|
aku bisnes banyak cabang, so far alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar dan sentiasa dapat pulangan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau wat kecik2 byk bisnes ni biasa je.. tak apa.. tp bila dah besar.. tak leh wat byk... nanti serabut pala.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau wat kecik2 byk bisnes ni biasa je.. tak apa.. tp bila dah besar.. tak leh wat byk... nanti serabut pala.. |
|
|
|
|
|
|
|
pd pandangan saya pula fokus perniagaan satu2 produk ni penting, kekadang katakan niaga kita emas tulen, benda ni kena modal besar, masa yg sama kita dapat lubang niaga kontraktor tp takda lese boleh tumpang lesen org, pun nak pakai modal besar, katakan kita ada cash rm200k, modal nanti akan di agihkan akan jadi berpecah, dan bidang lain2, di samping tak sempat nak tumpukan mana2 yg terpenting kerana dua2 nya penting,
lagi2 musim contoh dkt nk raya, projek kontraktor terutama renovation rumah ramai nk siap sblm raya, begitu juga emas pakai ni, nak juga sblm raya, jadi kedua2 bidang ni kalau kita tak fokus mana2 satu, imbangan keuntungan mungkin setimpal atau sikit sebanyak, dan modal akan berbahagi dua.
my seposengs ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
[fly]Kekalkan perniagaan teras sewaktu krisis[/fly]
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pakar perunding pengurusan global, Booz & Company Pty. Ltd. (Booz&Co.) menyarankan syarikat tempatan dan global menumpukan kepada perniagaan teras sewaktu krisis ekonomi untuk mengurangkan kos perniagaan.
Pengarah Urusan Negara Australia, New Zealand dan Asia Tenggaranya, Tim Jackson berkata, tumpuan dan pengkhususan kepada perniagaan teras mampu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam sesebuah perniagaan.
Selain itu, katanya, setiap pelaburan syarikat untuk mengembangkan perniagaan masing-masing perlu diukur mengikut kemampuannya.
"Setiap syarikat perlu mengukur keupayaan masing-masing dari segi kos dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang ingin diterokai sebelum ia menjadi tindakan yang salah dan mendatangkan kerugian,'' katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja mengenai 'Kurangkan Kos + Tumbuh Kukuh' di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi Booz & Co. Global, Joe Saddi, Pengarah Asia Tenggaranya, Arthur Calipo, Penasihat Eksekutif Kanannya, Ian Buchanan dan Ketua Pejabat Kuala Lumpurnya, Edward Clayton.
Pejabat Booz&Co. di sini merupakan yang ke-10 di rantau Asia selepas Bangkok di Thailand, Jakarta (Indonesia), Beijing dan Shanghai (China), Hong Kong, Mumbai dan Delhi (India), Tokyo (Jepun) dan Seoul di Korea Selatan.
Malaysia juga merupakan lokasi pejabat Booz&Co ke-60 di dunia.
Jackson menambah, kepimpinan yang kukuh di pejabat seperti pengerusi dan ketua pegawai eksekutif akan menyokong prestasi perniagaan pada waktu kegawatan ekonomi.
Beliau berkata, ini merupakan keupayaan yang dapat membawa hala tuju syarikat supaya berada di landasan yang betul.
"Pemimpin syarikat perlu mempunyai karisma untuk memberi arahan dan tugas yang betul kepada kakitangannya.
"Keputusan untuk syarikat yang dilakukan oleh pemimpin juga perlu kukuh dan mengambil kira risiko yang bakal dihadapi,'' ujarnya.
Sementara itu, Jakson menambah, faktor pengukuhan ekonomi dan politik mendorong syarikat untuk membuka semula pejabatnya di negara ini.
Sebelum itu, katanya, pihaknya pernah membuka pejabat di negara ini lapan tahun lalu dengan nama Booz Allen Hamilton (M) Sdn. Bhd.
"Pelancaran semula pejabat kami di Malaysia merupakan tanda kepesatan pembangunan ekonomi di sini dan menunjukkan keyakinan kami kepada rakyat Malaysia untuk menjadi perunding terkemuka,'' katanya.
utusan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
pd pandangan saya pula fokus perniagaan satu2 produk ni penting, kekadang katakan niaga kita emas tulen, benda ni kena modal besar, masa yg sama kita dapat lubang niaga kontraktor tp takda lese boleh ...
ctredzuan Post at 12-10-2009 17:45 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
setujuu ngan ct..rasa saya fokus dulu satu2 bidang biar GAH dan jd empayar gitu..
kira cam bila org sebut produk tu...mindset akan otomatik ingat kita..
tak perlu gopoh nak kejar benda baru yg blom tentu sesuai ke tak ngan keadaan biz kita yg sedia ada... |
|
|
|
|
|
|
|
betul...betul...betul...
kita perlu fokus dengan satu bidang/bisnes dahulu...
tapi...apakan daya...jiwa aku skang ni tengah memberontak suruh aku buat benda lain...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ingin bermula pada business lain.. tentu mengambil masa yg agak lama utk stabil... lebih baik tingkatkan bisnes sedia ada. luaskan.. tambah modal.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu je....tak yah banyak2..
janji berjaya dan cemerlang...
banyak2 pon bukannya bagus sangat..
nanti yg dikejar bertaburan..
once u duit banyak....
suruh org lain handle business lain...
or..
study psl investment, saham,,property..
let money work for us..
sambil kita rileks je kat rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
skrng aku dah masuk dlm bidang baru yg sememangnya bukan bidang aku sebelum nih.. supply WALL PAPER... dah ada contoh ngan aku.. dan yg selainya lagi akan sampai 10 hari lagi.. shipping..
esok aku pasang kat kedai aku dulu contoh2 ni..
so aku nak cari pengedar seluruh msia yg berminat utk jual wall paper... wall sticker pun ada jugak...
nanti bleh diskas panjang lebar cara market bisnes nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|