CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

ORANGBESI BERDAILOG DGN TIM

[Copy link]
Post time 19-8-2006 03:16 AM | Show all posts
perkara berkaitan dosa warisan dan jesus sebagai penebus dosa umatnya atau barangkali semua manusia dr versi bible current yg anda baca boleh statekan ayat atau fasal mana?, beritahu juga bible terbitan yg terbaik, the whole bible yg anda kira terbaik...saya akan cuba carik..

2-dosa asli?maksud anda dosa warisan nie?

3-muhammad sesekali tidak akan memikul dosa ummat baginda kerana setiap org akan memikul dosanya sendiri, tugas baginda menyampaikan sesuatu yg di suruh oleh tuhan tp baginda ttp berusaha utk memberi syafaat di akhirat nanti ...dlm beberapa verse bible sendiri jugak ada menyatakan prinsip yg sama berkaitan setiap org akan memikul dosa mereka sendiri kan...

walau apa pun saya cukup tertarik dengan posting posting pemikiran logik anda yg cukup berhemah tue...even saya lihat ramai forumner dah tak mahu "melayan" anda tp saya sesekali seronok melayan "kerenah" anda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 19-8-2006 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by helmetkebas at 19-8-2006 01:13 AM
bible banyak versi kerana banyak kecelaruan dlm bible tue sendiri kan?...kenapa mesti perlu banyak versi? jika bible yg saya baca tue salah jd di mana di mana versi yg current versi?...adakah 10 ta ...
Memandangkan anda tidak mampu memberi sumber petikan anda itu mana kesimpulan saya anda mencipta esei anda sendiri mengenai Bible yg anda inginkan! Ini kaedah yg salah dlm tatasusila berbincang dlm thread ini. Jgn membohong! Hakikatnya ayat anda itu ditokok tambah, sesedap rasa org islam melihatnya.

Jgn buang masa dgn kerja2 begini lagi yah! Kalau tak ada isu yg benar nak dibincangankan, biarlah hread ini pergi. Daripada anda mencipta suatu fitnah agak kronik.
ff:

[ Last edited by  tiM at 19-8-2006 06:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 12:56 PM | Show all posts
salam

kan helmet dah bacakan BIBLE
kenapa saudara TIM tak tolong bacakan AL QURAN
dan sebagaimana BIBLE,
AL QURAN tu pun dalam BANYAK VERSI
sebab tu UMAT MUHAMMAD berpecah kepada lebih 72 CABANG
dan HANYA SATU MASUK SYURGA

jadi disini PERSAMAAN dalam AGAMA
iaitu MANUSIA suka MENGUBAH APA YG DITURUNKAN
ikut suka dan kehendak kehidupam mereka
jadi TIM pun begitu juga kah????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:35 AM | Show all posts
yerlah...tp saya kan mintak kat awak verse yg awak baca lak berkaitan dosa warisan tue...dan apa apa yg berkaitan dgn pertanyaan saya...itu verse dr bible yg saya baca...saya mintak dr bible versi awak plak..dont beat around the bush laa...kalau awak rasa bible milik saya tue tak betul..then, show me verse from your own plak...saya akan tutup bible saya  dan sama sama kita bincang dr verse awak lak..thats easy kan...
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 25-8-2006 06:38 PM | Show all posts

helmet...

Adakah anda tutup kerana anda tidak mempunyai sumber Bible yg sahih(melainkan propaganda anti Kristian)? Kalau anda nak bincang mengenai Bible secara spesifik sila pergi ke C&C dan buka topik kas kalau tiada topik sediada yg membincangkannya. Di sini kita perlu merujuk pada perkara yg ada nilai imbangan yg boleh melibatkan kedua2 agama...

Pedekatan OB itu adalah betul, di mana kita boleh merujuk kedua2 aagama mengenali value tertentu. Tapi malangnya saya tidak minat utk merujuk sumber utama(dokumen) agama anda melainkan moral dan hujah uman yg boleh kita dapat melalui cerama umum. Ini utk mengelakan berlalu silap tafsir dokumen agama anda. lagipun yg lebih utama kita bina adalah kesejahteraan kita bersama di muka bumi ini yg menyebabkan saya berminat menyentuh mengenai agama anda. Kalau moralnya tiada sangkut paut dengan hidup saya (kami), Tak perlu sesiapapun mengkritiknya kerana itu usuran anda dengan Tuhan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 10:24 PM | Show all posts
tim, berikan saya bible yg sahih...di mana saya boleh mendapatkannya...apa nama bible yg sedang dlm rujukan anda yerk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 26-8-2006 05:36 PM | Show all posts
Apa yg ada pada anda sekarang? Yg anda merujuk soal dosa warisan tuu!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 12:09 PM | Show all posts
Maafkan saya..saya ni memang suka menyampuk tetiba, tapi asalnya thread ni nampak best tapi kenapa tetiba hambar sahaja? namun saya pun nak main juga

Saya percaya akan kelahiran manusia ke dunia ini berpunca dari kemurkahan Tuhan pada Adam dan hawa yg tidak patuh pada hukumNya. Nyawa itu jugalah yg diwarisi oleh semua keturunan adam dan hawa di muka bumi ini. Adakah itu bermaksud manusia perlu memikul dosa yg dibuat oleh umat terdahulu??? Atau adakah sewenangnya umat terdahulu melakukan dosa itu ukuran mereka (individu) dengan Tuhan?? Atau kita masih berada di dunia (yg merupakan tempat adam dan hawa dijauhkan dari kemulian tuhan)?



Hmm... adakah nyawa di warisi? Roh manusiakah? Tapi adakah nyawa itu diwarisi? Bukankah di kurniakan oleh Allah? .Soalan anda di atas
"Adakah itu bermaksud manusia perlu memikul dosa yang dibuat oleh umat terdahulu???"

Saya punya jawapan.
Err... perlukah?, jika saya mewarisi harta daripada ayah saya...tidak semestinya saya menerima untuk saya....saya berhak menolaknya bukan(maksud saya enggan menerima harta peninggalan).Perlukah ada kewajipan untuk memikul dosa orang lain? mengapa pula?

ayat ni pula
Atau adakah sewenangnya umat terdahulu melakukan dosa itu ukuran mereka (individu) dengan Tuhan??

ayat saya pula
Adakah dosa kamu akan turun kepada anak kamu kemudian? kalau dalam islam setiap bayi yang lahir semuanya bersih dan suci...tak kiralah dia anak zina, anak orang islam, anak orang kristian, anak orang yahudi ataupun anak bayi tabung uji.Jadi say sebenarnya masih tak faham apa itu dosa warisan...boleh awak terangkan apa itu dosa terlebih dahulu sebab mungkin berbeza dengan pemahaman saya

dan satu lagi
Atau kita masih berada di dunia (yg merupakan tempat adam dan hawa dijauhkan dari kemulian tuhan)?
Dari saya
Kita masih di dunia ini...tetapi bukan untuk di jauhkan dari kemuliaan Allah tetapi untuk mendekati dengan kemuliaan Allah.

Dalam Islam Manusia di jadikan adalah untuk menjadi khafilah di Bumi bagi mentadbir dan menguruskan bumi dengan sebaik-baiknya(walaubagaimanapun banyak kerosakkan daripada menguruskannya).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 15-8-2006 10:25 PM
Muhamad tidak tahu bahawa Adam dan hawa dimurkahi tuhan yg menyebabkan kita (manusia) ada di dunia ini? Tidakkah dia mewarisi dunia? Atau dia tidak percaya ceritanya begitu? Setiap nabi termasuk Je ...



Setahu saya...Nabi Muhammad saw tahu, Mewarisi dunia? dari siapa?....adakah saya mewarisi dunia, Bumi ni bukan ayah saya yang punya dan bukan datuk atau moyang saya...maka bermakna saya tidak mewarisi bumi ini dari Adam. Pada satu sudut berdasarkan islam saya sebenarnya bukan mewarisi bumi tetapi mewarisi amanah Allah untuk saya sebagai khalifah dibumi.Sudah Tugas khalifah bumi supaya mentadbir dan menjaga bumi ini bagi pihak Allah agar tidak melakukan apa-apa yang tidak di sukai Allah.

Penyataan diatas merujuk bahawa kepada pemahaman kuat Tim terhadap dosa warisan jika Adam dan hawa berdosa dan di turunkan kebumi maka Tim cenderung berpendapat bahawa Nabi Muhammad tentunya faham kenapa berlaku dosa warisan tersebut.Sudah tentu Tim berfikir( kalau salah ampun.......!! mana saya boleh baca fikiran org tapi agak je) bahawa jika hanya Adam dan Hawa sahaja berdosa dan diturunkan kebumi atas sebab dosa tersebut kenapa keturunan manusia tidak di angkat ke syurga atas alasan anak2 Adam tidak melakukan dosa tersebut...bukan.

Seperti yang saya pelajari dahulu, manusia di amanahkan untuk menjadi khalifah di bumi. Jadi Keturunan manusia akan kekal di bumi sehingga datangnya Hari Kiamat dan akan di uji dengan pelbagai-bagai ujian hidup.Tim saya rasa kita kena rujuk dulu kisah-kisah awal penciptaan manusia dan alam semesta....saya ada versi lengkap dalam islam tapi tak pasti kesahihannya, barulah kita fahami sedikit sebanyak tentang apa yang nak di bincangkan sebenarnya.

itu pun kalau tim sudi..lagipun saya ni bukan pandai sangat, secara logik saya agak pandai...tapi bab2 mengingat surah atau ayat Bible ni leceh sikit.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 27-8-2006 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 27-8-2006 11:09 AM
Maafkan saya..saya ni memang suka menyampuk tetiba, tapi asalnya thread ni nampak best tapi kenapa tetiba hambar sahaja? namun saya pun nak main juga




Hmm... adakah nyawa di warisi? Roh man ...

Yaaaa. anda hampir memahami realitinya dosa warisan itu. Saya setuju setiap bayi yg baru dilahirkan adalah bersih dari dosa. Kalau dia mati dalam kandungan lagi bersih dosanya (ada org kata dia akan jadi malaikat). Apabila dilai2 kemanusiaan itu mula terbentuk pada manuisa malah dia akan mewarisinya. Antaranya mula pandai menagis, ada nafsu(keinginan naluri), boleh marah, berbohong, menyakitkan hati orang lain, mengambil hak org lain dan sebagainya Samada dalam keadaan tak sedar ia adalah ukuran yg boleh membawa kepada dosa itu. Apabila anda melakukanya secara sendiri setelah anda mengetahu aturan dosa dan pahanya maka itu dosa perbuatan anda sendiri. BOLEH GITU!:hmm:
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 27-8-2006 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 27-8-2006 11:29 AM

Tim saya rasa kita kena rujuk dulu kisah-kisah awal penciptaan manusia dan alam semesta....saya ada versi lengkap dalam islam tapi tak pasti kesahihannya, barulah kita fahami sedikit sebanyak tentang apa yang nak di bincangkan sebenarnya.

OK...
Itu satu langkah yg baik utk mendalami perkara ini. Saya setuju bahawa kita perlu melihatnya dari permulaan dlm topik ini, walaupun ia pernah dibincangkan dari berkali2 di dlm froum ini semenjak dahulu lagi. Adakah maksud anda kita perlu melihat dari Garden Of Eden? terus kepada kejadian bumi,..... seterusnya hingga para nabi. Nak masuk teori Darwinpun tak ada masalah utk saya... *teori Darwintu kemudianlah hoh!:setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 02:51 PM | Show all posts
salam

steady lah gastrick
kata saudara berdasarkan pemikiran
dan saya takpertikaikan
silakanlah...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 05:20 PM | Show all posts

Selamat Semua

Originally posted by tiM at 27-8-2006 02:08 PM

Yaaaa. anda hampir memahami realitinya dosa warisan itu. Saya setuju setiap bayi yg baru dilahirkan adalah bersih dari dosa. Kalau dia mati dalam kandungan lagi bersih dosanya (ada org kata dia a ...



Hmm...Oooo....Kamu berfikir dari segi itu.Menarik saya rasa saya mula memahami apa yang orang kristian fahami mengenai dosa warisan(rasanya lah). Maksudnya manusia mula mewarisi dosa warisan tersebut ketika mula pembentukan personaliti individu sesaorang manusia. Tetapi adakah dosa warisan itu sesuatu yang tak elok?..atau sesuatu yang menjadi kepercayaan yang mana dosa warisan harus di bersihkan.?.(ini saya rujuk tindakkan orang kristian menbaptis anak mereka).

Saya ada ramai sepupu kecil dan anak saudara(baby + yang umur 3-6 tahun)...dari kecil hingga dewasa skit saya memerhati mereka. Jikalaulah mereka tidak mempunyai nafsu makan...tidak menangis...tidak merajuk...atau sebarang keinginan naluri.... adalah tidak comel langsung kalu dibayangkan mereka seolah-olah patung bernyawa....kalau betul betul itu yang disebabkan oleh dosa warisan maka saya katakan "engkau" menjadikan sifat manusia itu sangat indah.

Biar saya beritahu sedikit mengenai nafsu yang menjadi panduan naluri dari segi islam yang saya pelajari masa mendengar cerita dari jiran yang suka bercerita (saya pun tak ingat sangat). ketika manusia belum tercipta terlebih dahulu Allah SWT menciptakan nafsu walaubagaimanapun sifat nafsu ini amat suka membantah dan menentang Allah, selepas nafsu di cipta seperti biasa Allah SWT memerintahkan makhluk ciptaannya menyembahnya namun nafsu membantah dengan angkuh...sebenarnya bukan syaitan yang menderhaka pada tuhan terlebih dahulu.

Nafsu merupakan makhluk yang tidak berjasad langsung sama ada jasad nyata atau ghaib(saja nak terangkan), Ketika itu Allah SWT sudah pun mahu merancang mencipta manusia dan Nafsu diciptakan Allah SWT adalah sebahagian yang hendak diberikan kepada manusia(sebagaimana roh manusia diciptakan dahulu sebelum jasad manusia..ini kes lain pula). Nafsu tidak di halau seperti Lucifer iaitu malaikat (lupa nama dia dalam versi islam) yang menderhaka kerana iri hati dengan Nabi Adam oleh Allah SWT tetapi di masukkan kedalam Neraka untuk beberapa ribu tahun....agaknya Selepas itu Allah SWT keluarkan Nafsu untuk di perintahkan menyembah Allah SWT tetapi Nafsu enggan. Maka sekali lagi Nafsu merengkok dalam Neraka untuk beberapa puluh ribu tahun...saya betul2 tak ingat tapi yang pasti tempoh makin bertambah. Dan proses ini berulang-ulang beberapa kali dan akhirnya Nafsu mengalah dan menyembah Allah SWT. Dan Allah SWT senang dengan perkara tersebut, Lalu ketika Adam di Ciptakan Allah memerintahkan Nafsu di dalam Adam.

Allah SWT  Maha mengetahui bahawa manusia tidak mempunyai kudrat untuk mengekang Nafsu apabila nafsu mula memberontak suatu hari nanti. Maka Allah SWT menciptakan akal dan apabila nafsu diserahkan kepada Adam Allah SWT menyerahkan juga akal kepada adam(termasuk roh manusia). Kerana Allah SWT mengetahui selagi manusia berakal maka nafsu akan tunduk kepada manusia...selagi nafsu di bawah penguasaan manusia maka tiadalah perbuatan-perbuatan yang tidak di senangi Allah SWT dilakukan.

Itu dari segi teori bahawa manusia tidak akan melakukan keburukkan atau dosa, seperti yang saya fahami manusia di dunia ini adalah sebagai pengujian bagi Allah SWT melihat sejauh mana sesaorang individu tersebut mengunakan akalnya bagi menguasai nafsu.Jika nafsu menguasai manusia, maka manusia akan cenderung melakukan dosa.

Jika kita lihat dari segi kisah bagaimana Nabi Adam dan Hawa di turunkan kebumi, Malaikat Izazil(syaitan)...ya kot (Si Lucicer tu) selepas dihalau dari syurga dia berniat hendak mendorong Adam dan Hawa melakukan dosa...macam biasalah seperti mana orang kristian ketahui bahawa Lucifer bertukar menjadi ular...tetapi versi islam saya tak pasti yang pasti  cuma yang pasti syaitan memujuk Adam memakan buah larangan di syurga tetapi Adam tidak termakan pujukkan tersebut dan syaitan mengubah taktik memujuk Hawa hinggakan hawa teringin dan Hawa terpedaya dan memujuk Adam (well boy meet girl...apa lagi cairlah dia).

Kalau di fikirkan....kenapa Hawa teringin memakannya?...nafsu iaitu sesuatu keinginan....mula memberontak dan akal lemah akibat pujuk rayu syaitan. Nafsu adalah sesuatu yang sebati dengan manusia...jika itu akibat daripada dosa warisan...saya rasa tidak.

Dalam islam menjaga nafsu dan akal amat penting, wahyu pertama dalam al quran mementingkan manusia memperolehi pendidikkan. oleh itu bayi yang baru lahir haruslah kita berikan pendidikan(ilmu) bagi mendorong akal matang dan nafsu kita kawal dengan sebaik2nya. tetapi jangan pula buang nafsu....sampaikan tiada nafsu nak makan...mati percumalah.Tuhan jadikan sesuatu itu ada sebabnya ada peranannya dalam dunia ini, sampah pun ada nilainya di sisi Allah SWT.

Sebenarnya musuh orang islam ialah syaitan...tetapi orang islam suka sangat kepada kepada permusuhan dengan orang yahudi dan kristian dan agama lain, sebab itu moral dan iman orang-orang islam di malaysia makin lemah...tengok anak-anak orang muslim yang belia2 ni ramai yang kiok...kerana tak menjaga akal dan nafsu sedangkan syaitan menyerang kedua-dua benda itu.

kalaulah saya merepek banyak walaupun tak ada kaitan harap maafkan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 05:33 PM | Show all posts

Hehehe..

Originally posted by tiM at 27-8-2006 02:17 PM

OK...
Itu satu langkah yg baik utk mendalami perkara ini. Saya setuju bahawa kita perlu melihatnya dari permulaan dlm topik ini, walaupun ia pernah dibincangkan dari berkali2 di dlm froum ini se ...



Maafkan saya biar saya jelaskan....versi lengkap tu ...bukan bermaksud lengkap 100% lengkap ceritanya  bermaksud segi lain iaitu sejarah dari penciptaan roh manusia + roh yang lain dan seterusnya dunia.....sampai adam hawa tercipta dan turunnya manusia kebumi..... ya, dan semua itu dalam kepala saya ....nampaknya kena korek...panas otak saya nanti.

Saya baru saja hampir dua tahun di sarawak... buku-buku tulis saya(sebab saya ni agak pelupa dari segi memori jangka pendek) pasal ni semua kebanyakkannya ada di semenanjung(termasuk buku undang2 jenayah islam dan undang2 keluarga islam yang sangat saya sayang)....jadi kalau apa yang saya terangkan di sini tersilap harap saudara yang muslim terutama orang besi betulkan...saya ni cuma manusia bukan malaikat.

Jadi jangan risau saya ceritakan perlahan -lahan(sepanjang forum ni berjalan) tetapi saya ingatkan  saya masih belum mendapat kesahihan untuk kesemua cerita secara fakta(sebahagian je) iaitu kitab tafsiran atau dari ayat Al-quran dan Hadis kerana saya pun masih mencari juga...tetapi kisah-kisah ini yang membantu saya memahami islam dan harap dapat membantu sesiapa sahaja yang terasa hairan apa sejarah islam sebenarnya.

Saya ucapkan terimakahsih pada En Yusuf (jiran lama saya kerana suka bercerita kisah-kisah agama pada bebudak)
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 05:53 PM | Show all posts

terima kasih

Originally posted by orangbesi at 29-8-2006 02:51 PM
salam

steady lah gastrick
kata saudara berdasarkan pemikiran
dan saya takpertikaikan
silakanlah...........


OrangBesi...
saya sebenarnya bukanlah orang yang pandai dalam agama islam,
semua tulisan saya atau apa yang pernah saya nyatakan adalah berdasarkan pemikiran saya
apa yang saya faham mengenai islam dan apa yang saya tahu mengenai islam
terus terang saya tidak ada sejarah pendidikan islam yang tinggi seperti sekolah pondok ataupun universiti Al azhar
setakat SPM A1 dalam agama islam...itu saja yang saya boleh banggakan....(oh lupe ..saya ada juga mengambil jurusan undang2 keluarga islam dan jenayah islam)
Jadi harap apa yang saya beritahu di sini...jika salah tegurlah saya pun ingin tahu apa yang saya salah.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 31-8-2006 08:59 PM | Show all posts

Yg boleh berbincg di sini dari golongan yg mengaku dirinya X pandai.

Adakah selesa perbincangan itu kalau yg hadir menyedari dirinya tak pandai, Tak baik (suci).... Dengan itu kita boleh berforum secara bijaksana dan menerima dan memberi.

Apapun saya minta maaf kerana tidak semapat repond secara lengkap walaupun saya telah membaca dan memahami natijah saudara/i di atas ni. Harap ada kelapangan di hujung minggu membincangjan ayat demi atat satu persatu.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 2-9-2006 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 31-8-2006 04:20 PM



Hmm...Oooo....Kamu berfikir dari segi itu.Menarik saya rasa saya mula memahami apa yang orang kristian fahami mengenai dosa warisan(rasanya lah).

1) Dosa (apapun dosa) bukan semuanya tak elok bagi manusia. contohnya menipu pencuri supaya dia tidak mencuri. Ada org kata ia sebagai bohong sunat.

2) Nafsu. sememangnya nafsu akan melengkapi akan erti kehidupan dunia ini. Tapi erti kesucian dan kekudusan adalah di luar dari itu. contohnya kalau tiada nafsu, tiada pemimpin, tiada perompak ,tiada polis, tiada seks dan tiada anak... Indah itulah antara gambaran dunia mengenainya, tapi syurga jau lebih indah dari itu....

sebenarnya bukan syaitan yang menderhaka pada tuhan terlebih dahulu.

Saya tak faham apa mesege ini. Adakah cerita anda ini terdapat dlm quran? Ia bercanggah sangat dengan Ajaran Bible.

3) mengikut kepercayaan dan logik saya, nafsu bukan makluk. Ia dicipta oleh Tuhan utk melengkapi manusia ke atas muka bumi ini sesuai dengan firmanya 'beranak pinaklah kamu'. asas yg ada pada adam dan hawa di taman eden adalah keliru yg membuat mereka terpedaya pada pujukan ular yg penuh dengan nafsu utk mencuba makan buah larangan itu. pada saya ular itu bukan ular yg ada di muka bumi ini. dan mungkin juga aple itu bukan eple yg ada di muka bumi ini. Kerana apa logiknya ular menyuruh mereka memakan aple kalau dia tidak memakannya. Sudah pasti dia (ular) memakannya dan mengetahui ia sedap. Dah mencuba aple itu maka mulalah lahir hafsu rasa (menginkan sesuatu) tak kira terlarang atau tidak. roh dengan nafsu adalah perkara yg berbeza (semua agama iktiraf ini).

(Nafsu) Ketika itu Allah SWT sudah pun mahu merancang mencipta manusia dan Nafsu diciptakan Allah SWT adalah sebahagian yang hendak diberikan kepada manusia(sebagaimana roh manusia diciptakan dahulu sebelum jasad manusia. .
Menurut islam adakah nafsu dicipta selepas ciptaan bumi/dunia?

4) Nafsu yg dlm cerita anda itu saya percaya adalah dirujuk pada saitan. Bukanya sifat manusia yg membuat manusia mewarisi dosa warisan di mana akibat dari perbuatan mengengkari larangan Tuhan di taman abadi Tuhan. Akal satu perkara yg boleh bersekongkol dengan nafsu atau boleh juga bersekongkol dengan iman. Tapi iman tidak boleh bersekongkol dengan nafsu. Andai bersifat nafsu ia adalah sifat2 keduniaan yg berbentuk dosadi sisi Tuhan. Kerana Di syurga para malaikat tidak ada nafsu, tidak ada usia mungkin juga tiada akal(tafsiran saya sahaja).

5) nafsu nak makan?... Mungkin itu di luar skop nafsu (instinct). Soa makan ia cukup sekadar kerana lapar(keperluan) utk terus hidup dan sihat. Hendak tidur cukup sekadar kerana keperluan juga. Ilmu, saya setuju utk memastikan manusia boleh bertindak lebih rasional dan menggunakan akal pada tahap yg obtimum.

Sebenarnya musuh orang islam ialah syaitan...tetapi orang islam suka sangat kepada kepada permusuhan dengan orang yahudi dan kristian dan agama lain, sebab itu moral dan iman orang-orang islam di malaysia makin lemah...tengok anak-anak orang muslim yang belia2 ni ramai yang kiok...kerana tak menjaga akal dan nafsu sedangkan syaitan menyerang kedua-dua benda itu..

Sementara bagi kristian musuhnya juga saitan yg mana Jesus berpesan sekiranya di tampar pipi kiri hulurkan pipi kanan, dan dia meminta ampunilah musuhmu walaupun terpaksa melakukannya berbanyak kali dalam sehari. (pendek kata tiada last warning). Soal akal... dia pernah juga mengingatkan bahawa ada bermacam2 cobaan dan pancaroba di dunia ini selepas pemergianan termasuklah kehadiran nabi palsu yg menyesatkan domba-dombaNya. Dan dalam suasana lain pula di pernah memberi peringatan barang siapa yg membalas kejahatang dengan pedang dia juga akan dihancurkan dengan pedang, sebaliknya barang sesiapa yg membalas kejahatan dgn kasih dan kemaafan maka baginya kemuliaan dan tempat di sisiNya. Tak kiralah Ia bersifat saitan cuma utk menjahanamkan pengikut Kristus di muka bumi ini atau nyawa. Kerana Jesus sendiri melaui kekejaman manusia di dunia....

[ Last edited by  tiM at 2-9-2006 01:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 10:53 AM | Show all posts

hm..

Yg boleh berbincg di sini dari golongan yg mengaku dirinya X pandai.

Adakah selesa perbincangan itu kalau yg hadir menyedari dirinya tak pandai, Tak baik (suci).... Dengan itu kita boleh berforum secara bijaksana dan menerima dan memberi
SELAMAT HARI KEBANGSAAN..


SELAMAT HARI KEBANGSAAN JUGA...Tapi saya tak berapa nak seronok untuk menyambutnya.

Kalau begitu mari kita berbincang...dalam erti kata yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 03:32 PM | Show all posts

Minta maaf

tIM...maafkan saya sekarang saya tak dapat membalas sebab tadi penat2 saya buat panjang lebar tiba-tiba saja black out di sini. Harap maaf...nanti saya balas secepat mungkin.

diharap sabar menunggu.(paling cepat pun esok...atau hari selasa paling lambat)
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 9/1/06 10:46 PM

1) Dosa (apapun dosa) bukan semuanya tak elok bagi manusia. contohnya menipu pencuri supaya dia tidak mencuri. Ada org kata ia sebagai bohong sunat.


many years ago I saw Ehwal Islam (back in the days when it was a good show, now it's called Forum Perdana i think) on RTM, and they said there's no such thing as tipu sunat. a lie is a lie. the end does not justify the means.

[ Last edited by  BeanDiesel at 2-9-2006 11:58 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list