tuah sudah bersedia membuka langkah silat, dia menarik nafas dan kakinya kejap mencengkam bumi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 01:06 PM | Show all posts
Bab 3       

20 Mei 2009 (Malam)

Zara membentangkan songket tadi di atas katil, dia bangkit dan mengelilingi katil, hatinya menjadi sangat teruja apabila melihat tenunan halus itu. Punggung disandarkan pada meja tulis, tangan berpeluk tubuh sambil terus memerhati pada sehelai songket yang sangat memukau.

Malam itu dia tidur dengan songket masih terhampar di tepi. Ada sedikit pelik kerana dia sukar sangat melelapkan mata, pusing kiri , pusing kanan, tetap juga tidak mahu tidur.  Dia menggosok telinga kanan dengan kuat, lantas terus duduk, matanya memandang sekeliling, dan akhirnya berhenti pada jam di tepi katil. 02.19. Duh…kenapa tak leh tidur nih… dia menarik selimut lantas menghempas badan semula. Matanya terkelip-kelip, dia beralih dan memandang songket, tangannya mengelus lembut, tiba-tiba dia terasa sesuatu. Cepat-cepat tangan dikalihkan. Rasa seolah ada kejutan elektrik. Dia pegang sedikit dan terasa sengatan yang lebih kuat. Jantungnya berdebar. Dia bangun dari katil, tidak sempat hendak membuka lampu bilik, songket itu seolah terawang-awang di udara. Ianya melayang dan membalut tubuh Zara yang kaku terkejut beruk. Dia cuba bergerak tapi terasa seluruh badannya sangat lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 01:08 PM | Show all posts
01 Mac 1709 (Senja semakin mengorak)

Tuah terus memerhati, matanya tajam merenung dari satu pokok ke satu pokok. Dia nampak ada segaris cahaya seperti kilat, dan dengan kelajuan yang sangat cepat ada sebuah benda bergolek ke arahnya. Keningnya terangkat apabila melihat sekujur tubuh berhenti betul-betul di kakinya.

        “Aduh….” Zarah mengoyangkan kepala ke kiri dan ke kanan.

Pening akibat satu gegaran dan sengatan yang sangat kuat. Mata yang masih terpejam dia buka dan seluruh darah terasa menerkam ke muka. Hutan mana pulak ni…….dan membuat dia lebih terkejut, sepasang capal bergerak-gerak di hadapan. Dia cuba bangun dengan payah, badan masih lagi rasa terhoyong-hayang. Dia pegang tanah yang berumput hijau dan sejuk itu dengan kedua belah tapak tangan. Sebaik mungkin dia cuba bernafas. Pipi disepak-sepak, dia terasa sakit, bererti dia sedar, dan bukan bermimpi…tapi macam mana pula aku boleh berada di sini, tiba-tiba !!! Dalam hendak cuba bangun, muka pemilik capal itu betul-betul berada di hadapan. Apa lagi dia terus menjerit dan badan yang baru hendak stabil terpelanting dan kembali jatuh terduduk.

Tuah memerhati dengan pelik. Dia betul-betul pelik. Ajaib. Dia masih bertinggung dan mereka berada sejarak. Mereka saling berpandangan. Tuah memerhati cara pakaian gadis di hadapannya. Bercelana biru dan berbaju dari jenis kain yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Rambut panjang yang tidak di tutup terbiar lepas, bukanlah satu perkara biasa melihat seorang wanita yang sudah akil baligh, seorang dara berjalan-jalan tanpa menutup kepala.

Zara juga memerhati cara dia berpakaian, seperti dalam filem-filem purba arahan P.Ramlee. Berseluar hitam, baju hitam dan di luar macam vest berwarna hijau tua. Ada sebilah keris tersisip di celah kiri pinggang lelaki itu. Rambutnya panjang hingga ke bahu, matanya yang sederhana besar, seolah termasuk ke dalam, hidungnya cantik terletak, agak mancung sedikit, kulitnya cerah dari kebanyakan kulit orang melayu, misainya melingkar terus ke dagu dan di hujung dagu itu ada janggut yang tumbuh sangat lebat. Handsomenya Mamat ni. Ni aktor baru mana lah ni. Mesti tengah shooting mana-mana ni. Tapi macam mana aku boleh ada dekat sini. Seingat aku, aku berada di dalam bilik, di atas katil sedang cuba dengan payah untuk tidur.

Jantung Zara berderau apabila melihat lelaki itu menghampiri.

        “Dari mana dan mahu ke mana ?” caranya cakap betul-betul lain.
        “Ini kat mana eh ?” dia cuba bangun, tapi badan masih bergoyang-goyang.
        “Ini daerah Kebin Kala.” Dia menghulur tangan, Zara teragak-agak untuk menyambutnya. “Tidak mengapa, aku tidak berbuat apa melainkan membantu kamu bangun.”

Tangan itu sambut juga dan dengan sekali tarik saja Zara sudah berdiri. Dia masih lagi terasa bergoyang-goyang, kaki terasa lembik dan tanpa dapat mengawal dia rasa badannya menghala ke hadapan dan memang Zara tidak berdaya untuk tidak jatuh. Cepat-cepat tangan sasa menarik lengan baju si dara, tapi kerana badan Zara yang lalok semacam, dia mahu tumbang pula ke belakang. Tuah  menggeleng kepala dan terus memaut pinggang Zara kemas dan sedikit kuat. Zara tergamam, dalam kebingungan nafasnya jadi tidak teratur di sebabkan hangat tubuh sasa itu terasa begitu hampir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 01:09 PM | Show all posts
n3 utk sesiapa yang tak gi mana2 masa long lunch break
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:20 PM | Show all posts
detax,...awat sikit nye..
byk lah sikit..he..he..
cerry x jadi nak kluar gi komplek pkns nie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:22 PM | Show all posts
tq... merah lunch bila2 n panjang2 pun blh...
TUAH... masuk ke zaman moden, ni ZARA balik ke zaman purba. alamat berebut pula la ngan c KASEH ni... best best.
lepas lunch punch pun ada lg kan???
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:13 PM | Show all posts
Detox dok bayangkan Kaseh tu berjalan tudung
kepala tutup dgn kain batik yg diselempangkan .....
Sib baik zara tidur dgn baju yg sopan klu idak haru le si Tuah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:34 PM | Show all posts
tak boleh nak komen sbb terus terang akak tak pernah baca buku RAM, mungkin lepas ni boleh try b ...
detox Post at 25-6-2010 13:02



xpe kak...lps ni bleh bc...jln cite confuse ckit mula2 bc tp lps 1 bab ke 1 bab seterus nye br ok phm dh jln cite..best kak cite die...penuh dgn misteri n mistik hehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2010 02:35 PM | Show all posts
Detox dok bayangkan Kaseh tu berjalan tudung
kepala tutup dgn kain batik yg diselempangkan .....
...
qimi08 Post at 25-6-2010 14:13


Kaseh Hanum memang lemah lembut, dia dari kalangan bangsawan, pakaiannya dari jenis sutera, atau songket. berkebaya labuh dan jalannya tertib.....he he he...

si zara pulak haru biru, kalut, kasar dah hilang ciri-ciri wanita melayu - which is sadly most of us dah jadi camni (saya lah !)

* sib baik la malam tu hujan, klu tak si zara ni pakai sexy lingerie mmg naya si Tuah.....agaknya terjojol biji mata dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:57 PM | Show all posts
ehhehe...ni mesti zara lama2 nti de hati kat tuah....m'jeruk kan hati la c kaseh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:58 PM | Show all posts
Kaseh Hanum memang lemah lembut, dia dari kalangan bangsawan, pakaiannya dari jenis sutera, atau ...
detox Post at 25-6-2010 14:35


nama kaseh tu melambangkn identity nyer... sesuai la ngan songket or sutera...
kebaya labuh..
nama zara plak.. dh terang2 nama ala mat salleh..
cfm la pakai jeans + sexy lingerie sgala....

tu ari p umah bunick.. berangankn nama anak nk letak
dania nur arrissa or arrissa nur dania....
dtg umah ni plak... berangan nk letak nama kaseh la plak
mcm lembut ajer bunyinyer..
adus.. jenuh esok lambung syiling nk letak nama aper....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 03:34 PM | Show all posts
huhuhu
citer dua zaman ni kak detox
best.... lain dr yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.553749 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list