|
SOLAT WAJIB TAPI MALAS [merged: EddyAdy, Katak Pisang, jagung, sunquick]
[Copy link]
|
|
TQ Semua...:love:
Berat jugak nampak nya perbicaraan bab solat ni...:stp:
Nampak macam senang.. tapi susah nak istiqamah...
tepuk dada tanya iman... tapi iman plak sering berubah...
masa iman kita kurang... takkan nak tanya iman lagi kot..?
makin kongpius aku ni.. :stp: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tepuk dada tanya iman... tapi iman plak sering berubah...
naper kita salu kene melihat dari sudut negatif. iman berubah-ubah, mesti ada cara utk memaintainkan dia. macam arus elektrik.. sinusoidal & distabilkan dengan kapasitor. Allah mengingatkan kita bahwa iman berubah2 supaya kita selalu berusaha memperbaharui iman, bukannya supaya kita tidak percaya pada diri.
kerana itu wujudnya perkataan2 spt mujahadah dsb. hidup sebagai hamba Allah bukan sesenang jadi hamba TV, kita boleh duduk berejam2 di depan TV tanpa berbuat apa2. hamba Allah mesti bekerja dan berfikir.
dalam Quran byk ayat2 yg menyuruh kita berfikir.
solat...amal ibadat.. perbuatan baik.. adalah antara 'jemputan' Allah SWT. kalo kita sendiri malas nak solat, paham2la macamana hubungan kita dengan Allah. kalo kita suka orang datang rumah kita, maknanya kita suka la orang tu kan?
wallahuaklam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Presa1200 at 8-6-2006 05:45
ingat kematian sentiasa
berzikir byk2 supaya mengingati Allah dan sembahyang lebih kusyuhk
betul tu sentiasa ingat mati.... jikalau kita mati mungkin sekejap lagi, esok ,lusa atau bila2.... tanya pada diri kita apa bekalan yang kita ada untuk mengadap Illahi. tak guna buat amal kebajikan yg lain klau seseorg hamba Allah itu tidak mengerjakan solat. solat itukan TIANG agama. sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah berat.
lagi satu cuba tgk diri sendiri... selama ini ape yg diminta selalunyer Allah beri.Allah dengar permintaan kita. tetapi kenapa amat payah sekali kita untuk mendengar perintah Allah??? buat suruhan Nya. sy cukup takut jika Allah tarik balik nikmat yg Dia pinjamkan kepada sy.....
cuba tgk bangsa lain, kat tapak projek pun antara benda pertama yg ada ialah tempat semayang diorg!!!!! diorg pun semayang(ikut cara diorg lar) kita umat ISLAM...x solat... ya Allah malunyer!!!!!
"sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat KECUALI bagi orang-orang yang beriman" |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia solat
inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar
& nangkir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam Kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aamoi at 10-6-2006 11:54 AM
inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - B ...
TQ semua...
alangkah baik nya sekiranya aamoi dapat membawakan
sumber yang sahih tentang info diatas..
:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
en jagung...
utk previous post tu amoi copy dr email. info sebenar amoi x tau dari mana....
dan amoi nak share artikal ni ngan sume kawan2.
artikal semalam dari berita harian.
Solat lima waktu tidak membebankan
Oleh Wan Aminurrashid
Ibadat dilakukan penuh khusyuk dapat membentuk peribadi, akhlak mulia
SOLAT adalah ibadah utama dan istimewa dalam Islam. Solat juga tiang agama dan amalan yang paling awal dihisab di yaumil mahsyar kelak. Ia berdasarkan hadis sahih bermaksud: 揝esungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima (ditolak), maka kecewa dan rugilah dia..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Allah tidak membebankan manusia dengan kewajipan solat. Manusialah sebenarnya yang memerlukan solat kerana manusia memerlukan Allah. Menerusi solat, manusia dapat selalu berinteraksi dengan Allah sehingga sentiasa ingat dan dekat dengan penciptanya.
Lebih jauh lagi, tujuan Allah menyuruh solat supaya seseorang itu menjadi baik dan berperibadi unggul. Jadi, bukanlah bermakna, kalau solat sudah ditunaikan, gugurlah kewajipan sehingga tidak melihat kesan daripada hasil pelaksanaan ibadat itu.
Dengan sentiasa mengingati Allah menerusi pelaksanaan solat lima kali sehari semalam yang dilaksanakan secara baik dan sempurna akan mampu membendung pelakunya daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman bermaksud: 揝esungguhnya sembahyang itu (yang sempurna) mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dan ini sambungannya.....dr bh hari ini.
petikan dr berita harian hari ini.
Lukman nasihat jangan tinggal solat, bersabar
Sambungan semalam
PERKARA kelapan yang ditegaskan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah menjaga solat. Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).
Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.
Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: 揌ai anakku! Dirikanlah solat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jagung at 3-6-2006 11:46 AM
Kita sebagai muslim memang tahu solat itu adalah wajib...
tapi persoalannya kenapa masih ada yang malas melakukannya...
sila beri pendapat anda..
terima kasih.. JaG..
Salah satu sifat mahmudah yang wajib dipunyai oleh seorang muslim adalah sifat sabar.
Satu ciri dari seorang yang sabar adalah dia redha dengan setiap bala dan cobaan yang
dikenakan Allah kepadanya, tanpa banyak komplen/mengadu sesama manusia tetapi mengadu hanya
kepada Allah di samping berusaha.
Keywords : kurang mengadu sesama manusia, rayu/adu HANYA kepada Allah, berusaha
Solat adalah salah satu laluan di mana seorang hamba boleh merayu/mengadu kepada Tuhannya,
waktu sujud adalah antara masa afdhal berdoa selain bacaan dalam solat itu sendiri penuh
dengan doa dan rayuan. Kalau tok Imam sujudnya sekejap tak sempat untuk berdoa,
solat sunat pun boleh digunakan untuk tujuan ini.
Tanyalah diri yang malas solat itu, apa masalah yang yang dihadapi dirinya SEKARANG? Apakah
cubaan Allah kepadanya pada masa INI?
Tak cukup duit?
Suka buat maksiat?
Selalu tak sihat?
Boss selalu marah?
Mak Bapak selalu sound?
Study tak masuk?
Bini suka berleter?
Laki malas?
Fikiran kacau?
Ketagih macam-macam?
Anak-anak tak dengar cakap?
Solat tak khusuk?
Galakkan si empunya diri untuk menggunakan solat untuk mengadu masalahnya kepada Allah.
Berdoalah, merayulah, mengadulah masalah diri kepada Allah dalam solat, di dalam hati ketika membaca
iyyakana' budu wa iyya kanasta'in..., ketika sujud, ketika ruku' , ketika duduk antara dua sujud, dan lain-lain. Hanya Allah
dan yang empunya diri saja yang tahu apa yang dirayu.
[Kadang2 fikir-fikir balik, mengadu kat manusia ni kerapkali tak banyak guna, lainlah mengadu tu kepada doktor
yang boleh memberi ubat atau tok guru yang boleh memberi ilmu yang benar..itupun ada jugak doktor penipu
dan tok guru munafik!]
Kalau tak cukup duit, minta Allah kayakan dengan rezeki yang halal dan jauhkan dari rezeki yang haram.
Kalau suka buat maksiat, minta Allah penuhkan perbuatan dengan ketaatan dan jauhi dari maksiat.
dan sebagainya..
Inshaallah segala permintaan akan dimakbulkan Allah dengan cara yang tersendiri yang hanya si diri itu
yang tahu dan si diri tidak akan malas lagi bersolat, malah akan merindui solatnya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
tenuk8 This user has been deleted
|
kui kui kui...
J tanya... tapi J dah jawab.. kita masyarakat islam... selalu tinggal solat yg wajib sebab MALAS...
tuh lah jawapan dia... malas.... malas.. malas...
kui kui kui...
bila ada pisau kat belakang.. api terbakar2 kat belakang... baru sibuk2 nak sembahyang lah apa.. tapi selagi takde sapa2 nak paksa... lepak2.. jer.. MALAS nak tunaikan yg wajib |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 8-6-2006 12:07 AM
Assalamu'alaikum,
seseorang telah mengkhabarkan kepadamu bahawa gula itu rasanya 'manis'.
Sekarang engkau sudah tahu bahawa 'gula' itu manis... bukankah begitu?
Tetapi APAKAH 'manis' itu? T ...
Setuju dan faham.....
tq... |
|
|
|
|
|
|
|
yg ini saya dapat dari ruangan 'ANDA SOAL *DR MUSA BIMBING' , akhbar SIASAH (23 Jun- 6 Julai), bahagian Agama m/s 39.
*DR MUSA --> DR MUSA FATHULLAH HARUN
buleh la kut saya post kat thread nih..kalu tak buleh, mintak maap la mod..
Cara untuk khusyuk dalam solat:
Soalan :
Boleh ustaz terangkan bagaimana caranya untuk khusyuk dalam solat agar kita tidak terganggu atau teringat dgn perkara2 yg lain sewaktu solat.
Jawapan:
Mengikut pandangan Imam Ghazali, untuk khusyuk dalam solat, mestilah wujud makna-makna batin bagi menyempurnakan amalan solat, yg terhimpun dalam enam perkara iaitu:
Pertama: hudur al-qalb, iaitu mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan atau ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yg kita lakukan dan apa yg kita ucapkan; dan fikiran kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya.
Kedua:tafahhum, iaitu berusaha memahami makna yg kita baca atau ucapkan dgn menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yg dibaca dan berusaha menolak pelbagai lintasan fikiran yg liar
Ketiga: ta'zim atau mengagungkan, yg merupakan keadaan hati yg lahir daripada 2 makrifat, iaitu makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah yg kita munajati, yg merupakan salah satu asas keimanan, dan makrifat akan kehinaan diri dan kedudukan kita sebagai hamba yg hina dan lemah, yg tidak memiliki sebarang kekuasaan
Keempat: haibah, iaitu perasaan takut yg berpunca daripada ta'zim dan yg timbul drp makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendak-Nya ke atas diri kita.
Kelima: raja'atau harap, iaitu perasaan yg timbul daripada makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat dan kebenaran segala janji Allah, khususnya janji syurga bg org2 yg menunaikan solat.
Keenam:haya' iaitu perasaan malu yg muncul drp perasaan kekurangan atau kecuaian kita dalam ibadat, keburukan batin serta kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yg segera dlm segala amal perbuatan dan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya.
Untuk memperolehi penjelasan lebih lanjut, bacalah kitab Perjalanan Rabbani Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat m/s 394 - 406
[ Last edited by petaijeruk at 24-6-2006 10:59 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petaijeruk at 24-6-2006 10:55 PM
yg ini saya dapat dari ruangan 'ANDA SOAL *DR MUSA BIMBING' , akhbar SIASAH (23 Jun- 6 Julai), bahagian Agama m/s 39.
*DR MUSA --> DR MUSA FATHULLAH HARUN
buleh la kut saya post kat thread n ...
thanx 4 da gud info...:tq: :tq: :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
solat "tak terjaga" tapi nak pergi Haji
sayang kan kalau seseorang sedang buat persiapan nak pergi Haji tapi biasanya solat tak terjaga?
saya ada kawan sekerja, bukan buruk sangka tapi saya tak pastilah dia ada buat solat ke tidak (maksudnya Zohor). Maklumlah kalau ada orang masuk tempat solat mesti ada perubahan2 sikit kat tempat tu, seperti sejadah. Tapi yang pasti dia tak pergi Jumaat (kalau Jumaat tu hari kerja). Tujuan saya bukan nak kutuk orang; cuma nak luahkan rasa sedih and kasihan.
Apa pandangan kamu? Adakah tu "normal" jika dari tingkah laku seseorang, kita ada anggapan "macam mana dia orang ni jaga solat"? Berdosalah eh kalau fikir macam ni ? Agak2nya dlm masayrakat ni berapa % yang betul jaga solat? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kelalaian Diri Untuk Mendirikan Solat
Assalamualaikum,
Saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan bertanyakan pandangan...mana tahu anda pun ade pengalaman atau pandangan yg boleh dikongsi bersama-sama.
Saya sebelum ini seorang yg selalu lalai dlm megerjakan ibadah especially solat. Kadang2 rase nak mulakan langkah nak solat tu berat sangat dan kadang2 buat2 lupa untuk solat sehinggalah saya bertemu dgn seorg ustaz yg mengajar saya betapa seronoknya mendirikan solat. betul katanya, solat ni kalau kita hayati dan amati, mmg indah. Saya terfikir, antara ramai2 ustaz yg saya kenal, kenapa ustaz ini yg berjaya membuka mata saya betapa indahnya solat itu? bukan sekadar solat, malah saya rasekan dgn mengaji, dpt membuatkan hati saya tenang dan gembira.
cuma saya bimbang saya tak tahan godaan seumpama dulu lagi, ye lah, saya manusia biase yg selalu lalai..bukan setakat dlm soal ibadah malah dlm hal2 lain jugak...jd bagaimana saya nak terus berada dalam keadaan sekarang? berilah saya nasehat...tq:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Ghaser teman, Thread seperti ini SUDAH WUJUD.
TAPI no hal............
Teman post juga satu utk tatapan UMUM.
Bulan lepas....teman ada berbual dgn seorg sahabat kat surau.
Begini lah perbualan kami.
Sahabat: Aku heran laaa............kenapa ler bebudak muda tak mo datang ke surau?
Teman: Salah kita juga....Tak dekati deme.
Sahabat: Aku dulu......muda muda dah dapat jaga solat 5 waktu.
Teman: Abg, sejak biler abg dapat jaga solat 5 waktu?
Sahabat: sejak umuq 20an.
Teman: Alhamdullilah.............dan camana abg bolih rasa nak jaga solat 5 waktu tersebut?
Sahabat: Aku sendiri laaa rasa.
Teman: Abang...........abang adalah di antara orang yg AMAT BERTUAH kerana Allah swt 'GERAK'kan hati abang utk berbuat sedemikian tanpa menggunakan MEDIUM yg lain. Tetapi ada oghang yg perlukan 'MEDIUM' utk mengerakkan hati mereka ini. MEDIUM ini adalah oghang yg menasihati or memperingatkan deme ttg solat 5 waktu ini. Begitu lah yg di lakukan olih Rasulullah saw n para sahabat r.a.
Sebab itu.....DAKWAH perlu di lakukan di setiap peringkat dan masa.
Dan PENDAKWAH itu tidak perlu terdiri dari PAKAR AGAMA ataupun LULUSAN Al Azhar.
Walam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tenuk8 at 21-6-2006 03:06 PM
kui kui kui...
J tanya... tapi J dah jawab.. kita masyarakat islam... selalu tinggal solat yg wajib sebab MALAS...
tuh lah jawapan dia... malas.... malas.. malas...
kui kui kui...
bila a ...
AKU TANYA SEBAB APA DIA ORANG MALAS NAK SOLAT...
TU SAJA...:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KatakPisang at 11-7-2006 09:21 AM
Assalamualaikum,
Saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan bertanyakan pandangan...mana tahu anda pun ade pengalaman atau pandangan yg boleh dikongsi bersama-sama.
Saya sebelum ini seora ...
Syor sahaja, oleh kerana dunia ini sementara dan manusia akan mati, maka kehidupan akhirat itulah yang menggerunkan. Adakah kita dapat selamat atau tidak, kalau dihukum masuk neraka satu hari pun jangan dipandang remeh, cuba sentuh jari telunjuk pada tudung periuk yang tengah mengelegak, boleh tahan ker?, tu 1/2 saat, bagaimana kalau seminit boleh tahan ker, kalau nak power lagi masukkan jari dalam api dapur terus selama 2 saat, alamat melecurlah jari tu, sakitnya jangan kiralah, leleh air mata menahannya, tu kepanasan tahap rendah. Tahap api yang paling panas didunia ini ialah besi boleh menggelegak, kalau nak tengok pergilah kekilang-kilang besi. Api yang paling panas jenis inilah sejarahnya yang datang dari neraka diambil hanya sebesar zarah, dicelup dalam air sebanyak 70 kali kalau tak silap, kemudian diletakkan diatas satu gunung maka hancur gunung tersebut, dari tinggalan api inilah yang kekal sehingga sekarang, yakni telah disejukkan dalam banyak kali proses. Dari itu selalu-selalulah kenangkan nasib selepas mati, insyaallah kekal solat
Teknik kedua dengan menyertai jamaah dakwah dan tabligh, yang mana ambil tugas sebagai pendakwah yang berusaha membuka lorong hidayah, orang pertama dapat dan kekal hidayah ialah anda sendri, kemudian baru orang lain,insyaallah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam 揝ilakan masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa malas SOLAT....
Kat sini aku nk kongsi pengalaman pasal 'SOLAT' atau senang citer sembahyang, aku terus terang umur hampir setengah abad ni pun masih jg ada tinggal solat. Dah jelas 'sembahyang itu tiang agama' tapi x tau la, dari pemerhatian aku kewajipan 'SOLAT' ni maki n lama makin ramai yang x peduli, x kira la lelaki, pompuan, tua muda...kadang2 aku tpikir, bila dah tiang agama ni x ada atau 'lemah' je itu yang mudah sangat umat islam sekarang terjerumus dalam masalah sosial sekarang....risau aku pd diri sendiri dn sedara se islam ku... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Marilah ke sini saudari Biker Lady, kita selesaikan masaalah ini.
Hal ini adalah jauh lebih baik untuk kita selesaikan, daripada asyik menyesatkan umat islam yang lain tu....
Maaf tuan rumah kerana aku bawa emosiku ke sini huhuhu....
Wassalam.
[ Last edited by saifulms at 28-7-2007 01:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|