CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

ESTET ~ mulai 4 NOVEMBER 2010

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2008 01:27 AM | Show all posts

on location pt.2 [youtube]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2008 09:35 PM | Show all posts

David tak sangka jadi pelakon setelah 40 tahun!

ref: mstaronline

09-06-2008 11:29:56 AM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB  
DUNIA lakonan memang begitu asing dengan vokalis utama Alleycats, David Arumugam. Hampir 40 tahun bergelumang dalam dunia seni, hanya bidang nyanyian yang menjadi darah dagingnya. Tidak pernah terlintas pun di fikirannya yang suatu hari nanti, dia juga akan terjun ke cabang lakonan.
Bagaimanapun, kalau sudah namanya rezeki, siapa pun tidak boleh menahannya. Sembang-sembang kosong dengan pengarah terkenal, Mamat Khalid akhirnya menarik David untuk mengembangkan lagi bakat seninya.
Ketika ditanya bagaimana hatinya boleh terbuka untuk berlakon dalam filem terbaru Mamat Khalid itu, David mengakui pada mulanya dia mahu menolak kerana tidak ada pengalaman langsung dalam dunia lakonan.
揔etika Mamat menawarkan watak sebagai tauke kedai dalam filem Estet, saya berkata: Sumpah, saya tak pernah berlakon!
揃agaimanapun, Mamat berkata, berlakon tidak susah dan dia akan membimbing saya, lalu saya pun cuba memberanikan diri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 10:30 PM | Show all posts

latest on location pics!

'cliffhanger' ESTET



more?.. click here >> http://tempurungpecah.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2008 11:05 PM | Show all posts

gambar2 di lokasi terbaru!





p/s: byk lagik coming soon ditepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2008 11:28 PM | Show all posts

TEASER

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 06:22 PM | Show all posts

Soffi Jikan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2008 06:22 PM | Show all posts

Farid Kamil

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 10:55 AM | Show all posts

blakang tabir utube by Indra Che Muda (DOP)





Lanzcgi


[ Last edited by  ajami at 31-7-2008 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2008 10:57 AM | Show all posts

terkini: Mamat Khalid @ Planet Hollywood 27 Julai 08

eklusip tau!   



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 10:59 AM | Show all posts

Mamat cakap psl Estet pt1..

http://tempurungpecah.blogspot.com/2008/07/tempurung-pecah-blog-estet.html

peristiwa 'ESTET' part 1

kenapa estet? ramai yg tanya kat aku dalam banyak-banyak mikronisma kejadian alam mengapa aku memilih kejadian di estet? estet getah pulak tu. terlalu rural i suppose maksud mereka tu. kenapa tak buat filem lebih urbane sifatnya? lebih dekat di hati audience pojoknya. lebih menguntungkan pasarannya.

ya. aku juga ingin bikin filim jangan pandang dugong drift yang sepi itu tetapi suara-suara dalam hati ini selalu membisik supaya mengukur baju yang tergantung di bahu aku ini. memilih corak batik yang aku pakai seharian. supaya sifat roh karya aku itu akan aku pamerkan penuh hiburan yang aku sangat mengenalinya.

mula-mula framing estet ini melekat di kepala aku adalah ketika penggambaran filem 'Man Laksa'. in fact idea untuk filem zombi pun muncul di dalam filem itu juga! aku masih ingat lagi jam 4 pagi para ekstra datang untuk penggambaran dan mereka muncul menaiki kereta lusuh tiada berlampu di celah-celah kabus pagi! dengan perwatakan mereka yang seperti manusia separa sedar itu mengunci sebuah framing yang amat berharga. ibarat zombi laku mereka datang ke set berkain pelikat!........dan mereka jugalah yang menjadi zombi di dalam filem ZKP itu.

ketika Sathiya bersama pengikutnya bersiap untuk berbasikal di dalam satu scene dalam 'Man Laksa', ramai yang ketawa kerana keunikan mereka di dalam visual filem itu. keunikan yang sangat ordinary tetapi tidak pernah di explore dengan lebih serius oleh filem arus perdana. aku kenal dengan imejan itu tetapi aku sendiri tidak pernah terfikir untuk mengikutinya. dan imejan itu berterusan melekat di kepala ku ketika itu.

cut! dan fast forward scene di mana aku selesai penggambaran 'Kala Malam Bulan Mengambang'. apakah filem aku seterusnya? berbagai angan-angan aku layan. 'Zombi Kilang Biskut'? 'Rock 2'? 'Ngah Zain'? 'Gangga Negara'? banyak lagi yang hendak aku sudahkan ni! bagaimana dengan filem 'Tiga Pintu' collaboration antara aku, Adflin dan Aziz M Osman itu? best tu! satu filem tiga cerita dari tiga pengarah. dua gemuk satu kurus. harga tiket satu.

dan ketika itu jugalah Jib executive producer aku muncul untuk menerajui company aku. dah tiba masanya untuk aku mengeluarkan filem sendiri. Finas sedia membantu. Adflin telah menyiapkan Los & Faun nya menggunakan skim tersebut. giliran aku pula gamaknya. setelah bermesyuarat ajk tingkap di restoran pelita ss2, keputusan telah tercapai untuk menyiapkan dokumentasi bagi permohonan pinjaman dari Finas.

semuanya berjalan lancar. aku memilih skrip 'Estet' kali ini. kerana ianya banyak memberi rangsangan terhadap keakraban sesama manusia. Mungkin panel Finas akan terpikat dengan tone filem ini bisik hati ku. and they bought it! Finas meluluskan permohonan aku! indah alam dalam renungan aku ketika itu! muda mudi berpasangan!

mereka faham akan sajian filem ini aku fikir. semuanya berpusing ke arah keakaraban. antara sahabat, kekasih, keluarga dan david arumugam! seorang lagenda akan muncul di dalam filem aku!

tetapi semuanya terlalu indah jalanannya. tak mungkin sebegitu sempurna aku rasa. aku menanti galangan pertama. dan ia tentu muncul tanpa di undang. menjadi sutradara adalah perjalanan hidup aku. filem adalah makanan aku. tetapi mengepalai sebuah syarikat penerbitan bukan forte aku. nada dan rhythmnya terlalu pantas dendangannya. aku debu! semuanya memerlukan financing yang tinggi. memerlukan daya lawan berbekalkan status kewangan yang mutlak.

aku mula belajar secara cram course mengenai ekonomi penerbitan. ibarat membaca manual washing machine sahaja prosidurnya. semua itu mudah. yang periknya adalah sumber kewangan untuk memulakannya. jika Finas sedia meminjamkan kewangan untuk penggambaran, pihak penerbit semestinya mempunyai cukup simpanan untuk memulakannya. fair enough i guess. tetapi di mana aku mau mencari rm300k?
Posted by mamat khalid at 5:49 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 10:42 PM | Show all posts

peristiwa estet pt.2

http://tempurungpecah.blogspot.com/2008/07/peristiwa-estet-part-2.html

ok. fine. rm300k...duit dlm poket ada rm16. hmmmph....dalam accnt bank company kalau tak silap aku ada rm764.46. masa untuk menambahkan akaun ke tahap yg lebih memberangsangkan. aku ada sedikit simpanan peribadi tetapi bagaimana ya? jumlah yang diperlukan way too high melepasi pendapatan.....

aku mula membuka buku hutang aku. aku semak sehelai demi sehelai mukasurat yang bertulisan merah itu...siapakah yang masih meminjam wang aku yang perlu mereka tebus kembali? selak punya selak baru aku perasan bahawasanya aku pula yang masih meminjam pada kawan-kawan! buku terus ditutup rapat. serapat dompet aku yang nipis ini.

macamana ya? semua studio yang mengambil khidmat kerja aku pun sudah lama menyelesaikan segala pembayaran aku. arghhh!.....kalau aku approach mana mana productionhouse macamana? aku jual skrip pas tu mengarah beberapa drama atau sitkom bagaimana? ya! itu jalan yang paling mulia. aku boleh mengumpul wang sehingga cukup untuk syarikat aku bergerak. ya! itulah caranya untuk merealisasikan impian aku itu! aku mula mengira dan jika aku berjimat cermat aku akan dapat mengumpul sehingga rm300,000! ....ya! cukup rm300,000 menjelang pertengahan tahun 2015!

makdatok! lamanya lagi! tak boleh jadi ni. kepala aku kembali kembang-kincup mencari jalan. bukan sahaja kepala aku kembang-kincup, malah segala anatomi badanku mula menjadi kembang-kuncup. sahabat rapat aku mula sedar akan perubahan gaya jalan aku yang nampak seperti menahan sebahagian anggota badan dari kembang-kincup. bahaya berjalan jika ada benda yang kembang-kuncup takut nanti kena batu karang kata orang tua-tua.

sesungguhnya aku di restu tuhan mempunyai sahabat-sahabat yang mulia. Jib, Raja Azmi, Rosham Nor, Jimi Kamal dan Hazil telah banyak membantu dari segi sokongan kewangan bagi memulakan projek estet aku ini. Jumlah yang dapat aku kumpul dari mereka berjumlah ratusan ribu! semua atas dasar kepercayaan mereka terhadap filem ini!

pengorbanan Jib dalam syarikat aku tak boleh nak cerita dah. dialah kapten dalam kapal aku. kapten yang bukan saja membawa kapal belayar jauh malah foreman untuk membaiki bahagian-bahagian yang bocor! metafora mudah untuk pembaca tetapi nilainya terlalu tinggi buat aku. kepercayaan beliau kepada kemampuan aku proven dengan penyelesaian beliau ke atas segala rintangan yang syarikat aku hadapi! satu persatu halangan berjaya beliau tangani dengan pengalaman yang beliau perolehi ketika menjadi kakitangan kerajaan pada suatu masa dahulu. aku bertuah mempunyai executive producer sepantas beliau! takpa. kami ada 19 lagi filem di dalam perancangan kami...

bagaimana dengan Raja Azmi? sememangnya dia ni kecik-kecik dulu jenis bantah barut ni! aku kata aku ingin berjumpa beliau pada satu malam dan beliau bersetuju dan kami berjumpa di warung mamak di hadapan giant bkt antarabangsa. aku memberitahu masalah aku kepadanya. dia kata banyak-banyak tak boleh pinjam tapi kalau takat rm50,000 besuk dia boleh bagi! aku dalam nada menipu mengatakan buat apa rm50,000! duit aku dah cukup dah! aku cuma mahu rm20,000 je lagi! hehe beliau bagi tempuh 2 bulan untuk memulangkannya kembali. amatlah seronok aku!

Rosham ketika aku temui untuk meminta wang bagi memulakan tabung syarikat aku ini, tidak berkelip mata langsung. ibarat memberi wang pada budak jaga kereta je tingkah lakunya! aku mengingatkannya jumlah ini terlalu tinggi! beliau hanya senyum dan menyuruh aku menandatangani surat iou tanpa setem. amat sukar aku menandatangani surat itu kerana tiada kontrak di dalamnya! jumlahnya banyak yop! keyakinan beliau menguatkan semangat ku lagi.

bagi menyukupkan jumlah itu, beliau terpaksa mengeluarkan wang dari syarikatnya untuk menolong aku! aku berjanji akan memulangkannya secepat mungkin. alhamdulillah dua minggu selepas itu aku bayar kesemuanya tanpa sebarang bunga kerana itu adalah haram menurut Rosham. aku bersetuju amat! aku belanja makan kat markesh boleh? rosham setuju dan kami makan sebanyak-banyaknya tetapi hidangan kami itu pula telah dibayar oleh orang lain! tuhan maha penyayang!

aku mula mengenali Jimi kira-kira 9 tahun yang lalu menerusi seorang teman. kami terus intim kerana cinta kami kepada seni musik genre blues. beliau seorang accomplish guitarist. kami sama-sama bargading gajah menghasilkan soundtrack untuk 'Kala Malam Bulan Mengambang'. aku rasakan kalobrasi kami unik. seunik filem itu sendiri. aku senang dengan hasil kami itu. semasa filem itu ditayangkan di Korea baru-baru ini, ketika sessi soaljawab bersama media dan penonton, mereka banyak menekankan soundtracknya yang raw dan fresh dengan penggunaan peralatan musik secara total tidak menggunakan sebijik syntesiser untuk menyudahkan sebuah sebuah filem! begitu teliti perhatian mereka. cuma juri pesta filem malaysia sahaja yang masih kagum dengan penggunaan one-man-music-show! ah takpa. itu citer lain...

Jimi juga banyak memberi sokongan dalam estet. beliau tahu dan sentiasa menunggu ketika aku memerlukan pertolongan. susah nak cari manusia macam Jimi ni. bak kata aku tadi, tuhan merestui ku....

Hazil adalah seorang jejaka kacak yang amat suka minuman laici. aku mengenalinya ketika mula-mula mengarah di Tayangan Unggul dahulu. beliau adalah Line Producer bagi filem 'Man Laksa'. di hari pertama shooting sehinggalah hari ke lima aku tidak boleh melihat gelagat beliau! sibuk! setiap masa tanya berapa can dah guna! can itu adalah bekas menyimpan filem yang kita shoot tu. jika aku ingin berkomunikasi dengan Mukhris Pengarah Fotografi aku itu, dia akan menyibuk mendengar takut aku akan meminta shot yang akan menghabiskan bajet syarikat! makan hati aku.....

tetapi sesungguhnya tak kenal maka tak cinta kata orang vietnam utara. semakin lama, kami semakin memahami keperluan dan cara kami bekerja! sehingga menganggap diri kami ini adik beradik. sememangnya kami adik beradik hingga kini. in fact beliaulah yang beria menyuruh aku shoot filem 'Zombi Kampong Pisang' aku tu untuk Tayangan Unggul. masa tu aku mula nak menghasilkan filem yang lebih arty hehe sampai bila-bila la gamaknya aku tak boleh tunaikan niat aku untuk meng'arty'kan diri...

aku terpaksa memberitahu beliau aku perlu menggunakan wang untuk filem estet ini dan terpaksa menggunakan fund yang ada dalam projek siri telemovie kami untuk menyudahan estet ini. beliau akur dan aku harap segala urusan kewangan dapat diselesaikan demi accounting syarikat beliau tidak tergendala!

aku ada menyimpan wang untuk digunakan ketika hari hujan. congak punya congak campur dengan hasil pertolongan kawan-kawan, kini aku sudah ada cukup wang di dalam bank untuk memulakan filem estet aku ini! paid-up capital aku telah dinaikkan kepada rm250,000. yahooo bayangkan paid-up capital asal cuma duahengget je hehe

dengan wang terkumpul itu aku berjaya memulakan pre-production iaini pekerjaan awal sesebuah produksi. semuanya memerlukan wang. min alip wau nun ya nun...wang! untuk menyiapkan dokumen dan persediaan lain seperti merecce lokasi dan penempahan artis sekurang-kurangnya aku memerlukan rm200,000 lagi! takpa pikirku.....semuanya sudah aku sediakan hanya tunggu wang pinjaman dikeluarkan dari sme bank sahaja lagi....ya tak lama lagi. aku mula tunggu.

tunggu punya tunggu, wang pinjaman tak sampai-sampai! yang sampai hanyalah sebuah berita yang amat memeranjatkan aku....... permohonan aku ditolak!

(tunggu konklusinya dlm peristiwa estet part 3)
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:46 PM | Show all posts
haku suka pelem bung Mamat.

tapi kengkadang tuh cerita dia very the meleret-leret. scene tak perlu banyak sangat macam dalam pelem Zombi Kg Pisang. tapi pilem bung Mamat at least leh buat haku ketawa dengan ikhlas.

diharap bung Mamat terus maju buat pilem. scene tak perlu buang je la...tak yah lawak buduh banyak2 cam Holiwud selalu buat tuh (cth: Scary Movie, Epic Movie... ).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 11:38 AM | Show all posts
bakal jora FFM22 :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 11:54 PM | Show all posts
suka scene estet dlm pilem Man Laksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #74 bedah_kg_pisang's post

kehlas abatar kau   sapakah itu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 06:02 PM | Show all posts

TERKINI!.. abg Mamat bercer..

semua yang berada disekelilingku tunduk layu. kagum dengan permainan politik cekerawala ciptaan manusia untuk mengajar semut halus siapa tuan yang perlu diampu kerandut zakar mereka. mengajar sang semut supaya tunduk hormat dikelangkang tuan penentu rezeki karyaseni! penentu nasib seniman tempang yang memerlukan tongkat magis dalam meneruskan hidup ini! tapi aku sitempang itu yang sudah masak dengan kerandut-kerandut usang menunggu masa untuk mati atau ditransfer ke branch lain. sekali bicara tangan mu, aku sudah berada di babak penghujung permainan cerita mu itu saudara seagama ku! mungkin kelangkang mu begitu berahi pada semut hitam buta akal. bagi ku, kamu cuma sehelai bulu liar yang melekat di seluardalam milik isterimu. itu sahaja. tapi marah aku marah di kotak kepala sahaja. di dalam tempurung akal, minda ku lebih matang dari usia amukan jebat. hati aku mengalirkan lebih manis darah yang di cuci. senyum ku asli kali ini. ~ Mamat Khalid 27/08/08

more?.. click here >> TEMPURUNGPECAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2008 04:32 PM | Show all posts

ceramah Mamat Khalid?

jom! sapa beran?

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 06:40 PM | Show all posts
camane ngn dia punya ceramah? okey ker..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 10:30 AM | Show all posts

ESTET (Fabruary 2009) - MAMAT KHALID

Tak sabor nak tengok ceghite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 01:11 PM | Show all posts
btol2..suka citer mamat khalid..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069117 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list