|
Baguslah rakyat Malaysia dah lebih sedar tentang bahaya sakit ain nih, kat negara arab sana, lagi2 belah2 yang kuat ain nih, kereta baru pun dilumur lumpur, rumah jangan kata, kalau tumbang batu, hasil tumbang tuh di buat balik tempel rumah, dinding rumah tinggi bumbung, apa pun tak nampak dari luar, anak2 semua selubung nampak mata, dress up semua baju lelusuh, padahal kalau melancong ke luar punya kaya raya.
Penyakit ain nih satu2nya musibah yang boleh mendahului takdir, bukan aku kata, Hadith Muslim kata, sebab itu Baginda Yang Mulia suruh orang2 yang nak berjaya banyakkan sembunyi perancangan, jangan canang kat orang, hatta orang buta bila terdengar plan kita, hati dia rasa dengki, dah cukup untuk sipolan melingkup walaupun plan tuh tak jalan lagi.
Musuh / Persaingan / Penghianat orang tak takut, benda boleh nampak, boleh selidik, boleh elak, boleh berhati2, tapi ain nih benda ghaib, tak perlu tukang sihir, tak perlu rambut, kuku & apa2 sisa anggota manusia yang tak disenangi, cukup pandangan mata, orang hindu panggil mata2 jahat, mat salleh kata evil eyes, arab sana ada perhiasan simbol mata, buat gantung depan pintu rumah, elak ain. Kita tak boleh lah ikut, ikut sunnah wal jamaah kita kena banyakkan baca ayat2 pendinding.
iols pernah suruh kawan iols try test ain dekat radio member dia, sebab dia tak percaya ain & malas amal ayat Kursi, sambil tengok radio tuh sambil cakap rosak lah kau radio, ulang2 tiap kali lalu kat radio tuh, tak sampai petang, terus rosak radionya chuols, dah dibetulkan masih rosak, lusa terus tuannya humban ke tong sampah, itu baru radio chuols, ada frekuansi & mesin jach, boleh bayang manusia yang ada atom, ada energy, ada air, ada daging, ada udara, mana tak dasyat kesan nya. |
|