|
huhuhu.... kena tgu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
mintak2 esok ader la........ :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi................. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 11
"Aih, apasal plak la mata ni taknak lelap" Amirul menggumam sendirian. Dipusingkan badannya ke kiri. Matanya dipejamkan. Beberapa saat kemudian dia mengalihkan badannya ke kanan pula. Gelisah. Akhirnya dia berbaring, matanya mengadap siling biliknya. Timbul rasa geram di hatinya kerana matanya yg tak mahu lena.
Matanya singgah ke sesusuk tubuh yg sedang mengerekot di atas lantai beralaskan cadar yg nipis. Walaupun tubuh itu berselimut, namun dia tahu gadis itu kesejukan. Kejamkah dia? Ah, memang patut dia menghukum gadis itu. Siapa suruh degil.
Amirul melepaskan satu keluhan. Mila, Mila. Mila Aria. Sebenarnya nama itu agak cantik dan unik. Jarang sekali ada yg menggunakan nama sebegitu. Pertama kali mendengar nama itu dari bibir pemilik restoran yg sering dikunjunginya, dia begitu teringin untuk mengenali si pemilik nama tersebut. Sekadar ingin melihat. Tak disangka pula, gadis itu sekarang adalah isterinya yg sah.
Bodohkah dia? Betul dia tak menggunakan akalnya ketika menarik Mila dan membawanya ke hadapan tok kadi. Memang dia tak terfikir langsung akan akibatnya di kemudian hari. Marah papa dan nasihat mama langsung tak diendahkannya. Dia terlalu mengikut perasaan.
Mila, gadis biasa yg mungkin menarik di mata lelaki lain, namun bukan di matanya. Hatinya bukan untuk gadis itu. Sudah terpahat kukuh nama Syalinda di suatu sudut hatinya. Malah, segala yg dia ada hanya untuk kekasihnya itu. Bodohlah Syalinda mempersia2kan cintanya.
Pertama kali bersua dengan Mila, dia sudah mengagak gadis itu ada hati padanya. Mila sering memandangnya dengan penuh rasa cinta. Bila saja mata mereka bertembung, gadis itu akan segera menunduk dengan rona merah di pipinya. Kadang2 comel juga. Ah, kenapa pula aku berperasaan begitu! Dia bukan sesiapa. Bukan orang aku cinta. Dia hanya gadis yg pernah dibantunya. Gadis yg sering mendengar keluh kesahnya. Gadis yg setia menemaninya.
Teringat pula Amirul sewaktu dia membantu Mila. Malam itu dia pulang lewat dari pejabatnya, menyudahkan tender untuk dihantar pada sebuah syarikat. Seperti biasa dia akan singgah ke restoran kegemarannya, tempat Mila bekerja. Dia sengaja menunggu restoran itu tutup dan barulah bergerak ke tempat parking kereta. Saat itulah dia mendengar sebuah jeritan dari arah lorong gelap yg berdekatan. Tertanya2, dia menghampiri lorong tersebut.
Seorang lelaki berjambang sedang bergelut dengan seorang gadis. Tanpa banyak soal, dia berlari ke arah mereka dan kakinya menendang kuat belakang lelaki tersebut. Berlaku pula adegan pergelutan antara dua lelaki yg sama gagah, sama kuat. Mungkin Tuhan menyebelahinya, dia berjaya melarikan Mila akhirnya.
Gadis itu kelihatan begitu pucat dan ketakutan.
"Tt..terima k...kasih" hanya itu yg mampu diucapkan sewaktu dia membantu gadis itu berdiri.
Kasihan, ya hanya kasihan yg dia ada untuk Mila. Apalagi bila mengetahui Mila tinggal berseorangan, yatim piatu pula. Entah bagaimana, ringan saja mulutnya mencadangkan agar Mila menyewa di rumah yg baru dibelinya. Walaupun sebenarnya rumah itu adalah untuk Syalinda bila mereka berkahwin nanti, dia dengan rela hati membiarkan Mila menyewa di situ dengan sewa yg rendah. Mungkin kerana risau lelaki tadi akan mengekori mereka dan akhirnya tahu Mila berseorangan, perkara yg lebih buruk mungkin akan berlaku. Atau mungkin juga kerana dia terlalu kasihan dengan kisah hidup gadis manis itu. Tidak, sebenarnya sejak mula bertemu dengan gadis itu, dia rasa dia perlu melindungi gadis itu. Melindungi Mila dari kelukaan dan kesedihan. Di balik wajah yg sentiasa mengukir senyum itu, dia seakan dapat melihat kedukaan dan kesakitan. Betulkah?
Dan sejak itulah, mereka menjadi kian rapat. Kadangkala Amirul akan singgah di rumah itu untuk mengutip sewa. Mereka selalu berbual tentang apa saja. Dari topik kegemarannya hingga ke hal2 semasa. Dia selesa bila bersama gadis itu. Mungkin kerana Mila sentiasa mengutamakannya. Mila juga akan sentiasa memasak untuknya bila saja dia datang. Kadang kala dia singgah hanya untuk merasa masakan Mila. Pelik bukan? Sungguh, dia sendiri keliru tentang hubungan mereka. Cinta? Dia hanya cintakan Syalinda. Teman? Hanya ketika dia datang ke rumah tersebut atau ke restoran tempat Mila bekerja saja mereka akan berbual. Hendak dikatakan hubungan mereka sekadar antara penyewa dan tuan rumah, dia mengakui hubungan mereka lebih dari itu.
Malah dia senang dengan panggilan Mila padanya. Hanya Mila yg memanggilnya 'Aqim' sedangkan semua yg mengenalinya memanggilnya 'Mirul'. Walau pada mulanya dia berkeras supaya Mila memanggilnya dengan panggilan yg biasa digunakan orang lain, gadis itu tak pernah menanggapi kata2nya.
Sewaktu hari perkahwinannya, dia sendiri terkejut mendapati Mila berada di situ. Rasanya dia tak pernah menjemput Mila sama. Oh, Mila sememangnya sedia maklum tentang hubungannya dengan Syalinda dan sejauh mana hubungan tersebut berjalan. Kadang kala bila dia menghadapi masalah dengan Syalinda, Milalah yg memberi nasihat dan cadangan, berusaha menenangkan hatinya bila saja dia memerlukan. Puas juga dia mendengar luahan Mila padanya, sejak pertama kali mereka berkenalan lagi. Dan puas juga dia menolak dengan pelbagai alasan. Biar ditolak berkali2, Mila tetap datang dengan senyuman yg sentiasa terukir di bibir comelnya. Aduh, apa yg aku mengarut ni.
Dikerlingnya tubuh Mila yg masih dalam posisi yg sama, masih berselimut. Mahu diajak ke katil, tadi dia sendiri yg mencemuh. Mana mungkin dia menjilat ludahnya sendiri. Biarlah, biar dia rasakan betapa aku tak menginginkannya.
'Kau yg minta semua ni berlaku, sekarang terima jer lah' bisik Amirul. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 12
Perjalanan yg mengambil masa hampir 2 jam itu seakan tidak terasa dengan celoteh Alia. Begitu banyak cerita yg hendak disampaikan pada abangnya. Mereka saling bergurau senda dalam sepanjang perjalanan. Mila pula hanya menjadi pendengar setia. Kadang-kala, Mila ada juga mencelah tapi semuanya tidak bersambut. Lalu dia hanya menjadi pendengar cerita2 Alia. Ah, dua beradik ini memang berpakat nak mengenakan aku. Macam budak2, fikir Mila sambil tersenyum.
Maaf Aqim, walau apa pun rintangannya, akan saya hadapi dengan tabah. Semoga suatu hari nanti awak akan sedar betapa besarnya cinta saya untuk awak hingga awak tak mampu berbuat apa2 lagi melainkan membalas cinta saya.
Bila sampai di Genting, Amirul menyewa 2 bilik. Satu untuk Alia dan satu lagi untuk mereka berdua. Amirul pula sengaja menyuruh Mila mengangkat beg2 pakaian mereka. Terkial2 gadis tersebut mengangkat 3 buah beg sekali. Nasib baik juga ada staff di situ yg sememangnya bertugas mengangkat beg membantunya.
"Aku nak keluar dengan Alia. Kau tunggu kat bilik"
"Err... Aqim... boleh tak... saya nak ikut?" Mila memberanikan diri meminta keizinan Amirul. Memang sepanjang hidupnya, dia tak berpeluang untuk bercuti ke mana2. Urusan hidupnya selalunya hanya melibatkan kerja dan belajar. Timbul keinginannya untuk sama2 menikmati hari itu bersama2 dengan Amirul. Bila lagi peluang sebegini akan muncul.
"Huh, jgn harap. Kau duduk je kat sini. Lagipun tujuan aku ke sini sebab nak spend time dengan adik aku, bukan dengan kau. Kalau lapar, turun aje kat bawah tu" balas Amirul selamba. Tiada sedikit pun rasa kasihannya pada Mila yg mengharap.
Terkebil2 mata Mila melihat kelibat Amirul yg sudah hilang di balik pintu. Aduhai hati, janganlah terasa sangat dengan kata2 Amirul tadi sedangkan dia sendiri dapat mengagak akan layanan sebegitu dari Amirul. Dadanya terasa sebak.
Untuk seketika Mila berteleku di hujung katil, sekadar menenangkan gundahnya dek perbuatan Amirul tadi. Nasib baik bilik tersebut ada 2 katil single. Maknanya dia tak perlu sejuk2 kat lantai macam semalam. Kalau berterusan begitu, dia risau dia akan jatuh sakit. Penat mengelamun sendirian, dia berlalu ke bilik mandi, bersiap dan mengemaskan serba sedikit pakaian yg mereka bawa bersama. Puas hati dengan keadaan bilik, Mila mengambil keputusan untuk turun ke bawah.
Ah, takpelah. Mungkin ada sesuatu yg menarik kat bawah sana. Perut pun dah berdangdut sakan ni. Mila mencapai tas tangannya dan mula bergerak ke lobby hotel.
Matanya melilau mencari tempat sesuai untuknya duduk dan menjamu selera. Mila mengerling jam di tangannya. Dah pukul 12.30 tengah hari. Memang patut dia rasa lapar kerana pagi tadi tak berpeluang menjamu perut dengan sarapan. Semuanya gara2 terlalu sibuk mengemaskan barang2 Amirul. Puas memilih makanan buffet utk lunch, Mila akhirnya memilih satu meja di sudut belakang, agak terlindung dari pandangan orang ramai.
"Amboi, banyaknya makanan. Ni nak makan sorang ke ramai2 ni?" satu suara yg rasa macam pernah didengarinya sebelum ini menyentuh cuping telinganya. Dengan panik, Mila berpaling mencari gerangan siapakah yg berani2nya menbantutkan usahanya untuk menambah berat badan itu.
"Eh... awak..." Mila senyum walau dahinya berkerut. Apsal plak nak kena jumpa mamat ni kat sini? Dah takde tempat lain ker dia ni nak pergi? Mila membebel dalam hati.
"Berselera betul hidangan awak ni. Nak kongsi tak? Saya rasa awak tak habis tu makan sorang2" usik Dani, segera mengambil tempat di sebelah Mila. Matanya beralih dari hidangan di pinggan Mila kepada wajah Mila yg masih mempamerkan perlbagai soalan.
"Ah takde, nak makan amik sendiri. Saya tengah lapar, ini pun rasanya tak cukup" Mila pula balas mengusik. Ish, kenapa aku siap usik mengusik dengan mamat ni. Padahal jumpanya baru kali kedua. Tapi tampang Dani sungguh menyenangkan, membuat orang rasa selesa bersamanya.
Dani ketawa galak, senang hati bila Mila bergurau dengannya.
"Kedekut" Dani tak mahu kalah. Mila hanya menayangkan giginya yg putih dan teratur sambil meneruskan santapan. Dani kemudiannya memesan segelas orange juice untuk dirinya dan apple juice untuk Mila. Memandai jer orderkan untuk aku. Macam tau2 jer aku suka apple juice, Mila sekadar mengata dalam hati.
"Err.. awak nak duduk sini ker?" soal Mila. Dani mengangguk tanpa mempedulikan kegelisahan pada wajah si gadis.
"Kenapa? Tempat ni dah ada org book ker?"
Mila hampir mengangguk namun dia tahu dia hanya menipu diri sendiri. Amirul sudah hilang bersama adiknya, tak mungkin akan datang mencarinya semata2 untuk makan bersama.
Cuma, jika Amirul melihat dia bersama lelaki lain, akan cemburukah suaminya itu? Atau dia hanya akan bersorak riang? Ah, perlukah semua ini difikirkan? Lagi pula, dia bukannya membuat maksiat, malah ini juga tempat terbuka. Dia tak perlu rasa bersalah untuk berbual dan makan bersama seorang lelaki bila suaminya sendiri tidak mempedulikannya, bukankah begitu?
"Takdela, duduk jer. Saya pun sorang2. Awak buat apa kat sini?" Mila cuba berbahasa biarpun dia kurang selesa makan bersama dengan org yg tak berapa dikenalinya. Lebih2 lagi jika lelaki.
"Saja datang cari awak" Dani mengerling pada Mila. Wajah Mila merona merah.
"Ye la tu. Kalau awak tipu pun bukannya saya tau kan" Mila cuba mententeramkan gelora di hatinya. Pertama kali ada lelaki yg berkata begitu padanya. Apa lagi lelaki tersebut bukanlah calang2 orang. Hensem bergaya. Segan juga dibuatnya.
"Lama jugak tunggu diaorg ni buat air ek" ujar Mila bila minuman yg mereka pesan 15minit yg lalu masih tidak muncul.
"Awak nampak tak makcik tu?" tangan Dani mengunjuk pada seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an sedang menikmati minumannya. Mila mengangguk namun masih tidak dapat menangkap apa yg mahu disampaikan oleh Dani. Apa kaitan wanita tersebut dengan rungutannya pada service yg lembap?
"Makcik tu, usia dia baru 18 tahun masa dia datang sini dan order minuman"
Meletus tawa Mila tanpa dapat ditahan lagi. Dani pula hanya tersenyum nipis, merenung wajah kemerahan Mila yg masih ketawa gelihati.
Kemudian mereka meneruskan perbualan kosong antara mereka tanpa menyedari ada sepasang mata yg mengintip dari tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
:love:
makin menarik nih........
nak lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
makin best...lagi...sambung laa panjang2... |
|
|
|
|
|
|
|
makin best cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
:music: :music:
Hatiku berbunga riang sbb Milan dah sambung..
Nak Lagi.. Nak Lagi.. Nak Lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 thah's post
mata thah la tu kot... kekekeke :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
milan.....ko jahat ler
ko menambahkan ketagih aku ada lah nie
sure malam ni takleh tido lena lg..
huhuhuhuh
nak laagiiiiii......
uUUUUwwwWWWWaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
nikatan This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung lah lagi...sambung lah bebanyak....besttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 milanhawkin's post
erk sjak bila org ada kat situ....hahahaha
milan cepat ah smbg....xsbr neh |
|
|
|
|
|
|
|
laa... kan thah slalu jer nak ngintai ke sini. ye ler tuh... hehehe..
si shah_jehan tu pun sama. korang pakat ek... |
|
|
|
|
|
|
|
ala cepat lah sambung cite nie....
best lak... |
|
|
|
|
|
|
|
mau lg....dan lg...dan lg...best2 |
|
|
|
|
|
|
allyshya This user has been deleted
|
Reply #78 apalah's post
:ah: ala..dah habis..cepat ler hantar sambungannya..tak sabar nak baca nih |
|
|
|
|
|
|
|
ko nak laga kami plak ek milan...bila ko nak smbg ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|