CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ibrahim8876

Filem Seram GONG

[Copy link]
Post time 1-9-2006 03:31 PM | Show all posts

Reply #58 junkredish's post

thank you 4 the info..


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 05:21 PM | Show all posts
filem nie mmg cantik - gambar dia, lokasi dan cgi efek pun cun. cuma masalah utama ialah - TAK SERAM. unsur2 kejutan tu takde langsung. mmg Gong bukan filem seram, lebih kepada cerita misteri jer... (walaupun ada tunjuk hantu/roh)
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by khys at 1-9-2006 05:21 PM
filem nie mmg cantik - gambar dia, lokasi dan cgi efek pun cun. cuma masalah utama ialah - TAK SERAM. unsur2 kejutan tu takde langsung. mmg Gong bukan filem seram, lebih kepada cerita misteri jer.. ...

khys dah tengok? kasik brapa bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 08:10 PM | Show all posts
KOANG RASE REMP-IT KER GONG LAGI BEST??...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 10:27 PM | Show all posts
DAH NONTON DAN MENYESAL TENGOK SEBAB INDAH KHABAR DARI RUPA.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 12:48 AM | Show all posts
biasanya mmg camtuh ler..iklan gempak tp bila tgk siap ngantuk lagi..so aku mls nak tgk citer ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 10:03 AM | Show all posts
Tak best langsung adehhh menyesal gi tgk.....tp tempat yang diowang wat shooting memang cantik2 suka lak aku tgk ...lakonan elyana cam hampeh.:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by aisyah_putri at 1-9-2006 05:28 PM

khys dah tengok? kasik brapa bintang?


2 bintang je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 10:31 PM | Show all posts
aku kasi setengah bintang je...............
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 07:15 PM | Show all posts
Review best dri tontonfilem.blog-city.com


Gong - Bengong

Tragedi silam 500 tahun terhurai. Filem Melayu yang dibikin di luar negara tentu terbarai!



Ini filem yang dinanti-nanti oleh pengarah baik Sandosh Kesavan. Tetapi aku terpaksa kata macam ini: bodoh-bodoh-bodoh-bodoh-bodoh. Ini adalah antara filem terbodoh yang pernah aku tonton setakat ini tahun ini. Ia di atas sedikit Re-Cycle tetapi tetap bodoh. Semuanya rosak. Kesavan dan pengarah fotografi seakan lebih sayangkan latar tempat dari pelakon dan ceritanya, malah pelakon sebenar filem ini adalah Borobodur, universitas, lapangan terbang, rumah dan Yogyakarta (pengarah tidak tahu apa yang dia mahu tangkap, orang atau tanah). Kesalahan besar utama filem ini adalah IA CUBA menggunapakai gaya realisme Sepet yang mengambil shot-shot malas yang bergerak lambat dan tidak bersunting. Tuhan! Ini sebuah filem seram yang jauh dari filem unsur realisme, kenapa pandai-pandai mencampur adukkan teknik? Dan satu lagi masalah filem ini ialah, ia seakan tidak tahu bahawa adakah ia sebuah filem seram atau apa. Memang tampak ia sebuah filem seram. Tetapi mungkin para penerbit sedar ini sebuah "turkey" (lalu mahu mencari strategi pemasaran yang berkesan dengan memanggil sebuah filem bergenre lain) atau takut dengan libasan LPFN, ia memanggil filem ini sebuah filem misteri pengembaraan. TAIK KUCING! Ini sebuah filem seram tetapi tidak ada mutu bagaimana sebuah filem perlu dibuat, malah tidak ada mutu sebagai filem seram. Malah ia BUKAN SEBUAH FILEM. Ia entah apa-apa. Semuanya rosak. Pelakonnya cuba sedaya-upaya untuk menghidupkan filem ini, tetapi silap, ia telah dipipihkan dengan gambaran stereotaip dan bosan. Jehan sekali lagi menunjukkan bahawa dia adalah pelakon yang paling menyampah untuk orang tengok (nada dia entah apa-apa, tak ada fokus, macam Errol Flynt habis!). Malah pelakon Indonesia filem ini (kecuali pelakon perempuan yang mengada-ngada) menunjukkan mereka lebih hebat dari pelakon kita (adakah sebab kita terlalu sangat bermain dengan 'suara dalaman'- taik kucing, Melayu sudah berubah, ingat tu!). Tetapi tahi dalam seluruh filem ini adalah persoalan "flashback" cerita ini. Tampak sangat dialog yang dipaparkan mati dan tak setimpal dengan semangat orang Jawa dahulu yang sebenar, ia seakan cedokan drama Melayu yang disadur kata-kata Jawa kuno, itu aja. Paling teruk, lagunya:- Lari-lari-lari, malah menenggelamkan dialog pelakon, merosakkan emosi imej filem dan pelbagai entah apa-apa semangat yang perlu disampaikan pada penonton. Antara latar lagu terburuk tahun ini. Gong adalah filem yang sangat bengong. Bantai saja kepala kawan anda dengan gong kalau mereka ajak anda menonton filem ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 15/7/06 08:28 PM




mak oihh.. simple giler poster die. stakat anak kucing pon leh wat poster camtuh. :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 11:32 PM | Show all posts
sapa pengarah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 04:39 PM | Show all posts

Reply #71 adieha's post

yang tu teaser poster je. ha, yg nie baru bapak kucin punya...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 08:54 AM | Show all posts
gong -citer benggong
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 1-9-2006 08:10 PM
KOANG RASE REMP-IT KER GONG LAGI BEST??...


absolutely remp-it
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 10:40 AM | Show all posts
mesti tak besh nih --benGONG............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by khys at 7-9-2006 04:39 PM
yang tu teaser poster je. ha, yg nie baru bapak kucin punya...


Low class nye poster
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 02:43 PM | Show all posts
kalo jehan  ader mmg alamat la filem tu tak best
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 10:22 PM | Show all posts
macam mana korang tau tak best ni tengok pon belom.. apelaaa belom try dah cakap tak best.. negatif je selalu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 05:58 PM | Show all posts

yeah

aku dah tengok..
aku rase ok le..nak kata teruk sgt(dengan pengalaman menonton cite Mistik di pawagam) aku rase cite nie tak le seteruk
mana
cume,.slow...terbuai buai..setiap kali kita tertanye2..nape cam nie,.,.nape cam tue..sebab semua ikut kepala
orang buat skrip dan buat pilem nie..

yg kelakor..mase mula..mamat tue naik kuda..konon nak wat muker macho bawak awek naik kuda...kena kejor orang
jahat..tapi muker poyo seposen je...lawak lawak

nape Fasha dok mimpi2...??(mimpi lagik)..
then pegi Indon konon nak buat research...tak penah2 buat research..lebih pada rombongan sambil belajar...
hantu tak tenteram...pe antu tue nak pun kita tak tau..asyik mundar mandir..lalu lalang..terbang sana sini..
cam ne pompuan tue leh curi Gong sebesar tue dalam Muzium..satu lagik tande tanye...

pe kaitan gong ngan antu tue..antu tue mati kena bunuh oleh orang jahat tue..
adik pompuan dier mati terhantuk kat gong...patut pompuan yg mati terhantu kat gong yg menjelma bile gong diketuk
tapi hantu lain lak kuar....nape 5 kali ketuk baru kuar..??

nak buat penonton confius..ada lak mamat indon yg tetibe masuk dalam cite..jehan miskin syak dier..menda yg kita dah
biasa tengok sebelum nie...rupa2 mamat indon tue pun keturunan(pe ntah) sama ngan Fasha....
lebih kelakar Fasha cuber bertutur bahasa Indon..konon penah dok sana...

yg besh pesal cite nie..kelakor gak..
lakonan faizal tue ok lain skit..syarifah sofea..(selain boobs yg sering menjadi fokus camera)dier selambe..
fasha..bosan..cam slalu kita tengok..pompuan sedih..teraniaya...Elyana...selain berpakaian cantik2...takde pe..watak
tak mencabar..tunggu kena kejor antu baru nak nampak expression..tue pun tak hape hape.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060327 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list