CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

Syed Saddiq akan bawa KPop BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

[Copy link]
Post time 24-4-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Pasal tourism, kenapa menteri belia dan sukan yg menyibuk?

2. Brapa juta bajet nak bawa BTS ni? Perlu ke? Kata hutang berbiliun2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman bn dengan zaman ph ni macam takda beza je, dulu pun import kpop, ni idea sama dibawaknya. takda buat idea semenggah sikit ke yg menunjukkan jati diri identiti Malaysia? Baik aku layan kugiran masdo ke hapa yg nyanyi cam malas2 tu

Gigih yihhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 24-4-2019 02:18 PM
Ada pertandingan menteri paling bodoh ke skrg ni? Aku tengok berebut2 menteri PH skrg nak tunjuk keb ...

Susah nk buat pertandingan...menteri pH dia nya bodoh semua Di ranking pertama ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Carilah kompang lima beradik tu ke, group Noraniza Idris, Siti Nurhaliza ataupun mana2x tarian kebudayaan rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:07 AM | Show all posts

Bawa BTS Datang Malaysia, PH Semakin Merepek!

Cadangan untuk membawa BTS membuat persembahan di Malaysia dibantah pelbagai pihak. Kredit foto: Carian Google





Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K-Pop, Bangtan Boys atau BTS bukan sahaja dikritik oleh penggiat seni tempatan malah turut menerima reaksi kurang menyenangkan daripada penggiat sukan peringkat akar umbi.



Seorang penggiat program pembangunan sukan renang remaja yang dikenali sebagai Arda kesal apabila Kementerian Belia dan Sukan seolah-olah memberi keutamaan kepada 'orang luar'.



Memetik status dalam laman Facebook miliknya, Arda turut menyifatkan perkembangan terbaharu itu menunjukkan keadaan menjadi semakin 'merepek' sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.



Dia turut menyarankan kepada Syed Saddiq supaya turun padang melawat programnya itu di Kampar, Perak serta berusaha untuk mengetengahkan perkara-perkara yang memberi sumbangan kepada negara.



Kredit foto: Facebook



Para netizen turut berkongsi pandangan serupa dengan menyifatkan usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa BTS itu sebagai tindakan yang tidak berfaedah serta membazirkan wang rakyat.



Kredit foto: Facebook





Malaysiakini pada 23 April melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan sedang berusaha BTS untuk membuat persembahan di negara ini tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.



Seperti yang diperjelaskan oleh Syed Saddiq, langkah membawa artis luar negara itu bukan bertujuan melalaikan generasi muda sebaliknya ia sepatutnya dilihat sebagai pelaburan yang menguntungkan.



Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kredit foto: Carian Google





Walaupun menguntungkan, wajarkah artis K-Pop yang diketengahkan sebagai daya tarikan Tahun Melawat Malaysia 2020? -CARI


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:22 AM | Show all posts
BTS K-Metal


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2019 11:23 AM | Show all posts
plastic is the new beauty.. but music mereka catchy...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Awie pun dah bersuara..
Kesian jilat majid, ct..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 11:39 AM | Show all posts
BTS bln Bandar Tasik Selatan ke..
terletak Nye TBS?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:04 PM | Show all posts

tamparan untuk artis malaysia, why artis malaysia tak sefemes mereka ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed sodok mesti jd kebangaan kpop lover nak nak kalo bagi  deme tengok bts free..anak sedara aku tiap tahun kumpol duit smta nak beli tiket kosert kpop..kalo kpop datang sigapore pon sanggup berabis duit..tiap tahun simpan duit travel korea semata mata nak gi bertenggek kat bangunan sbs kbs semata mata tunggu idol lalu ...gila betull...kalo gnerasi aku buat peragai hamjad gini harus kena lesung batu kat dahi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed sadik pun. Nak panggil artis luar xpayahlah sempena program tahun melawat malaysia. Buat mcm biasa company2 panggil artis buat show yg dkt genting tu dahla
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:55 PM | Show all posts
syed saddiq punya keje ke nie sibuk hal nak bawak BTS dtg malaysia pulak.. takde keje lagi penting nak buat ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tanya yg panggil BTS ni konsert percuma ke berbayar?? Ada pulangan ke kementerian nk panggil dorg dtg??

Put aside isu moral lah, yg tu kalau nk citer x abis, local artist pun moral kelaut habis
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Musik korya ni bunyi macam therapy tinitus je aku dengar, yg suka nau lagu korya ni jenis retard ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach: Nk tanya yg panggil BTS ni konsert percuma ke berbayar?? Ada pulangan ke kementerian nk panggil dorg dtg??Put aside isu moral lah, yg tu kalau nk cite ...

ada la makhluk ghaib yang suggest PH bawak diorang ni masuk. bila.nak bawak masuk ni kan ada kos.tiket bla.bla.hotel pihak yang suggest tu markup la atas tu semua atas lesen "servis" boleh jadi yang bawak masuk tu company kerabat kroni saddiq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 03:44 PM | Show all posts
walaupun benang ni penah ada, tapi sebab PH bodoh..up banyak kali pun x pa..
simple
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
SS kunyit.  {:hypnotize{:hypnotize{:hypnotize
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:56 PM | Show all posts
kenapa nak kena jemput artis luar masuk msia ni? kenapa nak bergantung kat drg? apa sumbangan drg?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 06:56 PM | Show all posts
'Bukan tak hargai artis tempatan...'


MAHU mengubah trend supaya Malaysia menjadi destinasi untuk persidangan dan konsert antarabangsa yang dapat menarik minat pelancong luar adalah antara objektif utama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika ini.

Dalam kenyataan di Instagram (IG) miliknya hari ini, beliau memberikan contoh di Singapura apabila kumpulan rock Coldplay dan K-pop Bangtan Boys atau BTS memilih negara itu, Stadium Nasional Singapura dipenuhi peminat dan tiket terjual kurang daripada empat jam.

Kenyataan beliau susulan reaksi negatif rockers legenda Datuk Awie Wings menyifatkan hasrat Syed Saddiq untuk membawa BTS membuat persembahan di negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 akan menjahanamkan artis tempatan.

Berikut petikan kenyataan Syed Saddiq di IG. Laras bahasa diubah mengikut Bahasa Melayu persuratkhabaran:

“Tak serik ke kita asyik tewas ke Singapura, Thailand dan sekarang ini juga di tangan Indonesia serta Vietnam. Saya nak ubah trend ini. Dahulu, Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi persidangan peringkat antarabangsa dan konsert antarabangsa yang menarik minat ramai pelancong luar.

“Lihat sahaja di Singapura. Apabila Coldplay dan BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh. Tiket habis terjual kurang dari empat jam.

“Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan jelas negara itu dapat manfaat pelbagai dalam pelancongan. Dunia melihat Singapura bukan Malaysia. Kenapa saya bicarakan soal ini?

“Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan profesional, bukan sahaja lantikan politik. Dahulu, kita rugi dalam RM20 juta setahun, waima kemudahan kita adalah antara yang terbaik di Asia.

“Kini, selepas rundingan beberapa kontrak berat sebelah dan setelah saya melantik lembaga pengarah yang baharu, kita akhirnya dalam landasan betul untuk mendapat laba. Lihat sahaja bagaimana Stadium Wembley dikendalikan. Bukan sahaja untuk tujuan bola sepak, tetapi sebagai ruang ikonik yang disewa dan diguna pakai pelbagai program.

“Konsert, persidangan dan pelbagai lagi yang tentunya membawa keuntungan. Sekiranya tidak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset-aset kita?.

“Baru baru ini, kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Peminat dari Singapura dan Indonesia pun turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin) membuat persembahan di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya. Di Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Indonesia pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka?

“Kita mesti berani berfikir di luar kotak. Saya tidak mahu Malaysia sekadar menjadi pilihan kedua atau ketiga. Saya mahu Malaysia menjadi pilihan nombor 1.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.343111 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list