|
[Tempatan]
Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan , Melaka dan Terengganu.
[Copy link]
|
|
semoga terkubur amalan "raya kan sebulan".
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe balik kerja pukul 4 petang sempat masak, in shaa Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
insya allah.amin.mari kita sama2 doakan benda2 lagha dihapuskan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka pun p bazaar, harap2 Sabah pun batal. Sakit hati tau bila da penat2 masak lpas tu laki nak juga singgah bazaar beli kuih. Last2 tak habis pun semua makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Okay je takde bazzar, dah bertahun pun tak pergi. Cuma kesian lah yang memang tiap tiap tahun jual dekat bazaar. Buat cod atau delivery je lah macamtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..x pyh membazir bli mknan Bazar..masak je Kat umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 27-3-2020 04:56 PM
Aik bulan2 lain xde pon bazar ramadan.. x kurus jugak..
Sarcasm..ko ni mcm x phm2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kamu jual barang dan shipping tak membebankan aii nak membeli.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Biar la Ramadan disambut ALA KADAR tapi tak sambut Hari Raya tahun ini walaupun krisis COVID-19 baru pulih masa itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amin.. Raya kan setengah minggu lagi ok.. Tgk la perayaan kalangan lain macam Tahun Baru Cina dan Deepavali cuma berapa hari saja (tak sampai seminggu)..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je takde bazar ramadan dan takde raya, sbb makin tua ni dah makin rasa tak excited berbanding zaman muda. Tapi sedih la tang tak boleh solat tarawih dan solat hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
Semua negeri dalam Malaysia patut batal sekali pasar ramadan tahun ini.. Biar la ramadan kali ini disambut ala kadar aje
|
|
|
|
|
|
|
|
mudahan tahun ni kita mula sambut ramadhan dan hari raya ala kadar. takde lah macam sebelum ni, sambut puasa pulun, raya pun pulun sebulan selagi masih ada Syawal hari tu. banyak dapat jimat duit kalau tak sambut macam sebelum ni, kawal lah nafsu nak menunjuk-nunjuk baju raya seberapa persalinan yang baru, langsir baru, isteri baru. eh. |
|
|
|
|
|
|
|
KERAJAAN negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mengizinkan bazar Ramadan diadakan di seluruh Melaka tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19
Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Derus Che Mat berkata, MBMB membekukan permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan itu.
“Sebagaimana PKP, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, KPKT dan kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan membenarkan aktiviti pasar dan bazar Ramadan diadakan di seluruh Melaka pada Ramadan tahun ini.
“MBMB tidak akan mempertimbangkan permohonan lesen perniagaan bagi maksud berkaitan,” katanya di sini kelmarin melalui pekeliling kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di Melaka.
Sementara itu, peniaga Mohd Hafiz Awan, 34, berkata dia dan kebanyakan peniaga berkenaan dimaklumkan mengenai perkara itu melalui hantaran aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook kelmarin.
“Kami menerima qada dan qadar Allah dengan reda kerana segala-galanya adalah daripada Tuhan yang menurunkan wabak itu ke seluruh dunia, termasuk negara kita.
“Walaupun sedih kerana tidak dapat berniaga di bazar Ramadan seperti tahun sebelum ini, kami terpaksa menerimanya dengan hati terbuka dan berdoa supaya wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya ketika ditemui di pekan Masjid Tanah di sini.
Peniaga air tebu, Mahat Othman, 60, berkata beliau menerima keputusan kerajaan negeri dan KPKT itu dengan penuh reda kerana wabak Covid-19 mengancam nyawa manusia sejagat.
“Kita bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 dengan cara tidak keluar rumah dan sentiasa membasuh tangan untuk mengelak dijangkiti virus yang berbahaya itu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Idea yang kreatif. Harapnya semua negeri dalam Malaysia patut tiada bazar Ramadan kali ini.. Biarlah Ramadan dan Hari Raya disambut ala kadar kerana krisis Covid-19..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm redha jela... Dugaan ni... Harap covid ni hbs la b4 ramadhan {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Elok tahun ni xde terus aktiviti kumpul ramai2 mcm bazar. Rilek2 dulu. Peniaga bazar mungkin bole join grup cod mknn jual dari rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kebimbangan sampai raya haji pon covid ni kacau dunia..... sampai upsr, pt3 , spm , stpm pon tangguh tahun depan |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini: MB
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memaklumkan kemungkinan besar tiada bazar Ramadan di negeri ini pada tahun ini berikutan situasi semasa wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh negara.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut masih belum dimuktamadkan lagi dan ia akan dibincangkan.
“Setakat ini kita lihat kepada keadaan dan persekitaran semasa. Kita tidak akan adakan bazar Ramadan. Mungkin tidak ada.
“Sebab apabila bazar Ramadan beroperasi ramai yang akan berkumpul. Keputusan belum dimuktamadkan lagi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.
Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Sementara itu, Ahmad juga memberitahu, kerja-kerja menyah kuman di pasar awam di Kota Bharu akan dilaksanakan bermula esok secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan.
Dalam pada itu mengulas lanjut mengenai keadaan semasa Covid-19 di Kota Bharu yang diisytiharkan sebagai zon merah, Ahmad berkata, untuk masa ini tiada keperluan untuk melaksanakan 'lockdown'.
“Setakat ini tiada lagi (keperluan lockdown), tapi kita tingkatkan usaha menjaga kebersihan. Antaranya pensterilan di pasar-pasar basah. Contohnya di Pasar Siti Khadijah dan Pasar Pengkalan Chepa,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|