|
kali terakhir ke MUZIUM NEGARA? Sila Beri Pandangan (merged: liesl )
[Copy link]
|
|
Maklumat lebih interaktif
Oleh JULIA ISMAIL
[email protected]
SUSUN atur di dalam Muzium Negara kini lebih menarik.
MUZIUM sering dianggap sebagai tempat yang cukup membosankan. Malah, ia mungkin antara destinasi terakhir dalam senarai lawatan jika lokasi itu dicadangkan.
Tidak kurang ramai yang mengelak untuk singgah ke muzium walaupun berkali-kali diajak oleh kenalan atau ahli keluarga.
Senario inilah yang menyebabkan Muzium Negara misalnya, hanya popular di kalangan pelajar sekolah rendah yang datang secara rombongan atau pelancong asing yang dibawa oleh ejen pelancongan.
Mengapakah reputasi Muzium Negara hanya dilihat sebagai tempat menyimpan khazanah negara dan bukannya sebagai satu destinasi yang tidak jemu dikunjungi?
Ada banyak kemungkinannya. Sejak dibuka pada 31 Ogos 1963 tiada kerja-kerja menaiktaraf dilakukan secara besar-besaran dan menyeluruh. Ini menyebabkan tanggapan orang ramai terhadap Muzium Negara tidak berubah.
Promosi
Atau mungkinkah tiada promosi yang hebat sehinggakan tanggapan orang ramai terhadapnya kekal sejak puluhan tahun lalu? Tanggapan itu perlu diperbetulkan kerana Muzium Negara sering menganjurkan pelbagai aktiviti dan pameran bermusim sebagai tambahan kepada pameran yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Melihat 'nyawa' Muzium Negara seperti kata pepatah telur di hujung tanduk, pelbagai pihak mula memberi teguran termasuklah para pencinta warisan budaya. Malah, ahli Dewan Negara pernah menegur dengan menyatakan Muzium Negara sama taraf dengan muzium kelas ketiga. Sehubungan itu, pihak Jabatan Muzium Negara (JMM) merasakan satu perubahan drastik perlu dilakukan segera.
MAKLUMAT yang dipaparkan lebih mudah difahami.
Dana
Inisiatif untuk melaksanakan projek menaiktaraf Muzium Negara dimulakan empat tahun lalu. Ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan dana sebanyak RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Penghujung tahun lalu, Muzium Negara berwajah baru. Namun, perbezaannya tidak begitu ketara. Bagaimanapun, pengunjung dapat melihat 100 peratus transformasi di ruang pameran dan empat galerinya.
"Kita harus mengubah persepsi orang ramai mengenai Muzium Negara dan menjadikannya sebagai satu destinasi yang seronok dikunjungi.
"Ia juga perlu mencerminkan budaya kita melalui maklumat interaktif supaya lebih mesra pengunjung," kata Ketua Pengarah JMM, Ibrahim Ismail.
Jalan cerita
Menurut beliau, sejak Muzium Negara dibina tiada perubahan ketara dapat dilihat. Oleh itu katanya, orang ramai melihat Muzium Negara dengan persepsi yang sama sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Menurutnya, sebelum projek itu bermula, satu jawatankuasa dibentuk dan beberapa pakar dikenal pasti bagi mengumpul idea untuk menentukan konsep muzium dan 'jalan cerita' bagi pameran tetap yang diadakan di Muzium Negara.
Kerja-kerja pengubahsuaian struktur dalaman naik taraf Muzium Negara telah dimulakan pada Jun 2006 setelah segala konsep dan 'jalan cerita' ditentukan oleh pakar-pakar perunding dan pihak muzium sendiri.
Secara umumnya, pameran tetap ini dibahagikan kepada empat zon utama iaitu Zon Kemunculan Masyarakat Awal, Kerajaan Melayu Awal, Kedatangan Kuasa Luar dan Negeri-Negeri Melayu dan Malaysia Kini.
MAMPUKAN Muzium Negara menarik orang ramai selepas transformasinya?
Sebagai permulaan pengubahsuaian, tingkat satu iaitu Galeri C dan D telah ditutup untuk menjalankan kerja-kerja menaiktaraf, sementara Galeri A dan B di tingkat bawah masih dibuka untuk kunjungan para pelawat.
Pada masa yang sama, kerja-kerja luaran bangunan muzium, menyusun atur semula pameran luar, membina pentas terbuka serta khemah berbumbung di perkarangan muzium.
Interaktif
Muzium Negara sebelum ini bersifat konvensional dalam menyampaikan maklumat misalnya, tulis dan papar. Begitu juga dari segi persembahan artifak yang dipamerkan.
"Kini, penyampaian lebih interaktif dengan kios maklumat diletakkan di setiap galeri, selain penggunaan projektor," katanya.
Beliau memberitahu, untuk melakukan pengubahsuaian itu, pelbagai aspek perlu diambil kira. Ini kerana pengunjung muzium terdiri daripada pelbagai umur dan golongan masyarakat, dalam dan luar negara.
"Kami mahu maklumat yang diberikan sampai kepada pengunjung tanpa mengira umur dan bangsa.
"Apa yang penting adalah pengunjung berasa selesa dan seronok ketika berada di muzium," katanya.
Jumlah pengunjung dilaporkan turut meningkat pada setiap bulan sejak Januari tahun ini. Tiga bulan pertama, sebanyak 69,611 jumlah pengunjung dicatatkan manakala dari April hingga Jun, sebanyak 96,613 pelawat singgah di Muzium Negara.
INILAH wajah asal Muzium Negara pada awal penubuhannya.
Perubahan
Mengulas lanjut katanya, bukan Muzium Negara saja menjalani proses pengubahsuaian, malah muzium-muzium di bawah JMM juga kini giat menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.
Ini termasuklah Muzium Perak di Taiping, Perak; Muzium Kota Kayang di Perlis dan Muzium Arkeologi di Lembah Bujang, Kedah.
"Saya terpegun melihat susun atur Muzium Negara dan usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan cukup membanggakan.
"Mesej yang disampaikan mudah diterima oleh pengunjung dewasa atau kanak-kanak. Saya lihat mereka tidak mempunyai masalah untuk memahami input yang diberikan. Dengan hanya melihat artifak yang dipamerkan, itu sudah memadai untuk membuatkan mereka faham," kata seorang pengunjung, Faradillah Harun, 27, dari Labuan, Sabah.
Faradillah yang pertama kali mengunjungi Muzim Negara menjelaskan, pemikiran masyarakat tempatan mengenai Muzium Negara harus berubah. Ini kerana rakyat tempatan sering mengagungkan muzium negara luar, sedangkan muzium di negara sendiri belum diterokai.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Zain Daud, 45, memberitahu, perubahan yang dilakukan oleh Muzium Negara mampu menarik lebih banyak pengunjung.
"Banyak pembaharuan yang dilakukan dan kemudahan yang ditawarkan juga bersifat interaktif," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam pegi muzium,
ada pameran 'magic from the heart of the jungle'
herba dari belantara...(melibatkan orang asli)
mmg boleh kata, semua pasal hutan dan orang asli
tumbuhan2, pengubatan etc...
seronok. sempat join tarian sewang sekali.
pastu, naik atas...
pegi tengok pameran permainan masa kekecik..
enjoy nyerrrrrr!!
kul 5.45pm baru gerak kuar. tak puas rasa mcm nak main semua mainan tu banyak kali. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pegi muzium negara skali je... masa darjah 4, tahun 1990.. masa tu meriah dengan tahun melawat Malaysia. Tu pun aku ikut rombongan sekolah. Lama kemudian, aku kerja study kat KL.. dlm 2 tahun lebih.. pastu kerja kat KL pun 2 tahun jugak seblum aku balik Johor... dalam masa tu aku x pergi pun muzium negara, padahal aku minat betul dengan benda2 sejarah ni... agaknya kurang tarikan?? entahlah, aku tak pasti... |
|
|
|
|
|
|
|
apa perkembangan muzium negara sekarang ni eh?
aku boleh di katakan hari2 lalu belakang muzium negara nak pergi ofis kat jalan duta.
last time aku masuk muzium was 20++ years ago...rombongan sekolah.
betul la cakap forumer kat sini...suram betul la muzium negara.
aku pernah pergi muzium diraja bangkok dan juga singapore national muzium...
pehhh macam langit dengan bumi muzium diaorang dengan muzium negara kita...lagi2 muzium singapore yang aku rasa only next to British Museum dari segi kehebatannya...
lately aku tengok rajin jugak muzium negara buat exhibition...paling latest yang tenunan songket tu...
aku rasa muzium kena revamp balik la...buat lebih menarik...aku rasa kalau muzium negara sehebat national museum of singapore...entrance fee bayar RM10 pun aku tak kisah...
di singapore museum, persembahan dibuat dengan begitu menarik...pengkategorian sejarah mengikut zaman dan budaya...kalau masuk ruangan melayu tu aku rasa aku lagi banyak belajar mengenai bangsa melayu dari aku belajar dekat buku text or muzium2 kat negara kita...muzium negara especially....rasa malu plak bila fikirkan cina-cina singapore lagi thorough research mereka dan lagi menarik exhibition pasal bangsa aku sendiri...
aku rasa bukan setakat muzium je...zoo negara pun camtu gak...dah jadi macam kandang ternakan je aku tengok... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya yg dah tua ni pun belum jejak lagi...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
i x suka la muzium ada banner, print2 kertas tepak, print gambar2 tepek, tepek kertas2 aja, kemudian ada patung cam kat kedai baju, ada serpihan tembikar tak bercorak mmg boring.
i suka kalu muzium ada gambar dilukis tangan, kayu diukir, mural batu, mural kayu, tembikar bercorak pelik2, patung yang diukir, barangan yg pelik2 etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 14-6-2009 12:19 AM
pergi muzium hari khamis minggu lepas dan tadi petang.
Saya sependapat dengan Encik Syd ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar nak tanya.
Kenapa ada larangan membawa masuk kamera di kebanyakan muzium yer?
Ada sesiapa yang tau? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Aku rasa lama bebenor dah jugak aku tak pergi muzium... Kalau muzium negara lagi lar lama... Pepe pong muzium ni adalah antara tempat aku memang suka pergi walaupong ada kalanya rasa bosang...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya tak masuk muzium
sejak keje2 renovation bla bla bla
rasa mcm nak p sana balik laaa |
|
|
|
|
|
|
|
jkkkj posted on 5-4-2014 03:41 PM
Sekadar nak tanya.
Kenapa ada larangan membawa masuk kamera di kebanyakan muzium yer?
Saya tak tahu sebabnya secara rasmi, ni pendapat saya + orang yang cakap.
Bahan-bahan pameran ni boleh kata hak ekslusif. Kira kalau nak tengok, kena datang muzium. Kalau ambil gambar, dah tentu kita post di fb, twiter, ig, blog dan yang sewaktu dengannya. Bila orang lain boleh tengok gambar tu di Internet, dah tentu ramai yang tak datang muzium lagi.
Ada juga bahan pameran tu didokumentasikan. Ada buku ke, pamflet ke...sama ada dijual atau diberi percuma. Sebab tu mereka tak bagi kita ambil gambar.
Tapi dulu...saya ada masuk muzium kesenian Islam, pameran masjid-masjid seluruh dunia. Tak bagi ambil gambar sebab replika masjid tu diletak dalam bekas kaca, gambar yang diambil mesti tak cantik sebab pantulan, biasan...
Agak kelakar juga masa pegawai tu cakap. Entahlah
|
|
|
|
|
|
|
|
Muzium negara dan muzium kesenian Islam, 7 Mac 2006. Siap tarikh lagi sebab tengok gambar tu balik dalam laptop
Pergi sebab ada assignment. Kalau tak ada assignment, memang takkan pergi, walaupun selalu rasa nak pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 6-4-2014 11:07 AM
lamanya tak masuk muzium
sejak keje2 renovation bla bla bla
Rajinnya Syd masuk muzium.
Memang suka ye?
Bila habis renovation ye?
Rasa nak pergi juga la
|
|
|
|
|
|
|
|
Eva_yy_Ellin posted on 9-4-2014 01:54 PM
Rajinnya Syd masuk muzium.
Memang suka ye?
Bila habis renovation ye?
Saya percaya bahawa Encik Syd ni seorang peminat sejarah dan kebudayaan.
Sama macam saya jugak...hehehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Paling last pegi Muzium Negara masa Pameran Hantu, zaman Pengarah Datuk Shahrom Yub, memang best tengok kepercayaan manusia dgn unsur-unsur mistik.
Lepas dah berpindah keje, x dok KL xde harapan la nk p tengok.
Sekali hr tu pegi Paris, Muzium yg ada segitiga kaca tu....rupanya yg tu pintu masuk je ke bawah. Sampai bawah, nak masuk muzium kena bayar lagi..mahal lak tu.
Muzium yg selalu aku masuk Mezium Kota Ngah Ibrahim...sebab abang keje situ dulu. Dtg opis dia, melawat muzium la sekali.
Muzium tempat best....tp Pengarah dia mesti org yg passion ttg sejarah tapi kreatif. Tahu kehendak pasaran dan bukan syok sendiri. Yg masalah, pgw yg keje muzium ada setengah tu sebab last choice..tersalah ambik subjek kt U sebab sabjek lain x lepas. End up keje muzium....minat separuh masak. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|