noni This user has been deleted
|
Kalau anda sudi, kami susun begini: Nafsu, akal dan roh.
Jika anda pernah bertemu nafsu, tanyailah akn dia..
Jika anda pernah bertemu akal, tanyailah akn dia..
Jika anda pernah bertemu roh, tanyailah akn dia..
Nescaya ia akn menjawab: Engkau itu tak lain dari aku, aku ini engkau!..
Apakah anda pernah mengenali? Jika begitu, tanyailah keresahanmu..
Jika anda resah dgn serigala, taulanlah dgn gembalanya. Jika anda mesra dgn pengembala bagaimana mungkin anda begitu kecewa.. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Kita bercerita tentang hati kita yg bersih, kita bercerita tentang amalan yg bersambung, kita bercerita tentang keimanan kita yg menggunung. Kita bercerita perihal pengenalan kita, kehampiran kita bahkan bicara kita dgn tuhan. Mesranya kita seakan ia itu sahabat kita. Kita mulakan bercerita bahawa 憇aya |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Jgn pula anda mengatakan kami begitu rasuk dgn hal hal anda. Jika itu ada, itu hanya anda yang menyangkakan begitu. Bukan kami. Bagaimana mungkin anda faham dgn kami sedangkan anda tidak pernah tahu halehwal kami. Salam |
|
|
|
|
|
|
nigina This user has been deleted
|
Sukar nak jelaskan. Setiap penjelasan menuntut seribu penjelasan lain. Krn setiap penjelasan boleh mengkaburkan apa yg kita fahami sebelm ini. Akhirnya tak berkesudahan..
Apa yg anda faham ttg 'rogol'? Bukan sekadar peristiwa(perlakuan) tetapi 'faham' anda pada nama itu sendiri. Bukn sekadar 'nama' tetapi melibatkan 'yg menamai' itu. Bagaimana anda memisahkan diantara kedua 'yang menamakan' dan 'pemisahannya'. Dimana pula letak kesatuan diantara keduanya?
Bagaimana pula anda memisahkan antara rogol perbuatan dan rogol pada fikiran anda. Bagaimana anda mampu memisahkan dan apa pula yg mengaitkannya? Kekusutan ini akn melebar dan anda mula bertanya, apa itu syurga dan dimana neraka? Juga sebagainya..
Persoalannya mudah, perkataan yg berbelit2 tanpa makna jelas lebih menampakkan penafian tanpa ada jalan membuka kepada jalan penyelesaian. Ini yang menyebabkan melebarnya sesuatu masalah.
Mengapa yahudi 71, mengapa nasrani 72 dan mengapa pula umatku (islam) akn menjadi 73? Mengapa satu diantaranya?
Kebijaksanaan kita seumpama sebiji pasir di tepi pantai di hadapan kebijaksanaan nabi saw. Hampir lupus kebijaksaanaan kita dihadapannya. Alangkah kita melihatnya dari sudut yg mudah, dari akal kita. Bahkan perkataannya saw begitu tajam..
Ya, lihat dari sudut yang mudah. Org yang melakukanlah yang dipertanggungjawabkan atas apa yg dilakukannya. Bukankah setiap jiwa akan dibalas dengan setiap apa yg dikerjakannya semaas hidup? Mudah sahaja.
tapi tidak mengapa Noni, anda bebas dengan pegangan anda. saya pula akan tetap mempercayai bahawa Manusia diberikan Allah akal dan kudrat. kemudian dia memlilih untuk berbuat baik atau dosa. Sekiranya dia memilih utk berbuat dosa, bukan Allah yg menetapkan perbuatan dosanya. wassalam
[ Last edited by nigina on 2-9-2004 at 03:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Sebahagian sengaja kami tinggalkan dgn persoalan. Pun bukan maksud mengkabur atau mengusutkan sesuatu perkara. Tujuan kami agar anda lebih membuka minda anda dan tertanya tanya. Anda bertanya dan anda juga yg akn menjawabnya. Jgn pula anda bawanya kpd kami tetapi andalah yg harus memahaminya. Jawaban akn hadir menurut 憄ersediaan |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Kami sambung lagi..
Dikalangan yahudi mengapa 1 dari 71?
Dikalangan nasrani, mengapa 1 dr 72?
Dikalangan 'umatku' mengapa 1 dr 73?
Dimana pula letaknya melayu? - ini sbg soalan tambahan.
Mengapa 1 dikalangan yahudi dan nasrani bukan tergolong dikalangan 'umatku'?
Apakah maknanya semua itu? Jika ini dpt anda kesani, maka anda akan diburu beribu persoalan lain.
Ibrahim bukan seorang yahudi dan bukan pula seorang nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri..
Wahai..
Bukan mereka tetapi kitalah yg yahudi. Bukan mereka tetapi kitalah yg nasrani. Bukan di luar tetapi semua itu di dalam 'dunia' anda. Jika ini dpt anda ketahui.. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk melihat dari sudut pandangan dari Noni, kita memerlukan teropong..teropong yang diperbuat dari pembersihan diri,penolakkan cinta selain dari-Nya.Sehingga cinta kepada-Nya berakar umbi dalam kalbu dan nurani,sehingga kita terjaga dari tidur yang lena.Barulah kita sedar kita ini ibarat buih dilauatan.Yang terdampar kaku di daratan.
terjaga ini lebih indah dari syurga..
dan orang yang terjaga ini seperti yang disebutkan oleh riwayat,tidak kisah masuk syurga atau nereka..disebabkan cinta itu,mereka betul-betul mengenal diri.
Namun pada pandangan kita yang masih terjerat dengan alam fizik ini,penyembahan terhadap hawa nafu dan keegoaan ini,kita memandang keegoan,kita tidak memandang dengan pandangan ruhani yang menembusi ikatan sebab dan akibat.Pandangan yang sebenarnya.
Kita tidak memandang kekuatan itu milik Allah sedang kita melantunkan tasbihnya..kita memuji diri kita sedangkan dalam surah Al-Fatihah kita menyebut
segala-puji-pujian milik Allah?
jadi sampai bilakah kita nak faham hubungan Pencipta dan diciptakan ini?
sampai bilakah kita faham maksud "irjii' ila Rabbiki Radhiatam Mardiiyyah"?
tidak lain dengan bantuan dari-Nya sahaja yang dicari dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa
.Kita perlu berusaha seperti yang diungkapkan oleh nigina dengan menggunakan seluruh rahmat dan potensi yang diberikan,insyaAllah.
sehingga kita menyedari hakikat ini.
Dan kita perlu menghampirkan diri terhadap orang yang telah terjaga mencintai mereka dan memushi musuh mereka dan memohon petunjuk Allah yang terpancar dari dirinya.
Dengan itu jalan orang yang telah terjaga dan jalan orang yang belum terjaga tetapi bernaung dibawah orang yang terjaga,insyaAllah selamat.Kerana kecintaan itu dan Syafaat itu.Siapalah kita..kita bukanlah insan terpilih oleh-Nya,dan kita bukan insan yang disucikan-Nya..tapi orang-orang mu'min tak seperti Iblis yang ego terhadap adam yang terjaga.Jauh sekali,bahkan orang mu'min merendah diri dan bersyukur terhadap kehadiran insan-insan suci ini.Jika kita ego dan dengki mengapa kita laknat Iblis sahaja mengapa kita tidak laknat diri kita sendiri?
siapakah orang yang terjaga itu?
[ Last edited by irfani on 13-11-2004 at 01:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah yang terpilih itu?
siapakah yang disucikan itu?
siapakah khalifah Allah yang mendapat petunjuk itu?
saapakah pilihan Allah itu?
siapakah peyimpan Ilmu Para Nabi itu?
siapakah kekasih Allah itu?
Siapakah Kepercayaan Allah itu?
Siapakah Sahabat Al-Quran itu?
Siapakah Pewaris Junjungan Yang Termulia saw itu?
Siapakah Yang Teramat benar ucapan,tingkah laku itu?
Siapakah Penghulu Para Abid itu?
Siapakah Penghulu Ma'rifat itu?
Ada atau tiada,jika ada mengapa kita tidak mencari?supaya kita memanfaatkan mereka di dunia dan akhirat?
jika tiada?mengapakah alam ini masih berputar?manusia tak tahu hendak bernaung dan mengambil petunjuk dari siapa..
siapakah yang akan menjadi tempat manusia merujuk?
siapakah menjadi tempat rujukan rahsia-rahsia Al-Quran yang berlapis-lapis?
siapakah yang akan menjaga keaslian sunnah Rasulullah saw?
siapakah yang akan menjadi kiblat umat Islam?
siapakah yang akan menjaga ilmu-ilmu para Nabi yang luas seluas langit dan bumi,
siapakah yang akan menjaga keadilan dan membelanya?
siapakah yang akan membasmi kezaliman dan meranapkanya? |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by irfani on 3-9-2004 at 06:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
..jika cahayanya langit dan bumi dimana gelap menempatkan diri? Tergelincirkah kami pada kegelapan yg kita cipta sendiri? Bagaimana bayang dpt berdiri jika diri tidak menghalang matahari?
saya:harap tuan/puan/cik noni dapat menjelaskan lagi..pada pandangan saya,gelap itu hanya bayangan dari kemaujudan yang merupakan nimat-nikmat Allah,
dan ketergelinciran didalamnya sekejap,dan bangkit kembali bagi hamba-hamba Allah yang masih bersih fitrah sucinya.Tiada manusia pun yang suci dari bayang-bayang ini,melainkan insan yang disucikan Allah yang merupakan cahaya alam semesta.Setelah itu,memperbaiki diri sehingga 'terjaga' dan akhirnya bersatu dengan cahaya itu sendiri.Cahaya dalam diri,bersatu dengan cahaya alam semesta.Tiada lagi kegelapan syirik besar mahupun kecil.Jadi setelah itu tiadalah bayang-bayang.
Namun ketergelinciran sepenuhnya,setelah terserap sepenuhnya dalam kegelapan.Bayang-bayang baginya tiada bezanya dengan cahaya alam semesta.orang sebegini sudah tenggelam dalam kegelapan dan tidak mampu melihat sedikit pun cahaya kebenaran disebabkan tiada lagi cahaya fitrah yang terpancar dalam dirinya.Seperti banyak disebutkan.. ada mata tapi buta,ada telinga tapi tuli,ada hati tapi mati..
Oh!Tuhan janganlah jadikan kami insan seperti ini,kami mengakui kelemahan kami seperti yang diungkapkan oleh arif itu yang menghabiskan masa-masanya menyeru manusia kepada cinta-Mu,namun hati ini tetap jua tidak mengendahkanya dan leka di alam kebendaan ini.
"Ya Allah,sebenarnya perhatian kami kepada selainMu bukanlah untuk mengecilkan atau menghina-Mu! siapalah kami hingga di tempat kehadiran Dzat-Mu Yang Maha Suci dan Penguasa Alam Semesta,bersikap besar diri?!
Tetapi apa daya kehinaan esensial dan kekurangan diri kami telah menjadi hijab antara kami dengan engkau.Seandainya tiada penjagaan dan perlindungan dari-Mu,maka kami tidak akan selamat dari kebinasaan ini sampai bila pun.."
seorang arif berkata.
"Ini bukn merendah diri demi sebuah kebanggaan, bukn juga merendah diri kerana keikhlasan tetapi ini adalah sebuah hakikat."
Oh!alangkah indahnya..
bolehkan noni menjelaskan lagi..
[ Last edited by irfani on 5-9-2004 at 04:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Sahabatku, anda bertanya perihal hijab. Hijab adalah hal yg berlapis lapis. Dari hal wujud(nampak) hingga yg ghaib, dari mudah hingga yg susah. Dari tenang membawa hal hal yg mampu menggugat keimanan anda selama ini. Ia terlalu sulit dan dalam. Semakin dalam anda menyelam semakin luas medannya dan semakin jauh pula penghujungnya. Bagaimana anda nanti jika kami mengatakan satu hal yg belum pernah terlintas di hati anda? |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Hijab bukan hal hal yg nyata, asbab asbab dan ilmu tetapi juga perkara perkara yg sukar anda menerimnya. Jika anda mengatakan sebab akibat, ia benar. Dari kumpulan kumpulan atau mahzab anda, ilmu ilmu, guru guru, amalan amalan juga hijab. Dari kitab kecil dibeli di toko toko maupun yang muktabar. Solat puasa anda, zikir maupun lafaz 慳llahhu akhbar |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Menterjemahkan sesuatu dlm lingkungan yg terhad adalah hal yg cukup sukar. Barangkali maksud kami tidak kesampaian. Kami hanya cuba sebaik mungkin walaupun yg terpapar kami tahu tidak memadai. Moga ini menjadi titk untuk sesuatu yag anda cari.
Untuk memudahkan anda, kami mengistilah hijab kepada berhala atau syirik kerana dari satu sudut ia menyamai. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Anda mengambil sebuah buku lalu memperlajarinya. Buku tersebut menjadi berhala(hijab) anda dengan isi isi yg tersaji kepada anda. Sampai saatnya berhala ini anda tinggalkan. Anda berpindah yg lebih tinggi lagi, guru. Setiap hari anda menadah ilmu darinya. Anda yakin tentang guru anda, ilmu ilmunya. Darinya juga diajar pantang larang, amalan amalan dan sebagainya. Anda beramal dan anda yakin dgn amal anda dpt mengenali tuhan. Tanpa sedar tiap sesuatu yg anda pegang atau yakini itu menjadi berhala dlm diri anda. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Tidak satu atau sesuatupun diantara semua dpt menceritakan keadaan allah. Bagaimana mungkin ia dapat menjelaskannya?. Bagaimana yg dicipta dpt memperkenalkan yg menciptakannya? Bagaimana yg terhad dpt memperkenalkan yg mutlak? Selagi tidak mengenal, selagi itu terhijab. Hijab di sini bermaksud menghalang pengenalan kita kepada yang esa.
Jika kami seorang pelukis yg hebat, maka anda dpt mengenali hasil lukisan kami. Anda mengkagumi hasil lukisan kami. Namun lukisan itu bukan kami. Anda menatap lukisan itu sedangkan seribu lukisan sebelum atas selepasnya jauh lebih hebat. Disamping itu, anda tidak pernah tahu bahawa kami mampu menghasilkan sebuah perahu yg cukup indah juga tukang rumah yg cantik. Bahkan anda tidak pernah menemui apatah mengenali kami. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Kita bercerita perihal allah dengan segala ilmu yang kita kutip dari bacaan bacaan atau guru guru kita, tanpa sedar kita hanya menduga duga. Dugaan kita itu adalah hijab yang besar walau sehebat manapun kita mengkhayalkannya. 慉llah maha besar |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Tidak satupun menghantar anda dekat kepadanya. Amalan tinggal amalan, ilmu tinggal ilmu, guru tinggal guru. Jika anda mencari hanya kerana dia yang memilih anda. Bukan anda. Anda tidak suci jika bukan dia yang mensucikan anda. Anda tidak berada pada sebuah landasan jika bukan dia menunjukki anda. Jika tidak diberi nur, nescaya tidak ada nur bagimu. Ini akan anda ketahui apabila menempuh sebuah perjalanan.
Jadi bagaimana yg dikatakan tidak terhijab, bukan berhala atau bertauhid jika dikatakan menyerah diri juga syirik? Lalu kami menjawabnya: Bagaimana anda dapat melihat semut hitam di atas batu(jln) hitam di tengah malam yg gelap gelita? |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
[ Last edited by irfani on 5-9-2004 at 10:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hijab bukan hal hal yg nyata, asbab asbab dan ilmu tetapi juga perkara perkara yg sukar anda menerimnya. Jika anda mengatakan sebab akibat, ia benar. Dari kumpulan kumpulan atau mahzab anda, ilmu ilmu, guru guru, amalan amalan juga hijab. Dari kitab kecil dibeli di toko toko maupun yang muktabar. Solat puasa anda, zikir maupun lafaz ‘allahhu akhbar’ bahkan al quran yang anda baca itu pada keadaannya menjadi hijab besar kepada anda. Setiap yg anda yakini adalah hijab, bahkan jika anda mengatakan menyerah diri kepada allah itu juga satu hijab.
hijab jika ujub..tak hijab jika bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya.
[ Last edited by irfani on 5-9-2004 at 10:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
benar,apa yang anda katakan itu,barulah saya nampak dengan hati yang gembira,mengapakah ilmu itu dikatakn hijab yang terbesar...alhamdulillah.
oleh itu tiada cara lain untuk mengenal Allah melainkan menempuh perjalanan itu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|