|
Reply #58 rzman_07's post
Double posting lah pulak....
[ Last edited by AnisSuraya at 3-7-2008 03:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
to Anis, takziah atas kehilangan bonda tersayang...
Kadang-kadang Allah bagi tanda pada arwah dan waris Allah melalui pelbagai cara. Sama ada kita sedar atau tak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AnisSuraya at 2-7-2008 01:06 PM
Anis baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada 12 June 2008 yang lalu...Apabila baca kisah2 di sini..airmata ni terus bergenang ( sambil tulis ni airmata mengalir keluar, sebak).
Anis mula p ...
sedihnya citer anis ni.. tp betul2 buat cosmo insaf betapa besarnya jasa dan kasih sayang seorang ibu pada kita. ibu cosmo masih ada lagi tp ye lah kan... kdg2 suka gak melawan ckp dia. iskh...iskh... insaf terus. balik ni nak mintak ampun la. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat kengkawan yg telah kehilangan yg tersayang..alfatihah.
bergenang air mata baca cite anis..semoga roh bonda anis
ditempatkan bersama orang yg beriman..
tingat mak kat kg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 lyza2474's post
Masa ayah anis meninggal dunia 8 tahun yang lepas...tanda-tanda 40 hari sebelum dia meninggal dunia tu memang nampak jelas......Ayah anis tak ada sakit...dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan sihat walafiat.Pada hari raya pertama, aruah ayah anis smart berpakaian baju melayu siap bersamping..sampai abang anis siap melawak...wah, ayah, hensemnya macam nak pi nikah...ayah selamba jawab....lepas ni tak merasa nak melawa mcm ni.Selang 2 minggu raya, dia suruh anak2 dia semua balik kg..ajak pi pejabat tanah...tukar nama semua geran2 tanah dari nama dia kepada nama anak2 dia...kitaorang lambat jer, dia marah2....siap cakap...korang ni, ayah dah x ada masa banyak ni......Seminggu lepas tu, tiba-tiba ayah membuang kitaorang....mcm nak bercerai kasih...dia mcm sengaja jauhkan diri dari mak dan anak2....
Jumaat sehari sebelum ayah meninggal, mak telefon anis...kalau anis nak balik kg..baliklah...ayah mcm sedih...jadi sabtu lepas habis kerja...anis pun balik kg..begitu jugak adik beradik yg lain...ayah dalam bilik dia jer...tak mahu bercakap....bila kitaorang mai jumpa dia...dia belakangkan kami.....kemudian kami salam sambil mintak maaf zahir batin (masa tu masih dalam syawal lagi)....ayah mendiamkan diri sahaja...Malamnya.....ayah tiba-tiba nazak...hujan turun selebat2nya dan selepas itu....ayah sudah tiada lagi...Macam gelap gelita dibuatnya masa tu....
Esoknya...aruah mak bercerita kepada anis...patutlah ayah anis tak bagi betulkan zink atas tu dulu...dia cakap...lusa (3 hari sebelum ayah meninggal dunia) kat rumah ni ramai orang, kalau dah bukak zink tu nanti, tak sempat nak siap...
Terima kasih kepada yang mendoakan aruah bonda anis.....dan buat yang masih mempunyai ibu bapa...berbaktilah kepada deme selagi hayat deme masih ada...sekurang2nya apabila deme sudah tiada lagi nanti...tidaklah ada rasa penyesalan di hati......Kadang kala tu anis tersasul jugak....telefon kampung....tanya bonda mana kepada my sister....Sekarang hati anis menjadi terlalu sensitif, mudah mengalirkan airmata....mungkin terlalu rindukan pada bonda... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau la kebetulan ke tidak, dah banyak kali aku perasan jadi kat sedara mara aku n arwah abah aku sendiri. Bila org nak meninggal, a day or two before, wajah diaorg jadi lain, macam dah sihat. Mcm arwah abah aku, mak aku kata muka dia berseri-seri , merah berbeza dengan hari pertama dia masuk hospital, siap mak aku kemas2 baju abah aku kata tak lama lagi boleh balik rumahlah macam dah sihat. Abah aku senyum je. memang dia balik rumah esok tu,tapi as arwah.
Arwah nenak sedara aku pulak, sblm dia meninggal, dia sakit, tak nak makan, jalan pun tak boleh. seminggu sebelum meninggal, dia suruh anak bongsu dia masakkan lunch, berselera dia makan. Siap dia boleh jalan2 sekitar rumah. tak lama lps tu dia meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih bila baca posting kat sini..sebab aku pun ade pengalaman kehilangan ibu tercinta..
tahun 2003...sedih tak hilang sampai sekarang..suka duka hidp bersama takkan dapat dilupakan sampai mati..biarlah ianya terbuku dalam hati..
semoga arwah ibu berbahagia di sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 naQi-tiRa's post
Bila baca ni, haku rasa baiklah kalu ada sesapa yg sedang sakit teringin nak makan or minum apa2 bagi jelah. Penuhi hajat mereka. Bukan banyak pun kan. Sekadar rasa kat tekak. Nanti jadi cam ni, nyesal. |
|
|
|
|
|
|
|
sedeynyerrr |
|
|
|
|
|
|
|
xpenah lg aku berpengalaman org tersyg meninggal dpn mata
tp sebaiknya kita bersedialah meghadapi ajal dari sekarang...jgn lah tunggu tanda2 baru nak buat amal |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arjunadewa at 22-6-2008 06:32 PM
Baru beberapa minggu lepas nenek kesayangan aku meninggal...nak jugak share cerita tapi masih bersedih...tunggu la sehari dua lagi....:cry:
Salam...
Mmmm selepas hampir 2 bulan barulah ada kekuatan untuk aku berkongsi cerita pemergian arwah nenek ku ke rahmatullah.
Aku mulakan kisah dengan memperkenalkan watak. (Lokasi kisah ini adalah di Tawau, Sabah)
Ku mulakan dengan nenek. Nenek yg ingin ku ceritakan di sini adalh nenek sebelah ibuku. Nenek sebelum ini ada mengidap masalah darah tinggi sejak bertahun-tahun lalu tapi bukanlah pada tahap kritikal. Penyakit nenek adalah dalam keadaan terkawal ditambah dengan pemeriksaan hospital yang dia tak pernah miss. Namun nenek ada beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ni bagi pemeriksaan lanjutan.
Aku. Cucu kesayangan nenek. Aku membesar dibawah jagaan nenek, semasa kecil neneklah yg banyak membesarkan aku, aku tidur bersama nenek, makan bersama nenek dan aktiviti harianku memang bersama nenek. Ayahku sudah tiada sejak aku kecil lagi manakala ibu lebih banyak meluangkan masa dengan perniagaan jahitan menjadikan aku teramat rapat dengan nenek dan juga atukku. Hubunganku dengan nenek mula berjauhan ketika aku menuntut di UiTM dan seterusnya aku memperoleh pekerjaan di Semenanjung ni.
19.05.2008 :
Petang. Ibu menelefonku menyatakan nenek dimasukkan ke hospital. Aku masih tidak merasa apa2 kerana kusangkakan sakit nenek biasa2 shj spt seblum ini.
Mlm. Terima sms ibu yg menyatakan keadaan nenek di hospital agak teruk dan anak2nya (4 orang) yang bekerja di daerah2 lain di Sabah ni sudah pulang.
20.05.2008 :
Pagi. Terima sms dari ibu : 'Baliklah jumpa nenek scepat mungkin'. Aku dah jadi tak tentu hala dah. Kerja pulak bertimbun. Ah...persetankan. Aku mesti balik.
21.05.2008 :
Aku booking tiket AirAsia. Tiket terawal yg mampu kuperolehi adalah pada 23.05.2008. Mujur dapat juga tiket tu memandangkan pada masa tu cuti sekolah nak bermula.
2 hari sementara menunggu tarikh pulang tu memang fikiranku berkecamuk. Sekejap2 aku call ibuku bertanya keadaan nenek, sekejap2 aku call tanya. Nenek pulak mengikut kata ibu kadang2 stabil, kadang2 kritikal. Dua hari itu doaku cuma satu: 'Walau apa pun terjadi, Kau izinkan lah aku menatap wajah nenekku ketika dia masih bernyawa'.
22.05.2008 :
Ibu memaklumkan nenek dipindahkan wad kerana keadaannya makin teruk. Nenek sudah tak mampu membuka mata. Hanya tangan yang mampu digerakkan. 'Ya Allah, Kau berikanlah aku sedikit lagi masa untuk kubertemu nenekku dalam keadaannya masih bernafas Ya Allah'....
23.05.2008 :
Pagi. Aku mengambil bas ekspress pertama dari Jerantut ni untuk ke KL Sentral. Tghari baru sampai KL Sentral. Makan2 dulu, solat, buat apa2 yg patut sbb flight aku lambat lagi. 6.30 ptg. Pukul 3.00 ptg baru aku ambik bas utk ke LCCT. Pukul 5.30 ptg aku check-in, tepat 6.30 ptg flight berlepas ke Tawau.
9.00 mlm. Aku jejakkan kaki ke Tawau. Tunggu dlm setengah jam barulah bapa saudara dan atukku tiba untuk mengambilku. Wajah2 sugul terpapar di wajah mereka dan aku terus dibawa ke hospital dimana nenek berada.
10.00 mlm. Tiba di hospital. Berdebar2 rasa nak membuka pintu wad. Dari jauh kulihat ibu berada di sisi nenek. Kusalam ibuku dan kuambil tangan nenek, kucium dan kupegang. Mengikut kata ibu, nenek sudah tidak membuka mata sejak dipindahkan wad. Sambil membisikkan ke telinga nenek memberitahu yang aku pulang untuk melihatnya, aku tak mampu menahan tangisan. Syahdu pada ketika itu bertambah apabila ahli keluarga yang masuk juga menangis menyaksikan keadaanku. Aku dimaklumkan keadaan nenek adalah dalam situasi antara sedar dan tidak sedar. Namun aku bersyukur sebab ketika aku membisikkan ke telinganya bahawa aku pulang menjenguknya, jelas nenek menganggukkan sedikit kepalanya. Itu cukup bagiku....
12.00 tghmalam. Ibu menyuruhku balik dan tidur di rumah. Berat rasa hati nak meninggalkan nenek tapi tubuhku juga tidak mampu menahan kepenatan seharian dalam perjalanan. Ku bisikkan ke telinga nenek bahawa aku mahu pulang dan kugenggam erat jari jemarinya. Nenek mengangguk lagi namun dapat kurasa nenek menggenggam jariku dengan agak kuat seolah enggan melepaskan ku pulang. Aku pulang ke rumah dan sebelum melelapkan mata aku menyatakan rasa syukur kerana Allah memakbulkan doaku untuk bertemu nenek dalam keadaannya masih bernafas.
24.05.2008 :
Awal pagi lagi aku ke hospital. Nenek masih tiada perubahan. Doktor yg menjaga nenek kemudiannya memanggil kami untuk berbincang. Doktor memaklumkan bahawa mereka sudah tidak mampu untuk berbuat apa2 kena nenek tidak menunjukkan apa2 perubahan malah tubuhnya juga sudah menolak ubat yang dimasukkan melalui tiub. Keputusan diambil untuk membawa pulang sahaja nenek ke rumah. Jauh disudut hati kecilku menyatakan bahawa nenek sudah tiba di akhir hayatnya. Sepanjang perjalanan ke rumah aku memangku nenek. Sambil tanpa henti mengucapkan 2 kalimah syahadah di telinganya, air mataku turut mengalir laju. Malam itu nenek tidur kembali di rumah setelah beberapa hari di wad....
25.05.2008 :
Pagi. Ada sedikit perubahan pada nenek. Jika sebelum ini nenek hanya mampu menggerakkan tangan, pagi ini nampak nenek sudah mampu menggerakkan sedikit kakinya. Namun mata nenek masih terutup seperti hari-hari sebelumnya.
Petang. Aku menghantar adikku ke airport kerana keesokan paginya dia akan menghadiri temuduga akauntan di Kota Kinabalu. Berkeras sebelum itu dia enggan pergi kerana mahu berada di sisi nenek tapi atas desakan ahli keluarga dia mengalah juga. Sesampainya di airport kami terus ke pusat jualan tiket. Mengejutkan, tiket untuk ke Kota Kinabalu untuk hari itu, esok dan lusa dah penuh baik MAS mahupun AirAsia! Tak pernah sebelum ni aku alami perkara sebegini. Duduk seketika di airport sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Lebih kurang 4 ptg dalam perjalanan pulang ke rumah. Telefon bimbit berbunyi dan kedengaran suara ibu berkata perlahan : "Nenek dah tiada...."
Sesampainya dirumah setengah jam kemudian kenderaan saudara mara sudah memenuhi perkarangan rumah. Adik berkejar masuk dan aku melangkah longlai ke sisi jenazah nenek.....
Mungkin ketiadaan penerbangan untuk adikku itu satu petanda nenek mahu kami semua ada di rumah di saat2 akhirnya.
Pemergian nenek ketika aku dan adikku (2 cucu terapat dengannya) tiada di sisinya (kami berada di airport ketika itu) menyedihkanku. Mungkin nenek tidak mahu kami berdua berada di rumah bersedih ketika melihat nyawanya diambil....
Oleh kerana hari sudah lewat, kami mengambil keputusan mengebumikan nenek keesokan pagi.
26.05.2008 :
Segala2nya berjalan amat lancar. Tidak putus2 saudara mara mengunjungi jenazah. Tidak menghairankan kerana semasa hayatnya nenek seorang yang amat rapat dengan saudara mara. Jika ada kenduri kendara, neneklah orang terawal yang tiba untuk membantu. Pemergiannya memang dirasai semua...
Tengahari. Jenazah nenek selamat dikebumikan. Berat rasa hati meninggalkan kubur nenek. Ketika ahli keluarga lain beransur pulang dari tanah perkuburan aku masih duduk berseorangan di kubur nenek. Ku mohon kemaafan di atas semua perbuatanku. Kumohon dihalalkan segala makan dan minumku. Kudoakan nenek diampunkan segala dosanya. Kudoakan nenek ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Al-Fatihah.
-------------------------------------------------------------
Selepas pemergian nenek, ibu ada bercerita yang nenek ada meminta ibu menjahitkan baju kurung baru untuk dipakai pada 25.05.2008 (hari nenek meninggal) kerana pada tarikh itu ada ahli keluarga kami mengadakan majlis perkahwinan. Ibu tidaklah memperdulikan sangat permintaan nenek kerana di almari nenek masih banyak lagi baju kurung baru yang belum dipakainya. Mungkinkah 'baju kurung baru' yang dimaksudkan nenek itu adalah kain putih yang dipakaikan kepadanya dihari kematiannya....?
Nenek juga ada berpesan kepada ibu (sebelum dihantar ke hospital) sekiranya apa2 berlaku biarlah dia berada dirumah. Seolah menyatakan biarlah dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Alhamdulillah, hajatnya tercapai....
Dan ibu ada memberitahu, semasa nenek di hospital ketika mata nenek masih celik nenek cukup berselera memakan buah epal yang diberikan hospital malah meminta ibu membelikan pula buah tersebut dari luar. Mungkin benarlah kata sesetangah orang yg menyatakan orang yg akan meninggal dunia cukup berselera memakan buah2an agar mudah jenazahnya dibersihkan kemudian.
Pegangan tangan nenek yang erat terhadapku semasa di hospital masih kuingati. Mungkin itu juga satu petanda nenek mahu aku berada disisinya kerana masa untuk kami bersama sudah semakin singkat....
Dan satu lagi yang aku ingat ketika aku pulang bercuti hari raya pada tahun lepas ketika di airport untuk kembali semula ke semenanjung, semasa bersalam dengan nenek dia berkata 'Kau ni kerja jauh sangat...esok-esok nenek meninggal ntah sempat ntah tidak kau tengok nenek...' Isk isk isk.....alhamdulillah, aku sempat nek.....
Untuk nenek yang kusayangi, ampunkan segala kesalahan dan juga kenakalanku semasa kau membesarkanku. Kenangan bersamamu segar dalam kotak fikiran. Satu2nya nenekku yang telah pergi mengadap Ilahi....Al-Fatihah untukmu....
[ Last edited by arjunadewa at 9-7-2008 10:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang walaupun mcm2 petanda org terdekat kita bagi di saat2 akhir..........kekadang memang kita tak pernah perasan atau sukar nak memahaminya. Mcm mak teman dulu bergitulah ceritanya yang peliknya tiap kali dia melakukan sesuatu mesti teman tanya tapi tak banyak teman pkkan.
Masa tu teman duduk rumah mak teman masa mengandung laki teman kerja luar.......memang pelik sikit perangai mak teman ni, selalu bercerita pasal abg teman yang dari kecik lagi dah meninggal, mak teman cerita pasal duit bank dia tak tahu nak bagi siapa simpan lastnya dia suruh taman simpankan nanti, mak teman teringin nak pi haji ,(hajat pi haji telah teman laksanakan dengan upah haji) masa tu mak teman tak sakit lagi.
Bila ada org bangali jual tikar dia beli, teman tanya nak buat aper?? dia kata senang kalau org nak datang nanti, dia beli cadar sekali utk adik teman, teman kata nak buat aper?? dia kata senang dah beli siap2 utk adik teman kahwin nanti.
Mak teman pun ada beritahu duit dia ada dekat bawah tilam tu pakailah kalau nak buat apa2 nanti, barang2 kemas ada kat alamari tu, tu kain kat dalam almari bagilah sorang satu kat kakak dan abg2 teman.
cuba kauorg bayangkan teman cuma angguk jer yang tahu, tak tahu naper tak ada terpk pun benda lain. Tapi disaat tu mak teman amat rapat dengan teman tak tahu naper tiba2 kami rapat. mak teman nak pi rumah abg teman yang jauh pun dia risau kan teman, mak teman melancung sakan pergi semua rumah adik beradik dan saudara mara , ketika tu hari raya. sebelum ni mak teman tak ler berbuat demikian.
Disaat2 akhir tak sangka teman bergitu rapat dengannya dan ke betulan juga laki teman kerja kat luar, banyak teman meluangkan masa bersama.
kalau nak cerita memang panjang kesnya dia sakit sebab makan durian banyak sangat, sebelum ni jaga sangat makan tapi la ni sebakul durian dia beli. org tak nak beli dia merajuk last dapat sebakul buah durian. teman kata jangan makan banyak tapi dia kata nak makan puas2 curi2 makan lagi, kata buat tempoyak.
sejak kes itulah dia sakit dan terus pergi tak kembali......semoga damainya roh mu di sana ibu ku
kesimpulan apa yang teman nak kata, kita tak akan faham walaupun apa2 klu yang diaorg bagi walaupon jelas dan nyata tapi itulah hakikat sebenarnya.
kalau teman faham ketika tu maksud yang tersurat kauorg boleh bayangkan aper akan jadi dengan teman? mesti hari2 teman nagis
[ Last edited by mata_bulat at 9-7-2008 07:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AnisSuraya at 2-7-2008 13:06
Anis baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada 12 June 2008 yang lalu...Apabila baca kisah2 di sini..airmata ni terus bergenang ( sambil tulis ni airmata mengalir keluar, sebak).
Anis mula p ...
bila baca kisah anis ni saya sedih sgt...sbb saya pun baru kehilangan ayahanda tercinta pd 29 June 2008..kehilangan yg x mungkin dapat dilupakan hingga ke akhir hayat..kesedihan masih mengcengkan dalam diri saya...rasa mcm x percaya pun ada..arwah ayah dimasukkan ke hospital sbb menjalani radioterapi lps pembedahan kanser kulit di kepala..lps beberapa hari arwah ayah dapat semput pulak sbb x tahan dengan rawatan tu...arwah ayah mula muntah2 badan pun lemah...selang beberapa hari pas tu doktor dapati kuman2 tu dah merebak satu badan hingga paru2 arwah ayah rosak...doktor sahkan arwah ayah boleh hidup dalam jangka masa setahun jer..masa tu kami adik beradik mcm nk tercabut jantung...sekelip mata semuanya berubah...perubahan arwah ayah makin ketara dari hari ke hari....
semasa di HKL ibu yang jaga ayah...anak2 x berkesempatan sbb masing2 bekerja..cuma menjenguk dalam sejam dua tiap2 hari...hanya hujung minggu bergilir2 jaga arwah ayah..ibu selalu cerita yg arwah ayah selalu cakap benda2 yang bukan2...antaranya arwah minta buangkan kayu2 di celah2 jarinya..arwah nenek (mak arwah) datang menziarah la...pas tu katanya lagi ada orang datang menziarah seramai satu bas..kebetulan satu malam tu ibu saya ternampak seorang lelaki berkopiah...ibu saya ingatkan tu arwah ayah..bila tgk betul2 arwah masa tu tengah tidur..x spai seminggu duk kat HKL arwah bising2 nak balik umah...agaknya bosan duk kat hospital lama2...ari tu juga abg saya bw balik umah sy di Putrajaya..umah sy tingkat tujuh...arwah cakap ngan abg x boleh ke bawa keter naik spai atas....maybe sbb arwah semput so x larat nak jalan..masa dalam lif ayah terjelepok jatuh sbb semput teruk sgt...bawa masuk dlm umah xpai dua jam call ambulans antar hospital putrajaya pulak...bila antar hospital masuk oksigen arwah ok..boleh berborak mcm biasa...mlm tu ibu ngan adik perempuan jaga sbb ibu bimbang nk jaga arwah sorang2 dengan keadaan arwah yg mcm tu...mlm ke dua n ketiga saya jaga ngan ibu...sepanjang saya jaga selama dua malam tu arwah dah x kisah bila saya cuci badan arwah, ganti pampers dia, cuci najis arwah...sblm tu sy tanya pd arwah "ayah x kisah ke anak perempuan ayah ni ganti pampers, cuci badan n cuci najis??arwah cuma jawab "takper"...itu je la...masa tu sy mmg x sedap hati...mmg dah rasa yg ayah takkan hidup lama lagi...slps enam malam di hospital putrajaya doktor benarkan ayah pulang...maybe doktor tu dah tau dah x boleh nk buat apa2 lg pd arwah ayah...bila doktor bg balik je arwah cepat2 turun dr katil x sabar2 nak balik umah...kebetulan dah janji dengan suami sy nak jemput tp lps kuar keje kul 5..masa tu baru kul 4...dia asyik tanya je suami sy dah spai ke belum...masa tu arwah da ready atas wheel chair...klu x silap 25hb Jun 2008 arwah kuar wad...bw balik umah arwah nampak sihat sgt..boleh berbual mcm biasa cuma dalam keadaan baring la sbb arwah semput...tiga malam sblm arwah pergi arwah dah xnak pakai oksigen...arwah kata rimas...cuma pakai sekejap2 jer...cuma ibu ada bgtau arwah ada pesan jgn sia2kan anak2...klu buat kenduri kawin anak2 yg perempuan atau lelaki tu buat sama mcm anak2 yg lain..pas tu anak2 jgn dipukul2....masa ibu citer tu sy mmg dah mengalirkan air mata...sy dh dapat rasa waktu tu mmg da dekat...
masa malam terakhir tu rumah saya ramai sgt sbb org datang menziari arwah kan...pas tu arwah ayah ckp kat sy suruh dia org sumer tu balik pas tu tutup lampu ayah nak tidur, katanya...sy pun tutup je la lampu bilik di mana arwah tidur...arwah kata badan dia panas...sy pun kipas la....kejap arwah tidur n kejap lg nk duduk...mlm tu arwah nampak mcm x selesa sgt..yg saya perasan perubahan arwah ayah cuma pandangan mata arwah...pandangan mata arwah nampak mcm jauh sgt...dah x bersinar mcm selalu...pas tu arwah ayah nak makan nasi...selalunya arwah makan bubur kosong je sbb x boleh makan makanan yg ada perisa...ibu pun bg arwah ayah makan nasi lauk ikan tenggiri...kebetulan masa tu sy berkemas kat dapur after dia org sumer tu balik...arwah tanya pd ibu sy g mana...ibu pun bgtau yg sy berkemas kt dapur...mlm tu sy langsung x rasa mengantuk...dah pukul 1 masa tu...lebih kurang kul 1.15 pagi arwah ayah minta air oren pd adik perempuan sy..mula2 adik x bg sbb doktor dah pesan jgn bg air oren sbb arwah ayah ni semput...arwah nak juga....adik pun bg la sikit...selang 15 minit pas tu arwah minta air oren lg...habis la setengah gelas...pas tu ibu baringkan arwah...masa tu la ibu perasan arwah dah lain sgt...ibu panggil sy...sy apa lagi berlari la masuk tgk arwah ayah...saya, ibu ngan adik pangku arwah n ucapkan kalimah syahadah sekali urut mata ke bawah arwah dah pergi buat selama-lamanya...arwah pergi dengan tenang...seperti org sedang nyenyak tidur...air muka jernih jerk...yg saya x boleh lupa sbb saya lihat sendiri bagaimana arwah menarik nafas yg terakhir...masa tu sy dapat rasakan arwah masih bernafas lagi...rasa mcm x percaya je yg org yg sy sayang telah pergi buat selama-lamanya...bila ingat kembali waktu arwah sihat, g mana2 pun bersama arwah mcm digigit2 je tangkai hati ni...yer la, org yg kita syg takkan ada disisi kita lg buat selama-lamanya....
[ Last edited by ellisya at 11-7-2008 09:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
semoga roh allahyarham ayahanda tercinta dicucuri rahmat...
anakanda doakan semoga ayahanda ditempatkan bersama2 org yg mulia disisi Allah...
AMIN...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk citer jgk pngalaman sdih..dlm mase sthun aku khilangn wan,maklang n atok..selang 3 bulan je..ni adik n mak&abah blah mak aku...ni citer thn lps..famli aku pling close ngan smue aruah ni..setiap sorang punye citer b4 meninggal..al-fatiha tuk ke3-3 aruah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|