CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WonBin

Bisnes Jual Masakan Panas Dan Lauk Pauk Nasi Campur

[Copy link]
Post time 3-2-2010 04:02 PM | Show all posts
lagi satu, yg paling saya suka mamak punya kos efektif...

mamak ni sewa 6k sebulan(24jam x 30hari), sebab dia sewa 24jam, dia pun bukak 24 jam, ambik pekerja 3 shift. Shift 1:- 5pm-2pm, shift 2:- 12am-9pm, shift 3:-8pm-5am-

Bila shift 1 kerja - shift 2 relax (buat personel kerja), dan shift 3 tidur atas katil

Bila shift 2 kerja - shift 3 relax (buat personel kerja), dan shift 1 tidur atas katil

Bila shift 3 kerja - shift 1 relax (buat personel kerja), dan shift 2 tidur atas katil

katil tetap juga 1.....

pastu just ambik pekerja by visa - setiap 3 bulan - tukar pekerja baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 04:08 PM | Show all posts
pasal mamak ni kan, model bisnes, model cashflow dan model human resource memang mantap walaupon agak klasik dan simple Even McD mat salleh pon mau tiru mcm mamak bukak 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 04:12 PM | Show all posts
Tadi aku lunch dgn someone. Dia cakap, rugi betul restoran ini. Restoran luas, tapi orang tak seramai mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 07:49 PM | Show all posts
hehe.. nak bagi komen sikit.
elle selalu jumpe kedai nasik beriani yang tak sedap dekat kl ni. knp ek??
maybe sebab elle org batu pahat. so, taste elle terhadap nasik beriani ni tinggi sikit.
koran ...
elle_gogo Post at 1-12-2008 20:35


ada any particular restoran beriani yg paling sedap kat BP? Nak try ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 08:59 PM | Show all posts
ada any particular restoran beriani yg paling sedap kat BP? Nak try ni...
Iwillgetulater Post at 3-2-2010 19:49


try nasi beriani power kat taman bukit pasir batu pahat..
and nasi beriani di taman soga..dua dua sama sedap...
owner nasi beriani power meniggal tahun lepas..
tak sure siapa yang mengusahakan business allahyarham skg ni..
muda lagi arwah ni... baru berusia 30 an.. meninggal kemalangan jalan raya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 09:33 PM | Show all posts
errkkk...alhamdulillah kenyang
xyah mkn mlm arini....
baca posting pasal makanan pun bleh buat aku kenyang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2010 12:37 AM | Show all posts
topik menarik....walaupun hampir nak tukar tajuk ke mamak vs. melayu....punya masakan.......

first citer pasal nasi beriyani gam...yerp Batu Pahat atau Bandar Penggaram adalah tempatnya untuk merasa Nasi Beriyani Gam ni...aku ingat dari tahun 80an dah mula popular nasi nie di Batu Pahat....sama2 popular dengan Nasi Lemak Lopiak yang dikenali ramai masa tu....

yang aku masih ingat Nasi Beriyani Gam yang menjadi faveret ialah di Benteng...jalan Batu Pahat-Muar..berdekatan dengan sungai batu pahat..tak tahu ada lagi ke tidak tempat tu....mungkin ada tempat lain lagi tapi lama dah aku tak update memori nie...walaupun pernah membesar disana...well yang boleh tahan sekarang aku rasa kat kawasan bangi ni...adalah di seksyen 15...kedai anje....dan satu kedai lagi kat dengan UNITEN..kalan  nak ke putrajaya dan hospital serdang...ada lorong sebelah kiri..terosorok sket tempatnya...dalam tu ada deretan kedai..termasuk lah satu kedai nasi beriyani gam nie.......

2nd...sepengalaman aku memang benar..melayu ramai yang buka kedai makan..tapi ramai juga yang tak boleh maintain..kerana cukup bulan hanya boleh bayar gaji pekerja dan bayar bil dan sewa kedai..gaji utk diri sendiri pun kekadang susah nak lepas....kenapa pelanggan tak ramai?? ramai pesaing? tapi kalau anggapkan semua tu okay...salah satu penyebabnya adalah kerana layanan pada customer...susah nak jumpa pelayan melayu nak pegang pen dan kertas..ambil order...lebih suka ingat cam tu..last2 salah hantar...menyusahkan jer...bila kita bising..dia buat muka...nak renovate kedai puluh ribu memang leh kita buat..tapi ada puluh ribu pun belum tentu kita boleh bentukkan manusia nie...bab sikap memang sesuatu yang kritikal dalam masyarakat melayu kita ni....well kia jer lah yang boleh mengubahnya...:re:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 02:01 AM | Show all posts
pernah buka kedai makan kat NS.  Lepas 3 tahun aku tutup.  Siang nasi  campur mlm western  dan goreng-goreng. Macam-macam problem dari tukang masak, pekerja, pelanggan, majlis bandaran dan yg paling tak  leh  tahan serangan benda-benda yg  tak nampak   dgn mata kasar.lagi satu kat Seremban ni makan luar ni selalunya pada   hujung   bulan  aje tgh bulan  selalunya  kosong, tak macam kat kl.

Tukang masak nak jaga kalau tak sikit-sikit nak berhenti . Pernah employed pembuat roti canai, budak muda, buat roti sedap mlm minggu merempit pagi isnin tak datang asyik mc aje. Tak ada roti canai pagi-pagi kedai tak berapa meriah.

Pekerja melayu nak gaji mahal tapi skop kerja nak sikit. Aku lebih suka ambil org Indonesia sebab mereka tak berapa berkira bab kerja janji gaji bayar on time.

Yang buat aku mengalah bila dikacau oleh benda-benda pelik ni. setelah puas berlawan akhirnya aku mengalah bila anak-anak mula digangu.

Nasihat aku kalau nak jadi  taukeh gerai  nasi   campur  kita mestilah tahu masak so kalau tukang masak ugut nak berhenti kita boleh  takeover sekejap. Standard  kebersihan mestilah tinggi dan pekerja kena selalu ditegur jangan  di  beri muka. Penuhkan  dada dgn ilmu dan pendiding utk serangan yg tak terlihat dek mata tak tercapai  dek  akal. kalau kedai penuh pelanggan memang  best  niaga tapi kalau tak ada sakit sebab brg makanan tak leh nak simpan lama jagi perancangan  kena hebat utk mengelakkan pembaziran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 05:08 PM | Show all posts
68# adikbun

Seram pulak baca posting nih. Tak patut sangat guna cara-cara halus begitu. Abis tu, lepas tutup bisnes makanan you bisnes apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 07:28 PM | Show all posts
susah nak cari kedai makan melayu yang ada banyak lauk...
kan bagus kalo ada kedai yang mempunyai lauk-lauk tradisi dari semua negeri
barulah best
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 07:40 PM | Show all posts
lepas business kedai makan tutup aku tumpukan kepada business supply kuih muih ke kantin pejabat dan kilang. Aku proses kulit puff mentah supply ke cafe, bakery dan  hotel sekitar ns. Walaupun aku jual pada harga murah sedikit dari kedai yg berjenama tapi org kita masih pandang pada yg ada brand. masa ini pun aku masih di gangu oleh benda  benda pelik. sebab pada bulan pertama  dan kedua tiap shif aku hantar  pasti habis masuk ke bulan kelima masalah mula dtg satu persatu. kuih yg baru di bakar pagi  tengah hari  dah basi. bukannya  semua  tapi satu  aje. bukan letak atas kaunter tapi dlm  tempat  pemanas kuih yg aku supply sendiri di setiap kantin kilang. lama kelamaan kalau aku  supply pagi 50 pcs jenguk tengah hari tak satu  pun laku.last last aku   tutup juga bila turn over tak  leh  nak  cover. masa tu memang  serik semua aku buat sendiri dari menguli sehingga menghantar. aku  berada di  kedai  seawal 4 pagi utk sampai ke  pelanggan jam 6 pagi. mula ada pekerja akibat dari benda yg sama pekerja aku  asyik bergaduh sesama   sendiri dan  ahkirnya berhenti.

pas tu aku  cuba   lagi kali ni  buka kantin pejabat pula. aku  dapat bertahan selama tiga tahun iaitu sehingga tamat tempoh kontrak. sekarangni aku  tak buat apa-apa. terasa nak buka  kedai makan   semula tapi takut bila teringat pengelaman  yang lalu. duit simpanan pun dah tinggal sikit sebab tanggung kerugian  . ketiga tiga perniagaan   yg aku   buka aku  guna  duit aku  sendiri  tak pinjam mana-mana pun.

lupa lak nak cerita kedai aku pernah  di masukki pencuri, habis tv projector speaker di curi. itu kali pertama. kali kedua aku tutup  kedai  selama  seminggu balik dari  masak utk org  kahwin kat penang dapat call drpd polis beri tahu kedai aku di pecah masuk lagi. kali ini  habis  semua alatan, mesin, mesin cuppacino, periuk  belanga dan apa saja  yg buat dari  besi hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 10:45 PM | Show all posts
lepas business kedai makan tutup aku tumpukan kepada business supply kuih muih ke kantin pejabat dan kilang. Aku proses kulit puff mentah supply ke cafe, bakery dan  hotel sekitar ns. Walaupun aku jua ...
adikbun Post at 4-2-2010 07:40 PM


bersabar bro banyak dugaan tu..aku dalam bidang yang sama..awal2 aku pernah kena la benda2 tak nampak nie...tapi aku cepat sedar dan terus aku buat apa yang patut..alhamdulilah nak masuk tahun kedua nie aku boleh bertahan dan takde dah yang nak sakat2 aku..kalau tak aku sakat dia orang balik kaw2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:46 AM | Show all posts
aku salute melayu yg niaga tanpa tongkat nie.....! mudah2an murah rezeki dari-Nya...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 11:34 AM | Show all posts
Mampukah prepare lauk lebih daripada 10 jenis sehari tidak termasuk sayur,ulam dan lima jenis pencicah (budu, tempoyak, sambal belachan, air asam, kicap cili) ? Lauk kena banyak ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 11:43 AM | Show all posts
74# cmf_WonBin rasanya mampu..setiap orang selera makan lain-lain..
contohnya kalo pergi makan ramai-ramai
tak semua orang suka pedas, gulai, kari dan sebagainya..
sebab tu perlunya lauk lebih dari 10

tak pun wat konsep macam food court..semua under one roof..
kalo dah maju nanti boleh lah bukak cawangan..
tapi yang penting kena maintain kualiti,mesra pelanggan, cepat dan sedap
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:35 PM | Show all posts
aku nak cari makanan melayu yang wat delivery ker opis. tapi lauk mesti kena sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2010 01:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by Iwillgetulater at 6-2-2010 01:12

aku baru dengar tadi orang jumpa bangkai tikus dlm lauk kari yg ditapau dari restoran mamak. Keadaan bangkai tu, daging dah hancur dan bercampur-campur dgn daging ayam.

Dorang jumpa selepas puas menikmati lauk kari tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:44 AM | Show all posts
yuksss...betul ke nih??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:04 PM | Show all posts
ada satu gerai bawah payung baru bukak kat kilang2 tmn bukit serdang..byk nya lauk2 dia..terlior haku..aku beli 2 jenis masakan sotong bungkus(banyak lauk tu lebih kurang setengah mangkuk percuma daia ) ngan 2air oren bungkus ..semuanya rm4.50?..terkajut tau dgr harga..murah lak aii.....mungkin sebab niaga bawah pokok kut..mpsj ..tolong jgn kacau ya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:47 AM | Show all posts
pernah buka kedai makan kat NS.  Lepas 3 tahun aku tutup.  Siang nasi  campur mlm western  dan goreng-goreng. Macam-macam problem dari tukang masak, pekerja, pelanggan, majlis bandaran dan yg paling t ...
adikbun Post at 4-2-2010 02:01


ini bukan pertama kali dengar kisah mcm ni berkaitan dengan business masakan.
terlalu byk org yang mengamalkan benda2 syirik ni.
semua ni dugaan buat u and isteri.
ape pun i harap u tabah dlm menghadapi ujian ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055847 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list