CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rindupati

Ucap Selamat Pd Perayaan Non-Muslims(merged: Syd, zulyusoff)

[Copy link]
Post time 12-10-2005 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 11-10-2005 02:24 PM
apa dah jadi dgn org islam kat malaysia skrg ni? aku tak nak sesat ikut mufti perak ni. dah macam taliban dah ajaran dia.


yg sesat tu nko , bukan  sebahagian org Islam kat M'sia nih .... kalau dah nak deepavali sgt , pegi jer raya kat India tu ....

dia mufti, dia beri pendapat berdasarkan t'jawab dan ilmu . Yg bukan Islam tak perlu ikut.... takpayah nak bising2.....

kenapa lak masa gongxiraya dulu xde kecoh pasal hal ni.....dah brp tahun kongsi raya dgn

chinese new year....xde kecoh pun....

time deeparaya lak nk kecoh.....btul ke x ni....


sapa lak yg tak kecoh ? dari dulu  perkara2 nih di beritahu ... cuma korang yg kecoh bila tiba deepavali nih .... nak menyesuaikan diri kot...:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by tom_tombak at 12-10-2005 11:38 AM
aku takat wish tu mmg aku buat
sebabnyer saje je nak menjaga persahabatan
mcm tak de sgt strong reason untk not to wish them
after all... it just words

tapi... bab bab combine nih sorry... gu ...


Saya pun sokong Mufti Perak suruh pulaukan pesakit AIDs dulu. Memang reasonable jugak. Tapi kalau kata kongsi hariraya Aidil Fitri dgn perayaan bukan Islam tu haram, tak setujulah. Bukan bermakna kalau berkongsi raya kita akan mengamalkan cara2 mrk merayakan perayaan tersebut, contohnya pergi ke rumah2 ibadah mrk utk sembahyang, minum arak, makan makanan yg tak halal, ikut ritual mrk.

Tak semestinya kalau kita sama2 merayakan perayaan mrk, kita mengatakan (meredhakan) agama mrk benar sedangkan kita semua tahu - Tuhan dah clearly mentioned biarkanlah org2 bukan Islam dgn agama mrk & kita dgn agama kita. Buat apalah kita nak berprasangka buruk dgn mrk. As long as mrk respect agama & culture kita & begitu jugak dgn kita. Kalau kita respect budaya serta kepercayaan org2 bukan Islam, mrk lagi respect kat kita. Bahkan ianya menunjukkan akhlak mulia seorg Islam yg menunjukkan sikap toleransi kpd budaya & kepercayaan org lain. Dulu saya duduk sebilik dgn kawan2 bukan Islam masa belajar dulu. Time sembahyang mrk tutup radio, kemas2 bilik sebab tahu saya nak bersembahyang. Bila puasa, mrk tak makan depan saya. Bahkan ada yg ikut puasa jugak. So what's wrong with that? Entah2 mrk jugak berminat nak memeluk agama Islam sebab tengok akhlak org Islam yg mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 01:20 PM | Show all posts
Aku cuma nak tambah sikit info pasal isu ni. Beberapa hari lepas aku dengar ceramah ugama dari sorang ustaz. Dia kata haram kalau kita samakan Aidil Fitri dengan mana-man agama lain. Aidil Fitri adalah meraikan pada setiap umat Islam setelah berpuasa sebulan, menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan maksiat dsb nya lah. Aidil fitri adalah Hari Raya untuk Islam. Manakala Deepavali pulak jelas kita sume dah maklum adalah perayaan utk org2 kafir.

Ustaz tu kata lagi syirik kalau kita kata "Raya puasa ke..raya cina/hindu sama je". Tapi oleh kerana kita berkongsi tarikh raya, nak buat macam mana,  tapi jangan salah sebut takut jatuh syirik.  Kalau dah jatuh syirik.. nauuzubillah..:no:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 12-10-2005 12:27 PM


Saya pun sokong Mufti Perak suruh pulaukan pesakit AIDs dulu. Memang reasonable jugak. Tapi kalau kata kongsi hariraya Aidil Fitri dgn perayaan bukan Islam tu haram, tak setujulah. Bukan bermak ...


tak setuju tidak bermaksud tindakan tu halal .... saya bersetuju dgn Mufti Perak sbb perkara ni mmg saya penah dgr sblm nih dari ramai guru2 agama. Maksud tidak boleh merayakan tu tidak boleh dianggap memerangi ... saya tak pk yg mufti suruh memerangi perayaan mereka, cuma tidak boleh disambut. Boleh tak sembah tokong tapi hati kita tak bermaksud mcm tu dan masih percaya dgn Allah ? boleh ker?!!
anda mungkin boleh gembira menyambut deepavali bersama2 mereka tanpa memikirkan soal akidah sedangkan saudara2 seagama anda di India diperlakukan mcm binatang, rumah Allah dirobohkan .. Al Quran dibakar ..... dan anda masih ingin ;);)mempertahankan utk tetap meraya perayaan hindu tu ... sila lah.... sekurang2nya mufti Perak telah beritahu salah satu t'jawab  beliau ..;)
Reply

Use magic Report

halfelven This user has been deleted
Post time 12-10-2005 02:42 PM | Show all posts
tak silap aku rickyyy tu cina....islam ke tak....wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by no0rm at 12-10-2005 02:13 PM


tak setuju tidak bermaksud tindakan tu halal .... saya bersetuju dgn Mufti Perak sbb perkara ni mmg saya penah dgr sblm nih dari ramai guru2 agama. Maksud tidak boleh merayakan tu tidak boleh d ...


Kenapa pulak nak samakan org2 India kat Msia dgn org2 India di India sana? Tak adil mcm tu. Org2 India kat sini tak sama dgn org2 kat India sana. Cubalah suruh diaorg balik ke India memang guarantee mrk tak heran pun. Mcm kes dulu org Singh gaduh dgn org2 Hindu kat India. Takkanlah org2 Singh & Hindu kat Msia pun nak gaduh jugak. Tak relevant langsung.

Bagi saya kalau setakat menyambut Deepavali, Christmas sbgnya tak semestinya merosakkan aqidah kalau niat kita baik. Bukannya kita nak sembah dewa or Jesus. Sekadar mengukuhkan tali persahabatan sesama manusia. Masa belajar kat sekolah dulu, tak ada pun ustaz2 cakap benda tu haram & merosakkan aqidah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2005 04:05 PM | Show all posts
aku tak tau la apa jadi kalu satu masa nanti, hari raya aidiladha sama hari dgn deepavali, thaipusam atau krismas...

chinese new year lain.. cny perayaan bangsa, deepavali, krismas perayaan agama... muslim kat cina pon sambut cny...

melarang satu perkara tidak melarang semuanya... larangan merayakan deepavali bukan bermakna kita disuruh menjauhi rakyat yg beragama hindu... kita bole wish diorg, kita bole menghormati hak diorg kalo nak berarak bwk wel-wel tgh jalan masa thaipusam, kita bole attend kenduri kawin, dia mati pon kita bole lawat.. jgn la emosional sgt..

menyentuh soal raya, pada aku, kita kat malaysia ni dah ilang roh sambutan hari raya spt yg diajar oleh islam.. ia lebih kpd perayaan orang melayu berbanding perayaan org islam.. sbb tu tak kisah dan tak sensitif kongsi raya dgn perayaan agama lain.. sbb kita melihat ia sebagai perkongsian perayaan atr bangsa melayu dgn cina n india.. bukan perkongsian agama islam, hindu, budha dan kristian..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 12-10-2005 03:08 PM


Kenapa pulak nak samakan org2 India kat Msia dgn org2 India di India sana? Tak adil mcm tu. Org2 India kat sini tak sama dgn org2 kat India sana. Cubalah suruh diaorg balik ke India memang guar ...


saya samakan krn mrk agama yg sama, mmg kat M'sia takde kejadian mcm tu AlhamdulilLah .. salah satu faktornya adalah majoriti pemimpin dan pihak beruniform adalah dikalangan org kita ... saya bukan perkauman tapi pencinta keamanan .. apapon itu bukan tiket utk merosakkan akidah dgn terjerumus kearah pemikiran sedemikian... .sensetiviti selaku umat Islam perlu ada ... berbuat baik tak semestinya halal ... begitu juga minum tuak di  rumah panjang juga bukan satu tindakan yg halal w/pon bertujuan baik serta menghormati mereka ... tapi yg mufti ckp ni mengenai soal akidah ......

spt yg saya ckp tadi ... dlm negara kita ada beberapa bahagian , satu bahagian dgr ckp mufti , satu bahagian dgr ckp menteri .. satu bahagian ikut rasa sendiri ... logik akal manusia yg sememangnya cetek ...

apapon, mufti telah menjalankan salah satu tugasannya ... terpulang  kpd anda ... ini cuma pendapat saya yg menyokong mufti tersebut

Bagi saya .


cik baiduri .. bagi saya bagi saya ni tak boleh pakai kecuali awak boleh tolak hujah beliau dan keluarkan hukum dan bertanggungjwab terhadap apa yg awak fatwakan ... sanggup?!!

Masa belajar kat sekolah dulu, tak ada pun ustaz2 cakap benda tu haram & merosakkan aqidah


mungkin ilmu ustat lagi tinggi dari mufti kot...:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 04:57 PM | Show all posts
Kita ni orang Islam Malaysia banyak bertoleransi dgn orang kafir ni. Aku ni ramai jugak kawan dgn non-muslim, ada setengah tu yg memang baik and respek kita, tapi ada jugak yang bodoh sombong bangang pasal Islam tapi memandai nak keluarkan statemnt tak elok pasal agama kita. Ko tau tak ada antara diorang cakap tudung ni MENJIJIKKAN??? Aku ni yang sabar pun boleh hilang sabar tau tak? Kita ni punyala cakap berlapik masa cakap dgn diorang, takut mengguris hati mereka, tapi ini yang bangsa tak tau malu datang merempat ke negara kita cakap camtu pada agama Islam??!!! Ada lagi bebenda yang diorang cakap dalam forum tempat aku duduk tapi aku malas nak ingat, buat sakit hati aje. Diorang kutuk macam2 pasal agama kita di belakang kita, yang kita ni dok sibuk2 dok kutuk fatwa mufti pasal kongsi raya dgn orang kafir apasal?? Kalau nak sambut raya, raya aje lah, deepavali tu deepavali diorang la. Pokoknya kalau jumpa orang hindu cakapla happy deepavali kalau nak wish, jgn cakap happy deeparaya. Itu je lah pendapat aku.


Macam mana nak expect org lain respect agama you kalau ada antara kamu yg mengumpat agama lain:

anda mungkin boleh gembira menyambut deepavali bersama2 mereka tanpa memikirkan soal akidah sedangkan saudara2 seagama anda di India diperlakukan mcm binatang, rumah Allah dirobohkan .. Al Quran dibakar ..... dan anda masih ingin mempertahankan utk tetap meraya perayaan hindu tu ... sila lah.... sekurang2nya mufti Perak telah beritahu salah satu t'jawab  beliau ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 04:59 PM | Show all posts
Dah semestinya majoriti pemimpin & pihak beruniform adalah org2 Melayu Islam sebab penduduk asal & majoriti Msia ialah org2 Melayu. Apa sekalipun alasannya, tolonglah jgn samakan org2 India di Msia ni dgn org2 India di India sana. Kecik hati diaorg nanti sebab suasana di sini memang berbeza dgn yg kat India tu.

Mcm Palong post kat atas tu, deeparaya ke, Gongxiraya ke - tu cuma perkongsian perayaan antara kaum2 di Msia & tak semestinya Hari Raya Aidil Fitri tu disamakan pulak dgn perayaan keagamaan kaum lain. Saya dah post kat atas tak semestinya kalau berkunjung ke rumah mrk masa sambutan perayaan keagamaan mrk, kita kena minum air tuak, kena makan makanan tak halal, ikut upacara menyembah dewa atau Tuhan mrk. Kita just berkunjung atas jemputan mrk demi menjaga ikatan persahabatan sesama manusia. Tak jelas lagi ke post saya kat atas tu? Bila pulak saya cakap kita kena teguk bergelen2 air arak semata2 nak celebrate perayaan kaum lain?

Setahu saya kalau kat negeri saya, org2 bukan Islam akan suruh restaurants kepunyaan org Islam atau hotel menyediakan juadah2 utk dihidangkan kpd rakan2 Islam utk open house mrk. Ada yg sanggup beli sudu/garfu, pinggan-mangkuk, cawan/gelas baru semata2 menghormati tetamu Islam mrk. Dah tu simpan dlm almari utk digunakan lagi utk thn seterusnya.

Pasal tingginya ilmu mufti & ustaz ni - saya tak sentuhpun. Saya cuma cakap masa belajar kat sekolah dulu, ustaz tak pernah mention pasal haram or rosak aqidah kalau wish festival greetings & berkunjung ke rumah kawan2 bukan Islam semasa perayaan mrk. Cuma diaorg cakap, kalau was2 makan so tak payah makanlah. Cukuplah dtg berkunjung. Tu je.

BTW, jgnlah salah sangka. Bila kita tak bersetuju atau tak bersependpt tak semestinya kita question ilmu seseorg termasuklah Mufti Perak. Selama ni pun, saya bersependpt dgn dia kecuali tak setuju cakap deeparaya, kongsiraya tu haram.

[ Last edited by Baiduri Othman at 12-10-2005 05:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 05:03 PM | Show all posts
Masalahnya mufti juga manusia biasa. Hanya Al-Quran yang paling muktamad dan bukan pendapat setengah tafsiran manusia yang mengeluarkan panduan dan arahan yang memesongkan kita. Umat Islam yang biasa yang tidak arif agama akan terikut-ikut dan memulaukan orang India dan perayaan mereka. Aku rasa ini bukan ajaran Islam yang sebenar. Dan ini sangat menakutkan dan merisaukan.
Macam taliban, bila mengebom patung buddha dgn alasan nak menegakkan aqidah Islam, padahal Islam membenarkan amalan agama lain. Perbuatan yg tidak Islam ini langsung merosakkan nama baik Islam. Malahan ada orang Islam yang tidak faham yang seronok melihat perbuatan mereka dan menyokong tindakan mereka. Lihatlah Pas bila menang pilihanraya Terengganu dahulu. Mereka terus bermaharajalela merobohkan replika penyu. Ini ke ajaran Islam hanya nak menunjukkan mereka lebih Islam daripada orang lain. Lihatlah kumpulan penganas Al-Maunah yang merampas senjata di kem tentera. Mereka merompak dan membunuh orang bukan Islam termasuk seorang adun Perlis berbangsa India. Senjata yang dirampas digunakkan untuk menembak Kuil Hindu di Batu Cave dan kilang Calsberg. Di Bkt Jenalik, mereka membunuh seorang polis bangsa India dan seorang askar bangsa Iban.
Ini semua akibat ajaran yang sesat dan mengelirukan mereka yang dikatakan lebih berilmu agama termasuklah ulamak yang kurang bertanggungjawab sehingga orang Islam yang terikut-ikut sesat. Islam agama keamanan, bukan agama perkauman. Semoga Allah memberkati negara kita yang aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 05:11 PM | Show all posts
Setakat merobohkan replika penyu tu tak apalah. Bukannya ada kena-mengena dgn agama org lain. So far manalah PAS robohkan rumah2 ibadah termasuk patung berhala pengikut agama lain. Lagipun patung Buddha terbesar terdpt di Kelantan. Tak payahlah libatkan PAS dlm thread ni sebab tak ada rekod PAS menganiaya kaum lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by chloro at 11-10-2005 03:11 PM
tahun baru cina tu bukan perayaan agama tapi perayaan kebudayaan sambut tahun baru.

Sedangkan deepavali tu perayaan ugama macam Krismas - sebab tu laa mungkin ada perbezaan dari
segi hukum.

:hmm: aku rasa camtu gak...... sebab tahun baru cina sebenarnya tak berunsurkan keagamaan pasal sambutan berdasarkan kalender lunar org Cina.... lebey kurang cam Maal Hijrah..... tapi aku tak brani nak komen byk, sbb aku bukannya arif sgt pasal bab nie..... yg aku minat, ang pow je........
Reply

Use magic Report

Nazgul This user has been deleted
Post time 12-10-2005 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 12-10-2005 05:03 PM
Lihatlah kumpulan penganas Al-Maunah yang merampas senjata di kem tentera. Mereka merompak dan membunuh orang bukan Islam termasuk seorang adun Perlis berbangsa India. Senjata yang dirampas digunakkan untuk menembak Kuil Hindu di Batu Cave dan kilang Calsberg. Di Bkt Jenalik, mereka membunuh seorang polis bangsa India dan seorang askar bangsa Iban.
Ini semua akibat ajaran yang sesat dan mengelirukan mereka yang dikatakan lebih berilmu agama termasuklah ulamak yang kurang bertanggungjawab sehingga orang Islam yang terikut-ikut sesat.



Ni ajaran ulama kaa???
Sapa ulama tu..Boleh bagikan contoh...sapa ya???
Nik Azaz kaa??, Haron Din Kaa???...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 07:42 PM | Show all posts
aku rasa mufti perak tu betul la......dia yg berilmu dalam bidang ni , kita yg cetek ilmu dlm bidang agama ni tak yah la condemn diorang , aku malas nak huraikan panjang lebar, nanti salah pulak  fakta aku,

ricky...tak usah la condemn ulama2 ni, ulama tu bagi pendapat berdasar kan hadis dan al-quran, ko tu berdasarkan pendapat ko.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 08:53 PM | Show all posts
aku tak tau lah mufti perak tu betul ke salah. dialah mufti yang lain dari mufti lain. tetapi dia tetap manusia biasa. ingat lagi dia lah kata karnival sure heboh tv3 haram, pengidap hiv/aids diasingkan, skrg tak leh kongsi raya dgn kawan bukan islam. hari tu dia nak gi ceramah agama kat satu universiti kat selangor, dia org tak bagi. padan muka. yang aku takut orang ikut membuta apa dia cakap jer. yang betul tak apa. terpulanglah masing2.

[ Last edited by kuihkoci at 12-10-2005 08:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by kuihkoci at 12-10-2005 08:53 PM
aku tak tau lah mufti perak tu betul ke salah. dialah mufti yang lain dari mufti lain. tetapi dia tetap manusia biasa. ingat lagi dia lah kata karnival sure heboh tv3 haram, pengidap hiv/aids diasi ...



memang mufti perak orang biasa,tapi tahap keimananbeliau lebih tinggi pada ngko...memang apa yang mufti perak tu sarankan semuanya berlandaskan Al-Quran & Sunnah..beliau adalah manusia yang berani kerana benar,kalau ngko orang
islam hormatlah pendapat mufti tu,tugas dia adalah untuk mengingatkan umat islam supaya buat sesuatu tu berlandaskanajaran islam sebenar.
Kalau ngko dah tak suka pendapat ulamak yang mengarah kepada menjaga kesucian islam..elok cermin diri tu balik...
berapa banyak majlis ilmu agama yang ngko hadiri sepanjang hayat ngko...ada hari-hari?,3@4 kali seminggu? atau takda
langsung,berapa kitab-kitab agama islam yang ngko dah belajar/kaji?
Apasal ngko nak sama tarafkan perayaan agama  islam dgn agama lain?kalau ngko ni islam,ngko nak jadi pemusnah kesucian agama ngko sendiri...ngko nak disama tarafkan sebagai munafik ker?ulamak sendiri diejek macam tu..
ngko nak gunapakai pendapat ulamak mana..ulamak yang ada unsur vatican ker?nf:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:37 PM | Show all posts
kalau tak nak dengor cakap mufti udah laaa...usah la kome dengor...kepada sesaper yg nak dengor tu di persilakan ler...
mufti tu bercakap atas pengetauhuan yg ada pada mereka jadi mmg mereka patut mengingatkan kita nih...
kepada sesaper yg tak nak dengor tuh...pooorahhh...syuh syuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:04 PM | Show all posts
acctually benda ni last year punya berita.. tapi aku tak tau sbb ape benda ni baru taun ni diketahui umum.
BTW hukum merayakan perayaan agama lain adalah haram adalah keputusan Jawatankuasa Syariah negeri Perak dimana Dato Mufti menjadi pengerusi.
kita pon tak tau apebenda yg dikategorikan sebagai haram sbb kita tak dgr penjelasan ustaz zamri hashim tuh... adakah haram mengucap selamat hari deepavali/krismas/thaipussam dan menghadiri majlis rumah terbuka dikategorikan sebagai haram atau tidak....
aku dah email jabatan mufti negeri perak dan diorg dah reply email aku...diorg suruh rujuk kat Kemusykilan Agama yg akan disiarkan tak lama lagi (tak pasti)

From: "Mufti Negeri Perak" <[email protected]>  Add to Address Book  Add Mobile Alert  
To: "'XXXX'" <[email protected]>
Subject: RE: Sambutan DeepaRaya HARAM , Jabatan Mufti Perak
Date: Wed, 12 Oct 2005 13:47:02 +0800
   
Terima kasih di atas soalan yang saudara kemukakan. InsyaAllah sedang diberikan perhatian, Ianya akan dijawab dalam ruangan Kemusykilan Agama dalam laman web JMNPk

T.k.

Webmaster

-----Original Message-----
From: XXXX [mailto:[email protected]]
Sent: Tuesday, October 11, 2005 7:50 PM
To: [email protected]
Subject: Sambutan DeepaRaya HARAM , Jabatan Mufti Perak

Assalamualaikum,

Saya terbaca di dalam forum berkenaan:
"Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.

Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deparaya" yang dipercayai dari perkataan Depavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.

Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk

Oleh disebabkan saya tidak mendengar rancangan soal jawap agama, diharapkan ustaz dapat menerangkan mengenai perkara ini.

"Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita" adakah ini bermakna saya tidak boleh mengucapkan selamat deepavali/krismas dan lain-lain dan menghadiri majlis rumah terbuka yg diadakan bagi meraikan perayaan tersebut.

Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:07 PM | Show all posts
Bukan mcm tu Sepaileman. Cuma nak tau apa reasons di sebalik deeparaya tu boleh jatuh haram. Tak salah question sebab ulama tu juga manusia biasa. Kita memang disuruh menghormati ulama ttp tak semestinya kita tak boleh question or argue with them. Sedangkan pada zaman Rasulullah saw., wanita2 Islam diberi hak utk bertanya & argue dgn Rasulullah saw. Jgn nanti kita seolah2 mengagung2kan ulama & mengikut tanpa mengetahui good reasons.

Memanglah "bagimu (org2 kafir) agamamu & bagiku agamaku" ttp. tak semestinya bila kita mengucapkan festive greetings serta berkunjung ke open house mrk, ianya sudah jatuh hukum haram. Bukannya kita sembah Tuhan diaorg. Kita sekadar menghormati & mengukuhkan tali persahabatan sesama manusia. Kalau kita sbg umat Islam tak menunjukkan sikap hormat & toleransi macamana nak expect kaum lain utk menghormati kita? Sebab itulah Tuhan jadikan manusia dgn berbagai warna kulit, bangsa & dgn berbagai kepercayaan sp. dpt hidup bersama. Sp. kita dpt co-exist w/p berbeza dr. warna kulit, agama, bahasa, kaum dsbnya. Cuba check Surah Al Maidah - ada one Quranic verse mention jika Allah swt mahu, Dia boleh cipta manusia from a single race ttp Dia cipta manusia dgn berbagai bangsa, warna kulit, bahasa & kepercayaan.

Kita expect org lain tolerate & respect agama kita ttp kita sendiri tak nak respect org lain. Macamana ni? Baik duduk kat remote island & tak payah campur dgn org yg berbeza agama dgn kita. Saya minta maaf kalau post saya menyinggung perasaan.

[ Last edited by Baiduri Othman at 12-10-2005 10:10 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061388 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list