|
Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Originally posted by ayyohpeen at 20-11-2006 11:08 PM
Dari dua soalan yang damat kemukakan ...............
Dua soalan yang ditujukan dalam pos ke-54 bertujuan untuk menilai sejauh mana fahaman dan amalan kita selari dengan Al-Quran. Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh perkara ucapan salam ini tetapi perlu diingatkan bahawa setiap perkara dalam Al-Quran bukan sesuatu yang remeh atau kecil malah Allah menetapkannya menurut ukuran yang tertentu.
Apa yang hendak saya sampaikan bukanlah terhad kepada amalan ucapan salam semata-mata, malah ianya lebih dari itu. Perkara yang utama ialah untuk mengajak saudara dan saudari menggerakkan akal dan hati untuk merenungkan sejauh manakah penyerahan diri kepada Allah dizahirkan menurut apa yang Allah kehendaki. Satu-satunya sumber yang mampu menunjuki kepada jalan Allah pada masa sekarang adalah Al-Quran. Sungguhpun terdapat banyak kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama yang tersohor yang mengupas isi-kandungan Al-Quran dan menetapkan hukum-hakam dalam agama, individu Muslim perlu memastikan yang saranan ulama-ulama itu tadi bertepatan dengan Al-Quran sebelum boleh menerimanya untuk dijadikan amalan. Penghormatan kepada seseorang seperti ulama tidaklah seharusnya menjadikan ajaran mereka mendahului Ajaran Allah yang terkandung dalam Al-Quran.
Kita yang diketegorikan sebagai manusia biasa ini sebenarnya telah menjajah minda kita sendiri dan menghalangnya dari menjalankan tugas yang menjadi tuntutan Allah iaitu memikirkan atau merenungkan Al-Quran. Tiada sesiapa termasuklah 'ulama-ulama' menghalang kita untuk merenungkan dan memikirkan A-Quran tetapi kita sendirilah yang menganggap diri tidak layak untuk mentafsirkan Al-Quran kerana enggan bersusah-payah menyediakan diri untuk melaksanakan tuntutan Allah yang disebutkan tadi. Allah telah memudahkan Al-Quran semudah-mudahnya untuk kesemua hamba-hambaNya dan tiada alasan untuk kita berterusan bergantung kepada manusia lain untuk menentukan agama yang kita anuti. Dengan bergurukan Yang Pemurah, an yasha Allahu, tiada pelajar yang ikhlas dan tekun akan gagal atau kandas dalam ujian yang Allah berikan.
Untuk makluman semua;

Mulai sekarang sebutan 'insyaallah' yang selalu saya gunakan akan digantikan dengan sebutan 'an yasha Allahu' sebagai menepati kehendak ayat 18:24(sila rujuk teks Arab diatas). Terimakasih kepada hamba Allah yang memberikan teguran dan penjelasan tentang perkara ini.
Sekianlah dulu. An yasha Allahu, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Terdapat sedikit masalah ketika menghantarkan pos ini. Sila rujuk pos saya yang ke-61. Harap maaf.
Sekianlah dulu. An yasha Allahu, semoga bertemu lagi.
Salam.
[ Last edited by damat at 21-11-2006 01:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 21-11-2006 12:55 PM
Salam semua,
Dua soalan yang ditujukan dalam pos ke-54 bertujuan untuk menilai sejauh mana fahaman dan amalan kita selari dengan Al-Quran. Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh perkar ...
Salamun Alaikum damat dan semua.............
Sekadar mengambil keatas sedikit dan kebawah sedikit supaya saya menjadi lebih jelas mengenai saranan anda:
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.
18:23. Dan janganlah berkata terhadap sesuatu, "Aku akan membuat itu esok",
18:24. Tetapi hanya, 'An yasha Allah'; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakanlah, "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
18:25. Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus tahun, dan ditambah sembilan.
18:26. Katakanlah, "Allah sangat mengetahui berapa lama mereka tinggal. Kepunyaan-Nya keghaiban di langit dan di bumi. Betapa terangnya Dia melihat! Betapa tajamnya Dia mendengar! Mereka tidak ada wali (pelindung), selain daripada Dia, dan Dia tidak bersekutu dalam pentadbiran-Nya dengan sesiapa pun."
Setelah memerhati kaitan ayat-ayat 21 hingga 26 maka itulah sewajibnya lafaz kita bila setiap kali hendak merancang sesuatu. Penentuannya ALLAH yang berHak.
Sebagai yang tunduk dan patuh, maka saya berIman dengan AnyashaALLAH!
AnyashaALLAH begitulah seterusnya pada masa hadapan. Biarlah janggal pada mulanya, biarlah jadi tertawa manusia didunia, dari menjadi bahan tertawa ALLAH diakhirat nanti, Biar juga jadi sindiran sipakar bahasa asal ALLAH tidak menyindir saya dihadapanNya nanti, AnyashaALLAH! Kerana hanya ALLAH Pelindung saya. ALLAH MAHA TERANG PENGLIHATAN LAGI MAHA TAJAM PENDENGARAN.
[ Last edited by ayyohpeen at 21-11-2006 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."
Petikan ayat 3:79 diatas antara perkara yang membuatkan saya meragui dan mempersoalkan keberkesanan institusi 抲lama |
|
|
|
|
|
|
|
salam
dan buat saudara damat
kan ini soalan saudara, jadi saya bertanya kembalilah:
1. Apakah ucapan yang anda akan sampaikan, ajarkan dan jelaskan?
2. Perlukah anda melakukan pengubahan kepada ucapan yang Allah ajarkan kepada anda?
adakah saudara FAHAM sekiranya saudara IKUT
AL QURAN yg ditulis TANPA TITIK DAN TANPA BARIS????????
atau kalau saudara nak LEBIH JELAS lagi
apa yg diAJAR DARI MULUT NABI sendiri??????????
dan kalau tak boleh cammana????????
boleh saudara tolong jawab
dan mungkin itulah jawapan kepada soalan saudara itu sendiri
SEMOGA SAUDARA DIRAHMATI DAN DIBERKATI HENDAKNYA |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orangbesi dan semua,
Untuk menghilangkan persoalan yang menghantui fikiran saudara orangbesi, berikut adalah jawapan yang dapat saya berikan kepada 2 soalan yang saya sendiri ajukan dan 3 soalan tambahan dari saudara orangbesi.
Soalan 1;Originally posted by orangbesi at 1-12-2006 03:42 PM
1. Apakah ucapan yang anda akan sampaikan, ajarkan dan jelaskan?
Apa yang saya akan sampaikan, ajarkan dan jelaskan ialah 扴alamun alaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah agaknya yang mula menulis al-quran ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun alaikum oranggunung,
Originally posted by Oranggunung at 2-12-2006 09:28 AM
Siapalah agaknya yang mula menulis al-quran ini?
Yang mula menulis Al-Quran adalah Allah dan sebelum diturunkan kedunia ianya disimpan dengan baik dalam Ibu-Kitab.
Saya nak tanya pula satu soalan;
Jika seorang anak murid yang bijak, tekun dan taat diajar oleh seorang guru yang terbaik, mampukah anak murid itu memahami dan menguasai ilmu yang diajarkan oleh gurunya?
Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya tak menyangka saudara nak menjawabnya
dan walaupun itulah jawapan untuk dan kepada saudara sendiri
dan walaupun tidak sama atau pun sama dgn jawapan saya sendiri
sedangkan jawapan dari saya adalah untuk saya
dan pegangan atau perjalanan hidup saya di muka bumi ini
dan masih ada jarak diantara kita
TETAPI TIADA JARAK DGN TUHAN
sedangkan BERAMALLAH MENGIKUT KEMAMPUAN KAMU
dan maafkan saya , mungkin tak berlaku adil kepada saudara
kerana MANUSIA DIJADIKAN BERTINGKAT TINGKAT KEJADIANNYA
cuma soalan terakhir saudara ttg tekun dan taat tu:
sekiranya AL QURAN penuh dalam dada seseorang, adakah dia itu BENAR????
adakah seseorang itu belajar habis satu ilmu, adakah dia mendapatinya semua????
SESUNGGUHNYA AKU MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG KU KEHENDAKI
DAN AKU MENYESATKAN KEPADA SESIAPA YANG KU KEHENDAKI
dan adakah seorang GURU layak memberi PETUNJUK DAN HIDAYAT???????????
lupa lah, tapi saya pernah terbaca ttg CORETAN KALAM di atas langit yg ketujuh
(tak tau pulak KALAMNYA yg mana satu)
dan saya rasa yg diturunkan atas muka bumi inilah
TAK BERTITIK, TAK BERBARIS DAN TAK BERBENTUK..............mungkin mungkin ajeeeeeee
(dan setahu sayalah NABI bukan nya buta huruf cam ramai manusia katakan tuuuuuu)
saya pun tengah dok fikirkan dan masih fikirkannya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 2-12-2006 10:58 AM
Salamun alaikum oranggunung,
Yang mula menulis Al-Quran adalah Allah dan sebelum diturunkan kedunia ianya disimpan dengan baik dalam Ibu-Kitab.
Siapa pulak ya yang tulis al-quran di dunia ini?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 21-11-2006 01:54 PM
Salamun Alaikum damat dan semua.............
Sekadar mengambil keatas sedikit dan kebawah sedikit supaya saya menjadi lebih jelas mengenai saranan anda:
18:22. Mereka akan berkata, " ...
Salamun Aaikum damat dan semua.............
Segala puji hanya bagi ALLAH, Robb Sekelian 'Alam.
Mengenai lafaz AnyasyaALLAH dan INSYAALLAH.
MAHA SUCI ALLAH yang tidak pernah silap. Maka ingin saya umumkan Setelah diketemukan dengan lafaz AnyashaALLAH pada surah Al-Kahfi ayat 24, maka saya ketemui lagi satu lafaz yang memang telah lazim penggunaannya oleh umat Islam bila bercakap dalam sesuatu yang akan dibuat iaitu InsyaALLAH juga dalam surah yang sama pada ayat yang ke69:
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
Maka sebagai insan yang Tunduk dan Patuh kepada ALLAH, saya beriman dengan kedua-dua lafaz berkenaan, iaitu ANYASHAALLAH dan INSYAALLAH yang juga membawa maksud yang serupa.

Melainkan: "AnyashaALLAH". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, InsyaaALLAH: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
[ Last edited by ayyohpeen at 2-12-2006 02:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Oranggunung at 2-12-2006 11:24 AM
Siapa pulak ya yang tulis al-quran di dunia ini??
Salam semua...............
Satu lagi pertanyaan untuk sebuah pertanyaan.
Siapakah pula yang memandu dan memantau siapa yang menulis Al-Quran didunia ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun alaikum ayyohpeen,
Originally posted by ayyohpeen at 2-12-2006 02:04 PM

Melainkan: "AnyashaALLAH". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, InsyaaALLAH: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
Subhanallah, berbanyak terimakasih dari saya kepada saudara kerana mengemukakan hujah untuk ucapan 'Insyaallah'. Seperti juga saudara, saya tunduk patuh kepada kedua-dua ayat yang mengajarkan ucapan 'Insyaallah' dan "Anyashaallah'. Alhamdulillah, ini membantu urusan harian kerana dapat mengurangkan perbezaan ketika berhubung dengan saudara Islam yang lain.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orangbesi, Oranggunung dan semua,
Saya jawab soalan-soalan atas dasar menghormati permintaan saudara orangbesi pada pos yang ke 65. Dibawah ini saya 抭uote |
|
|
|
|
|
|
|
salam
terima kasih saudara, walaupun saya tidak adil terhadap saudara
tetapi ADIL menurut KETETAPANNYA
dan cuba perhatikan bagaimana NABI mendidik para sahabatnya
dan masing masing dalam TINGKAT masing masing, tidak sama kan
walaupun TURUNNYA YANG SAMA DAN SEMPURNA
dan adakah kita dapat masuk syurga kerana AMAL kita????
atau BENARKAN kerana RAHMAT TUHAN yang sebegitu????
dan sebegitu juga KETAATAN DAN KETEKUNAN
dan adakah itu SEBAB dan PUNCANYA TURUN TAUFIK DAN HIDAYAH??????????
dan perhatikan bagaimana kesudahan umat/hamba yg terdahulu....
setahu sayalah IBLIS dahulu seiblis yang CUKUP TAAT!!!!!!!
salam buat sekalian alam |
|
|
|
|
|
|
|
Tentang Rasulullah SAW yang tidak buta huruf tu aku boleh terima...:setuju:
Tentang Rasulullah SAW yang tulis Al-Quran tu aku tak berapa setuju kerana ia mengundang perdebatan yang lebih kritikal... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam vato dan semua,
Originally posted by vato at 15-12-2006 01:57 AM
Tentang Rasulullah SAW yang tidak buta huruf tu aku boleh terima...:setuju:
Tentang Rasulullah SAW yang tulis Al-Quran tu aku tak berapa setuju kerana ia mengundang perdebatan yang lebih kritika ...
Nabi Muhammad sebagai seorang yang berfikiran jauh, pemimpin yang agung dengan segala kemuliaan, mendapat tunjuk ajar dari Allah dan bergelar Nabi, semestinya baginda mengambil sikap proaktif untuk memastikan Al-Quran yang diamanahkan kepadanya sampai kepada semua umatnya serupa dengan yang Allah turunkan kepadanya pada Lailatul-Qadar. Baginda bertanggungjawab memastikan tiada ayat yang tertinggal dan tiada yang ditambah.
Meletakkan sesuatu kenyataan menggunakan dakwat diatas bahan penulisan, yang kita fahami sebagai proses dokumentasi, adalah kaedah terbaik untuk memelihara sesuatu kenyataan dari diselewengkan. Saya yakin Nabi saya iaitu nabi Muhammad, yang tidak buta huruf, telah fikirkan perkara ini semasa baginda masih hidup. Jika pemimpin yang dianggap baik yang ada pada zaman sekarang mampu berfikir 20 hingga 100 tahun yang akan datang, Rasullullah telah berfikir hingga ke hari kiamat.
Kadangkala kita terperangkap dengan fakta sejarah ciptaan manusia dan dalam kes penulisan Al-Quran, umat Islam tidak mahu keluar dari paradigma yang menyatakan Al-Quran dikumpul dan ditulis dizaman Khalifah Othman. Sejarah, selain dari yang terdapat dalam Al-Quran, telah banyak kali menyaksikan penyelewangan. Hang Jebat yang dulunya dituduh menderhaka telah dianggap sebagai hero dizaman sekarang. Ini adalah kerana pengaruh sultan telah menjadi lemah dan rakyat sudah tidak menganggap yang sultan sebagai orang penting kepada mereka. Sultan atau raja hanya menjadi simbol negara. Sejarah Al-Quran pun telah mengalami nasib yang seakan sama. Pada kebanyakkan orang Islam, Al-Quran hanyalah sebagai simbol Islam.
Pernahkah kita terfikir yang sejarah pengumpulan/penulisan Al-Quran telah diselewengkan agar Al-Quran terpaksa bergantung kepada manusia(perawi-perawi) dan menjadi lemah? Secara halus pemikiran umat Islam telah dipengaruhi sehingga ada yang sanggup beranggapan yang Al-Quran tidak dapat menunjuki seseorang tanpa bantuan 'hadis'. Sebagai contoh, tanpa 'hadis', kebanyakkan orang Islam tidak tahu cara solat mereka seolah-olah Al-Quran tidak lengkap. Sedangkan dalam Al-Quran, Allah menerangkan dimana tempat dibolehkan untuk kita makan inikan pula cara nak solat(sila rujuk 24:61).
Kita juga telah menyaksikan yang terdapat 'hadis-hadis' yang dahulunya sahih telah menjadi palsu atau diragui kesahihannya dizaman sekarang. Jika 'perawi' yang sama memberikan ayat Al-Quran pada zaman Khalifah Othman untuk dikitabkan, bagaimana kita boleh tentukan ayat manakah dalam Al-Quran yang telah disampaikan oleh 'perawi' tersebut. Dalam pada itu kita juga menyaksikan yang 'hadis' yang disahihkan oleh sesuatu golongan tetapi tidak diterima oleh golongan lain yang juga beramal dengan 'hadis'. Secara logiknya, tidak mustahil jika terdapat lebih dari satu versi Al-Quran.
Musuh Islam dengan bersekutukan syaitan senantiasa mencari jalan untuk melemahkan ajaran Nabi Muhammad dan taktik yang paling berkesan adalah membuatkan umat Islam menyangka yang perbuatan mereka itu adalah baik, padahal disisi Allah adalah sebaliknya. Berjayakah musuh Islam dan sekutu mereka?
Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Itu hanya pendapat anda...secara faktanya tiada satupun tulisan tangan Rasulullah SAW. Memang tidak dinafikan bahawa mungkin sahaja Rasulullah SAW tidak buta huruf tetapi dengan berpendapat bahawa baginda menulis sendiri alQuran itu adalah terlalu merbahaya dan mengundang kritis. Apa ada pada tulisan dan penulisan sekiranya ilmu, kefahaman dan keintelektualan Rasulullah SAW melebihinya....???
Kemungkinan dan keberangkalian...kenyataan :hmm: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam vato dan semua,
Originally posted by vato at 16-12-2006 01:13 AM
Itu hanya pendapat anda...secara faktanya tiada satupun tulisan tangan Rasulullah SAW. Memang tidak dinafikan bahawa mungkin sahaja Rasulullah SAW tidak buta huruf tetapi dengan berpendapat bahawa ...
96:11. Apa pendapat kamu? Jika dia di atas petunjuk,
Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
pernah tebgok ke tulisan AL QURAN yg NABI tulis???
saya rasa NABI TAK PERNAH MENULISNYA
walaupun beliau tahu tulis baca
dan MEMBENARKAN AL QURAN ditulis diatas pelepah kurma dan kulit binatang
kecuali HADITH darinya
satu persoalan::::
KENAPA????
DAN MENGAPA ?????
fikir fikirkanlah wahai umatnya yg semulia mulia umat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|