CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abuyazid

GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 30-1-2007 07:46 PM | Show all posts

Reply #70 rainbows's post

ni dah kira bicara sufi dah ni ... baca yg ni plak ..

PEJUANG TIDAK SAMA DENGAN SIMPATI

Para-para pejuang kebenaran tidak sama orang yang simpati
atau orang yang hendak disedarkan
Para-para pejuang adalah payung atau tempat orang berteduh dan berlindung
Ertinya para-para pejuang sanggup hidup susah, sanggup menderita kerana keyakinannya dan kerana orang yang hendak diinsafkannya
Para-para pejuang tidak perlu lagi diumpan dengan kesenangan,
pada mereka senang dan susah sama aja
Yang perlu diumpan-umpan dengan kesenangan atau penghormatan adalah para simpati atau orang yang baru datang atau orang yang hendak diajak kepada Tuhan
Strategi ini Rasulullah pernah melakukannya, di antaranya apa yang dilakukannya kepada Abu Sufian
Kerana umpan-umpan dengan kesenangan itu atau dengan penghormatan mereka boleh berjinak-jinak dengan perjuangan dan rapat dengan ahli perjuangan
Dari sini ada peluang lagi mendidik dan meningkatkan keimanan dan kesedaran mereka
Insya-Allah lama kelamaan mereka akan sampai kepada kemuncak kesedarannya
Di waktu itu mereka pula sanggup menjadi payung iaitu pelindung kepada orang ramai terutama orang yang baru sedar
Di dalam Islam zakat bukankah satu asnaf di antara 8 asnaf boleh diberi kepada muallaf orang yang baru masuk Islam
Muallaf itu sekalipun mereka kaya  dan orang besar
Kerana mereka baru masuk Islam hendak diambil hatinya
Seolah-olah orang baru di dalam Islam atau di dalam perjuangan Islam baru peralihan di antara cinta dunia dengan cintakan Tuhan
Diumpan dengan harta itu supaya mereka beralih perlahan-lahan tidaklah secara direntap atau drastik
Lama-kelamaan nanti setelah dididik lagi mereka pun akan menjadi orang lama di dalam Islam mereka akan berubah
Begitulah mendidik di dalam ajaran Islam ini berlaku secara evolusi bukan secara revolusi
Di sinilah bijaksana-Nya Allah Taala mendidik manusia
Ia berlaku bertahap-tahap dan perlahan-lahan tidak secara drastik
Begitulah secara umumnya mendidik manusia ini berlaku secara perlahan-lahan
Kecuali berlaku kepada satu dua orang secara cepat ini tidak diambil kira, Islam memandang secara majoritinya
Di sinilah para-para pejuang perlu faham
Bijaksana di dalam perjuangan perlu ada bahkan kenalah dilaksana
Para-para pejuang mestilah cerdik dan berhalus mendidik manusia
Kalau tidak ramai orang akan menolak perjuangan Islam terutama orang-orang kaya dan cerdik pandai
Bersenilah di dalam perjuangan, bijaksanalah di dalam mendidik, berhati-hatilah memujuk orang
Begitulah perjuangan Islam, banyak perkara yang tersirat yang perlu difaham
Agar perjuangan tidak kecundang


19.6.2003
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2007 12:50 AM | Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim


kali ni nak masukkan huraian Al-fatehah ... try kita baca kedian hayati makna besar 7 ayat yg kita dok baca time solat tu ....

AL FATEHAH - SURAH KEMENANGAN

Terjemahan keseluruhan ayat Al Fatehah ialah:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir semesta alam.
3. Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
4. Raja (Tuhan) yang memiliki hari Akhirat.
5. Hanya Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah kami minta pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada
mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.




SurahAl Fatehah terdiri daripada ayat-ayat Makiyyah atau disebut SuratulMakiyyah. Sebagai ingatan, ayat Makiyyah ialah setiap ayat atau surahyang turun sebelum Rasulullah berpindah atau berhijrah ke Madinah.Manakala ayat Madaniyah pula ialah setiap ayat atau surah yang turunselepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sekalipun ayat itu tidakturun di Madinah.Ayat itu mungkin turun di Mekah, mungkin turun di Thaif atau mungkin turun di dalam perjalanan.


Ayat-ayat di dalam surat Al Fatehah diturunkan secara beransur-ansur sebanyak dua kali, iaitu sebahagian ayat turun di Mekah, sebahagian ayat lagi turun di Madinah. Walau bagaimanapun, semua ayatnya adalah ayat-ayat Makiyyah.

Ia dikatakan surah Al Fatehah atau 慬/font]Surah Pembukaan抂/b]. Ia boleh juga
dikatakan 慬/font]Surah Yang Dapat Kemenangan抂/b] sebab menurut bahasa Arab, 慬/font]kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 4-2-2007 12:50 AM
Bismillahirrahmanirrahim


kali ni nak masukkan huraian Al-fatehah ... try kita baca kedian hayati makna besar 7 ayat yg kita dok baca time so ...


tq...abu yazid...muga usaha anda diberkati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 08:06 PM | Show all posts

Reply #73 rainbows's post

thanks ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 10:13 PM | Show all posts
Sudah disebutkan tadi, intipati Al Quran 30 juz itu ada dalam Al
Fatehahyang sebanyak tujuh ayat. Ertinya, katalah ada seorang yang pakar yangdiberi ilmu oleh Tuhan. Dia tidak membaca keseluruhan Al Quran tetapidia berkata, 揫/font]Mari kita hurai Al Fatehah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 11:38 PM | Show all posts
Bismillah adalah salah satu ayat Al Fatehah. Dalam Surah Al Fatehah ada tujuh ayat termasuk Bismillahi rahmanir rahim.

Bismillahi rahmanir rahim itu adalah ayat dari Al Fatehah (ayatul min ayatil Fatihah). Ertinya ia wajib dibaca di dalam solat ketika membaca Al Fatehah.

Bagi orang Wahabi, mereka tidak memasukkannya dalam Al Fatehah. Oleh itu kaum Wahabi kebanyakannya tidak membaca Bismillah dalam solat. Mereka terus saja membaca Alhamdulillah. Lebih malang lagi, imam-imamnya juga ada yang tidak membaca Bismillah. Padahal kalau imam itu bijaksana, berhikmah dan menghormati mazhab serta memikirkan kepentingan masyarakat umum, apa salahnya dia membaca Bismillah. Bahkan bagi mereka pun membaca Bismillah adalah sunat, bukannya haram. Kalau dia membaca Bismillah, dia dapat pahala sunat.

Sedangkan bagi orang yang yakin Bismillah itu wajib dibaca, maka batal sembahyang orang tersebut bila imam tidak membaca Bismillah. Jadi kalau imam itu bijak, walaupun dia anggap baca Bismillah itu sunat, dia akan membacanya kerana selain dapat pahala sunat dan menghormati mazhab yang lain, ia juga menyelamatkan makmumnya dari terbatal sembahyang.


.....  

[ Last edited by  Abuyazid at 10-2-2007 12:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2007 05:43 AM | Show all posts
ASM.
Fatihah = "tujuh yang berulang-ulang"...

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:46 AM | Show all posts
assalamualaikum..
maafla en. abuyazid, saya nak tanya sikit. daripada post yang awal2 sebelum ini,ada petikan dari pemimpin Rufaqa dan Rufaqa itu sendiri yang ramai sudah tahu telah terpesong mengikut apa yang berlaku di Malaysia ini. Adakah ter'kesan' dari en. abuyazid sendiri yang mungkin selalu membaca dari risalah keluaran rufaqa ini? Tetapi saya lihat ada betulnya juga dari risalah-risalah tersebut..banyak pengajaran.

maafla kalau off topic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 9-2-2007 10:46 AM
assalamualaikum..
maafla en. abuyazid, saya nak tanya sikit. daripada post yang awal2 sebelum ini,ada petikan dari pemimpin Rufaqa dan Rufaqa itu sendiri yang ramai sudah tahu telah terpesong me ...


ada sape2 hadir majlis taklimat mengenai rufaqa pada 8 Jan 2007 dulu?....huhuhu.....sejak tu senyap terus isu ni...yg kelakar ada pak imam yg hadir, lepas ahli panel habis bagi taklimat, dgn selamba dier tanya, apa yg saya nak bagi tahu kat org kampung saya pasal rufaqa yer?....huhuhu...soalan anti klimaks betul....

mesti ahli panel hangat hati sebb berdebus-debus depa bagi taklimat, last2 org tak faham....

sori, selingan jer yer abuyazid.....

[ Last edited by  rainbows at 9-2-2007 02:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 06:45 PM | Show all posts

Reply #78 cak!'s post

walaikumusalam ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 06:55 PM | Show all posts
menyambung ....

Mengapa Al Fatehah ada 7 ayat?


Ini ada hikmah besar. Ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan, secara isyarat.
1. 7 Ayat menggambarkan 7 hari dalam seminggu. Dalam 7 hari itulahmanusiahendak jadi jahat atau baik. Hendak dapat rahmat atau dapatlaknat.Hendak bahagia atau celaka. Hendak jadi kafir atau mukmin.Hendak kayaatau susah. Hendak sakit atau sihat. Ertinya dalam masaseminggu, kalauQuran yang intipatinya ada dalam Fatehah itu berperanan,maka dalamseminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidakberperanan dalamseminggu, maka akan kena laknat lah. Huru hara lah.Haru biru dancelaka. Apa yang Tuhan tentukan itu sudah cantik.

2. Begitujuga dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atauburuk,ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang,selainia adalah rukun Islam yang kedua, di dalam sembahyang itulahsegalaanggota 7 itu digunakan atau terlibat. Kalau agama lain, diamenyembahTuhan, tidak libatkan semua anggota. Bagi Islam, semua anggotaterlibatuntuk tunduk dan patuh. Kegunaan kepala bermacam-macam jenis.Tanganitu berapa banyak peranannya. Boleh buat baik atau jahat, bolehbunuhorang, boleh selamatkan atau celakakan orang. Begitu juga kedualututdan 2 kaki. Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud. 7 anggotapentingmanusia terlibat dalam solat. Sebab itu dalam doa iftitah kitasebut,揾idup matiku adalah untuk Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 9-2-2007 06:55 PM
menyambung ....

Mengapa Al Fatehah ada 7 ayat?

Ini ada hikmah besar. Ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan, secara isyarat.
1. 7 Ayat menggambarkan 7 hari dalam semingg ...



wow...betui jugak no...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 9-2-2007 05:43 AM
ASM.
Fatihah = "tujuh yang berulang-ulang"...

wallahua'lam.


WSM ...
saya nk masukkan mengapa 7 ... ada org sebut plak 7, tapi tujuh yg berulang2 ni apa maksud dia ... ? kita boleh share sikit ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 11:39 PM | Show all posts

Reply #82 ussopp's post

ada lagi 7 ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 11:42 PM | Show all posts
Mengapa istimewa angka 7 itu?

Cuba kita fokuskepada 7 ciptaan lain yang mana ia bukan merupakan huruf atau ayattetapi bersifat maddi atau maknawi...ada 7 anggota badan, 7 langit, 7syurga, 7 neraka, 7 hari dan 7 nafsu.
Hari juga diciptakan 7,tidak 8 atau 9. Mengapa 7? Allah yang Maha Tahu rahsianya. Itu manusiatidak boleh jawab. Allah juga memilih untuk membuat anggota badan itu7. Semua ciptaan-ciptaan yang berkait rapat dengan pengendalian hidupmanusia, Tuhan samakan dengan Al Fatehah, ummul Kitab ini.
Cubakita lihat nafsu yang ada 7 peringkat. Manusia akan bermula denganpaling jahat kepada paling baik kalau dia benar-benar mengendalikannafsunya. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk study danpraktikan berkaitan nafsu, manusia akan mampu membawa dirinya daritahap ke tahap. Dia akan pernah jadi seorang yang bernafsu amarrah, pernah jadi lauwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah dan paling tinggi akan sampai ke mardhiah. Namun ada kalangan manusia yang mampu sampai ke nafsu kamilah yakni nafsu yang paling atas.
Manusia biasa boleh menjangkau sampai mardhiah kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.
Setakat kita ini mulhamah pun sudah OK, kalau boleh pergi sampai ke mutmainnah, itulah yang terbaik untuk kita.

Bagaimanauntuk kita mengendalikan nafsu kita supaya sampai jadi taraf malaikat,itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Tidak boleh dirujuk kepadailmu jenis lain. Siapa yang boleh kuasai Al Quran sepenuhnya dan diapraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimanadia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap.

Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsuyang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu,dia boleh mentadbir nafsunya. Tetapi untuk itu mesti dirujuk kepada AlQuran. Ayat Al Quran terlalu banyak namun Allah yang Maha Bijak telahmeminta kita tumpu pada 7 ayat sahaja.Kalau kita boleh ambil 7ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada dalamnya makadengan hanya itu sahaja caranya kita boleh mengendalikan nafsu kita.
Yangsebenarnya kalau kita bolah kuasai 7 ayat itu, kita boleh sampai keperingkat ke 7 nafsu kita yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dankuasai. Nabi-nabi boleh buat sampai peringkat ke 7 itu. Rasulullah SAWboleh tetapi setakat kita yang hari ini makna Fatehah pun belum faham,rasanya tidak sempat untuk sampai ke peringkat itu. Dapat mulhamah pundah cukup.
Allah yang menciptakan nafsu itu 7 peringkat, tahuuntuk memadankan dengan 7 ayat dari surah Al Fatehah. Allah menetapkankekuatan 7 ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan 7 peringkat nafsuitu walaupun sifatnya tidak sama.

*bersambung ...  *dh nk habih

[ Last edited by  Abuyazid at 10-2-2007 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:28 AM | Show all posts
ASM.
tuan Abuyazid,
hebat sungguh tulisan tuan dan aku pun tumpang sama dengan tulisan tuan. Rasanya betullah semua yang tuan tuliskan tu.
ada sedikit dari yang amat sedikit yang aku tahu, FAtihah ni banyak namanya. Lebih dari 30 nama dan salah satunya "tujuh yang berulang-ulang".
"tujuh" tu merujuk pada 7 ayat Fatihah, "berulang-ulang" tu merujuk kepada banyak hal. Contohnya yang mudah, kita sering ulang ayat ni dalam solat, ulang sebagai zikir dll. lah.
Banyak lagilah maksudnya cuma secara umumnya gitulah alkisahnya...
maaf kalu aku silap,
Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2007 01:16 AM | Show all posts

Reply #86 sikomeng's post

WSM ...
ni bukan tulisan saya, apa yg saya baca dan rasa best tu yg share gan kwn2 kat sini ...
mcm forumer lain ler ,,, mcm awk juga ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 07:15 AM | Show all posts
ASM.
  bak kata orang melayu, "hanya jauhari mengenal maknikam..."

Konsep "tujuh" ni jugak diselami dengan mendalam oleh orang-orang tasawuf, orang2 sufi. Malah diorang punya sistem yang teratur dalam "numerology" ni. Hingga tiap huruf dalam al-Quran tu, diwakil dengan nilai nombor dan ada sistem kiraan yang kompleks jugaklah, kalau tak betul-betul faham, bole "mereng" dibuatnye!
Fatihah ni misalnya, depa transfer dalam bentuk nombor hingga kalau orang yang tak tahu tengok, dia ingat benda mengarut aje. Mudahnya bukan apa, senang nak bawa bejalan, kalau termasuk dalam tempat tak bersih pun taklah macam bawak surah Fatihah betul-betul. Pada hakikatnya, tetap surah fatihah tu wujud...
Dalam Agama Islam jugak, bukan takat nombor 7 yang menjadi fokus. Lain-lain nombor adalah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 11, 12, 14, 21, 33 dan lagi, dan lagi, dan lagi......
tapi "7" pada adatnya, duduk dihirarki paling tinggi, dengan sebab yang valid pulak lah, bukan saja-saja letak kat situ. Secara umumnya, begitulah...
Bilangan huruf dalam surah fatihah tu, bilangan ayat, kaedah wakaf, dll. lah, amat berkait dengan alam yang ghaib...
gitulah adanya...

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 04:30 PM | Show all posts
ASM

Setelah baca post2 di atas, ada beberapa kemusykilan di sini :

1. betul ke ayat Al-Quran ada 6666 ayat?sebab saya ada baca post kat buletin lain yang tajuk dia "homework buat korang"..ade berbagai2 jawapan kat sana n tiada yg mengatakan  ayat Al-Quran ada 6666 ayat.

2. Bagaimana seminggu=7 hari timbul?Sape yang cipta?bila ia mula digunakan? Adakah zaman Rasulullah dulu telah digunakan? - tiba2 je terfikir...

maafla, cuma nak dapat kepastian je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2007 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 10-2-2007 04:30 PM
ASM

Setelah baca post2 di atas, ada beberapa kemusykilan di sini :

1. betul ke ayat Al-Quran ada 6666 ayat?sebab saya ada baca post kat buletin lain yang tajuk dia "homework buat koran ...


WSM ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081764 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list