CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAMS

Tiada Niat Bunuh Zulfarhan - Tertuduh Keempat

[Copy link]
Post time 4-12-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu xde niat jgnlah buat
Klu nak iron gak jgnlah di pnskan iron tu bio sejuk hah klu camtu leh kata nk gurau
Sengal sgt alasan dibg
Semlm ms jumpa sorg Dr yg buat post mortem dia pun x sanggup nk tgk gambar arwah camner bebdk ni leh tega hati buat penganaiyaan mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 02:51 PM | Show all posts
Harap hakim pun boleh kata tiada niat jatuhkan hukuman gantung..
Masa ni laa ko nak tunjuk suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 03:02 PM | Show all posts
Meluat dgr sorang2 punya defend statement ye, tak laku la dekkk taktik raih simpati ngko tu kt nurtizen, mmg ke tali gantung jelah dekkk doa kami. Yg kesian kt ngko cuma family kau je yg tertipu kan sbb ngko bdk2 uni and study pun dpt elaun, bakal jd peg. kerajaan tu yg mak bapak ko pikir nak diharapkan jd kebanggaan keluarga. Halahhh halahhhh mati dibalas mati je senang cte!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 03:12 PM | Show all posts
tak matang betul jawapan ni. Ni la budak masa depan umur 18 tahun dah pilih kepimpinan negara. Yahooo!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg jadi kepala sampai semua kering hati seterika kawan tu, boleh sampai hati dia cop cop panas panas ke badan org tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:10 PM | Show all posts
aku harap okt2 ni semua akan keluarkan fakta yang bercanggah sesama sendiri sbb nk lepaskan tengkuk memasing .. pastu akan ada keraguan dan setersunya semua di dapati bersalah.

tolong jatuhkan hukuman cepat sikit kat okt yg 6 jahanam ni dulu. geram pulak aku !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dorang ni memang tak ada niat nak bunuh.  Nak dia mengaku je yg arwah curi brang tu.

Dorang ni acah2 polis soal jawab pesalah. Sebab
Ada juga dengar kalau polis soal jawab pesalah memang akan kena dera. Mungkin terinspirasi dari hear say gini.

Atau terpengaruh dengan wayang2 yang berunsurkan ganas.

Betapa la bodohnya mereka ni.  Samada dengan niat atau tak,  aku harap mereka dikenakan hukum setimpalnya. Hukum gantung pun tak apa. Paling kurang penjara selamanya.  Tanpa ada pengampunan.

Rasanya dorng ni ada maslah nak uruskan emosi dan kemarahan mereka,  tu yang jadi kes2 gini.

Ni nasib la pelaku dan mangsa sama2 rakyat biasa,  kalau anak2 orng have2 atau high profil memang tak terbela la nasib arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 3-12-2019 07:45 PM
X sanggup lg dh bc proses penderaan tu. Aku hrp sgt setan2 ni derita seumur hidup. Aku yg bc ni pun  ...

Akk pon sama... Xterbayang mcm mana arwah tu menahan sakit.. Semoga roh arwah tenang bersemadi di sana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bana ko tak ada niat
Selayaknya carutan di gunakan sebagai bahasa terhormat di ucapkan kpd spisis parasit mcm ni
Semoga hakim tidak membuat khilaf dlm membuat keputusan kelak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 08:26 AM | Show all posts
tutup jer UPNM ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 08:27 AM | Show all posts
Zulfarhan jerit 'jangan buat lagi'


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu oleh tertuduh kelima dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain bahawa ketika dia menggunakan seterika wap ke atas mangsa, ia dilakukan secara spontan.

Mohamad Shobirin Sabri, 23, berkata, perbuatan secara spontan itu dilakukan di bahagian kaki Zulfarhan selepas seseorang yang tidak dapat dipastikan menyerah seterika itu kepadanya.

“Pada 22 Mei 2017, 4.30 pagi, saya pergi ke bilik 4-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM dan saya ada dengar beberapa orang sedang menyoal siasat Zulfarhan mengenai kes kecurian barang di blok asrama itu.

“Selang beberapa minit, saya ingin keluar daripada bilik itu kerana kebetulan waktu itu saya mahu bersiap untuk solat Subuh di masjid.

“Ketika mahu keluar dari bilik, seseorang yang saya tidak pasti menyuruh saya menggunakan seterika wap kepada Zulfarhan dan saya secara spontan menggunakan seterika itu kepada Zulfarhan sekali sahaja.

“Selepas itu saya meletakkan seterika wap itu di atas meja dan terus kembali ke bilik saya di 5-2, blok penginapan asrama Jebat, UPNM,” katanya.

Saksi pembelaan kelima itu berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakilinya pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Sementara itu, pada sesi soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, Mohamad Shobirin berkata, Zulfarhan menjerit “Jangan buat lagi” selain menarik kaki dan menepis ketika dia menekap seterika wap di bahagian kaki mangsa.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Februari 2020.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 23 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 5:09 PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 08:39 AM | Show all posts
Masa ko buat ko tak pikir cam sekarang pula....menyesal kemudian tak berguna...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 08:42 AM | Show all posts
berapa lama depa seksa arwah farhan.. 2.. 3 minggu kan simpan.. sorok sini sana.. bwk gi klinik bagai..
tapi seksa tetap seksa..
kalo guna otak tu lebih skit. bawak pergi hospital terus.. warded. dptkan rawatan. dah tentu nyawa farhan tu masih panjang..
sembuh atau tidak.. hidup atau mati itu janji Allah swt.. tp cara dia org seksa tu..  mmg tak bleh dimaafkan
mereput laa dalam penjara.. akhirat esok berjumpa ler dgn farhan.
ingat perbuatan korang ni abis di dunia je ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 12:17 PM | Show all posts
batullah tu dia xde niat nak bunuh.acah2 ugut nak suruh ngaku je..tp apakan daya menyesal pun its too late  dekk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 03:51 PM | Show all posts
seseorang yg sy tak pasti???mcm mn ko tak pasti tpi ko buat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Boooodooo p sekolah soh belaja bg pandai hampa suka2 bunuh org x dak niat kunun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 5-12-2019 08:27 AM
Zulfarhan jerit 'jangan buat lagi'



Aku ulang utk sekelian kali nya supaya Hakim Datuk Azman Abdullah tidak membuat KHILAF dlm membuat keputusan supaya kematian Haji Zulfarhan Osman & keluarga mendapat keadilan yg sewajarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkan kalau terkena wap periuk nasi tu pun sakit gak ni kan ko tekap dekat kulit.....bodoh tak boleh diajar korang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau nak sambung thread yg mana iols tepek sini la ye

https://siakapkeli.my/2020/02/27/tertuduh-keenam-nafi-beri-arahan-tekap-seterika-wap-ke-tubuh-zulfarhan/

Dia sebut nama Mubin. Tolong sapa2 refresh memory iols mubin ni yg mana satu. Tak silap kawan baik arwah jugak ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
“Zulfarhan Tidak Mengaku Dan Terus Menjerit Setiap Kali Seterika Wap Ditekap Ke Bahagian Badannya” – Tertuduh Keenam

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Tertuduh keenam dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menafikan dia dalang yang mengarahkan rakan-rakannya untuk mencederakan mangsa menggunakan seterika wap.

Abdoul Hakeem Mohd Ali, 24, turut menafikan di Mahkamah Tinggi hari ini dia sendiri mencucuh seterika wap ke atas Zulfarhan bagi mendapatkan pengakuan berkenaan beberapa barangan antaranya wang tunai dan komputer riba yang didakwa dicuri mangsa.

“Saya tidak bersetuju saya adalah dalang dalam kejadian ini kerana pada malam itu, saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan pun.

“Saya tidak tahu tetapi saya rasa Mubin Mustaza (seorang lagi rakan mereka) adalah puncanya,” kata tertuduh yang memegang jawatan sebagai Ketua Intake bagi pelajar kadet dalam kumpulan ambilannya, termasuk Zulfarhan.

Menceritakan semula kejadian pada malam 22 Mei 2017 itu, Abdoul Hakeem berkata dia menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada Mubin yang bertanyakan sekiranya dia ada melihat Zulfarhan.

“Mubin beritahu saya bahawa duitnya hilang dan mengesyaki Zulfarhan yang mengambilnya. Ramai juga pelajar lain yang turut kehilangan barang tetapi saya tidak tahu jumlah sebenar.

“Saya beritahu Mubin saya tidak tahu Zulfarhan di mana dan selepas menyiapkan tugasan, saya terus pergi ke bilik Zulfarhan di 3-6 untuk mendapatkan kepastian mengenai aduan Mubin tetapi ketika saya tiba, hanya rakan sebilik Zulfarhan yang dikenali sebagai ‘Syafiq’ ada ketika itu,” katanya pada pemeriksaan utama oleh peguamnya Zambri Idrus pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Tertuduh berkata dia bertanyakan kepada Syafiq tentang keberadaan Zulfarhan dan dimaklumkan mangsa telah mengikuti Mubin dan seorang lagi rakan mereka yang merupakan saksi pendakwaan ke-24, Ahmad Senabil Mohamad ke bilik 4-10.

“Sebaik tiba di bilik 4-10, saya nampak sekumpulan pelajar sedang berada di dalam bilik tersebut dan mengelilingi Zulfarhan yang sedang duduk di atas kerusi di tengah-tengah.

“Mereka bertubi-tubi menyoal Zulfarhan tentang barang yang didakwa dicurinya namun Zulfarhan masih tidak mengaku. Saya kemudian duduk sebentar di bilik itu sebelum kembali ke bilik saya untuk menyiapkan tugasan,” kata Abdoul Hakeem.

Ditanya peguam lain, Amer Hamzah Arshad sekiranya dia ada kembali ke bilik 4-10 selepas kejadian itu, tertuduh menjawab ‘Ya, saya pergi semula ke bilik 4-10 kira-kira pukul 4 pagi’.

Tertuduh berkata ketika itu dia melihat Mubin sedang memegang seterika wap ke arah Zulfarhan sambil bertanyakan soalan sama sekiranya mangsa ada mencuri pebagai barangan pelajar di Blok Jebat, iaitu blok kediaman para pelajar kadet ini.

“Zulfarhan masih tidak mengaku dan terus menjerit setiap kali seterika wap ditekap ke bahagian badannya. Mubin yang tidak berpuas hati dengan jawapan Zulfarhan kemudian menyerahkan seterika itu kepada seorang lagi tertuduh, Muhammad Najib Mohd Razi yang bertindak menekap seterika wap itu ke lengan Zulfarhan,” katanya.

Seterusnya pada 26 Mei 2017, tertuduh berkata Zulfarhan telah dibawa oleh beberapa rakan mereka ke Klinik Al-Salam di Bangi bagi mendapatkan rawatan dan ketika ditanya doktor tentang kecederaannya, Allahyarham memberitahu beliau terkena bom wap sewaktu latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim semasa pemeriksaan balas terhadap tertuduh, mempersoalkan tindakan Abdoul Hakeem selaku ‘Ketua Intake’ yang tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak universiti, malah membiarkan mangsa tetap diseksa dengan seterika wap oleh Mubin dan Muhammad Najib.

Abdoul Hakeem juga tidak bersetuju dengan cadangan Julia yang menyatakan keterangannya dan penafian yang dibuatnya di mahkamah hari ini hanyalah untuk menyelamatkan diri sendiri.

Julia: Keterangan kamu hari ini hanyalah untuk elak kamu dan rakan-rakan yang terlibat untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Abdoul Hakeem: Tidak setuju.

Julia: Kamu dan rakan-rakan tidak membawa Zulfarhan ke klinik lebih awal selepas kejadian untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mahu perkara ini diketahui orang lain.

Abdoul Hakeem: Tidak setuju.

Pada 31 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Semua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti itu, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Jumaat.



Sumber: Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.094441 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list