|
|
Suspek Bunuh Kucing Di Dobi Layan Diri Berjaya Ditahan Polis
[Copy link]
|
|
|
pu3_rania replied at 14-9-2018 03:12 PM
Tengku Permaisuri Norashikin sudah hantar surat rasmi kpd Jabatan Perkhidmatan Veterinar meminta sup ...
Harap kerabat raja yg sayang haiwan kenaan arang neraka 3 ekor tue! Bila lagi nk prektiskan kuasa di jalan benar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek pembunuh kucing direman lebih lama
17 Sep 2018, 12:49 tengah hari
Reman terhadap dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing yang dimasukkan ke mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Gombak disambung selama tiga hari lagi bermula esok
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kedua-dua suspek dibenarkan disambung reman oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata suspek direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Khamis lepas, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Dua suspek berusia 26 dan 40 tahun ditahan Jumaat lalu di dua lokasi di Gombak manakala seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis
Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke mesin mengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak Ria.
Perbuatan kejam tersebut seterusnya tersebar di laman media sosial dan menerima kecaman daripada masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan kepada pihak polis.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tangkap 3 org tu..masukkan dlm dryer pulak..bio dia rasa macamana siksa kucing tuh |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|