CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2008 08:55 AM | Show all posts
sabar..sabar fuyah.....

smiley n3 lagi ehh hari ni..lawak ahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 09:34 AM | Show all posts
joyah la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 09:36 AM | Show all posts
best...
nanti letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 10:49 AM | Show all posts
best sangat

next.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:13 AM | Show all posts
sambunglah lagi panjang2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 11:14 AM | Show all posts
sian Fuyah.... Uzir dah start nak usha2... mula2 ejek2 , perli2.... lepas tu usik2, gurau2.... lepas tu hati didalam dup-dap2.... lepas tu otak lak wat tafsiran yg itulah cinta sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2008 12:03 PM | Show all posts
Wah Jaza bab dup-dap2 ni bagi dia buat tafsiran mesti expert.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:16 PM | Show all posts

Balas #50 sang_arjuna\ catat

Natasha menjeling ke arahnya dengan bibir yang menipis. Lengan Uzir di pautnya seolah memberi isyarat " He's mine" .

Pernah jumpa ayat ni dlm kemelut.... klu salah harap maaf ek

Qimi memang minat semua cerita smiley/arjuna sejak dari TS lagi terus berkarya....
Masuk TS tgk byk cite baru...cite lama pun ada yg dah bersawang tak sbg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 12:46 PM | Show all posts

Balas #68 qimi08\ catat

betul lah Qimi..kat TS...byk cite bagus x smbg...cite yg baru baru pun best tapi x smbg gak...isk tak de sapa nak kejor tuan rumah tu ker?...aku x leh dah...masok sana pun jadi PATI jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 01:21 PM | Show all posts

Reply #69 kaypo's post

ha haha..betul3..bnyk citer2 best x bersmbg..org2 lame TS pun dah x nampak dah..temasuk aku pun yg dah jarang masuk situ..kalau nengok kat sini pun ramai ex TS..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:11 PM | Show all posts
bila nak letak n3 citer Fuyah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:24 PM | Show all posts
best citer smiley ni
dulu penah baca citer satu lagi
best ssangat
keep good work
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #70 arijah_08's post

tak ramai dah otai lama msuk kat sana kan ari....dah tak smeriah dulu lagi...lbh lagi bnyak citer2 lama tu tak bsambung dan ade dah kena blok dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 05:08 PM | Show all posts
hari ni punya n3 takde ke sang arjuna??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 06:26 PM | Show all posts

Reply #68 qimi08's post

a'ah.. ada kot ayat tu..kalau tak silap si Putri Liyana dgn aliff ...
ulang tayang lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 06:37 PM | Show all posts
Seperti dua tiga hari sebelumnya, hujan lebat turun sebaik saja tamat waktu pejabat. Ramai yang terkandas dalam trafik jam. Yang menggunakan bas dan teksi terpaksa menunggu lebih lama.  Fauziah merungut dalam hati sambil berpayung ke bus stop. Leceh betul kerja di Kuala Lumpur rupanya. Nak balik ke rumah yang cuma 5 kilometer dari pejabat pun ambil masa sejam lebih. Itu tak termasuk waktu menunggu bas. Kalau kerja selama 30 tahun sebelum pencen, 3 tahun habis di jalanraya agaknya.
  
Fauziah mengenjak ke tepi bila tiga orang lagi datang berteduh di perhentian bas yang sudah padat. Bahu kanan nya mula basah kena tempias. Dia memeluk tubuh menahan kesejukan. Janganlah aku kena selsema. Kalau MC besok, mesti kena bambu dengan boss yang banyak cekadak tu. Darahnya menyirap. Asyik cari pasal ... semua yang aku buat mesti ada salah. Kopi terlampau pahit, taip surat lambat, filing tak ikut sequence. Tapi nak suruh aku buat jugak. Itu semua bukan tugas aku, tugas secretary dia si Ain. Kenapa suruh aku..... ARGHHHH! Company trip tahun ni pun aku kena uruskan...... double ARGHHHHH!

" SPPLLLAASSSHHHH" Hujung seluar Fauziah basah dek kereta yang meredah air yang bertakung di hadapan nya. Pemandu Honda Civic itu  berhenti dan menjenguk dari tingkap.  Dia tersenyum sumbing melihat muka Fauziah yang masam macam jeruk terlebih cuka.

" Sorry... sorry, dik. Tak sengaja." Laungnya.

Fauziah menjegil biji mata penuh amarah.
" Tahi kucing!! Bodoh! Siapa suruh curi jalan laluan bas! Habis basah seluar aku" tempiknya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

" Awak.. awak...eh... YONG TAU FOOYAH! " jerit lelaki itu.  Fauziah memincing mata. Siapa pula mamat ni? Yang pasti bukan officemate aku. Bukan juga kawan university. Nama glamer aku yang satu tu cuma kawan sekolah saja yang tahu.

" Aku lah, Acap. Naik lah, aku hantar kau balik" Pemandu itu menggamit kepadanya.

What?!!! ACAP? Patutlah perangai macam jin tanah. Tapi Acap yang aku kenal dulu selekeh,comot, gelap,  rambut macam kena tsunami. Hati Fauziah berbolak balik. Nak ikut atau tidak? Betulkah ini Acap? Tapi siapa lagi yang panggil aku Yong Tau Fooyah....

" Cepatlah... kereta depan dah jalan" jerit Ashraf. Fauziah berlari anak dalam hujan yang masih belum reda.

" HAitchoooo.!" Fauziah bersin sebaik saja masuk dalam kereta berhawa dingin. Sekotak tisu di suakan padanya. Ashraf memulas tombol untuk mematikan aircond.

"Kau okay?Aku minta maaf. Silap tekan minyak tadi. Tapi tak apalah, terkena kau. Kira nasib baiklah. "

" Nasib baik kepala hotak kau! Woi... kau tu bakal adik ipar aku. Jangan nak banyak songeh. Hantar aku balik, cepat." Perintahnya.

" Kakak tinggal kat mana?" soal Ashraf dengan penuh hormat. Tak sangka gadis manis yang cuba di ngorat tadi si Fuyah. Perghhh... dah comel siyottt!

" Perli lah tu. Hee, tak kuasa. Akak tinggal di Apartment Puteri Taman Setiawangsa. Tahu tak  kat mana?"

" Mestilah tahu. Aku tinggal kat Sri Ayu. Dekat je, berjiran lah kita" balas Ashraf. Susah betul nak berprotokol dengan si Fuyah ni. Tak retilah nak berkakak kakak dengan  bekas samseng nih." Kau kerja kat mana? Dah berapa lama?"

" Di Tapis Engineering. Baru dua minggu." Jawab Fauziah pendek sambil menunjuk jari telunjuk dan jari hantunya. Sebelah lagi tangan masih menekap tisu ke hidung. Dia mengerling dengan ekor mata. Ashraf yang berkemeja kelabu cair dan berseluar slacks hitam nampak segak. Rambutnya kemas di suak ke belakang. Jauh beza dengan Acap zaman sekolah.  Patutlah dah naik taraf jadi hero kampung. Tapi masa muda pun muka Acap boleh tahan cute. Comot dan nakal dia pun, ramai pelajar perempuan yang minat. Tapi Bukan Aku.... cewahh, macam lagu Kerispatih pula.

" Tak sangka kan... dalam ramai ramai orang di KL, kita boleh jumpa. Jodoh kot, Kung Fu yah" usik Ashraf . Tawa nya meledak. Fauziah menjeling tajam.

" Selisih malaikat. Adik aku tu kau nak letak mana? Kau ni tak habis habis nak sakat aku. Bertaubat lah, dah tua dah. Kau kerja kat Petronas, kan? By the way, mak kau yang cerita kat aku, bukan aku yang tanya pasal kau. Jangan nak perasan." Dengus Fauziah seakan membaca fikiran Ashraf. Dalam hatinya dia mengagak yang Ashraf  mesti bergaji tinggi. Kereta mahal, duduk apartment mewah. Mesti jadi rebutan ramai wanita. Kat KL ni,money is everything. Macam kata Alia, kalau poket penuh muka pecah rumah pun boleh nampak macam Orlando Bloom.

" A'ah. Aku kena kerja dengan Petronas selama 5 tahun. Semua pemegang biasiswa Petronas kena sign kontrak. Kau kerja apa kat Tapis Engineering tu?" tanya Ashraf. Tapis Engineering salah satu dari pemegang lesen Petronas. Banyak juga kontrak kerja yang di berikan pada syarikat itu. Lagipun siapa tak kenal Uzir Hanafi Dato Shahrin, anak hartawan terkenal.

" Aku jaga akaun dan pentadbiran. Pengarah company tu anak kawan pakcik aku, Datuk Farid. Bapa si Farah " jelas Fauziah. Dia memandang ke luar, jalan sudah kurang sesak. Ashraf melencong masuk ke Ampang Ulu Kelang elevated highway. Dari sini cuma 10 minit untuk sampai ke rumah. Jelas Ashraf tahu selok belok jalan di KL.

" Farah yang suka tayang body? Yang syok kat aku tu? Apa khabar dia sekarang? " tanya Ashraf. Senyuman tak lekang dari bibirnya sejak Fauziah duduk di sebelah. Banyak kenangan masam masam manis terimbau semula. Dari tadi dia tak puas memandang wajah bakal kakak iparnya. Makin cantik... hidung mancung, muka bujur sireh, matanya bundar. Kenapa aku tak pernah perasan kecantikan asli milik Fuyah dulu?

" Eh... tolong sikit. Mana ada dia syok kat engkau?  Kau ni perasaan lah Cap. Sudah sudah lah... tak lama lagi kau dah nak kahwin dengan Wani. " selar Fauziah.

" Don't remind me" getus nya perlahan. Entah kenapa dia bersetuju dengan pilihan ibunya. Shazwani memang cantik, baik, lemah lembut. Tapi aku masih muda. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Tak patut betul mak aku tetapkan tempoh pertunangan cuma 6 bulan. Kalau 3 tahun 6 bulan , baru patut. Lagipun Wani tu lembik sangat. Kuat merajuk pula tu. Tak macam Fuyah. Serikandi Melayu Terakhir. Eh, ke situ pula aku. Jangan Acap.... bala nanti.

"Aku dengar abang abang kau pun ada di KL. Dia orang tinggal kat mana?"

" Ajib duduk sekali dengan aku. Dia kerja di Maxis. Abang Ayie dengan family dia tinggal di Puchong. Dia buka klinik gigi di sana. Kalau kau nak cabut gigi bolehlah  jumpa dia. Dia bagi diskaun, tapi tak pakai ubat bius... he! he!"

Fauziah malas nak menjawab. Cuma bibirnya di herotkan. Malas nak layan. Mental dan fizikalnya sudah letih.

" You marah? Alaa... I main main jer. " Ashraf memujuk. Lembut nada nya.

Heee... mamat ni.. silap orang lah. " Apasal ber "I - you" ni? Geli lah aku dengar kau  speaking spikiang dengan aku.  Acap, nanti kat traffic light, belok kiri. Aku tinggal di Block C. "

" Okay, Cik Fuyah. Dah sampai pun. " Ashraf memperlahankan keretanya. Ashraf menyelok kocek kemejanya. Kad nama di hulurkan pada Fauziah. Fauziah menyimpannya dalam beg tanpa dibaca.

" Terimakasih Acap kerana tumpangkan aku. Maaflah aku tak boleh ajak kau masuk. Undang undang tuan rumah. Lelaki tak di benarkan masuk. " Bibirnya mengorak senyuman.

" Baguslah macam tu. Nanti tak pasal pasal Pakcik Fadzil kena heart attack lagi kalau anak dia kena tangkap basah." Usik Ashraf. Rasa ralat sebab singkat sangat masa bersama teman lamanya. Banyak lagi yang nak di ceritakan. Dia juga ingin mendengar kisah Fauziah selama mereka berpisah.  Dia dah berpunya kah?

" Jaga diri kau baik baik Fuyah. Kalau ada apa apa, call aku tau. " pesan Ashraf. Fauziah mengangguk.

Ashraf menunggu hingga Fauziah masuk ke lobi. Tiba tiba dia menepuk dahi.

" Aku lupa nak tanya nombor henfon dia... alahai"
...........................................................................................

pendek jer sambungan harini sbb busy tolong buat bunga telur kawan yg nak kahwin besok ( bukan Mawi - Ekin )

[ Last edited by  sang_arjuna at 19-12-2008 06:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 06:37 PM | Show all posts
juna dgn smiley ni org yg sama ke....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 06:45 PM | Show all posts

Reply #77 nallepooh's post

a'ah... org sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 09:00 PM | Show all posts
alamak..acap tu mcm nk start masuk jarum jer..mcm dah brknn kt si fuyah ni..bahaye nih..fuyah cpt2 cari org lain..nnti klu acap jatuh ati kat dia habisla perang saudara tercetuss..(mcm kes alani ngan aliff plak..jumpe lepas beberape thn...tapi nyampah ngan aliff tu:@)

hehe..sng jer nk kenal arjuna ni...nengok avvy nye tu..dah tau dia ni smiley face.

[ Last edited by  arijah_08 at 19-12-2008 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 09:48 PM | Show all posts
wahhh.... best nyer.... mcm dh nk stat je konflik2 nie... hehehe...

xpuas la bace...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.327260 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list