CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 23-7-2009 01:02 PM | Show all posts
benci tul ngan zikri...:@
ija penat2 masak, sikit pn dia tak jamah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2009 09:56 PM | Show all posts
ada orang marah patek menulis cerpen ini...

tapi patek kena teruskan jua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2009 10:27 PM | Show all posts
Sudah tiga hari Zikri tidak pulang dan pada malam yang ke empat Zikri muncul tanpa sms atau menelepon Ija terlebih dahulu.

’’Ija masak apa malam ni, abang laparlah.. lama tak merasa masakan Ija,’’  lembut Zikri menutur sambil memakai baju panas memandang Ija yang sedang memungut baju kerja yang disepahkannya tadi.

Ija yang membelakangi Zikri berpaling memandang sekilas wajah suaminya itu, mengeleng kepala perlahan dan bersuara perlahan berbaur terkejut kerana tidak menyangka Zikri lapar, ’’Ija tak masak, tak tahu abang nak balik.’’

Langkahnya terhenti, dia berhajat merendam baju kerja Zikri ke dalam baldi bilik air.  Perasaannya kini agak gusar, takut dimarahi Zikri takut Zikri melenting dan keluar rumah lagi.  Dia tunduk memandang lantai dan menunggu saja apa yang akan digetuskan Zikri nanti.

’’Tak apalah, masak apa-apa saja. Abang lapar ni,’’ Zikri bersandar  di sofa, memetik tv tanpa memandang Ija yang masih kaku di situ.

''Tak ada apa-apa yang boleh di masak, cuma ada beras dan telur.’’  Ija masih tercegat di situ menunggu apa yang hendak diperkatakan Zikri.
Zikri memandang Ija. Dia nampak sebal pada wajah Ija lalu dia tidak sanggup mengherdiknya.  ’’Masak jelah nasi dengan telur tu,’’ dia berkata dalam nada yang lembut, namun dalam hati kecewa menu malam ini nasi berlauk telur sahaja!

Sudah tersedia di meja makan, nasi panas bersama telur sweet sour.  Berdua di meja makan pada malam yang dingin dan sunyi sebenarnya sangat romantis. Tapi kedua-duanya dingin membisu.  Zikri menjamah nasi berlauk telur tanpa berkata apa-apa.  Lantaran lapar apa saja yang ada di depan mata dikunyahnya saja dan hatinya terasa ingin marah, tapi bagaimana? Salah dia juga kerana tidak memberitahu Ija yang dia akan balik malam ini, tapi pada dia Ija pun bersalah kerana tidak menyimpan bekalan dalam peti ais.  Ija harus tahu bila-bila masa dia akan balik. Baik dia diam saja, kalau dia mula marah Ija akan menangis teresak-esak.  Lagi pun akhir-akhir ini dia sudah jemu melihat perempuan menangis!

Ija membancuh susu untuknya dan nescafe panas untuk Zikri.  Dia mula belajar minum susu untuk ibu-ibu mengandung. Entah kenapa mulutnya terkunci rapat untuk memberitahu Zikri tentang kehamilannya. Dia terasa payah untuk mengangkat muka memandang wajah suaminya itu. Lagi pula Zikri asyik diam sepanjang mereka di meja makan. Dia mula terasa asing dengan suaminya sendiri!

’’Kenapa tak makan?’’ Zikri memecahkan kesunyian yang sungguh lama itu.

’’Ija da makan petang tadi, sudah kenyang.’’

’’makan apa?’’

’’Roti cicah milo’’

''Malas masaklah tu.''

Ija diam. membatu menghirup susu panas memandang kosong mug yang berbunga sekuntum ros merah itu.

’’Ada lagi?’’

''Apa?''

''Roti...''

’’Sudah habis, Ija tak tahu abang nak balik,’’ Ija terasa kesal kerana tidak menyajikan masakan yang begitu sempurna untuk suaminya. Kerana dia sekarang tidak dapat memasak nasi dan lauk pauk dah, malah ke pasar buat dia loya dan muntah maka sebab itulah peti aisnya kosong dari semua bahan basah .  Sekarang Zila lah yang selalu hantar makanan yang sudah dimasak untuk dia.

Dia berharap Zikri bertanya kenapa peti air kosong dengan ikan, ayam, daging, maka bolehlah dia mulakan perihal kehamilan dia. Sehingga dia selesai mencuci pinggan, menonton tv bersama Zikri tanpa apa-apa bicara sehingga Zikri terlena di sofa. Sangatah terasa dia kini kian jauh dengan Zikri. Tiada gurau senda, tiada kemesraan, tiada... tiada.

Dia menyelimuti Zikri yang mula berdengkur halus, menutup tv dan masuk ke bilik rebahkan diri ke tilam, memeluk bantal, menahan tangis, membaca surah-surah lazim sambil mengusap lembut perutnya. Dengan menarik nafas dia mula dapat bertenang dan damai melayan perasaan sendiri dalam renungan yang panjang bersama anaknya nanti.

Sewaktu Zikri bersiap memakai baju untuk ke tempat kerja Ija sempat memberitahu Zikri yang lusa dia akan pulang ke kampung bersama Zila. Zikri menganguk tanpa menyoal apa-apa. Lagi pun hujung minggu dia ada kelas mastersnya, dan dia tidak dapat melayan kerenah kedua-dua isterinya.

Pagi itu tanpa sarapan, Zikri bergegas keluar setelah mengucup dahi Ija. Namun semua itu tidak seghairah dulu, terasa dingin dan hambar. Zikri keluar tanpa mengundang pilu di hati Ija seperti selalu.

Seperti pagi-pagi sebelum ini, apabila terbitnya mentari Ija mula terasa loya dan pening. Mualnya mula memuncak-muncak,  sebentar dia sudah berada di sinki meluahkan muntah sehingga terasa pedih dan kosong perutnya.  Zila datang menjenguk Ija sebelum ke tempat kerja, dia memicit kepala Ija sambil memujuk Ija makan sedikit bekalan yang dibawanya. Dia terlalu sayangkan sahabatnya ini, dan tidak mahu berlaku apa-apa kejadian buruk terhadap kandungan Ija.  Amir pun sudah berkali-kali menelefonnya berpesan menyuruh dia menjaga Ija baik-baik, Amir pun gusar kerana ubat tahan muntah yang dibagi kepada Ija tidak menjadi.

‘’Zila…’’ dalam lemah Ija bersuara tanpa memandang Zila yang sedang meriba dan memicit kepalanya.

‘’hmmm..’’

‘’Kenapa Ija rasa dingin saja dengan abang?’’

‘’Kerana Zikri sudah banyak lukakan hati kau.’’

‘’Tapi dia tetap suami Ija’’

‘’Suami yang tidak berperikemanusian’’

‘’Dia cuma berkahwin.. kenapa Ija rasa sedih sangat?’’ Sebal perasaan Ija, mendongak ke arah Zila. Sesungguhnya pertanyaan itu dia tidak mengharapkan jawapan.

‘’Kerana kita perempuan Ija. Dunia milik lelaki dan kita cuma menumpang... kita menangis yang bukan hak kita, kita sedih kerana kehidupan yang tidak adil untuk kita. Kita kecewa kerana keadilan yang ada tidak diendahkan untuk kita... siapa mahu peduli kalau dunia ini milik lelaki?’’

’’Tidak bolehkan kita tidak menangis dan sedih?’’

’’Tidak.’’

’’Kenapa?’’

’’kerana perasaan itu milik kita. Kekal di situ.’’

’’Bukankah baik kalau mati itu mudah.’’

’’Kalau ia mudah, aku pun ingin mati.’’

’’Dunia ini tidaklah indah kan, Zila.’’

’’Dunia ini indah, bila ramai orang baik-baik macam Ija, dahlah jangan merepek lagi.  Aku nak pergi kerja dah, jaga anak angkat aku ni baik-baik tau!’’ perut Ija digosoknya dan Ija mengangguk tersenyum manis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2009 10:30 PM | Show all posts
53# produkherba


moga rumahtangga herb n somi aman damai saja...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 08:43 AM | Show all posts
lastly, ada juga n3nya...
sedihnya...tabah betul ija...
tuan rumah kalu free hari2 letak n3 k...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 11:34 AM | Show all posts
sebaknye time pbualan ija ngn zila tu......

ana betul2 trasa ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2009 01:37 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...
teruskan tuan umah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 04:00 PM | Show all posts
x de lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 10:43 AM | Show all posts
apsal tak de lagi nih...?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 02:43 PM | Show all posts
sedih.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2009 02:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 29-7-2009 21:14

Pagi di kampung begitu dingin, kabut dari arah sungai berkepul dan embun yang luruh menambahkan lagi kedinginan pagi. Dapur Uteh Som sedikit riuh dengan gelak tawa. Zila membantu Uteh Som membakar pulut panggang sementara Amir membancuh kopi yang dibuat sendiri oleh ibunya. Dan Ija duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang di beranda dapur menunggu hidangan kerana dia tidak dibenarkan membuat apa-apa kerja.

’’Masih loya lagi?’’ Amir menghulur secangkir kopi panas sambil merenung sekilas wajah wanita yang sering bertakhta di hatinya meski ia sudah menjadi isteri orang. Wajah itu masih manis meski cengkung dan kusam, dan dia masih rindu!.  Sendirian dia menyumpah akan dirinya sendiri; 'kenapalah aku!’

’’Dah kurang, malam tadi makan ubat yang abang bagi tu.’’

’’Makan ikut aturannya tau .’’

''Baik doktor Amir,'' Ija tersenyum sambil menyambut cangkir berisi kopi panas yang dihulur Amir. Kopi panas itu mengingatkan Ija di suatu petang hujan sungguh lebat dan desah angin begitu kencang yang membuat petang itu sungguh sejuk sekali. Ija menawarkan kopi panas untuk Zikri buat hangatkan badan, namun Zikri membalas; mengucup dalam bibirnya lebih menghangatkan badan dan jiwanya dari secangkir kopi panas, sambil menarik Ija ke dalam rangkulannya. Ahh... semua itu memori kelat.

’’Petang nanti mak nak bawak Ija ke rumah Ustaz Firdaus,’’ Uteh Som menyampuk sambil menghulurkan sepinggan pulut panggang yang siap dibakar, aromanya harum membuat Ija menyedut baunya beberapa kali.

’’Nak buat apa?’’ Amir bertanya bodoh, sedang dia sudah maklum orang-orang kampungnya dan kampung-kampung sebelah selalu ke rumah ustaz pesara kerajaan yang dulunya seorang guru agama di sekolah menengah untuk berubat secara alternatif.  

Pulut panggang dikupaskan kulitnya dan dibagi kepada Ija, Ija menyambut dengan senyum dan ucapan terimakasih. Sungguh ayu dia, lorekan senyum itu menambah lekut lesung pipit di pipi kanannya. Amir terpana, dan cintanya luruh lagi! Aarrgghhh.... kenapalah aku!

”Mak nak mintak air penawar, ubatkan sikit si Ija ni supaya alahan dia taklah teruk sangat.’’

Amir sekadar menganggukkan kepala tanpa membantah apa-apa. Sebagai seorang muslim Amir turut bersetuju; memohon doa dan berubat menggunakan ayat-ayat Quran adalah penawar jiwa yang sangat baik.

’’Bila kau nak pergi mengail, Mir?’’ Zila turut bertimpuh di sebelah Ija, meletakkan sepinggan cekodok pisang bersama hidangan pulut panggang.

’’Mengail kat pasar aje..’’

’’Isk, aku dengan Ija sudah berangan nak ikut kau pergi mengail,’’ Zila sedikit kecewa. Dia memandang Ija yang mula memuncungkan bibirnya, sedikit merajuk kerana jangkaannya dapat turut mengail bersama Amir meleset.

’’Hari ni aku ada hal lah sikit, nak jumpa kawan lama baru balik dari Jepun.’’

’’Perempuan?’’

’’Lelaki.’’

’’Kau tak pernah nak tunjukkan awek kau kat kita orang’’

’’ Aku mana ada awek lah.’’

‘’Tak kan lah, doktor kacak macam kau ni tak ada awek,’’ Zila terus berceloteh walaupun kata-katanya itu mengundang rasa tidak senang di hati Amir. Uteh Som dan Ija turut tersenyum mendengar perbualan mereka.

’’Dulu-dulu adalah, tapi aku lambat...  dikebas orang dah..’’ dan dia menyambungnya perlahan seperti menguman dengan diri sendiri, ’’apa nak buat nasib badan...’’

’’kau gomel apa, Mir?’’

’’Tak ada apa... aku nak ke pasar dulu karang meleleh pulak air liur Ija kempunan ikan patin gulai tempoyak,’’ sambil menjeling Ija Amir mengalih topik perbualan yang dia sendiri tidak suka memperkatakannya. Ija senyum dan wanita itu tetap manis dengan senyuman yang bersahaja. Uteh Som mengeleng kepala sangat masak dengan perangai anak tunggalnya itu.

======================================================================

Sudah lima bulan usia kandungan Ija. Perutnya mula membesar, dan pergerakan janin di dalamnya sudah dirasakannya. Alahannya sudah tidak ada lagi, malah kini dia semakin kemaruk nak makan itu ini. Zila dan Amir melayan sahaja apa kehendak Ija. Zikri, seperti selalu kadang-kadang pulang sekejap dan seminggu dua tidak kelihatan. Alasannya isteri mudanya selalu sakit-sakit dan perlukan perhatiannya. Namun Ija sudah tidak kisah lagi. Rindu kepada Zikri sudah hilang dan cintanya kian memudar perlahan-lahan. Dia sudah tidak melayan perasaan sedih yang selalu mengopek-ngopek jantungnya.

Petang itu agak kecoh. Kebiasaan Zikri pulang sebelah malam, tapi kali ini waktu menunjukkan pukul enam dua puluh lima minit petang. Mimpi apa? Getus Ija, heran namun dia tidak terasa ingin bertanya apa-apa kepada Zikri bila melihat muka Zikri kelat sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:01 PM | Show all posts
tolonglah sambung... rasa ngigit2 kat dlm ni.  apa la nak dibuat dek mamat tu kat ija
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 04:44 PM | Show all posts
72# produkherba

tu la x sabar je kan nak tau n3 sterusnye ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 04:48 PM | Show all posts
alamak suspen nya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 05:56 PM | Show all posts
xsabaq nak tau ending.....huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2009 09:08 PM | Show all posts
’’Abang...’’ Ija beranikan diri pecahkan kesunyian

”Ada apa.’’ Acuh  tak acuh Zikri menyahut sambil membetulkan bantal dan meletakkan kepalanya di situ. Matanya mula pejam. Dia ingin melupakan pergaduhannya dengan Mila tengahari tadi.

”Boleh tak kita borak.’’

’’Boraklah.’’

Zikri masih dalam mata yang terpejam.

’’Boleh tak abang bangun bercakap-cakap dengan Ija? Janganlah asyik tidur saja bila balik ke sini.”

Zikri bingkas bangun, ’’Hah, cakaplah nak cakap apa!’’ dia duduk bersila mengadap Ija. Angin barannya terasa membangkit.

Ija diam. Dia tak tahu nak berkata apa lagi. Merah mata Zikri memandangnya. Perkataan-perkataan yang lama disimpan untuk dituturkan kepada Zikri hilang begitu saja. Sergahan Zikri mematikan akalnya.

”Kenapa diam? Tadi kata nak cakap. Hah, cakap..!”

Ija tunduk. Lidahnya kelu.

’’Diam pulak? Tadi beriya-iya nak cakap,’’ suara Zikri mengendur bila melihat Ija tunduk dan ada titisan air mata luruh dari mata isterinya yang suatu ketika amat dicintainya.

’’Abang tak nak gaduh, abang dah penat. Sana gaduh, balik sini pun gaduh. Kalau Ija nak cakap sesuatu cakaplah. Kalau tak abang nak tidur saja,’’ Zikri merebahkan kembali kepalanya di bantal namun matanya memandang Ija, memandang susuk badan isterinya yang lama tidak ditatapnya. Dia perasan sesuatu, tubuh isterinya kian berisi kini!

Henpon Ija berbunyi; Ija memandang nombor yang tertera di skrin henset, tiada nama – bermaksud dia tidak mengenali milik siapakah nombor yang tertera itu.

‘’Hello.’’

‘’Abang ada?’’

‘’Hah?’’

‘’Abang ada tak sana?”

“Abang mana?’’

”Abang zikrilah!”

”Awak siapa?”

”Jawab ajelah, ada ke tak?”

”Ada...’’

”Kenapa dia tak angkat call aku?”

”Hah.. awak siapa?”

”Isteri dia!”

Ija terdiam. Kenapa perempuan itu menelepon dia? Kenapa menyimpan nombor talipon dia? Bukankah dia sudah berpesan kepada Zikri jangan ganggu kehidupannya?

”Kenapa abang tak balik? Hari ni giliran sini!” suara perempuan itu sungguh kuat dan kedengaran sangat marah.

Ija diam. Dia sudah lupa kepada giliran, dia tidak pernah punyai giliran dan dia tidak pernah memintak hak giliran kerana setiap kali dia mendesak setiap kali itulah Zikri memohon kepadanya, fahamilah ia! Lalu gilirannya sudah tidak pernah ada. Zikri pulang semahunya, jika dia sudi. Jika tidak, Zikri tidak pulang kadang-kadang lebih dari dua minggu, alasannya isteri di sana mengandung dan lebih memerlukan penjagaannya. Lalu ija tidak berharap apa-apa lagi. Tak ada guna dia membantah cakap Zikri kerana dia tidak pernah akan menang.

’’Tanya abang sendiri,’’ Ija memandang zikri yang kelihatan ingin tahu sesuatu apa yang sudah berlaku, seperti dapat menjangka siapa yang menelepon Ija.

”Dia tak angkat talipon, dah lebih dari sepuluh kali aku call!” suara itu marah lagi kali ini lebih kuat.

Ija menghulur taliponnya kepada Zikri. Dadanya sebak. Dia keluar dari bilik menutup pintu perlahan dan berjalan menuju ke dapur. Dia tidak ingin mendengar perbualan Zikri dengan isterinya. Dadanya bengkak dan sakit lagi. Dia menggosok perutnya, menenangkan diri sendiri, sabarlah Ija. Janganlah menangis. Namun manir halus itu menitis jua!

Zikri keluar dari bilik memanggil Ija. Ija menjenguk dari arah dapur. Kelihatan Zikri sudah bersiap dengan t-shirt kuning langsat dan jeans biru tua.

’’Abang keluar dulu.’’

Ija mengangguk kepala, namun dia sempat mencelah; ’’Kenapa abang bagi nombor talipon Ija kepada dia?’’

’’Ala Ija, tak bagi pun Mila boleh aje dapatkan dari talipon abang. Janganlah terasa sangat, dia tu kan mengandung... marah-marah tu biasalah orang mengandung ni,’’ Zikri membetulkan tali pinggangnya berjalan ke pintu rumah.

Ija pun mengandung! Ija menjerit tapi suara itu tersekat di kerongkong.

Zikri menolak kembali daun pintu, masuk semula ke dalam rumah. Dia seperti terlupa sesuatu. Dia menghampiri Ija. Ija terkejut Zikri merenungnya seperti kepelikan.

‘’Kenapa?’’ tanya Ija.

’’Abang lupa nak bertanya, kenapa Ija asyik pakai baju macam orang mengandung saja?’’

Hah! Macam orang mengandung?! Bentak Ija di dalam hati.

“Kalau ya pun badan tu sudah naik, janganlah pakai baju macam tu, buruk tau...’’ Zikri gelak dan sempat menjeling sindir kepada Ija sebelum daun pintu di tutupnya.

”Abang dah buta dengan Ija, kenapa abang buta..!!’’ Ija menjerit kuat, tapi Zikri tidak mendengarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 09:55 PM | Show all posts
best2..cepat sambung...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 09:54 AM | Show all posts
ish... cik bintang sambung la.  rasanya jln cite mcm ni.  mamat tu mati eksiden sbb pening dgn kerenah bini muda.  ija kahwin dgn amir... bini muda lak sakit jiwa atau mati masa bersalin.  herb menyampah betul dgn manusia2 mcm si mamat ni dgn bini mudanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 09:55 AM | Show all posts


adusss sedih nye..
smpainye hati zikri leh nyindir ija mcm tu....
lgsg takde rasa nak amik tau perihal ija lbh lg tntg prubahan yg dia mmng prasan dah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 09:56 AM | Show all posts
eeee...
ape la bodoh sgt zikri ni...
xkn la dia xperasan langsung...
geram tul...:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.107825 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list