Post time 19-12-2018 01:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagu Malam dan Semalam-SLAM
“Malam...
Kau datang membawa pesan
Membuat hatiku rawan
Bulan...
Kau suluh duka semalam
Rinduku menjadi dendam
Mencengkam...
Dan fajar pun menjelma
Resahku bergelora
Takutku hendak berdepan
Dengannya...
Bukan kerana salah dosa
Bukan kerana miskin hina
Tapi kerana cinta hampa
Ku tersingkir dilembah duka
Penawar yang pernah kuracuni datang
Dengan seribu mimpi
Ke mana nak ku lari
Ku di tawan oleh realiti
Kasih pudar di hati
Ku menumpang diruang sepi
Andainya kau kembali
Cinta tidak bertaut lagi
Dan fajar pun menjelma
Resahku bergelora
Takutku hendak berdepan
Dengannya...
Bukan kerana salah dosa
Bukan kerana miskin hina
Tapi kerana cinta hampa
Ku tersingkir dilembah duka
Penawar yang pernah kuracuni datang
Dengan seribu mimpi
Ke mana…“
Lagu Malam dan Semalam ni dari album pertama slam.album pertama zamani nyanyi utk slam..malam dan semalam ni kurang dinyanyikan live tapi sebenarnya sangat best ok!lirik s amin shahab, lagu rahim othman.kombinasi yg power zaman 90 an ni.saya suka lirik dia.pada perspective saya lirik dia sangat mendalam.tentang seseorang yang sukar menghadapi realiti kehilangan cinta.hidup dan dirinya musnah akibat cinta yang hampa. musnah bukan sebab miskin bukan sebab dia adalah seorang pendosa/penjenayah.sebab cinta.bertambah malang bila disangka penawar yg datang tapi sbnrnya racun yg membawa seribu mimpi.dan dia terus terperangkap dan tak dapat lari dari realiti.bila malam je rindu semakin kuat dan buat dia hilang arah.ayat last, kita sama bersalah mengapa pula aku kalah is a big confession..dia finally realised yg it’s stupid that after all this times,dia sorang je yang terkesan akibat cinta tak kesampaian ini sedangkan pihak satu lagi hidup seperti biasa.sukar sebenarnya untuk manusia sedar benda ni..dan ini sebenarnya adalah antara ayat motivasi plg berkesan sy sendiri guna dalam hidup.kenapa kita nk susahkan hati sendiri atau musnahkan hidup sendiri akibat perbuatan orang lain sedangkan org tersebut hidup gembira dan tenang?sedangkan ramai lagi yg masih sayangkan kita..keluarga dsb.ok emotional plak.hahah.btw good song, lirik yang mendalam..
Maksud lagu Aku Maafkan Kamu (Malique dan Jamal Abdillah)
Lagu ni perasaan dia generally ada rasa-rasa cinta, ataupun penghapusan cinta dalam diri, mungkin satu perpisahan.. Jamal Abdillah pun salah satu penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu cinta.. Logik juga, kan?
Tapi aku lihat dari sudut berbeza sebab walau secara keseluruhannya nampak lain tapi fakta-fakta kecilnya menuju arah lain. Malique ni nampak jenis yang pentingkan details. Lirik dia diatur betul-betul satu demi satu, cantik, bermakna.
Kita lihat permulaannya, lagu bermula dengan chorus. Aku rasa idea asal memang bermula disini dan berulang-ulang. Setiap kali chorus diulang, ditekankan lagi. Yang penting disini lagu ni menekankan betapa kecilnya, dan betapa jahilnya sesetengah orang. “Katak melalak” digunakan. Nampak tidak? Selepas diulang-ulang betapa kecilnya seseorang atau golongan itu baru ditunjukkan sikap orang atau golongan itu. kita ada teratak, teratak dihujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyi dalamnya ada pula tempurung, tersembunyi dalamnya barulah ada katak yang bising.
Siapakah katak yang bising ni? Persona nak attack orang spesifik ke? Mungkin tidak. Jom analisa lirik-lirik lain.
Lagu ni banyak sentuh pasal satu peringatan. Awal-awal lagi minta maaf. “Atur sepuluh daktil, batal yang batil” Mungkin sebab ini realiti, mesti ada yang terasa lirik ini sebagai sesuatu yang offensive atau pedas.
Take note: persona maksudnya watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb (termasuk lagu)
Minta maaf kenapa? Adakah persona terkilan tentang sikap golongan tertentu sampaikan dia sendiri kena minta maaf kepada dunia? Ataupun minta maaf, kepada diri sendiri, sebab dia juga dulu seperti itu?
Verse pertama memang satu sindiran yang direct.
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
*inkarserasi dalam konteks lagu ni adalah penahanan, atau satu sekatan/hukuman bersifat sosial. Diambil dari perkataan Inggeris, incarceration.
Diakhiri dengan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Nampak seperti persona juga mangsa golongan ini, walaupun dia pernah bersekongkol bersama mereka.
Apa yang kita kejar? Apa yang kita bisingkan? Golongan ini klu pertamanya adalah golongan hipokrit sebab aspirasi dan bunyi tidak serasi. Apa yang dia cakap tak serupa apa dia bikin. “Dalam rumi” mungkin membawa maksud bersifat keduniaan. Siapa yang tak mahu syurga, tapi cara kita, adab kita, membawa ke syurga ke? AllahuAlam..
Akhirnya dia komen tentang nilai kita sebagai insan, sampai ubat kepada sikap cakap tak serupa bikin golongan ini gagal dikesan.. Takda ubat? Kasihan.. Selepas ketandusan nilai kita sebagai insan, kita berselindung di dalam halusinasi diri kita sendiri.
Verse kedua agak mendalam sikit pasal persona lagu ni refleksi diri pada verse ini.
Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Awal verse kedua, Nampak ada konflik dengan diri sendiri. Cuba lawan, timbul tenggelam kerapkali. Kadangkala terlihat, kadangkala tersembunyi. Pada masa lalu ada dosa-dosa yang diterangkan sebagai “bintik hitam” di cermin muka. Mungkin bintik hitam ini adalah penyesalan. Rahsia? Dendam dengan siapa? Dendam dengan diri sendiri kerana dulu persona juga pernah menjadi golongan ini?
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Ini baru diperlihatkan apakah madah dendam itu sebenarnya. Dendam pada hipokrit yang menilai tanpa melihat kepada diri sendiri. Mungkin hipokrit-hipokrit sudah menjadi seperti dia dahulu? Si pembenci dan persona berkongsi banyak persamaan dari segi fizikal serta adab.
Persona pun sebenarnya dah malas nak layan si pembenci ini. Tuding jari tanpa usul periksa, hujah-hujah mereka tanpa nilai kerana tidak rasional. Dia malu. Malah, dia meminta maaf kerana sikap mereka seperti itu. Dia terasa juga, kerana si pembenci itu rupa sepertinya tapi dia terlalu bersangka baik, terlupa semua manusia hati lain-lain.
Verse seterusnya Nampak satu pembesaran cerita, Nampak seperti satu konklusi.
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
“Ahli sihir” kalau berkata-kata, konfiden. Yang ikut “ahli sihir” ini adalah golongan hantu, tidak penting, hanya tahu buat bising. Kalau bab-bab mengkritik pemerintah atau siapa-siapa yang berperanan yang lebih besar daripada kita ni, ada sahaja yang bising kan? Mereka tahu mereka bising kenapa? atau mereka dibawah pukauan ahli-ahli sihir ini?
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Berfikirlah guna otak sendiri. Jangan ikut sangat ahli sihir. Aku rasa ini lirik paling clear. Terus cakap, takde sindir-sindir. Kalau belajar tinggi-tinggi jangan terpekik melalak macam orang tak belajar. Gunakan ilmu untuk mengubah sesuatu, jangan sekadar suara.
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Jangan cuma pandai baca buku tapi tidak berfikir secara harfiah, secara logik dan rasional. Orang bagi nasihat jangan Cuma pura-pura dengar. Ilmu depan mata, jangan hipokrit.
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Akhir sekali, persona mengajak supaya kembali ke ajaran asal. Jangan tahu hal keduniaan sahaja, jangan ikut telunjuk budaya lain sangat. Sekarang kita semua tahu ABC, tapi janganlah kita lupa Alif Ba Ta. Persona juga mengingatkan diri sendiri.
Mainan lirik cantik.. Selepas tu, dipersembahkan rupanya chorus adalah Alif, Ba, dan Ta.
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Mungkin persona kata, tak perlu kita bertemu sebab sudah kerapkali bertemu. Mungkin hidup bersama, makan bersama, jalan bersama. Mungkin kalau perlu bertemu, susah. Kena bertemu setiapmasa. Kerana sikap adalah satu benda yang berterusan. Macam mana nak asyik-asyik menegur sikap yang buruk?
Secara peribadi, aku rasa ini antara lagu yang menunjukkan satu kritikan sosial dalam golongan belia yang selalu sangat bersikap impulsive atau tidak teratur. Seperti lalang yang mengikut angin, dengar orang sorak, sorak sekali. Bukan nak tahu sorak kenapa. Kita kena ubah sikap ini, kesannya negative sangat sampai Malique minta maaf bagi golongan kita. Jangan tahu buka buku sahaja, hati dan akal kena guna juga.
Ingat, lagu ni tak kata tak boleh untuk kritik orang. Cuma, kalau nak kritik tu, berakallah sikit. Belajarlah dengan semua orang. Dengarlah pendapat orang yang lebih berilmu. Jangan tahu baham je semua perkataan dalam buku, aplikasi itu penting. Lepas tu barulah pendapat kita berkualiti.
Post time 20-12-2018 11:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sis suka lagu ni...
FATWA PUJANGGA
T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga
Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia
( korus )
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan
Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua
Ada 2 versi cerita yang terkenal..
Versi 1 lagu ini ditujukan kpd peminat wanita S effendy yg memberi surat kepada beliau dan hingga saat akhir S effendy tak tahu siapakah peminat misteri ini..
Versi 2 lagu ini ditujukan kepada adik beliau yg dalam pelarian akibat politik.dan bait2 kata ditujukan kepada adik beliau bg menyampaikan khabar dan bertanya khabar
Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar
Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi
Luka cinta ku yang tak berhenti
Malam yang ku dakap mengerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hati ku tangisan
Kusimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan
Begitulah aku kau tersiar di pandangan mata
Setelah kian lama dalam dakapan cinta
Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara
Bagai diriku yang kau perdaya
Post time 20-12-2018 08:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KakaJah replied at 20-12-2018 12:04 PM
Mari kita sama sama mengejar tangga tangga ke pintu bahagia . Haha. Tq kaka seribulan murah hati g ...
Amboi...puitis sangat ni sampai ber tangga kakajah..apepun bersyukur lah kita dgn kebahagiaan masing-masing ye..
Nah sis nak share lirik lagu ni plak:
Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan
Lirik lagi sekali oleh penulis lirik kegemaran sis..kak chah/habsah hassan..
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
sis suka dan suka dan suka sgt filem dan lagu ni. lagu yang tak jemu didengar
"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda.""Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.""Belayar berbelok-belok,Sawah dibongkar di tempat tenang;Yang tinggal hati tak elok,Yang pergi hati tak senang.""Bila sampai waktu, kita akan bersama."Cinta datangTanpa diundangSeumur masa terciptaDia datang bagai saktiBagai menyaksi mekarKembang pagiCinta datangDengan senyumanPanasnya membakar mentariWajah yang tergambarTak akan terpudarDari hati insan yang fana iniFana iniTak mungkin mentariAkan terus sembunyiTiada sempadanTak bisa ku lewatiJika ini hakikatnyaAku serahkan jiwa dan ragakuMenantimu walau sengsaraJika ini ketentuannyaJika ini hakikatnyaAku serahkan jiwa dan ragaJika ini ketentuannyaKau kan jadi milikku jua
Post time 20-12-2018 11:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tanpa dendam di hati -Siti Nurhaliza
Lautan yang berapi
Daratan yang berduri
Bagiku bukan musibah
Malahan hikmah berharga
Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Di minda yang kelabu
Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan Kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa
Sungguh pun ku terkilan
Terguris perasaan
Ku pilih berdiam diri
Tanpa dendam di hati
Saat Siti di kemuncak populariti, macam macam orang kata. Macam macam fitnah. Dituduh bohsia, dituduh sombong dan kampung. Tapi semua dia lalui demi ke puncak. Tak pernah Siti melatah, apatah lagi menghina orang lain. Siapapun Siti Nurhaliza, kalaupun dia tidak seindah yg dia paparkan di khalayak, namun dia tetap seorang lagenda seni suara, malah layak dikatakan sebahagian dari sejarah .
Sungguhpun ku terkilan, terguris perasaan, kupilih berdiam diri, tanpa dendam di hati.