Post time 6-8-2019 07:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
press conference Big Stage ptg ni rasanya, sbb Adzrin dh kasi hint kt ig dia wish him luck. Mari kita tgk betul tak senarai peserta yang di rumourskan tu
1. Ila Sabry - Keranamu Kekasih (2001)
Penyanyi one hit wonder yang pernah popular dengan lagu yang meletop2 pada tahun 2001, Keranamu Kekasih yang juga menjadi OST Gerak Khas.
Lagu ini pernah menjadi juara carta di kebanyakan radio & antara lagu yg mempunyai kedudukan yang baik di carta muzik muzik 2001. Malangnya lagu ini gagal layak ke AJL2001. Selepas Keranamu Kekasih, penyanyi yang berasal dari Perlis Indera Kayangan ini muncul dengan lagu baru duet bersama Zamani namun selepas itu nama beliau di industri muzik ditelan zaman.
2. Krisya - Gemersik (1996)
Masa awal kemunculan, Krisya ini sering digelar klon Fauziah Latiff kerana tone suaranya yang mirip Fauziah Latiff. Mula menyanyi pada tahun 1996 ketika belia berusia 16 tahun. Mempunyai pakej yang lengkap tapi namanya gagal popular selepas Siti Nurhaliza menjuarai AJL di penghujung tahun 1996. Selepas industri muzik Malaysia memasuki era "Siti Nurhaliza", nama Krisya terus padam. Hanya lagu beliau Kluangman sahaja yang berkumandang.
3. Izla - Ku Kunci Rindu Buatmu (2001)
Kalau Fauziah Latiff ada klon, Ziana Zain tak kurang hebatnya. Ku Kunci Rindu Buatmu ngetop di kebanyakan radio tempatan pada tahun 2001. Mungkin aura suara "Ziana Zain" + melodi lagu yang catchy + lirik yang catchy adalah formula yang sempurna. Kalau tengok di youtube lagu ini mencatat 7.7 juta viewers. Teringin nak tengok Izla di atas pentas GV, mungkin suara beliau lebih power?
4. Haslinda - Sehati Sejiwa (1998)
Kalau di era burung berterbangan di media sosial, drama2 seperti kekasih paksa rela, curi-curi cinta, jangan benci cintaku dan pelbagai... berjaya mempopularkan ost drama, pada era 90-an atau lebih spesifik tahun 1998, drama TV3 Cinderella berjaya mengetopkan lagu Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda. Pada awal 2000-an, Haslinda menghasilkan album baru namun haus di aidilfitri. Nyanyian terbaru Haslinda membuktikan sheols masih hebat menyanyi. Dari segi penampilan pun nampak sheols ready untuk join industri muzik balik.
5. Fauziah Idris - Lagu Rindu Merindu (1999)
Fauziah Idris merupakan salah seorang puteri sinaran yang popular dengan lagu berirama tradisional, Lagu Rindu Merindu. Beliau yang berasal dari Johor juga antara penyanyi tradisional yang terbaik di Malaysia kerana gaya suaranya, lenggok, sebutan yang bulat & jelas. Satu kuota GV patut diberi kepada pelapis muzik irama tradisional.
6. Candy - Akan Ku Tunggu (1997)
Tahun 1997 melahirkan ramai penyanyi Sarawak. Selain Rem & Camelia yang tengah ngetop dengan single masing2, Candy juga new comer yang popular di radio tempatan ketika itu dengan lagu pop rock Akan Ku Tunggu. Kemunculan rock band wanita pada era tersebut sangatlah rare ketika era muzik dipenuhi dengan penyanyi balada 90an dan juga rock2 kapak membuatkan mereka diterima ramai. Mampukah Patricia Abdullah yang juga merupakan isteri gitaris popular Edrie Hashim bertenaga semula di atas pentas GV? Satu kuota penyanyi wanita rock patut diberi dalam GV6.
Nantikan wish list untuk peserta laki dari meols. Nak pegi masjid kejap.
Edited: tak jadi ke masjid. solat di rumah je.
Ini pulak Peserta Lelaki Impian @af_mania
1. Qiara - Hanya Padamu (1992)
Salah satu band rock kapak yang mempunyai suara yang syahdu & merdu di awal 90-an. Kumpulan ini kurang ngetop semasa era itu (sebab itu lah program Gegar Vaganza ini diwujudkan!). Lagu2 mereka lebih popular sampailah sekarang.
2. Newboyz - Sejarah Mungkin Berulang (1999)
Tak payah mukadimah panjang, satu malaya kenal boy band malaya yang ngetop di tahun 2000. Analoginya ala2 Aiman Tino + Khai Bahar + Ismail Iszaini + Haqiem Depression + Andi Bernadee bergabung bikin satu group. Mungkinkah sejarah Newboyz berulang?
FYI: Lagu Sejarah Mungkin Berulang di youtube telah mencatat 32 juta viewers.
3. AXL's - Andai Dapat Ku Undurkan Masa (1997)
Antara band yang punyai lagu2 ngetop di pusat karaoke. Sebelum ADKUM, AXL's pernah popular dengan lagu Akulah Kekasihmu. Vokalis AXL's masih lagi aktif menyanyi di luar TV. Iols rasa heols mampu memberi saingan yang sengit dalam GV6.
4. Visa - Dalam Gerimis (1994)
Visa antara kumpulan yang menaruh lagu2 rock kapak pada era 90-an. Sham Visa selaku vokalis terkenal dengan vokal yang mantap kerana mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik.
5. Hasnol - Laguku Untukmu (1993)
Penyanyi solo lelaki yang popular di awal era 90-an dengan Laguku Untukmu. Antara penyanyi lelaki terawal yang membawa DNA muzik Adnan. Mempunyai tone suara yang unik & merdu.
6. A to Z - Itik Gembo-gembo (1997)
Rasanya tak perlu nak mukadimah panjang. Sapa yang hidup di era 90-an pasti kenal dengan A to Z kerana genre muzik yang diperjuangkan sangat unik & menjadikan muzik Malaysia era 90-an berwarna-warni. Bukan saja muzik yang catchy tapi A to Z juga memberi kelainan dengan menggunakan loghat2 negeri di dalam lirik-lirik lagu mereka. Lagu Itik Gembo-gembo antara lagu hits pada tahun 1997 sehingga melayakkan mereka bertanding di AJL 1997. Al-fatihah buat arwah Fendi A2Z.
P/s: Rindu pulak dengan kemeriahan muzik Malaysia era 90-an yang penuh warna-warni. Ada dangdut, irama tradisional, rock, pop rock, balada, pop, nasyid, r&b, rap dan sebagainya.