CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nahnukutu

[Tempatan] Bukit Aman panggil Al Jazeera [update: Empat individu dari Al Jazeera diarah tam

[Copy link]
 Author| Post time 8-7-2020 05:59 PM | Show all posts
Empat individu dari Al Jazeera diarah tampil beri keterangan
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 8 Julai 2020

Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar notis kepada empat individu dari Al Jazeera untuk tampil membantu siasatan berhubung agensi berita itu yang didakwa membuat laporan tidak tepat berkenaan layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu yang dipanggil terdiri daripada pengarang, penyunting, wartawan dan jurukamera.

"Sehingga kini mereka (Al Jazeera) masih belum menyampaikan maklum balas mengenai kehadiran mereka, namun proses rakaman percakapan dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

"Berkemungkinan mereka bakal hadir untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dalam minggu ini atau minggu depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.



Mior Faridalathrash berkata, selain itu lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir, 25, turut dikesan bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu telah ditemuramah dalam wawancara video dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown', berdurasi hampir 26 minit disiarkan pada 3 Julai lalu," katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menerima lima laporan polis mengenai tindakan Al Jazeera yang membuat liputan tidak tepat berkenaan layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

Laporan yang tidak berasas dan berat sebelah itu telah menimbulkan kegusaran serta kebimbangan majoriti rakyat negara ini seolah-olah kerajaan begitu berlembut dengan pihak berkenaan apabila mereka menyiarkan berita tidak benar tentang kejayaan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (menghasut), Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ;utm_campaign=Empat individu dari Al Jazeera diarah tampil beri keterangan&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 8-7-2020 05:01 PM
Cheap lebur ke pru? Ic biru memasing berlambak muka kemain tp nama cina..  Kehkehkehhhh...

Yenna, Pakistan, Bangla, Ereb boleh jadik Melayu di Malaysia asalkan Islam tu, idea siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-7-2020 06:25 PM
Yenna, Pakistan, Bangla, Ereb boleh jadik Melayu di Malaysia asalkan Islam tu, idea siapa?

Haaa sepesen la MO sume tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting jangan le kasi bangla pegang bendera jaga jalan. Lintang pukang jalan dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:12 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 8-7-2020 02:18 PM
Most NGO yg aku sebut tadi tu, base kat Thailand. Sgt mencurigakan?? Nanti aku cuba cari balik scr ...

memang betul...ni ada "kepala" nya






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 08:23 PM | Show all posts
PinkyPie replied at 8-7-2020 07:09 PM
Yang penting jangan le kasi bangla pegang bendera jaga jalan. Lintang pukang jalan dibuatnya.

bab jaga traffik ni RELA pun fail. Patut kena special training - body language kena sharp and pointed. Cara lambai pun kena tegas.
kalau tak jadilah directing traffic macam usher kambing masuk kandang tunggu masa nak berlanggar



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 08:27 PM | Show all posts
missbigrockstar replied at 8-7-2020 05:21 PM
Tu lah aku dok tanya dari smlm. Dia off komen ka? Twitter boleh off komen ka?
Takda 1 komen pun k ...

Twitter boleh off comment ke?? Aku pun tak tau sebab aku takde akaun twitter. Mgkn netizen Msia tak tau lagi kewujudan mamat ni. Patut kita uar uarkan. Aku dah uar uarkan kat kawan aku. Tapi ntahlah klu derang rajin nak membawang disana
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:31 PM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 07:12 PM
memang betul...ni ada "kepala" nya

Derang ni sibuk dgn urusan negara orang nak ajar kita buat itu ini. hello!!! negara korang sendiri tu pun haru biru dgn human right sana sini smp jadi caca marba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh ada seorang lagi pakistan harap kita ni cam palestin, diorang mmg nk jajah negara kita ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 07:12 PM
memang betul...ni ada "kepala" nya

Based on lies?? Meh sini aku anto depa suma to Qatar & negara mamat ni asal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:42 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 8-7-2020 02:27 PM
This guy salah sorang yg reveal psl human trafficking NGO NGO kat Thailand/Bangladesh/Myanmar jd d ...

Okay I took my time godek2 twitter Tibeto tu... I found a few unsettling bits antaranya:

1. Bangladesh yg mulakan konflik di Rakhine untuk dijajah. Kemudian Muslim rohingnya dan buddhist myanmar berperang. Rohingya ada kumpulan militan sendiri iaitu Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) dan ISI yg melancarkan beberapa terror attacks di Myanmar dan Bangladesh. Staf UNHCR sendiri yg mengapi apikan permusuhan rohingya di rakhine dgn buddhist myanmar. Nampak tak permainan mereka? Pendek kata huru hara di Myanmar adalah agenda barat.



2. Human rights NGO bersekongkol dgn pelarian rohingya di Bangladesh yg terlibat dgn sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah.



3. Ever wonder dari mana rohingya2 dpt duit bayar sindiket bawa saudara mara mereka ke sini? Ada NGO2 yg terlibat menyumbang dana pada gerakan militan Rohingya. Mereka pun ada base di malaysia. Seramm





4. Ada juga International NGO yg menyalahgunakan dana Rohingya untuk bermewah2. Kononnya mereka mahu bantu refugee Rohingya dgn dana yg diterima tapi sebenarnya mereka mahu kaut semua dana itu untuk mereka sendiri. Agak2 ke mana pergi derma AS$50 juta dari Qatar untuk pelarian Rohingya?





5. Pelarian Rohingya dilatih untuk menipu konon2nya dirogol staf2 perubatan di hospital di Aceh. Sounds familiar? Benarkah mereka dilayan seperti anjing di kem tahanan di Malaysia? Same MO kan?



You all can dig further and find out the true colors of these so called UNHCR and NGOs. They're all so messed up and I hope the ones based in malaysia will be investigated. And its about time we start extensively deporting those illegal undocumented migrants before we become Myanmar 2.0.






Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 8-7-2020 02:18 PM
Most NGO yg aku sebut tadi tu, base kat Thailand. Sgt mencurigakan?? Nanti aku cuba cari balik scr ...


masyuk. tu je nk ckp.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 8-7-2020 10:42 PM
Okay I took my time godek2 twitter Tibeto tu... I found a few unsettling bits antaranya:

1. Ban ...

omg. takde ke yg nk bukak thread psl ni. sgt menarik.


@Kurex ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:01 PM | Show all posts

Tak malunya mereka mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:03 PM | Show all posts
namieamuro replied at 8-7-2020 10:57 PM
omg. takde ke yg nk bukak thread psl ni. sgt menarik.

Silakan buka benang baru buat kupasan. Saya tak pandai nak tepek2 berita ni caca merba nanti hahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 8-7-2020 11:03 PM
Silakan buka benang baru buat kupasan. Saya tak pandai nak tepek2 berita ni caca merba nanti hahah ...

iols tak reti..sll nmpk @Kurex bukak umah kt sini..elok la kupas isu ni.

bau ikan hanyir bile NGOk terlalu bela puak PATI.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 8-7-2020 11:01 PM
Tak malunya mereka mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain

meniaga manusia lg untung kan. mcm kupasan2 Tibetoburman. fishy.

kalau kite tgk ade byk sindiket mtk sedekah kt sni..kt luar sane sindiket mcm ni lg maha hebat dan lebat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 8-7-2020 10:42 PM
Okay I took my time godek2 twitter Tibeto tu... I found a few unsettling bits antaranya:

1. Ban ...

Wow... terbaik kupasan sis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:21 PM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 11:12 PM
Wow... terbaik kupasan sis.

All thanks to @Peterpan17 yg jumpa sumber twitter tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:34 PM | Show all posts
namieamuro replied at 8-7-2020 11:08 PM
meniaga manusia lg untung kan. mcm kupasan2 Tibetoburman. fishy.

kalau kite tgk ade byk sindike ...

Yg minta sedekah pun sindiket juga tu mereka boleh buat di tempat awam tanpa segan silunya. Kita tak tahu nak report pada siapa dan adakah pihak berkuasa akan ambil tindakan? Paling menyedihkan kanak2 kecil, orang2 kurang upaya dan orang2 tua dieksploitasi untuk meminta sedekah. Pernah terbaca bayi diberi ubat tidur untuk digendong di tepi2 jalan sambil peminta sedekah raih simpati orang ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.229843 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list