|
kalau harga pasaran dunia naik RM3.00/l...kena lah ikut...dah jadi mcm negara kapir kita kan...negara barat nun di sana...
|
|
|
|
|
|
|
|
still remember this...siap ada muntrik komen kata minyak kita masih terendah kalau compare dgn negara lain
|
|
|
|
|
|
|
|
adel7 replied at 15-11-2017 08:17 PM
Bg org yg keje dekat2 mungkin la tak rasa sgt. Utk org yg keje jauh ni haihhhhhh terasa duit mengali ...
aku keje dkt..5min dr umah..mmg xterasa..xamik pusing pon..hahaha..tp sian laki aku..dia la akan naik bajet opkos..aku cuma leh tlg bab mkn..buat bfast pg2..buat dinner mlm2..xkuar sgt weeknd..weeknd kuar pon lepas mkn kat umah..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak naik pun nak bising.. lain kali cipta minyak bio sendiri atau p naik public transport aja lah.. tak layak ada kereta kalau bising pasal minyak |
|
|
|
|
|
|
|
dockers replied at 15-11-2017 08:27 PM
Info yg tak boleh pakai.. pasal parlimen bubar automatik Mac next year mcmana election jadi Jun
Parlimen terbubar scr automatik pd 24 Jun 2018.Klu parlimen tak bubar jugak,pru perlu diadakan dlm masa 60 hr dlm tempoh itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi, semua blog A9 powerbank pelesu cakap, Trump salam sambil
cakap jumpa lagi my old fren, PM Najib. Dan terus memuji-muji Najib
sebagai pelindung bangsa Rohingya........
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..naik la lagi..naik la lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi gomen oi, kate hebat sgt sampai berjaya membantu USA mengukuhkan ekonomi diorg. Takkan harga minyak pon xleh nk kasi kurg nk kukuhkan ekonomi rakyat.
#kencingsampaihancing |
|
|
|
|
|
|
|
kakiselit replied at 15-11-2017 06:25 PM
Ada can BN kalah nih.
Dekat pru nanti dorang turunkn le.... |
|
|
|
|
|
|
|
isi 50 3 hri je skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Xder dgq plak munteri pasola keluar statement nk kaji mechanism bila minyak naik ni... cer 2x turun dan dan la kluar statement nk kaji itu ini... peniaga wajib ditolong |
|
|
|
|
|
|
|
bukan perubahan tapi kenaikkan. mmg cai2 bodoh ke yg komplen minyak naik.
cai2 bijak seronok minyak naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 16-11-2017 04:08 AM
ada...tp yg paling terkesan ialah video waktu nak.ambik gambar ramai ramai...trump lari dari.nak ...
Apa masalah trump tu?.....
Kesian najib & kak mah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg puji BN beriya2 ni biarpun harga minyak asyik naik je, dapat imbuhan apa2 ke?
Sekadar bertanya je... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yellowfin at 16-11-2017 09:40 AM
Harga minyak turun kena puji najib ya.. puji najib kepala bapak kau.. Dia yang menarik subsidi yang dah menjadi hak rakyat Malaysia sejak azali.. Kalau minyak turun balik sampai singgit seliter sekalipun dia harus dihencap najib kepala bapak kau sebab minyak sepatutnya sentiasa lebih murah dari harga semasa kalau subsidi tak ditarik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain dedak bulanan, mereka juga diberi hadiah Samsung A9 dan
POWERBANK PELESU....................
|
|
|
|
|
|
|
|
xkisah naik ke turun ke
asal aku TP sudah
opss..... |
|
|
|
|
|
|
|
Meroyan Bila Harga Minyak Naik, Tanda Netizen Masih Ada Mentaliti Subsidi Zaman Mahathir
Mentaliti kelompok orang yang mengutuk kerajaan setiap kali harga petrol di negara ini naik adalah kerana mereka masih tersepit dalam era zaman Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang mengajar rakyat harus disuap semua benda tanpa perlu usaha sendiri.
Oleh itu, sebahagian besar bajet kerajaan harus diperuntukkan untuk subsidi bahan api secara pukal sampaikan orang kaya dan usahawan berjaya pun disuap oleh kerajaan. Mereka buat kerja senang, mahu pergi ke mana-mana minyak murah kerana ada subsidi. Jangan dilupa, ada di antara yang kaya-kaya ini kroni Mahathir.
Zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mentalitinya ialah mahu rakyat berusaha perbaiki hidup sendiri dengan suasana mencabar tapi kerajaan bantu meringankan beban kepada golongan yang betul-betul terbeban. Kepada yang kaya tidak perlu diringankan beban kerana kekayaan mereka pun lebih berat untuk mereka tampung.
Golongan itu yang dimaksudkan oleh Najib golongan B40, kelas pertengahan yang merupakan kira-kira 40 peratus dari kelompok sosial masyarakat Malaysia.
Oleh itu, orang yang mengutuk kerajaan apabila harga petrol naik ketika harga pasaran diapungkan mengikut perubahan semasa adalah sebenarnya orang kaya dan berada yang terpaksa menanggung beban mereka sendiri dan kekayaan mereka berkurangan.
Bagi yang diberi perhatian oleh kerajaan, mereka akan berusaha memperbaiki hidup dan menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan baik untuk tujuan yang betul.
Sebelum ini ramai yang berkongsi di aplikasi Whatsapp berkenaan turun naik harga minyak bermula dari tarikh 13 Julai seperti dib bawah.
Naik : 4sen (13.7.2017)
Naik : 6sen (27.7.2017)
Naik : 4sen (3.8.2017)
Naik : 5sen (10.8.2017)
Naik : 3sen (17.8.2017)
Naik : 3sen (24.8.2017)
Naik : 1sen (31.8.2017)
Naik : 4sen (07.9.2017)
Naik : 1sen (14.9.2017)
Turun : 2sen (21.9.2017)
Turun : 3sen (28.9.2017)
Naik : 3sen (5.10.2017)
Turun : 3sen (12.10.2017)
Naik : 1sen (19.10.2017)
Naik : 3sen (26.10.2017)
Naik : 4sen (2.11.2017)
3x turun = 8sen
13x naik = 42sen
Dari sini, dilihat ia merekodkan 13 kali kenaikan berjumlah 42 sen dan hanya tiga kali turun dengan jumlah 8 sen. Kalau sekali pandang, kerajaan Barisan Nasional (BN) nampak zalim bukan. Untuk makluman, sudah diberitahu banyak kali bahawa turun naik harga petrol mengikut turun naik harga minyak dunia, masih banyak yang memilih untuk tidak ambil peduli.
Matematiknya mudah sahaja, bila harga minyak dunia naik, harga petrol di Malaysia naik, bila turun harga petrol di Malaysia turun.
Harga minyak dunia (MOPS95) setong seperti di bawah:
Naik: US$1.09 (13.7.2017)
Naik: US$1.80 (27.7.2017)
Naik: US$2.86 (3.8.2017)
Naik: US$0.35 (10.8.2017)
Naik: US$0.06 (17.8.2017)
Naik: US$2.12 (24.8.2017)
Naik: US$2.13 (31.8.2017)
Naik: US$0.03 (7.9.2017)
Naik: US$0.04 (14.9.2017)
Turun: US$0.06 (21.9.2017)
Turun: US$0.60 (28.9.2017)
Turun: US$1.39 (5.10.2017)
Naik: US$0.03 (12.10.2017)
Naik: US$0.02 (19.10.2017)
Naik: US$0.02 (26.10.2017
Naik: US$2.51 (2.11.2017)
Kecuali pada 12.10.2017, harga petrol Malaysia semuanya naik turun mengikut naik turun harga minyak dunia.
Kenapa mereka yang menaip mesej Whatsapp ini menggunakan 13 Julai sebagai tarikh permulaan?
Bukankah lebih tepat pengiraan naik turun dikira sejak harga petrol secara mingguan bermula sejak 1 April 2017?
Sejak 1 April 2017 harga petrol di Malaysia:
11x turun = 64 sen
17x naik = 64 sen
Jika dikira sejak diapungkan secara bulanan bermula Disember 2014:
9x turun = RM1.85
11x naik = RM1.25
Sejak harga minyak diapungkan secara bulanan dan kemudiannya mingguan, harga petrol pernah jatuh sehingga serendah RM1.60. Kerana harga minyak dunia sudah mula meningkat semula sejak beberapa bulan yang lepas maka harga petrol juga meningkat.
Perbandingan perlu adil. Jangan tuduh kerajaan zalim kalau sendiri tak boleh berlaku adil. Kalau tidak diapungkan harga minyak secara bulanan dan mingguan, anda semua akan membayar harga RM2.30 (November 2017) tidak berubah sampai hari ini.
Sudah-sudahlah hidup dalam mentaliti sempit zaman Mahathir zaman rakyat bersuap dek kerajaan, Mahathir buat begitu sebab hendak cover line yang dia juga suap kroni-kroninya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentaliti kelompok orang yang mengutuk kerajaan setiap kali harga petrol di negara ini naik adalah kerana mereka masih tersepit dalam era zaman Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang mengajar rakyat harus disuap semua benda tanpa perlu usaha sendiri.
Oleh itu, sebahagian besar bajet kerajaan harus diperuntukkan untuk subsidi bahan api secara pukal sampaikan orang kaya dan usahawan berjaya pun disuap oleh kerajaan. Mereka buat kerja senang, mahu pergi ke mana-mana minyak murah kerana ada subsidi. Jangan dilupa, ada di antara yang kaya-kaya ini kroni Mahathir.
Zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mentalitinya ialah mahu rakyat berusaha perbaiki hidup sendiri dengan suasana mencabar tapi kerajaan bantu meringankan beban kepada golongan yang betul-betul terbeban. Kepada yang kaya tidak perlu diringankan beban kerana kekayaan mereka pun lebih berat untuk mereka tampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah rapizi - Bebals Negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|