CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Maideen.

[Tempatan] Isa Samad, Azeez Rahim, Irwan Serigar tak mahu buat Umrah jugak ka? Prrrrrrrpfft

[Copy link]
Post time 23-5-2019 04:59 PM | Show all posts
TOLERANSI BERAGAMA DAN AMALANNYA
DI MALAYSIA: RUJUKAN KEPADA ARTIKEL 11
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Oleh:
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali∗
Mohd Herzali Mohd Haled∗∗
ABSTRAK
Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan
konsep toleransi beragama dari sudut pandangan Islam
dengan menjadikan beberapa terma penting yang terdapat
di dalam al-Qur’an dan Hadith sebagai sandaran kepada
pokok perbincangan. Garapan daripada penjelasan
konsep toleransi tersebut seterusnya dijadikan sebagai
landasan dalam membahaskan kedudukan toleransi
beragama di Malaysia merujuk kepada Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Realitinya, amalan
toleransi beragama di Malaysia masih lagi berada pada
tahap yang ‘kabur’. Beberapa faktor luaran dan dalaman
antara penyebab kepada kekenduran amalan tersebut
pada masa kini. Umat Islam terutamanya dan masyarakat
Malaysia keseluruhannya patut menyedari akan
kelemahan-kelemahan tersebut dan mengambil langkah
segera dengan bijaksana bagi memastikan keluhuran
perlembagaan dan toleransi beragama di negara ini akan
terus kek
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
82
ABSTRACT
This article looks into the concept of religious tolerance
from the Islamic perspective with a focus on some key
terms from al-Qur’an and al-Hadith. These key terms
serve as a guiding post in discussing the focal issues from
this article. Thus, the concept of religious tolerance is
then compared to the Malaysian Federal Constitution Act
11. In reality, the implementation of religious tolerance
is still ‘blurry’ or underdeveloped. The cause of this
underdevelopment is due to some external and internal
factors. Muslims especially and all Malaysian should
be aware and made aware of this shortcoming and take
immediate steps to ensure the majesty of the constitution
to maintain a religious tolerance in Malaysia.
Keywords: Tolerance, Malaysian Federal Constitution
PENDAHULUAN
Islam merupakan sebuah agama yang sentiasa mengamalkan sifat universal
(‘alamiyyah),1
toleransi (tasamuh)2
dan kasih sayang (mahabbah)3
dalam
segenap perkara. Ini amat bertepatan dengan maksudnya sebagai “selamat
dan sejahtera”. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai hubung kait yang
amat rapat antara satu sama lain. Pun begitu, kesemua istilah tersebut
perlu diperhalusi dengan lebih mendalam agar kita tidak tersalah dalam
memahami dan menerimanya.
KONSEP TOLERANSI
Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa
Islam membawa suatu ajaran yang bersifat universal (Rahmatan lil
‘Alamin). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk
pada kesesuaian dan kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan
oleh seluruh manusia.4
Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam
1 Surah al-Anbiya’ 21:107. 2 Surah al-Baqarah 2: 256; Surah Yunus 10:99; Surah al-Hajj 22:40-41. 3 Surah al-Hujurat 49:13. 4 Sehubungan itu, dalam hal-hal ibadat seperti cara wuduk, perkahwinan,
perwarisan harta pusaka dan sebagainya tidak termasuk dalam pengertian
universal tersebut. Sebaliknya Islam hanya menekankan soal nilai-nilai sosial
atau kemanusiaan.
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia
83
itu adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia melambangkan nilainilai “absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri.
Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua
kerangka utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha
Esa (tawhid) yang dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa
batasan ras, bangsa dan sempadan geografi. Kedua; penegasan prinsipprinsip moral seperti keadilan, mushawarah, tolong-menolong, melakukan
perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan dan juga larangan
daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana
atau kemusnahan.5
Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi
(tasamuh) sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam.6
Islam bukan
agama yang berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini
telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana antara
firmanNya yang bermaksud:7
Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat
baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama
dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu.
Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.
Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan
untuk tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap
orang lain yang berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat
terpenting yang membawa kepada sifat toleransi.
Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah
yang juga merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang
bermaksud kasih sayang. Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih
sayang sesama insan terutamanya terhadap umat Islam dan sewajarnya juga
kepada non-Muslim yang tidak memperlihatkan permusuhan mahupun
penentangan terhadap Islam dan umatnya. Pendekatan ini selaras dengan
keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Justeru, mahabbah
dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi (tasamuh)
yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional
dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat
mengandungi maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding
toleransi. Ini kerana toleransi sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruan
5 Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran alQur’an Dalam Kehidupan Modern di Indonesia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2019 05:04 PM | Show all posts
Tak patut betul hakim hakim itew......Prrrrrrrrrrrrrpffftght
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu nak gelak atau sedih bila baca thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 05:13 PM | Show all posts
ultra78 replied at 23-5-2019 05:06 PM
Tak tahu nak gelak atau sedih bila baca thread ni

Ramai yang sedih.......

Ramai juga yang PM Maideen supaya menganjurkan perhimpunan para lobai didepan Sogo selepas habis musim hujan ini untuk membela Isle yang jelas telah ditindas oleh hakim mahkamah tinggi, hakim hakim makamah rayuan dan kini hakim hakim mahkamah Persekutuan.....

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la g umrah dr korang melacur kat mana2...liberal sgt thread....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 06:26 PM | Show all posts
harisbee replied at 23-5-2019 06:08 PM
Elok la g umrah dr korang melacur kat mana2...liberal sgt thread....

Kalau Zahid hamidi tak dapat pergi Umrah tak semestinya dia melacur. Banyak lagi benda sunat yang dia boleh buat e.g. makan nasi beriani pakai tiga jari, jalan jalan naik unta di bawah pohon kurma di Kelantan  atau kawen dengan kanak kanak berumor 6 tahun.......

Maideen~Heran macamana lobai ingat tak boleh pergi Umrah kalu, mesti melacur......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia nak g umrah..yg ko sebok2 nape..korang x nak g umrah sudah...acah2 nak ubah mentaliti ummah jgn g umrah ke apa? Baik terjun neraka siap2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 06:39 PM | Show all posts
harisbee replied at 23-5-2019 06:28 PM
Dah dia nak g umrah..yg ko sebok2 nape..korang x nak g umrah sudah...acah2 nak ubah mentaliti ummah  ...

Habis hakim hakim semua tak bagi nak buat macamana.....

Selama 30 tahun, lepas songlap duit dia pergi Umrah, lepas makan rasuah dia pi Umrah, lepas pecah amanah dia pi Umrah tapi tahun ni tak boleh sebab pasport dia jaga Mahkamah pegang nak buat macamana. Tak khen Allah tak faham. yang ko ingat kalau tak leh pergi Umrah dia boleh melacur tu apahal? Hadi awang ajar ka? .....hahahahahahaha

Maideen~30 tahun babe.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So????? Biarlah dia nak merayu ke apa..x dpt g sudah...gigih bukak thread murahan....dasar pencacai atok yg pemalas dan lembam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 06:53 PM | Show all posts
harisbee replied at 23-5-2019 06:46 PM
So????? Biarlah dia nak merayu ke apa..x dpt g sudah...gigih bukak thread murahan....dasar pencacai  ...

Tak boleh ka kita melahirkan simpati  kita apabila dia kena gelak dek hakim hakim di tiga mahkamah (yakni Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) yang melibatkan 9 orang Hakim seolah olah mereka berkata " Kaki songlap, makan rasuah dan pecah Amanah lagi ada hati nak pergi Umrah! Tak tahu malu.... Prrrrrrrrrrrrrpfffftght" ?
Huh? tak boleh ka?

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 06:25 AM | Show all posts
Kesian wak jahid tak boleh ke mekah tahun ni,

"Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tapi di Bangi,"katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2019 07:23 AM | Show all posts
Edited by Maideen. at 26-5-2019 07:38 AM
kelana36 replied at 26-5-2019 06:25 AM
Kesian wak jahid tak boleh ke mekah tahun ni,

"Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Ma ...

Dia punya cerita pasal 7 burung tawaf di kaabah semua tu saling tak tumpah macam auta pemimpin PAS kepada lebai lebai akal rendah yang sanggup di auta oleh chief lobai mereka! Agaknya itu lah "hikmah" UMNO berbaik baik dengan PAS. Penyamun yang menghadapi 47 tuduhan menyamun ini tahu bahawa ramai orang Melayu mudah ditipu dengan cerita cerita ajaib yang di reka reka untuk menunjukan dia orang yang diberi petunjuk oleh Tuhan.

(Kita masih ingat lagi bagaimana seorang pendakwah bebas "Ostad Kamal" telah di lantik menjadi pemimpin PAS Selangor setelah Ostad Kamal menceritakan bagaimana dia ada tolong menanam mayat manusia yang bertukar menjadi babi di Damansara Heights.... )


Jangan takajut jika selepas ini, Isa Samad pula bercerita bagaimana dia sedang tawaf apabila mendapat panggilan talipon dari Najib yang kata "  Isa, you have got to come home. " Rupa rupanya Najib dah lantik dia jadi pegerusi Felda! dan ketika itu dia melihat dilangit ada buraq sedang terbang.

Kemudian Azeez Rahim pula akan bercerita bagaimana dia tertidur ditepi kaabah lalu bermimpi dia berjumpa malaikat apabila tetiba taliponnya berbunyi. Rupa rupanya najib Talipon dia dan berkata , " Zeez, you have to come back to Malaysia immediately! I've just made you pengerusi of  Tabung Haji!"

Itu kita belum dengar cerita dari Apandi Ali lagi tentang apa yang dia tengah buat masa Najib talipon dia bagitahu dia dah jadi Peguanm Negra.....Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght

Sorry to say lah Kelana, tak susah nak auta Melayu ni.... Gunakan Isle........

wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 07:44 AM | Show all posts
Maideen. replied at 26-5-2019 03:23 AM
Dia punya cerita pasal 7 burung tawaf di kaabah semua tu saling tak tumpah macam auta pemimpin PAS ...

seronok juga dengar penglipur lara dia tu ..  

Tak hairan la kalau dia buat cerita macam mana dia jumpa penderma arab 2.6 bil ke account najib tu kan..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2019 07:55 AM | Show all posts
kelana36 replied at 26-5-2019 07:44 AM
seronok juga dengar penglipur lara dia tu ..   

Tak hairan la kalau dia buat cerita m ...

Sib baik dia tak ceritakan bagaimana penderma arab kaya itu berkecil hati sebab Najib pulangkan balik sebahagian besar wang yang dia dermakan itu...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2019 04:32 PM | Show all posts
Kehkehkeh..............dengan jumlah 87 (yakni Four score and seven) pertudohan yang dikenakan keatas  Jawa tua korup ini , lambat lagi lah dia boleh bawak keluarga dan kawan kawan dia ke Rumah Allah (yakni Baitullah) untuk buat umrah.

Rasanya bolehlah mahkamah simpan pasport jawa tua penyamun tua ini dalam laci dan buang kuncinya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040094 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list