CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] 4 sekeluarga ditemui mati di Johor baharu.

  [Copy link]
Post time 8-10-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 8-10-2017 03:05 PM
mgkn baru pindah kot mimiek
sbb anak dia yg lelaki tu
classmate anak ai sekolah Desa Skudai

Kesiannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi ai berbaloi beli rumah kat area Mutiara Rini ni. Kawasannya aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 8-10-2017 06:33 PM
oh ye,

dua2 anak dia, mati dijerut di leher ngan tali pinggang..

Ya Allah..ye ke..sedihnya.
Tak boleh nak imagine saat-saat akhir budak-budak ni..
Yang bapaknya pun, macam mane ler perasaan dia taim duk menjerut anak sendiri, budak-budak ni tak melawan ke sebab bukan kecik lagi, dah 14 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 10:38 PM | Show all posts
Kematian empat beranak: Isteri didapati mati ditekan di leher

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa wanita berkaitan kejadian kematian empat beranak di rumah mereka di Jalan Utama 41, Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, mendapati wanita itu mati akibat tekanan pada leher.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata, hasil bedah siasat yang dikeluarkan semalam turut mengesahkan suami wanita itu meninggal dunia disebabkan menggantung diri menggunakan kain.

"Hasil bedah siasat terhadap isteri, P. Jeya, 46, mendapati terdapat kesan kecederaan yang tidak jelas pada kulit leher yang mana terdapat bintik-bintik merah pada tisu otot leher, bibir dan mata yang boleh berlaku disebabkan oleh tekanan objek lembut seperti bantal atau kain yang signifikan yang ditekan pada mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Noor Hashim berkata, anak lelaki dan anak perempuan pasangan itu juga didapati mempunyai kesan jerut pada leher yang konsisten dengan barang kes dijumpai iaitu tali pinggang kecil yang dipercayai digunakan untuk menjerut mereka.

Beliau berkata, polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian, namun, sehingga kini mendapati tiada individu lain disyaki terlibat dalam kes itu.

Katanya, siasatan turut mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke dalam rumah keluarga berkenaan.

"Hasil laporan orang ramai mendapati si suami R. Pubalan, 52, yang merupakan pemborong kecil minuman keras mempunyai masalah berkaitan perniagaannya yang tidak berjalan lancar dan banyak mengeluarkan belanja untuk membiayai rawatan penyakit isterinya, sejak kira-kira empat tahun.

"Siasatan juga menemukan beberapa nota yang menunjukkan si mati (suami) membunuh diri tetapi kita tetap akan terus mengumpulkan maklumat dan akan menyiapkan laporan mengenai kes ini sebelum dihantar kepada koroner," tambahnya.

Dalam kejadian Jumaat lepas, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka itu ditemukan mati di rumah mereka pada 2.30 petang.

Pubalan, ditemukan mati tergantung dengan menggunakan kain putih di siling sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan manakala Jeya yang difahamkan sakit dan menjalani rawatan hemodialisis ditemukan di atas katil berhampiran ruang tamu di tingkat bawah rumah.

Anak lelaki mereka P. Sharveen, 14, dan anak perempuan, P. Krishna, 9, dijumpai dengan kesan jerutan di leher di dalam sebuah bilik lain.

Mayat sekeluarga itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.-BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 8-10-2017 06:33 PM
oh ye,

dua2 anak dia, mati dijerut di leher ngan tali pinggang..

seksanya..sian sgt... dah la budak baik.. rip
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 09:38 AM | Show all posts
x paham la... nk mati.. matilah sowang2.. knp nk bawak ank bini skali... klu kesian kat ank bini jgn la mati bunuh diri... beli la insurance... lepastu pandai2 la... sedey la budak2 mati cara mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Any updates
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 12:05 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 8-10-2017 06:31 PM
mungkin lah baru pindah..

rumah tuh kat rini residence.. RR nih bukan perumahan baru pun..

ai baca kat berita
mmg baru pindah sana
tapi last december 2016 la
sbb sblum nie menyewa di desa skudai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 12:09 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 8-10-2017 06:33 PM
oh ye,

dua2 anak dia, mati dijerut di leher ngan tali pinggang..

anak ai yang sulung sekolah menengah
yang ada kelas peralihan
biasalah kalau yang nakal mmg nakal benar
tapi ada yang baik tu so far they can get along
since sharveen nie pun di kelas 1st utk form one
but riki2 dgn kawan rapat kat sekolah
xde sorang pun tahu sbb dia x pernah cite
cuma my daughter ckp mcm paper tulis la
masalah kewangan & wife dia yang mmg sakit teruk tu
kesian kan mcm mana budak tu mase di jerut
sbb 14thn kira x kecil juga tau
tenaga budak lelaki kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 12:48 PM | Show all posts
RIP. Tak faham kenapa anak2 kena jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:56 PM | Show all posts
kawan i ada cerita tengahari tadi, adik dia kenalan si mati...

nota atas meja solek tu katanya wasiat si mati kepada famili/rakan - rumah, kereta, hutang nak diserahkan kepada siapa dan nak bayar pada siapa, 5 muka surat katanya

orangnya baik, air muka pun baik. sebelum ni kerja kat singapore and ada bisnes seperti yang disebut dalam media. katanya lagi dia dah settle hampir 80% hutang... tu yang kawan i pelik, kenapa tak bunuh diri sebelum bayar hutang lagi tapi dia ni bayar juga hutang2 jadi... tinggal sikit lagi

sebelum dia mati tu, dia suruh kawan-kawan dia datang rumah pukul 3...

bila orang datang rumah, apa yang depa nampak ialah... mayat. so sad...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:03 PM | Show all posts
nazurah replied at 9-10-2017 05:56 PM
kawan i ada cerita tengahari tadi, adik dia kenalan si mati...

nota atas meja solek tu katanya wa ...

depression rasanya
nak luah kat spouse
bini dia sakit teruk plak
so xde tmpt nak sharing


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:49 PM | Show all posts
kesiannyaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia buat dialisis kan... Dia tidurkan terus isterinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 9-10-2017 05:56 PM
kawan i ada cerita tengahari tadi, adik dia kenalan si mati...

nota atas meja solek tu katanya wa ...

Sedihnye.
Memang nekad ler ni.
Mesti trauma kengkawan yg betui datang pukui tiga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 07:53 PM | Show all posts
Sedihnya ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 06:45 PM | Show all posts
bakawali_04 replied at 10-10-2017 04:03 PM
depression rasanya
nak luah kat spouse
bini dia sakit teruk plak

istilah depression hari ni dah jadi lesen besar utk bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian....satu keluarga terkorban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094746 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list