|
|
Automatik tangguh bayar pinjaman 6 bulan- Bank Negara
[Copy link]
|
|
|
Edited by eyansss at 25-3-2020 11:11 PM
yang aku faham sekarang:
1. kereta takkan ada interest berjalan sepanjang tempoh 6 bulan penangguhan... hanya tambah 6 bulan dari total baki tenure... contoh, ada baki 36 bulan lagi untuk bayaran kereta... jadinya dengan penangguhan ni, akan jadi 42 bulan...
2. bagi rumah pulak, kalau ikut FAQ yang diberikan oleh forumer dalam ni, kalau loan under islamic, akan jadi macam kereta jugak iaitu 36 bulan + 6 bulan penangguhan... kalau conventional loan, interest tetap berjalan sepanjang tempoh 6 bulan tu... kiranya akan jadi : 36 bulan + 6 bulan penangguhan + 6 bulan interest...
apa2, aku tunggu setiap bank update the status... cam aku, aku tunggu bank islam update on personal loan aku, maybank on housing loan aku... cuma satu lagi ni aku kena tanya HR kot sebab potong direct dari gaji sebab bawah employee benefit... takpun aku kena call ambank... nak reconfirm on the interest tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 25-3-2020 04:21 AM
Nampak macam berita baik tapi sebenarnya tak. Mostly yg kerja swasta akan diberhentikan, banyak comp ...
After bulan 10 nnt cemana la nasib kita wehh
Hidup kita mmg dah betul2 berubah sama ada kita nk terima atau terus hidup dlm penafian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-3-2020 11:08 PM
yang aku faham sekarang:
1. kereta takkan ada interest berjalan sepanjang tempoh 6 bulan penang ...
Iols umah guna bank islam so sama cam keta tak ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So mcm mn nk bt keputusan ni..
Iols cadang nk byr loan keta mcm biasa
Asb nk tangguh
Tp pikir 2 3 kali pening plk. Sbb asb tu nk byr pon blh.. xnk byr pon xpe kot sbb tenure mmg lm lg. Klu keta, thn dpn hbs byr better iols byr mcm biasa kot. Confuse nk bt keputusan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Naatasha replied at 25-3-2020 05:48 PM
Tapi bank masing2 akan buat pengumuman nanti.
Kalau loan tu kena bayar setiap 31hb maksudnya kalau bayar tuk 31/3 ni kira hat bulan 3 kan bukan 4 lagi kn? Walopun kita bayo 1/4 kan?
Sbb nnt kita kena bayar balik 30/11 la kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Naatasha at 26-3-2020 01:07 AM
Kita semua tahu ekonomi tengah teruk sebab wabak covid19 yg sedang melanda dunia. Semua org pun tahu bila MY allowed keluar kan epf acc 2 dan bank bg kelonggaran 6 bulan bermakna something wrong somewhere. Jadi kita tak perlu utarakan kebimbangan nt company swasta bakalan bankrap sbb hanya menambah kebimbangan org yg tgh bimbang, i guess semua majikan pasti cuba sedaya upaya unt selamatkn bisnes masing2. Dalam keadaan skrg pun pasti ramai yg tgh runsing dgn financial dan wabak yg belum nampak kesudahan. Tapi kita fight la selagi boleh, sentiasa positive dan sentiasa juga beringat dan berhati-hati dalam segala segi.
@Suchi fyi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bank islam masih tak reply... aku tanya exec yang handle loan aku, dia cakap dia pun tengah tunggu HQ update... harapnya sama la macam kereta sebab islamic loan kata dah kira interest awal2...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 25-3-2020 11:21 PM
Kalau loan tu kena bayar setiap 31hb maksudnya kalau bayar tuk 31/3 ni kira hat bulan 3 kan buka ...
Sekarang kena tahu u dah bayar untuk bulan 3 atau belum?
Penangguhan start untuk bayaran bulan 4 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
langkah yang menguntungkan sistem kapitalis
kaki hutang buat personal loan memang pantang lah dengar laju jer isi borang...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Naatasha replied at 25-3-2020 11:30 PM
Sekarang kena tahu u dah bayar untuk bulan 3 atau belum?
Penangguhan start untuk bayaran bulan ...
Last bayar aritu 29/2 tu kira bulan 2 punya la kan adeh iols selalu tulis payment detail tu utk bulan seterusnya cthnya iols tulis mac 2020 la adeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-3-2020 11:08 PM
yang aku faham sekarang:
1. kereta takkan ada interest berjalan sepanjang tempoh 6 bulan penang ...
syariah pon rasa kena interest tambahan. baca balik..tulis situ.." keuntungan akan terus terakru dari jumlah pokok yang belum dijelaskan".
cuma beza ngn convensional..compoun interest + principal.
sejujurnya saya tak pernah percaya bank baik hati nk bagi gitu free. sure diorg nk kaut juga duit rakyat samada guna konvensional loan atau shariah. interest @ keuntungan salah satu pendapatan bank kan. tadi dlm tv pon dah dijelaskan interest tetap berjalan. win win situation bank dan rakyat.
tp apapon inisiatif ni tetap bagus. rakyat boleh lah amik peluang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni x terpakai utk loan koperasi kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-3-2020 11:08 PM
yang aku faham sekarang:
1. kereta takkan ada interest berjalan sepanjang tempoh 6 bulan penang ...
Oh...tq
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam saat macam ni masih lagi nak berkapitalis segala... kang aku letak sekelepuk info kat sini kang, kata aku buat orang panik pulak... tau tak kemudahan2 ni diberikan atas sebab untuk membantu orang ramai menempuh saat2 kritikal covid ni... kesan dia bukan sebulan dua... makan masa sampai 2 tahun tau tak (as of today punya analysis)... it might be more kalau manusia2 ramai ketegaq macam most of rakyat malaysia yang langgar rmo sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu aku tanya kat sini sebab some of the terms macam bagi aku confuse... need more explanation... anyhow, sila ambil peluang ni untuk buat simpanan kecemasan, bukan untuk berlililala berjoli sakan... sebab impact pada economy agak teruk... bermula dari impact sebelum tukar government, masa l perubahan government, harga minyak jatuh, expected recession, and now covid... menyimpanlah dari sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba baca jugak post @yuki812 dan @Naatasha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 25-3-2020 11:38 PM
Last bayar aritu 29/2 tu kira bulan 2 punya la kan adeh iols selalu tulis payment detail tu utk bu ...
Oh so Mac still kena bayar lorr |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 25-3-2020 04:21 AM
Nampak macam berita baik tapi sebenarnya tak. Mostly yg kerja swasta akan diberhentikan, banyak comp ...
Betul...kerja swasta memang dah nampak.. tambah2 harga minyak dunia jatuh..dan org gomen jgn rasa selesa sgt,mgkn lbh teruk dr krisis 97/98.. kerajaan lebih tumpu pada KKM buat masa skrg...dan itu yg sepatutnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN SEMASA TEMPOH MORATORIUM
Moratorium 6 bulan terhadap pinjaman individu dan PKS adalah keputusan dan langkah yang baik oleh kerajaan.
Namun demikian, untuk pinjaman perumahan, faedah ke atas pinjaman masih dikenakan semasa tempoh moratorium tersebut.
Faedah dalam tempoh moratorium ini adalah membebankan rakyat terutama apabila tempoh moratorium ini tamat.
Jumlah faedah ini adalah besar berbanding faedah sewa beli kenderaan kerana jumlah prinsipal pinjaman perumahan yang lebih tinggi.
Contohnya, jika kini seseorang mempunyai baki pinjaman perumahan sebanyak RM300,000 dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun, selepas 6 bulan moratorium dan pada bulan ketujuh dari hari ini, baki pinjaman perumahan beliau akan bertambah sebanyak RM6,000 kepada RM306,000 oleh kerana kadar faedah semasa tempoh moratorium tersebut.
Dalam kes ini bank mengenakan caj sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada peminjam seperti di atas tanpa mengurangkan jumlah prinsipal pinjaman semasa tempoh 6 bulan moratorium tersebut.
Ini akan menyebabkan kadar pembayaran bulanan pinjaman perumahan peminjam juga meningkat dengan lebih membebankan selepas tempoh moratorium tamat, atau beliau terpaksa memanjangkan lagi tempoh pembayaran balik pinjaman tersebut selama melebihi 6 bulan.
Sekiranya pinjaman semakin membebankan dengan kadar bayaran yang bertambah, ia juga menyebabkan jumlah pinjaman tak berbayar atau 'non-performing loan' (NPL) akan meningkat.
Ini tidak baik untuk ekonomi negara terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan merudum kini.
Oleh itu, saya ingin cadangkan kepada kerajaan agar pihak bank tidak mengenakan faedah (atau mengurangkan bayaran faedah) untuk pinjaman perumahan semasa tempoh 6 bulan moratorium tersebut terutama kepada peminjam dalam kategori M40 ke bawah dengan had pinjaman yang ditentukan kerajaan.
ISHAM JALIL
25 Mac 2020 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bank Negara Benar Enam Bulan Tangguh Pinjaman Bank
Kredit : Bank Negara
Individu dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman bank masing-masing secara automatik selama enam bulan berkuatkuasa April depan.
Bank Negara dalam kenyataannya memaklumkan penangguhan pembayaran itu meliputi hampir kesemua pinjaman daripada institusi kewangan kecuali baki hutang kredit kad.
"Bagi baki hutang kad kredit, pelanggan akan ditawarkan pilihan untuk menukarnya kepada pembiayaan jangka pendek tidak lebih dari tempoh tiga tahun.
"Institusi kewangan tempatan diminta membantu pelanggan dalam kalamgan peminjam individu dan IKS tentang prosedur penangguhan pembiayaan terbabit sepanjang tempoh moratorium berkenaan," menurut kenyataan tersebut yang dipetik menerusi portal The Star Online.
Bank Negara memaklumkan penangguhan pembayaran berkenaan terhad kepada pelanggan individu dan IKS sahaja.
Kredit : The Star
Menurut kenyataan itu, pihak bank terbabit digalakkan untuk mempertimbangkan permohonan pelanggan sektor korporat yang turut terjejas akibat wabak Covid-19. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|