CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: watachiwa

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ibni Almarhu

[Copy link]
Post time 29-1-2019 12:32 PM | Show all posts
Tunku Azizah: Pelantikan Tengku Ampuan Pahang selepas 31 tahun

Bernama |  Diterbitkan pada Januari 29, 2019 11:56 MYT


PEKAN: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas.

Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang yang berlangsung penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Pemasyhuran itu meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Pahang era moden.

Istiadat pemasyhuran bermula apabila Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah membacakan Surat Pengisytiharan Pelantikan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BACA: Tengku Hassanal dimasyhur Tengku Mahkota, Pemangku Raja Pahang


Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang hari ini. - Foto Bernama
Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang hari ini. - Foto Bernama


Ia berbunyi: "Beta sultan dan pemerintah negeri atas kuasa yang diberikan kepada Beta di bawah Fasa 1, Perkara 12 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang Bahagian Pertama dengan ini melantik dan memasyhurkan permaisuri Beta iaitu Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang berkuat kuasa pada 22 Januari 2019 bersamaan 16 Jamadil Awal 1440 Hijrah".

Surat Pengisytiharan Pelantikan itu kemudian dipersembahkan kepada Sultan Abdullah di atas singgahsana Diraja sebelum Tunku Azizah berangkat bangun dari kerusi tempat bersemayam di kerusi diraja lalu mengadap merafak sembah untuk menerima Surat Pengisytiharan Pelantikan berkenaan.

Tunku Azizah dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Tunku Azizah berkahwin dengan Sultan Abdullah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986 dan mempunyai empat putera dan lima puteri.

Gelaran Tengku Ampuan Pahang khas untuk permai-suri kepada pe-merintah atau sultan semasa yang berdarah raja se-perti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Sebelum bagin-da, Tengku Am-puan Pahang yang pertama ialah Teng-ku Ampuan Fatimah Tun Muhammad yang merupakan pe-rmaisuri Sultan Pahang I, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah diikuti Tengku Ampuan Besar Meriam binti Sultan Abu Bakar Johor (permaisuri Sultan Pahang II, Sultan Mahmud).

Tengku Ampuan Pahang seterusnya ialah Tengku Ampuan Besar Fatimah Sultan Alang Iskandar Shah (permaisuri Sultan Pahang IV, Sultan Abu Bakar Ri'a-yatuddin Al-Mu'adzam Shah) dan Tengku Ampuan Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad (permaisuri Sultan Pahang V, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah).

Permaisuri Sultan Pahang III, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah tidak dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang kerana bukan berdarah raja.

Gelaran Sultanah Kalsom (permaisuri Sultan Ahmad Shah) di-cipta hanya untuk baginda dan tiada dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nirman replied at 23-1-2019 09:28 AM
Since pahang has the highest debts in malaysia and owes putrajaya a lot of money, i wonder what does ...

Kalau teringat azmee kat cari, automatically tringat nirman juga. Hellllloooooo nirman.!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:36 PM | Show all posts

cantik, manis dan sopan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kembangbunga replied at 29-1-2019 11:27 AM
Yg baju hijau tu ke uolsss...
isteri tengku yg lead masuk sultan dlm balai rong seri tadi..


Slim haluih ja...comey..
Sapa ada gambaq...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:07 PM | Show all posts
kembangbunga replied at 29-1-2019 10:55 AM
jom la tengok live kat fb rtm..

ada live?

sayanglah..
kita kerja


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ellZack at 29-1-2019 01:15 PM

I tengok snippet dekat Twitter Bernama tadi. Cik Puan Julita dah pakai tudung ke? The one walk sebelah Tengku Muda (?) bertudung. Tak cam pulak muka.

:: OK. Dah nampak.
Lain pulak muka pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 01:39 PM | Show all posts
Syd replied at 29-1-2019 12:32 PM
Tunku Azizah: Pelantikan Tengku Ampuan Pahang selepas 31 tahun

Bernama |  Diterbitkan pada Januar ...

tahniah TAP

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:17 PM | Show all posts

boleh cari kat youtube rtm.. dah upload
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 02:19 PM | Show all posts
raihaneem replied at 29-1-2019 12:44 PM
Slim haluih ja...comey..
Sapa ada gambaq...



Rasanya wife Tengku Besar Kamil Ismail..
CP Tengah Pahang Rohaya Binti Abdul Halim



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:30 PM | Show all posts
prun replied at 29-1-2019 03:37 AM
Mmg cp julita kan. Sbb dia senyum kan mcm jungkit sikit bibir

Mmg CPJ. biasa la nampak lain. but she aged gracefully.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:42 PM | Show all posts
kembangbunga replied at 29-1-2019 02:19 PM
Rasanya wife Tengku Besar Kamil Ismail..
CP Tengah Pahang Rohaya Binti Abdul Halim

dulu dia baca berita kat RTM kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:45 PM | Show all posts
nazurah replied at 29-1-2019 02:42 PM
dulu dia baca berita kat RTM kan...

ooh ye ke? xtau plk..


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 29-1-2019 11:50 AM

Knp nampak lain. Dlm tv tadi lain bebenor. Ingat kan second wife
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 29-1-2019 11:50 AM

Uols, ni gambar lama eh?

Matilanak meols tertipu ingatkan gambar harini punya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:29 PM | Show all posts
kakasotong2 replied at 29-1-2019 03:13 PM
Uols, ni gambar lama eh?

Matilanak meols tertipu ingatkan gambar harini punya

a’a la kak tong.. baru perasan.. gambar lama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:33 PM | Show all posts
cantik nya CPJ.  CPJ ni org biasa kan. means bukan dri kaum kerabat diraja. lupa dah kisah dia. kenal sbb muka sebijik cm misha omar je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 29-1-2019 03:33 PM
cantik nya CPJ.  CPJ ni org biasa kan. means bukan dri kaum kerabat diraja. lupa dah kisah dia. kena ...

Ya

Cpj ni asal singapore

Keturunan daeng ambak
Antara orng terkya dispore sewaktu dulu.
4beradik
Dia yg sulung
Bwahnya lelaki
No 3 dn 4 pompuan

Dulu bertugas dgn penerbngn diraja berunai (pesawat yg membawa sultan berunai)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:06 PM | Show all posts
kakasotong2 replied at 29-1-2019 03:13 PM
Uols, ni gambar lama eh?

Matilanak meols tertipu ingatkan gambar harini punya

ya lerrr... tengok tarikh tapi kan raut wajahnya sama tu...
sheols membesar lama dah tapi beso lagi asben sheols..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:12 PM | Show all posts
tokchik replied at 29-1-2019 03:58 PM
Ya

Cpj ni asal singapore

ouhh i see. bukan calang2 jgk laa org nya. ingat kan rakyat kampung biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:35 PM | Show all posts
Edited by blinkmos at 29-1-2019 08:38 AM

comel je masa tengku ampuan terima watikah tu dr sultan, then salam kiss pipi... gelak sultan pahang..
sultanah kalsom takde dtg ke untuk majlis ni yer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.112612 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list